baby comel, baby comel sangat, baby comel pakai tudung, gambar baby yang sangat comel, pic baby comel, photo baby comel, gambar baby comel arab, gambar baby comel lelaki, baby comel pictures, image baby comel, baby comel ketawa, baby lisa surihani, cute baby picture, bayi comel, bayi comel wallpaper, bayi comel sangat, bayi comel koleksi gambar, petua bayi comel, pertandingan bayi comel 2012, pertandingan bayi comel 2015, bayi comel 2015, bayi melayu comel, ibu dan anak, Ibu aktif akan hasilkan anak lebih aktif, ibu dan anak tidur
Santai

Ibu Ini Menukarkan Dunia Tidur Anaknya Kepada Sesuatu Yang Luar Biasa

By on November 26, 2015

Seorang ibu kebiasaannya membiarkan anak kecilnya tidur dengan lena didalam buaian mahukan katil bayi yang diletakkan bersebelahan dengan katil tempat tidur si ibu. Namun Sioin Queenie Liao melakukan sesuatu yang luar biasa dimana ketika anaknya sedang tidur, beliau telah menukarkan tempat tidur si anak dengan latar belakang fantasi seperti yang kelihatan didalam cerita dongeng. Cerita dongeng? Apa sebenarnya yang beliau cuba buat dan siapa beliau sebenarnya?

Buat pengetahuan anda semua, Sioin Queenie Liao adalah seorang artis freelancer yang tinggal di California, Amerika Syarikat. Beliau merupakan seorang ibu kepada tiga anak lelaki dan menjalankan kerja sebagai fotografer pemandangan alam semula jadi.

Pada satu hari, beliau mula mendapat satu idea untuk menghasilkan karya fotografi yang tertumpu kepada kehidupan anak-anak beliau. Itu pun selepas beliau melihat sendiri  karya kreatif hasil kerja daripada fotografer yang lain.

Fotografi akan terus kekal menjadi hobi saya. Pada mulanya minat fotografi saya hanya tertumpu kepada pemandangan semula jadi kerana keindahan alam semula jadi tidak pernah berhenti untuk terus menambat hati saya. Namun mulai 2002, perhatian saya mula beralih kepada bayi.

Selepas kelahiran anak pertama beliau pada tahun 2002, motif fotografi beliau mula berubah daripada mengambil gambar pemandangan semula jadi kepada mengambil gambar anak kecil. Kebanyakan gambar yang diambil pula diinspirasikan daripada karya-karya indah Anne Geddes. Pada tahun 2010 selepas melihat hasil kerja Adele Enersen yang merakam gelagat anaknya tidur, Queenie mula bereksperimen dengan idea tersebut dengan menangkap gambar anak beliau sendiri iaitu Wengenn yang ketika itu baru berusia 3 bulan.

Bagaimana pula beliau mendapatkan idea untuk hiasan latar belakang gambar? Queenie Liao mengatakan yang dia membesar dengan cerita-cerita dongeng dimana ketika kecil Queenie sering membaca buku-buku cerita fiksyen yang penuh dengan ilustrasi yang indah sehingga beliau sendiri ketika itu dapat menghayati sepenuhnya cerita yang disampaikan. Kisah dongeng daripada zaman kecil ini memberi peluang kepada dirinya untuk mencuba idea tersebut kepada anaknya.

Setiap hari sebelum Wengenn tidur, saya akan membayangkan beliau menjadi watak utama kepada cerita kegemaran saya.

Itulah perkara yang dilakukan oleh Queene pada setiap hari sebelum mengambil gambar anaknya itu ketika tidur. Beliau akan membayangkan Wengenn sebagai watak utama, kemudian beliau mula mengubahsuai prop mengikut kesesuaian. Ini termasuklah dengan paparan latar belakang, barangan seperti patung-patung dan sebagainya. Selepasnya anaknya itu mula tidur pula, beliau akan terus meletakkan anaknya dibahagian tengah tema dan mula mengambil gambar. Tema yang beliau cuba bawakan untuk setiap gambar adalah mewujudkan siri yang mengambarkan anaknya menerokai dunia khayalan seperti mana yang terdapat didalam dunia dongeng.

