fakta syarikat apple
Teknologi

20 Fakta Menarik Mengenai Apple Yang Anda Tidak Tahu

By on January 21, 2016

Siapa yang tidak mengenali Apple Inc, sebuah syarikat teknologi yang menjana pendapatan berbillion-billion dolar setiap tahun dan tergolong dikalangan syarikat korporat yang terbaik di dunia. Selain menyediakan peluang pekerjaan di seluruh dunia, syarikat ini juga turut memperkenalkan teknologi baru yang menakjubkan menerusi produk yang bersifat premium. Pencapaian yang dikecapi oleh syarikat ini telah membawa saingan yang sihat kepada pihak lawan yang membawa genre produk yang sama. Suka atau tidak, Apple masih lagi menjadi peneraju inovasi dan kelainan kepada produk didalam pasaran. Mahukah anda mengetahui dengan lebih lanjut tentang fakta menarik mengenai apple?

Memandangkan hari ini kita akan bercerita mengenai Apple, maka pada hari ini kami di azmirshah.com akan membawakan kepada anda 20 fakta menarik mengenai Apple yang mungkin tidak diketahui anda. Antaranya ialah:

  1. Nama “Apple” diperkenalkan oleh Steve Jobs selaku pengasas syarikat terbabit. Banyak yang membicarakan tentang misteri mengapa nama tersebut dipilih. Akan tetapi secara jujurnya, nama Apple diambil hanya disebabkan Jobs menyukai Apple dan seterusnya menamakan syarikat yang didirikan dengan nama tersebut. Itu sahaja.
  2. Apple pada asalnya didirikan dengan 3 orang pengasas. Pengasas ketiga adalah lelaki yang bernama Ronald Wayne,yang menjadi co-founder selain Steve Jobs dan Steve Wozniak. Walau bagaimanapun, beliau meninggalkan syarikat yang diasaskan ini 12 hari selepas ia ditubuhkan. Beliau menjual 10% share beliau yang bernilai USD800 ketika itu bersamaan USD1,500 jumlah bayaran tambahan. Tahukah anda jika beliau masih lagi memiliki perkongsian didalam syarikat ini, share beliau akan bernilai hampir USD 60 Billion.
  3. Tahukah anda Apple sangat sensitif dengan larangan merokok bersama komputer keluaran mereka. Walau bunyi macam mengarut, akan tetapi jika didapati anda merokok ketika menggunakan komputer keluaran apple, warranty anda akan terbatal secara sendirinya. Iya, anda sudah diberi amaran ni.
  4. Pekerja Apple sangat ramai iaitu sekitar 90,000 orang. Jumlah tersebut hampir menyamai jumlah penduduk bandar.
  5. Pengguna Apple sebelum ini boleh bermain permainan yang bernama “Breakout”. Permainanan ini telah dibangunkan oleh Steve Jobs dan Steve Wozniak apabila mereka berkerja di Atari suatu ketika dahulu.
  6. Syarikat Apple ini sangat berjaya. Ia mempunyai 2 kali ganda jumlah wang berbanding apa yang dimiliki oleh U.S Treasury.
  7. Apple menikmati kejayaan besar ketika pelancaran iPod. Pencipta peranti terbabit iaitu Tony Fadell sebelum ini telah menawarkan rekaan peranti terbabit kepada Real Networks dan Philips. Kedua-dua syarikat terbabit menolak tawaran terbabit.
  8. Pada tahun 1983, Apple telah melancarkan komputer Lisa. Ianya gagal. Dikhabarkan hampir 2,700 komputer terbabit telah dilupuskan di tapak pelupusan Utah.
  9. Pada suku pertama 2014, Apple telah berjaya membuat duit lebih daripada Amazon, Google dan Facebook. Walaupun keuntungan 3 syarikat digabungkan, ia masih lagi tidak dapat menandingi keuntungan yang diperolehi Apple.
  10. Apple mempunyai kira-kira USD150 billion jumlah modal berlebihan. Ia boleh membeli syarikat-syarikat seperti Netflix, Twitter, Tesla, dan Facebook.
  11. Suatu ketika dahulu produk Apple 1 dijual pada harga USD666.66. Steve Wozniak berkata mereka tidak sebab yang istimewa mengapa komputer berkenaan berharga seperti itu kerana harga asalnya ialah USD667.00, hanya sebab dia sukakan pada nombor berulang, jadi nombor tersebut ditukar kepada USD666.66.
  12. Logo pertama syarikat Apple memaparkan lukisan bapa fizik dunia iaitu Sir Isaac Newton.
  13. Ketika awal penubuhan syarikat, pengasas bersama Steve Wozniak terpaksa menjual kalkulator saintifiknya bagi meningkatkan modal.
  14.  Apple adalah syarikat pertama yang menghasilkan kamera digital berwarna.
  15.  Nama iPod diinspirasikan daripada filem 2001: A Space Odyssey.
  16. Pada masa ini, Apple adalah syarikat terbesar yang diniagakan secara awam di Amerika Syarikat.
  17. Syarikat Apple dikhabarkan mempunyai jumlah tunai USD 155 billion, apabila dibahagikan kepada seluruh penduduk Amerika Syarikat, setiap orang mampu mendapat USD490.00.
  18. Jika Apple adalah negara, ia akan menjadi negara yang ke 27 terbesar di dunia, diantara Venezuela dan Belgium.
  19. Menjelang 2011, Apple iPhone menjana hampir 40% daripada pendapatan tahunan syarikat. Dianggarkan bahawa lebih tiga suku daripada pendapatan Apple adalah daripada produk yang dicipta dalam tempoh 10 tahun yang lalu.
  20. Walaupun syarikat ini menjana keuntungan bersih sehingga USD 7 bilion, Steve Jobs hanya dibayar sebanyak USD 1 sahaja untuk gajinya. Ini bagi membolehkan dirinya layak untuk menikmati faedah kesihatan daripada syarikat.

Baca juga 7 Fakta Menarik Mengenai Google Yang Anda Mungkin Tidak Tahu

Baca juga Kisah Katak: Apa Beza Diri Anda Dan Kata Ini?

Secara keseluruhannya, Apple masih lagi menjadi salah seorang daripada pemain pasaran yang menguasai bidang pengkomputaran dan mudah alih, dimasa yang sama ia masih lagi terus mengejutkan dunia dengan kejutan produk dan servis yang inovatif. Adakah anda peminat produk Apple?

TAGS
RELATED POSTS
6 Comments
  1. Reply

    Aina amin

    January 22, 2016

    Info menarik!!thumbs up!

  2. Reply

    Aina amin

    January 22, 2016

    awesome!

  3. Reply

    zik

    February 5, 2016

    biasa gaji ceo memang seringgit lah, berapa ratus jer.. ini sebab nak elak cukai… tapi elaun jangan ceritalah… huhu

  4. Reply

    adammjohan

    March 27, 2016

    syabas. info auto lagi bro!! please

    • Reply

      Azmir Shah

      March 27, 2016

      Info auto? Maksud bro?

  5. Reply

    Noriza Abdul Rahman

    March 15, 2017

    Wow, memang amazing Steve Job dengan hanya menerima USD 1 sahaja

LEAVE A COMMENT

CommentLuv badge

Cari