tips mengendalikan makanan, keselamatan makanan, keracunan makanan
Kesihatan

11 Tips Mengendalikan Makanan Yang Anda Perlu Tahu

By on October 30, 2015

Kebanyakan kes keracunan makanan terjadi akibat daripada penyediaan makanan yang tidak selamat. Ini disebabkan oleh sikap cuai dan ambil mudah penyedia makanan ( tukang masak di rumah dan di kedai-kedai makan ) yang tidak peka dengan kebersihan serta proses penyediaan makanan yang betul sehingga mengundang kepada jangkitan penyakit yang memudaratkan seperti cirit birit, muntah dan sakit perut yang menjadi salah satu simptom keracunan makanan.

Dilaporkan bahawa terdapat 6624 kes keracunan makanan  berlaku di Malaysia pada tahun 2007 (kadar insiden 26.44/100,000 penduduk) dimana pengendalian makanan yang tidak selamat menjadi salah satu penyumbang kepada kes tersebut.

Teknik pengendalian makanan yang salah bukan sahaja mampu menyumbang kepada risiko keracunan makanan, ia juga mampu mengundang risiko penyakit lain yang merbahaya kepada si pemakanannya.

Oleh itu, demi memberi kesedaran kepada orang ramai, kami mengeluarkan tips pengendalian makanan ini kepada anda bagi melindungi diri daripada risiko penyakit yang boleh memudaratkan kesihatan disamping memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya teknik pengendalian makanan yang betul. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.

 

11 Tips Mengendalikan Makanan Yang Anda Perlu Tahu

– – – – –

 

1. Tips mengendali sayur mentah

Sayuran yg dimakan mentah seperti taugeh,daun kesum,daun serai wangi dan perlu direndam dgn air garam terlebih dahulu untuk megelakkan daripada jangkitan virus e.coli.

 

2. Tips membeli ayam segar

Beli ayam pada waktu pagi kerana bakteria pada ayam masih sedikit. Jika anda membeli pada waktu tengah hari, pastikan sewaktu anda balik ke rumah, ayam tersebut terus cuci dan dimasukkan ke dlm peti sejuk beku. jika anda tidak berniat untuk memasaknya. Bagi mematikan bakteria pula,ayam perlu dimasak dengan sempurna. Pastikan ia dimasak dengan sempurna. Jika tidak, bakteria tidak akan mati dan ia akan kembali aktif apabila makanan sejuk.

 

3. Tips makan makanan sejuk

Anda perlu memanaskan makanan yang telah sejuk. Jangan makan makanan yang telah sejuk melebihi 4 jam. Pastikan anda memanaskannya sehingga mendidih.

 

4. Tips Senduk Nasi

Elakkan diri anda daripada meletakkan senduk nasi didalam periuk kerana pemegang senduk terdedah kepada bakteria yang mungkin terhasil daripada peluh tangan anda.

 

5. Tips Makan Telur Separuh Masak

Elakkan memakan telur separuh masak kerana ia mengandungi bakteria yang boleh mengundang demam panas dan kekejangan otak. Pastikan juga telur telah dibasuh sebelum digunakan.

 

6. Tips Makanan Sejuk Beku

Makanan sejuk beku seperti nugget, ayam dan daging burget perlu digoreng terus selepas dikeluarkan daripada peti sejuk. Jangan biarkan makanan tersebut pada suhu bilik kerana ia mampu mengundang bakteria. Pastikan juga goreng didalam minyak yang betul-betul panas.

 

7. Tips memasak

Pastikan tukang masak bersih semasa memasak kerana 95% penyakit berjangkit didalam rumah berpunca daripada tukang masak. Sebab itulah orang berniaga perlu mengambil vaksin. Ini bagi mengelak jangkitan penyakit dan menjadi penyebar kepada mereka yang lain.

 

8. Tips Makanan Tin

Pastikan makanan dan minuman dalam tin dibasuh sebelum digunakan. Ini bagi mengelak risiko daripada terkena jangkitan kencing tikus.

 

9. Tips Makan Di Luar

Jika anda gemar untuk menikmati makanan diluar, pastikan basuh atau lap sudu yang nak digunakan terlebih dahulu. Pastikan anda tidak menggunakan sabun buku/tongkol yang disediakan di kedai makan. Sebaliknya sila gunakan pencuci cecair atau anda bawa sendiri pencuci tangan didalam botol kecil. Oleh kerana banyak penyakit yang berpunca daripada makanan, rasanya itu satu tindakan yang bijak.

 

10. Tips Beli Ayam Golek

Khas untuk ayam golek, pastikan ayam yang dibeli itu dalam keadaan panas. Elakkan daripada membeli ayam yang sudah sejuk atau yang sudah siap dipotong.

 

11. Tips membeli Ayam Yang Dipotong

Pastikan papan pemotong ayam dibuat daripada plastik. Kalau ia diperbuat daripada kayu, elakkan daripada membeli bimbang serbuk kayu mungkin melekat pada ayam dan daging yang dipotong.

 

Itu antara 11 tips bagi anda untuk mengendalikan makanan. Diharapkan anda mampu mengaplikasikan tips ini di rumah agar proses pengendalian makanan itu lebih bersih dan selamat. Kongsikan pendapat dan tabiat pengendalian makanan anda di rumah agar ia menjadi pengajaran mahupun ikutan pembaca lain di ruangan komen. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua.

TAGS
RELATED POSTS
10 Comments
  1. Reply

    suri

    November 3, 2015

    salam.kita pantan nampak menu best serbu sahaja tapi tak tengok betul kedai makana or geria bersih atau tak..bila sakit mula salahkan pelnagai pihak
    suri recently posted…Borong Kain Mudah Tutorial Jahit Baju Kurung, Baju Melayu Seluar Dan JubahMy Profile

  2. Reply

    Encik Kelakar

    November 4, 2015

    takut pencemaran silang jer nih..
    Encik Kelakar recently posted…Punca line digi slowMy Profile

    • Reply

      Azmir Shah

      November 6, 2015

      Takut juga kan.

  3. Reply

    akubiomed

    November 4, 2015

    Mencegah lebih baik daripada merawat. Terima kasih kongsi tips ini untuk peringatan kepada semua.
    akubiomed recently posted…Rahsia Domino DTopSecret sudah terbongkarMy Profile

    • Reply

      Azmir Shah

      November 6, 2015

      Betul tu. Sama-sama.

  4. Reply

    Raihanah Ahmad

    November 5, 2015

    bagusnya info ni, kipidap
    Raihanah Ahmad recently posted…Ibu Banyak Berleter Bantu Kejayaan AnakMy Profile

    • Reply

      Azmir Shah

      November 6, 2015

      Terima kasih.. =)

  5. Reply

    SuperNifz

    November 5, 2015

    Tips yang sangat berguna nih… tq ya admin…
    SuperNifz recently posted…Cara Merawat Stroke/ Cara Menghindari Angin AhmarMy Profile

    • Reply

      Azmir Shah

      November 6, 2015

      most welcome.

LEAVE A COMMENT

CommentLuv badge

Cari