Automotif

Ferrari F80 – Kereta Konsep Terbaik Daripada Adriano Raeli

By on October 17, 2015

Sebelum ini The LaFerrari menjadi salah satu model Ferrari yang sangat berjaya dan menjadi buah mulut peminat sukan permotoran dengan teknologi kejuruteraan dan rekaannya yang futuristik dan mengagumkan. Malahan ramai diantaranya peminat Ferrari di luar sana yang memberi andaian model tersebut mampu membawa nama Ferrari di puncak sekaligus mengalahkan pesaingnya yang lain. Perkara itu sememangnya sedang berlaku.

Namun pada hari ini kami ingin membawakan sesuatu yang berbeza kepada anda dimana seorang pemuda daripada Itali ini telah mencipta satu rekaan kereta konsep yang diinspirasikan daripada model yang menjadi perbualan ramai itu. Malahan rekaannya itu lebih mengancam dan mengiurkan. Kereta konsep itu diberi nama Ferrari F80 yang direka dengan rekaan yang dinamik dan agresif.

I have a great passion for Cars, Design, Innovative Engineering and Cutting Edge Technology. I believe the ideation stage is very important but I feel like the final design and the way it makes people feel it’s the most important factor of design.

Ianya adalah hasil rekaan Adriano Raeli, seorang graduan daripada institusi The Art Center College of Design yang mengambil Ijazah Rekaan Pengangkutan. Beliau sememangnya gemar kepada bidang rekabentuk kereta dan itu telah menjadi minat utama buat dirinya sejak daripada kecil lagi.

Ketika ditanya mengenai idea rekaan konsep ini, beliau cuba membawakan pengalaman pemanduan F1 yang sebenarkan kepada si pemandunya dengan prestasi terbaik diatas jalan raya tanpa menjejaskan jenama dan keanggunan rekabentuk kenderaan. Kenderaan ini direka dengan konsep formula satu namun dimasa yang sama masih lagi mengekalkan identiti Ferrari. Menurutnya lagi, aerodinamik adalah perkara yang dititikberatkan didalam rekaan keseluruhan dan dimasa yang sama saluran udara telah ditempatkan diantara badan utama dan gerbang tayar. Butir-butir lain seperti ekzos berpusat adalah bertujuan untuk mengurangkan geseran. Kedudukan tempat duduk  pemandu dan penumpang juga berkaitan rapat dengan kedudukan tempat duduk  F1.

Ia juga banyak mengaplikasikan rekaan berbentuk daripada model sebelumnya seperti bentuk muncung hadapan yang tajam dan rekaan belakang yang agresif dan panjang. “Model ini bukan sahaja bakal berdiri kerana gaya, malahan ia akan bermegah dengan enjin yang berkuasa”, katanya lagi.

Secara terperinci, Ferrari F80 akan mendapat kuasa yang menggerunkan daripada enjin dengan 900 kuasa kuda, dan apabila sistem KERS Ferrari digunakan, kuasa keseluruhan akan berjumlah 1,200 kuasa kuda. Ini membolehkan Ferrari F80 mencapai kelajuan 62 batu sejam dalam hanya 2.2 saat, dan dan mampu mencapai sehingga 310 batu sejam atau 499 k / h. Ia juga diramalkan dapat bersaing dengan supercar lain seperti Koenigsegg One, yang bakal  menjadi supercar yang paling laju dengan kelajuan 440 k j.

Berikut merupakan gambaran kereta konsep Ferrari F80 daripada Adriano Raeli.

ferrari f80-1

Bahagian Depan

ferrari f80- 7

Bahagian Belakang

ferrari f80-2

Bahagian Atas

ferrari f80-3

Bahagian Sisi

ferrari f80-4

Bahagian Sisi

ferrari f80-5

Bahagian Sisi

ferrari f80-6

Bahagian Sisi Belakang

Apa pandangan anda mengenai reka bentuk Ferrari yang dibawakan oleh Adriano ini? Adakah ia menawan? Kongsikan pendapat anda dibahagian komen di ruangan bawah entri ini. =)

TAGS

LEAVE A COMMENT

CommentLuv badge

Cari