perbezaan golongan kelas menengah dan orang kaya, orang kaya vs orang biasa
Kewangan

7 Perbezaan Golongan Kelas Menengah dan Orang Kaya Yang Anda Kena Tahu

By on January 16, 2016

Siapalah yang tidak mempunyai impian untuk memiliki harta berjuta-juta seperti mana yang dimiliki oleh Tan Sri – Tan Sri mahupun Dato – Dato di dalam cerita melayu. Rumah besar, kereta besar, serba serbi mencukupi. Walaupun cerita-cerita seperti ini sering memaparkan kisah kehidupan mereka yang serba berantakan disebabkan oleh bergaduhkan harta, perhubungan yang bermasalah dan keburukan perangai anak-anak, namun percayalah ramai sahaja individu diluar sana yang mempunyai kehidupan yang lebih baik walaupun berharta. Contoh yang terdekat adalah Bill Gates sendiri yang banyak membelanjakan wang yang ada untuk tujuan kebajikan. Mark Zuckerberg yang bahagia bersama isteri tercinta dengan kehidupan yang bersederhana walaupun punyai banyak harta. Tidak kurang juga dengan tokoh tempatan seperti Syed Mokhtar Al Bukhari yang membantu golongan miskin menerusi Yayasan Albukhary. Pucuk pangkalnya adalah kita sendiri yang mencorakkan kehidupan duniawi ini.

Apabila kita berceritakan tentang kelas bawahan yang miskin pula, tidak dapat dinafikan mereka ini adalah golongan yang perlu dibantu kerana terjejas teruk dihimpit oleh kehidupan yang semakin mencabar. Sayangnya pada entri kali ini, bukan golongan ini yang kami ingin sentuh, sebaliknya kami lebih berminat untuk membincangkan mengenai golongan kelas menengah atau kita gelarkan golongan sederhana. Golongan yang tidak kaya, tidak juga miskin. Sedang-sedang sahaja.

Golongan ini sebenarnya berada didalam kedudukan bahaya. Mereka ini fikir mereka selamat sedangkan mereka ini antara golongan yang terancam. Salah langkah boleh jatuh miskin, baik langkahnya insyallah jadi kaya. Kenapa saya berkata begitu?

Tahukah anda bebanan yang terpaksa ditanggung oleh masyarakat Malaysia semakin lama semakin tinggi disebabkan keadaan ekonomi yang tidak menentu, percukaian yang membebankan, kesusahan yang tidak diduga dan sebagainya. Di pihak kerajaan pula, mereka sering membantu golongan “miskin” menerusi badan-badan amal, dan dimasa yang sama mereka terlepas pandang dengan golongan menengah yang berpendapatan sederhana ini. Ini kerana ramai yang beranggapan mereka ini golongan yang tidak perlu dibantu. Pakaian dan makanan pasti mencukupi, tinggal bersyukur sahaja walaupun tidak kaya.

Dipihak golongan kelas menengah ini pula, ada diantara mereka yang mengamalkan kehidupan yang agak mewah walaupun mereka kurang mampu. Ayat lebih sesuai digunakan adalah berbelanja melebihi kemampuan. Sedar tak sedar apabila keadaan ekonomi berubah, status mereka turut berubah. (Nak harapkan kerajaan berubah memang tidak la). Jadi pada bila-bila masa status mereka boleh berubah daripada kelas menengah atau pertengahan ini kepada golongan kelas bawahan. Jadi macam mana nak kaya ni?

Senang sahaja, nak jadi orang kaya buat la macam orang kaya, fikir macam orang kaya, ada betul-betul duit macam orang kaya. Caranya ialah kita perlu berubah. Ubah kunci utamanya dahulu iaitu mentaliti.

