cita-cita bill gates, cita-cita bill gates, bill gates, biodata bill gates, pengasas microsoft
Teknologi

Ini adalah Cita-Cita Bill Gates Sebelum Beliau Menjadi Orang Terkaya Di Dunia

By on January 13, 2016

Siapa yang tidak mengenali Bill Gates, seorang jutawan yang bertanggungjawab untuk membangunkan sebuah syarikat teknologi Microsoft yang berjaya menguasai dunia dengan penyebaran produknya di serata dunia. Beliau bukan sahaja menjadi salah seorang billionair yang terkaya didunia, beliau juga antara individu yang peka dan bertanggungjawab didalam menangani isu-isu global.

Siapa sangka lelaki yang berusia 60 tahun pernah mempunyai cita-cita ketika kecil seperti mana kanak-kanak yang lain. Menerusi temuramah bersama bapa Bill Gates iaitu William H. Gates dengan Forbes, suatu ketika dahulu anaknya itu pernah mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang angkasawan.

Perkara ini dinyatakan oleh William berdasarkan kepada tugasan yang pernah dilakukan oleh Bill Gates ketika di darjah 5 dimana beliau perlu menyatakan cita-cita dimasa akan datang. Ketika itu, beliau berkongsikan kepada semua mengenai pekerjaan idamannya itu adalah untuk menjadi seorang angkasawan. Disamping itu, beliau juga memilih kerja “ilmuan” sebagai kerja tambahan yang menjadi impian buat dirinya.

Ini tidak dapat disangkal lagi kerana semenjak daripada kecil lagi, Bill Gates telah menunjukkan minat yang mendalam terhadap dunia sains. Beliau juga turut menghabiskan sebahagian daripada masanya hanya untuk membaca buku ilmiah yang berkaitan dengan minatnya itu.

Tahukah anda jejaka berkaca mata ini mengaturcara komputer semenjak umur 13 tahun lagi.

Bill Gates memulakan aktiviti mengaturcara komputer semenjak beliau berumur 13 tahun lagi. Kemudian beliau menubuhkan syarikat perisian ikonik tersebut bersama teman kuliahnya iaitu Paul Allen pada tahun 1975, Ketika itu beliau memutuskan untuk berhenti daripada pengajiannya di University Harvard dan mula fokus kepada kepada Microsoft.

Antara tahun 1978-1981, Microsoft berkembang dengan sangat pesat. Pekerja syarikatnya mula bertambah daripada 25 orang sahaja kepada 128 orang. Pendapatan syarikat mula menampakkan peningkatan daripada USD 4 juta kepada USD16 juta pada ketika itu.

Baca juga : Kata inspirasi daripada tokoh dunia

Baca juga : 7 Perkara yang menghalang diri daripada mencapai matlamat hidup

Pada pertengahan 1981 pula, Gates dan Allen mula mengukuhkan Microsoft sebagai syarikat rasmi dimana Gates memegang jawatan sebagai Presiden dan CEO sementara Allen bertugas sebagai Wakil Presiden Eksekutif.

TAGS
RELATED POSTS
2 Comments
  1. Reply

    sabree hussin

    February 19, 2016

    Nasib baik juga dia tak teruskan untuk jadi angkasawan. kalau tak mungkin microsoft tak wujud

LEAVE A COMMENT

CommentLuv badge

Cari