Berikut pula antara merupakan hasil kerja beliau.

baby comel, baby comel sangat, baby comel pakai tudung, gambar baby yang sangat comel, pic baby comel, photo baby comel, gambar baby comel arab, gambar baby comel lelaki, baby comel pictures, image baby comel, baby comel ketawa, baby lisa surihani, cute baby picture, bayi comel, bayi comel wallpaper, bayi comel sangat, bayi comel koleksi gambar, petua bayi comel, pertandingan bayi comel 2012, pertandingan bayi comel 2015, bayi comel 2015, bayi melayu comel, ibu dan anak, Ibu aktif akan hasilkan anak lebih aktif, ibu dan anak tidur

Penjara

bayi comel, bayi lucu

Muzik

bayi comel, bayi lucu

Aladin

bayi comel, bayi lucu

Sarkas

bayi comel, bayi lucu

Hantu

bayi comel, bayi lucu

Melukis

bayi comel, bayi lucu

Wawancara

bayi comel, bayi lucu

Ahli Sihir

bayi comel, bayi lucu

Tarzan

bayi comel, bayi lucu

Orang kenit

Kini, himpunan gambar pengembaraan Wengenn telah mencecah hampir mencecah ratusan keping yang menyaksikan pelbagai tema pengembaraan sehingga ia dibukukan didalam album yang dipanggil “Wengenn in Wonderland”. Buku yang diterbitkan didalam didalam bahasa cina iaitu “Sleepy Baby – 可愛寶貝的扮裝寫真,” yang telah diterbitkan di Taiwan pada Julai 2012. Didalam buku ini, anda akan diterangkan tentang cara-cara bagaimana hendak mengambil gambar seperti beliau dan penerangannya pula diberikan dengan sangat terperinci.

Kami pasti selepas membaca entri ini, ada diantara anda yang cuba untuk mengaplikasikan motif fotografi ini terutama kepada ibu dan bapa yang baru memperoleh ahli keluarga baru. Kelihatannya anda perlu menyediakan bajet tertentu untuk menyediakan prop. Hahhh.

Baca juga : 7 Fakta Menarik Mengenai Pengasas Kentucy Fried Chicken

Baca juga : 7 Fakta Mengenai Google Yang Anda Mungkin Tidak Tahu

TAGS
RELATED POSTS
7 Comments
  1. Reply

    Encik Kelakar

    November 26, 2015

    kreatif ibu dia nih… aku tepuk lalat pun dah terbangun anak aku…
    Encik Kelakar recently posted…Bedak sejuk mok cunMy Profile

    • Reply

      Azmir Shah

      November 26, 2015

      Itulah dia. Siap tukar baju lagi tu. Tak terbangun pula anaknya.

  2. Reply

    onlajer

    November 26, 2015

    pergh kreatif betul orang ini, dah macam muzium 3d je

    • Reply

      Azmir Shah

      November 26, 2015

      Ada muzium 3D pulak. Hahaha

  3. Reply

    Noriza Rahman

    December 2, 2015

    Sangat kreatif dengan idea yang menarik
    Noriza Rahman recently posted…Kesan Luka Cepat Pulih dan Kering Dalam Masa 2 MingguMy Profile

  4. Reply

    Raihanah Ahmad

    December 10, 2015

    kreatif la mak dia ni, comel semua gambar
    Raihanah Ahmad recently posted…Tunku Jalil, Kanser dan Kepentingan AntioksidanMy Profile

  5. Reply

    titan

    December 11, 2015

    maknya bosan tu.

    tu pasal rajin wat macam tu.

    haha..
    titan recently posted…Asingkan SAMPAH dengan bijak. Baru BUANG dengan penuh hemah.My Profile

LEAVE A COMMENT

CommentLuv badge

Cari