Jadi dibawah ini merupakan 7 perbezaan golongan kelas menengah dan orang kaya yang boleh dijadikan rujukan oleh pihak anda yang berangan-angan untuk jadi kaya. Jangan fokuskan kepada orang kaya tak buat macam ni pun yang merujuk kepada anak-anak yang makan harta mak bapa yang kaya tu. Sebaliknya fokuskan bagaimana orang kaya boleh jadi kaya. Bagaimana cara berfikiran mereka dan bagaimana cara mereka buat diri mereka tidak layak untuk menerima Br1M.

1. Kelas menengah hidup selesa, orang kaya pantang rasa selesa.

selesa, kehidupan selesa

Golongan kelas pertengahan selesa dengan pekerjaan yang menjamin diri mereka untuk memperolehi pendapatan untuk hari ini dan di masa akan datang. Mereka selesa berkerja untuk orang lain. Golongan kelas pertengahan berpendapat asal mempunyai perkerjaan yang baik, rumah yang boleh diduduki, kereta yang boleh bergerak dan ada sedikit simpanan, itu sudah cukup mengembirakan. Berbanding dengan orang kaya, mereka cuba melakukan perkara yang mencabar hampir setiap hari kerana mereka sendiri menyedari bahawa perkara yang luar biasa berlaku apabila mereka tidak meletakkan diri didalam keadaan yang selesa. Sebab itulah mereka mengambil risiko untuk membuka perniagaan, mengambil risiko untuk membuat keputusan perniagaan dan  mencuba perkara baru dan jana keuntungan daripadanya.

2. Kelas menengah mendaki tangga korporat, yang kaya memiliki tangga.

tangga kejayaan, usaha tangga kejayaan, tangga, stairs, usaha

Kelas pertengahan cenderung untuk bekerja untuk orang lain. Mereka mempunyai perkerjaan atau kita panggilkan ia sebagai kerjaya. Lebih rasa beruntung, mereka akan berkerja sendiri. Orang kaya pula berbeza, mereka memilih untuk memiliki perniagaan. Mereka lebih cenderung untuk memiliki tangga korporat berbanding golongan pertengahan yang cenderung untuk mendaki tangga terbabit. Orang kaya lebih memahami yang mereka memerlukan lebih ramai orang untuk bekerja untuk mereka bagi mendapatkan wang dan mereka menggelarkan ia sebagai pendapatan pasif.

3. Kelas menengah bekerja untuk mendapatkan wang, yang kaya bekerja untuk belajar.

kerja sambil belajar, belajar, bekerja untuk belajar, tuntut ilmu

Kelas menengah sangat mudah dipujuk untuk menukarkan pekerjaan apabila seseorang menawarkan lebih banyak wang berbanding majikan sebelumnya. Berbanding sikap orang kaya, mereka berpendapat bekerja bukan mengenai wang semata-mata sebaliknya kesempatan ini digunakan untuk membangunkan kemahiran diri dan mempelajari nilai-nilai berguna yang bakal digunakan untuk membangunkan diri sebelum bertukar menjadi orang kaya. Sebagai contoh berkerja sebagai penjual untuk memahami dengan lebih mendalam dengan dunia jualan ataupun berkerja di bank hanya untuk memahami mengenai perakaunan. Jika anda mahu untuk menjadi kaya, anda perlu berkerja untuk belajar mengenai skill yang anda mahukan untuk menjadi kaya kerana kebanyakan mereka yang kaya tidak melakukan perkerjaan tersebut dengan memperolehi gaji yang tinggi.

4. Tumpuan kelas menengah adalah simpanan, tumpuan orang kaya pada pendapatan.

simpanan vs pelaburan, simpanan, pelaburan, fokus pada pelaburan

Simpanan itu penting. Pelaburan juga penting. Tetapi pendapatan adalah asas kepada kedua-duanya. Anda memahami bahawa anda perlu menyimpan dan melabur, tetapi untuk benar-benar mencapai matlamat kewangan anda, anda perlu untuk mendapatkan lebih daripada sepatutnya. Orang kaya memahami perkara ini dan berkerja untuk mewujudkan saluran pendapatan yang pelbagai. Jika anda benar-benar mahu menjadi kaya, berusaha untuk meningkatkan pendapatan anda, bukan kemampuan menabung anda sahaja.

