Seni

Gadis Itali Ini Menghasilkan Karya Seni Daripada Kopi

By on October 16, 2015

Setiap pagi selepas sarapan pagi, Giulia Bernardelli gemar melakukan sesuatu yang luar daripada kebiasaan. Jika seorang gadis normal membersih meja semasa atau selepas sarapan, gadis berusia 28 tahun daripada Itali ini pula mengotorkan meja dengan hasil seninya yang menawan. Menjadi pemegang ijazah sarjana muda Akademik Seni Halus Bolgna betul-betul memberi kesan kepada dirinya apabila beliau mengemar untuk mewujudkan adegan yang mempesonakan menerusi lebihan air kopi yang dijadikan sebagai bahan lukisan karya yang indah diatas meja putih Itali beliau.

Daripada muka pemuzik yang terkenal sehingga ke adegan imaginasi daripada siri dongeng Peter Pan, semuanya ditatapkan diatas meja makan beliau yang menjadi tempat untuk mempamerkan kreativitinya. Malahan hasil kreativiti beliau ini dikongsikan bersama 54k follower di instagram beliau..

“Everything that I needed was around me, if I looked carefully. I decided to replace the paint brush with what nature offered, such as leaves, fruit skins, food. All these elements feature different colors and textures.”

Peristiwa penghasilan karya unik ini bermula secara tidak sengaja apabila disaat minum kopi, Guilia mengacau kopi tersebut dan ternampak ada sesuatu yang menarik disebalik perbuatannya itu. Beliau melihat ada dunia yang menarik untuk diterokai yang mampu mencabar kreatitiviti diri sendiri.

Dari hari tersebut pandangan Guilia terhadap aktiviti meminum kopi sudah berubah. Katanya, ” apabila saya minum kopi, saya memikirkan tentang sesuatu yang saya boleh cipta di atas meja”.

Berikut merupakan karya seni daripada Giulia Bernardelli. Hasil yang ditunjukkan sangat luar biasa sehingga mampu membuatkan anda terpegun.

Giulia Bernardelli 9

The Grinder

Giulia Bernardelli 11

chocolate DW ❣ limited edition

Giulia Bernardelli 10

Ava Gardner

Giulia Bernardelli 5

“You are the knife I turn inside myself; that is love. That, my dear, is love” F.Kafka to Milena

Giulia Bernardelli 1

Marilyn Monroe

Giulia Bernardelli 7

Amy Winehouse

Giulia Bernardelli 3

Peter Pan

Giulia Bernardelli 6

In Cubus

Giulia Bernardelli 4

A Ship

Giulia Bernardelli 8

Fantasy World

Jika anda mahu melihat lebih banyak lagi karya yang menarik, anda boleh mengikuti sendiri Giulia Bernardelli di laman instagram . Adakalah anda juga mempunyai bakat seperti gadis Itali ini?

TAGS
RELATED POSTS
1 Comment
  1. Reply

    zik

    October 17, 2015

    gila betul.. memang real beb… aku nak cuba … tapi jadi macam lopak longkang tuh apa cer…haha
    zik recently posted…Jika big mama rambut tak kembang, LOLMy Profile

LEAVE A COMMENT

CommentLuv badge

Cari