beeline navigation system
Teknologi

Alat Navigasi Untuk Penunggang Basikal Yang Anti Sesat

By on November 10, 2015

Baru-baru ini sebuah syarikat daripada UK telah melancarkan satu alat yang mampu membantu penunggang basikal untuk berbasikal di kawasan bandar yang diberi nama Beeline, sebuah alat navigasi yang direka khas untuk penunggang basikal. Alat yang perlu dipasang pada basikal ini berperanan sebagai kompas yang membimbing penunggang untuk sampai ke destinasi dengan selamat. Selain daripada menunjukkan arah, alat ini juga mampu untuk memberitahu jarak perjalanan yang telah disetkan daripada destinasi permulaan sehingga ke destinasi akhir .

Ianya dapat digunakan dengan mudah. Apa yang perlu dilakukan hanyalah sekadar setkan destinasi yang diinginkan menerusi aplikasi mudah alih yang perlu dimuat turun didalam telefon bimbit pengguna. Selepas itu aplikasi terbabit akan berinteraksi dengan peranti yang tersedia di basikal penunggang untuk menunjukkan arah. Kemudian ia sudah boleh digunakan. Ringkas bukan?

Menariknya lagi, alat ini telah direka khas untuk melindungi skrin daripada kesan calar dan sebagainya. Lebih-lebih lagi apabila pengguna tergolong didalam golongan yang suka meletakkan barangan di mana-mana sahaja termasuk poket mahupun di bag. Selain daripada itu, ianya juga dilengkapi dengan strap aluminium yang membolehkan alat ini diletakkan bersama dengan kunci jika ia tidak digunakan.

beeline 6

Integrasi antara aplikasi dan peranti

beeline navigation system

Alat peranti diletakkan dibahagian hadapan basikal

beeline 2

Mudah untuk dipasang

beeline 3

Rekaan yang ringkas

beeline 4

Ditawarkan dengan pelbagai warna yang menarik.

beeline 5

Mudah diletakkan bersama kunci jika tidak digunakan

Beeline turut menjalinkan kerjasama bersama London’s map project office untuk membuat butiran mengenai bahagian elektronik dan perisian. Malahan demi memenuhi selera pengguna, alat ini ditawarkan dengan pelbagai warna dan boleh dilakukan pengubahsuaian mengikut pengguna yang diinginkan. Lebih-lebih lagi dengan ciri-ciri kalis cuaca serta penggunaan skrin ultra berkuasa rendah disamping menggunakan komponen dan perisian yang dioptimumkan untuk kecekapan, alat ini sememangnya memenuhi citarasa penunggang basikal di Londan.

Syarikat yang mendapat suntikan dana daripada laman kickstarter ini menjangkakan yang batch pertama beeline akan dikeluarkan pada ogos 2016. Tonton video promo ini untuk maklumat lanjut.

Nota: Berbasikal bukanlah budaya di Malaysia disamping susunan bandar yang pelbagai. Jika tidak, mungkin boleh bawakan alat navigasi untuk penunggang basikal ini ke Malaysia.

TAGS
RELATED POSTS
6 Comments
  1. Reply

    suri

    November 12, 2015

    kalau mahu mesti dapatkan segera sekarang pelbagai teknologi anggih manusia akan jatuh hatikan walaupun ia kadang pakai seminggu hanya sekali..tak pun hanya membeli untuk buat koleksi
    suri recently posted…Resepi Roti Telur Vegetarian Diet SuriMy Profile

    • Reply

      Azmir Shah

      November 17, 2015

      Kalau pakai google map pun boleh juga sebenarnya. Lagi jimat kos. hehe

  2. Reply

    Ikhwan

    November 12, 2015

    kalau tak nak sesat, kayuh basikal ramai ramai 🙂
    Ikhwan recently posted…2 Cara Mudah Jana Wang Dengan USDMy Profile

    • Reply

      Azmir Shah

      November 17, 2015

      Cara klasik ni. Teringat pula masa zaman berbasikal dulu.

  3. Reply

    Ikhwan

    November 12, 2015

    tak nak sesat kena survey jalan awal awal 🙂
    Ikhwan recently posted…Peperiksaan Online Penguasa KastamMy Profile

    • Reply

      Azmir Shah

      November 17, 2015

      Pun betul juga..

LEAVE A COMMENT

CommentLuv badge

Cari