5. Kelas menengah emosi dengan wang, yang kaya pula logik.

emosi dengan duit, sayang duit, sayang pada duit

Steve Siebold, seorang yang pakar didalam bidang pemikiran kritikal dan latihan kekuatan mental telah menjalankan temuramah dengan lebih 1,200 orang kaya daripada seluruh dunia sejak 30 tahun yang lalu. Didalam bukunya “How Rich People Think”, beliau menyatakan tentang kira-kira 100 jenis perbezaan pandangan orang kaya terhadap wang berbanding dengan kelas menengah. Salah satu perbezaan utama dia dapati adalah bahawa kelas menengah melihat wang melalui mata emosi, tetapi orang kaya melihat wang melalui mata logik. Logik disini bermaksud orang kaya memandang wang itu sebagai alat sahaja.

Membuat keputusan kewangan melalui  emosi sedikit sebanyak akan merosakkan kewangan anda. Warren Buffett menjelaskan bahawa pelaburan merupakan satu bidang yang memerlukan pemainnya untuk mengawal emosi dengan wang. Emosi inilah penyebab mengapa orang menjual dengan harga yang tinggi dan rendah. Emosi sememangnya membuatkan urusan perniagaan itu dalam keadaan merbahaya. Oleh itu, tinggalkan emosi anda untuk menjalankan urusan yang melibatkan wang dan berfikirlah menggunakan logik.

6. Kelas menengah memandang rendah potensi diri mereka, yang kaya pula kekal bersama matlamat yang besar.

potensi diri, matlamat hidup

Golongan menengah kebiasaannya menetapkan matlamat dan begitu juga dengan orang kaya. Bezanya matlamat antara dua golongan ini adalah kapasiti matlamat itu sendiri. Kelas menengah kebiasaannya menetapkan matlamat yang selamat dan mudah diperolehi. Matlamat yang ditetapkan oleh orang kaya pula kelihatan mustahil, sukar atau gila. Tetapi mereka tahu matlamat dan impian mereka itu boleh dicapai. Semuanya datang kembali untuk mempunyai minda yang betul.

Apabila anda menetapkan matlamat anda sendiri, cuba tanya pada diri anda sendiri sama ada matlamat itu boleh jadi lebih besar. Matlamat yang anda yakin mampu melakukannya. Saya rasa anda boleh jika mempunyai minda yang betul. Anda?

7. Kelas menengah berkerja keras, yang kaya pula berkerja secara bijak.

kerja keras, kerja bijak, kerja keras atau kerja bijak,

Kerja keras itu perlu dan kami pasti kedua-dua golongan ini melakukan perkara yang sama. Yang bermasalahnya ialah apabila kerja keras itu dilakukan secara berseorangan, itu kebiasaannya menjadi tabiat golongan menengah. Anda tidak boleh menjadi kaya jika melakukan kesemuanya dengan sendiri terutama anda mula berniaga secara kecil-kecilan. Anda perlu berkerja dengan lebih bijak untuk memastikan segala usaha yang dilakukan oleh anda itu berbaloi.

Antaranya melakukan usahasama dengan orang lain untuk menjalankan perniagaan, menambah lebih banyak pekerja untuk membantu anda dan sebagainya. Yang penting adalah bijak.

– – – –

Baca juga: Tips pengurusan kewangan  di Simposium Pengurusan Ringgit (SUPER)

Diharapkan entri ini dapat membantu anda untuk mencapai angan-angan untuk menjadi senang. Berangan tidak salah. Semua orang bermula dengan memasang impian. Yang tidak ada impian itu yang bermasalah sebenarnya.

TAGS
RELATED POSTS

LEAVE A COMMENT

CommentLuv badge

Cari