nasa space shuttle, kapal angkasa nasa, road to marks,
Sains

7 Cabaran Yang Perlu Dihadapi Untuk Tinggal Di Marikh

By on October 27, 2015

Manusia di muka bumi ini sentiasa menyimpan impian yang besar untuk tinggal di Marikh. Lebih-lebih lagi selepas misi yang dikelola NASA menemui tanda-tanda kewujudan air di planet terbabit yang memberi harapan baru kepada warga dunia tentang kemungkinan untuk menetap disana.

Persoalannya, sejauh mana impian itu mampu menjadi kenyataan?

Ketika syarikat-syarikat swasta sibuk membentangkan tentang pelan perancangan jangka pendek dan panjang untuk mewujudkan pakej perjalanan untuk ke Marikh dan dimasa yang sama NASA sedia berkerjasama dengan mereka, banyak persoalan yang perlu diungkap dan diambil kira kebarangkalian dan kemungkinan yang perlu diambil untuk memastikan kemungkinan itu menjadi kenyataan.

Baru-baru ini, ahli-ahli sains, pegawai Nasa, wakil-wakil syarikat ruang peribadi dan ahli-ahli masyarakat penerbangan angkasa telah  berkumpul sebuah persidangan di Washington DC selama tiga hari untuk membincangkan tentang cabaran yang perlu dihadapi oleh manusia untuk ke Marikh (H2M), persidangan yang dianjurkan oleh kumpulan penyokong penerbangan angkasa Explore Marikh ( spaceflight advocacy group Explore Mars) ini cuba untuk merialisasikan impian untuk menghantar angkasawan ke Marikh menjelang tahun 2030-an.

road to mars, kapal angkasa,Merujuk kepada cabaran yang dibawakan dipersidangan tersebut, cabaran utama yang menjadi topik perbincangan hangat ketika persidangan terbabit adalah mengenai kekurangan teknologi masa kini untuk membawa manusia ke Marikh dan kembali semula ke bumi. Malahan, ada beberapa pihak yang hadir berpendapat impian yang cuba direalisasikan ini merupakan misi gila berskala besar yang menjadi cabaran kepada dunia kejuruteraan dan boleh diisytiharkan merupakan misi yang tersukar di abad yang ke 21.

“Perjalanan ke Marikh sangat jauh, jaraknya ialah enam magnitud lebih jauh berbanding dengan jarak stesen angkasa. Kita perlu memikirkan cara bagaimana untuk hidup jauh dari bumi dengan cara yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Yap, tidak pernah dilakukan sebelum ini.” kata Pengarah NASA dari Stesen Angkasa Antarabangsa, Sam Scimemi berkata semasa persidangan H2M itu.

Kita hanya perlu memikirkan tentang perkara yang perlu diutamakan yang bermodalkan masa dan duit untuk membangunkan barangan keperluan. Buat masa ini Nasa, Agensi angkasa yang lain, dan syarikat swasta boleh bekerjasama demi memastikan misi ke Marikh ini menjadi kenyataan.

Bersempena dengan persidangan tersebut, kami di azmirshah.com akan menyenaraikan 7 cabaran yang perlu dihadapi oleh manusia untuk meneruskan impian tinggal di Marikh. Cabaran-cabaran yang terpaksa dihadapi adalah seperti berikut:

 

1. Kadar Radiasi Di Marikh Yang Tinggi

radiasi di marikh, marikh, planet marikhPihak pengkaji daripada NASA mendapati planet marikh memiliki tahap radiasi yang sangat tinggi yang mampu memberi kesan kepada kesihatan manusia. Antaranya adalah Solar Energetic Particles (SEPs) dan Galactic Cosmic Rays yang boleh menyebabkan kematian jika ianya tidak dilindungi oleh pakaian anti radiasi. Malahan jika manusia terus menghuni Marikh dengan tempoh melebihi 180 hari, maka mereka akan terdedah kepada risiko peningkatan kadar radiasi sebanyak 15 kali ganda lebih tinggi.

 

2. Suhu yang rendah

road to mars, mars, marikh

Suhu adalah cabaran paling besar yang perlu dihadapi oleh manusia untuk tinggal di Marikh. Jika anda berpendapat suhu di Antartika itu sangat sejuk dan tidak sesuai untuk mendirikan rumah? Fikirkan sekali lagi kerana suhu di Marikh lebih dahsyat sejuknya. Kebiasaannya suhu di waktu malam ketika berada di Marikh adalah -70 darjah Celcius. Adakalanya suhu tersebut jatuh sehingga -100 darjah celcius.

Menjelang waktu siang pula, suhunya masih lagi sejuk dimana ia mencecah 0 darjah celcius. Walaupun suhu tersebut seakan sama seperti suhu di Antartika, namun di Marikh perubahan suhu itu boleh jatuh mendadak sehingga perbezaan 70 darjah celcius tidak kira siang mahupun malam.Ia akan menjadi suhu yang tidak mungkin mampu membuatkan manusia bertahan untuk tinggal disitu tanpa alat bantuan canggih.

Jika manusia bertahan didalam suhu Marikh dengan alat bantuan minimum selama 68 hari sekalipun, kita masih lagi berisiko untuk menemui ajal.

 

3. Atmosfera

atmosfera marikh,

Ya Marikh mempunyai atmosfera, ia adalah benar. Tetapi ia begitu nipis. Sebagai perbandingan, lapisan atmosfera di bumi adalah 100 kali lebih padat berbanding lapisan atmosfera di Marikh dimana lapisan atmosfera di bumi terdiri daripada 78 % nitrogen, 21% oksigen dan 1% kumpulan gas manakala lapisan atmosfera di Marikh pula memiliki kandungan karbon dioksida yang tinggi iaitu sekitar 98%. Kandungi itu sangat tinggi dan beracun kepada manusia. Selebihnya pula adalah terdiri daripada gas argon, nitrogen dan pelbagai lagi gas yang beracun.

Selain daripada kekurangan oksigen, Marikh juga mempunyai tekanan yang rendah akibat nipisnya atmosfera. Kesannya seorang manusia itu perlu memakai pakaian Angkasawan untuk terus hidup didalam keadaan sekeliling yang mempunyai tekanan rendah. Tekanan rendah mampu memberi kesan kepada diri manusia seperti rasa terbakar didalam lapisan dalam paru-paru. Purata tekanan permukaan Marikh adalah jauh melebihi limit 6% Armstrong yang sedikit sebanyak membahayakan nyawa manusia.

 

4. Graviti

gravity in mars, graviti

Miskipun teknologi masa kini mampu menghasilkan graviti tiruan, namun ianya masih lagi menjadi satu perkara yang perlu dibuat penelitian kerana ia melibatkan kos yang besar. Lagipun tingkat graviti yang sekadar 38% masih membolehkan manusia untuk berjalan di planet Marikh. Cuma takut kepada komplikasi yang berlaku kepada manusia apabila berada disana kerana tubuh manusia boleh menerima kondisi graviti “One-G” di bumi dimana yang mampu menggerakkan tulang, otot dan kardiovaskular berbanding apabila kita di sana.

 

5. Bakteria Planet ( Planet Germs )

bakteria, marikh

Antara perkara yang dititik berat adalah berkenaan dengan ekosistem serta hidupan mikro yang ada di planet berkenaan sangat berbeza dengan keadaan di bumi. Para pengkaji juga mengatakan terdapat bakteria planet yang hidup di utara planet Marikh.

Kejadian seperti ini mengingatkan mengenai kejadian para angkasawan Apollo yang dikuarantin selama 21 hari kerana didatakuti menghidap bakteria planet selepas mereka kembali daripada bulan.

 

6. Infrastruktur

Kos untuk pembinaan infrastruktur di Marikh tersangat tinggi sehingga melangkaui rezab simpanan harta sesebuah negara. Selain daripada itu kesukaran untuk mengawal kelembapan di Marikh juga memerlukan kita untuk melakukan kerja-kerja R&D untuk mencari bahan binaan yang sesuai untuk digunakan di Markh.

 

7. Persiapan Mental

raod to mars, trip to mars, angkasawan, kapal angkasa

Inilah yang menjadi bebanan kepada para angkasawan yang dikerahkan untuk menjalankan kerja-kerja di angkasa lepas iaitu perlu mempunyai kekuatan mental. Perjalanan ke Marikh adalah satu perjalanan berisiko yang mampu memberi tekanan kepada kondisi mental mereka.

Tidak menjadi satu masalah kepada angkawasan sesebuah negara yang mempunyai latihan tertentu yang mampu membuatkan diri mereka bertahan daripada perkara-perkara yang memberi tekanan kepada mental, tetapi bagaimana manusia biasa yang pada satu hari nanti akan berhijrah ke marikh dimana jarak perjalanan itu sangat panjang?

 Itu sahaja 7 cabaran yang perlu dihadapi untuk tinggal di Marikh. Bagaimana pula dengan pendapat anda tentang cabaran yang perlu dihadapi oleh kita semua sebelum dapat berhijrah ke Marikh? Cabaran yang tidak tersenarai didalam 7 sebab ini.

TAGS
1 Comment
  1. Reply

    Ikmal Harun

    October 28, 2015

    Humanity needs to focus on protecting our home. Terra-forming or colonization of other planets will never occur unless we take care of Earth. We really are destroying our planet.
    Ikmal Harun recently posted…Hello world!My Profile

LEAVE A COMMENT

CommentLuv badge

Cari