berfikir, lelaki berfikir, pakar psikologi
Gaya Hidup

Pakar Psikologi Berpendapat Kita Perlu Menerima Diri Kita Yang Seadanya Sebelum Bersedia Untuk Berubah

By on January 17, 2016

Secara semula jadinya kebanyakan daripada kita memang tidak suka kepada perubahan. Perubahan boleh jadi sesuatu yang menakutkan kepada mereka yang terlalu lama berada didalam zon selesa. Malah ada diantara kita yang berpendapat yang mereka tidak perlu berubah kerana itu bukannya diri mereka yang sebenar dan berpendapat itu bukanlah satu tindakan yang sepatutnya.

Mengapa pula mereka berkata seperti itu?

Setiap daripada kita yang terlalu lama berada didalam zon yang selesa kerap mempunyai tabiat untuk melakukan pekerjaan yang sama. Apabila kita keluar daripada rutin harian kita, perasaan tidak selesa dan pelik akan mula timbul didalam diri. Perasan itu seperti anda menulis menggunakan tangan kiri sedangkan anda biasa menulis dengan menggunakan tangan kanan. Maka secara automatiknya anda akan mempunyai keinginan untuk mengulangi tabiat yang lama.

Adakah menjadi satu keperluan untuk berubah demi menjalani kehidupan?

Ya betul. Berubah hanya untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan adalah perlu. Ini kerana anda sendiri perlu menyesuaikan diri anda dengan keadaan sekeliling yang berbeza-beza bagi setiap individu.

Malahan Charles Darwin juga berkata.

Ini bukan mengenai spesis yang paling kuat yang akan hidup, bukan juga yang paling bijak, sebaliknya buat mereka yang responsif kepada perubahan – Charles Darwin

Apa yang perlu dibuat sebelum melakukan perubahan didalam diri?

Sebelum kita melakukan perubahan didalam diri, kita mesti menerima dengan lapang dada mengenai siapa diri kita. Itu adalah satu permulaan yang baik sebelum kita melakukan perubahan didalam diri. Ia sama sahaja seperti kita yang ingin mengguna GPS atau Google Map. Pertama anda perlu mengenai pasti dimana anda berada ( merujuk kepada siapa diri kita ), kemudian kita menetapkan kemana yang kita ingin tuju ( apa yang kita hendak jadi ). Apabila kita bersikap realistik terhadap diri sendiri dan menerima siapa diri kita yang sekarang, maka sudah semestinya kita sudah bersedia untuk berubah.

Sekarang bagi membantu anda memahami dan menerima siapa anda, cuba untuk secara amnya menerangkan siapa diri anda yang sebenar. Cuba untuk melihat diri anda seperti seorang saintis memerhatikan spesimen. Saintis yang jujur terhadap keputusan eksperimennya.

Ingat, anda perlu jujur dengan diri anda kerana tiada siapa yang menghakimi diri anda tau. Kecuali anda la. Hehe. Selepas anda mengenal pasti mengenai sifat-sifat anda, cuma untuk cari peristiwa yang membuktikan benarkah anda mempunyai sifat tersebut. Sebagai contohnya kami menyatakan Azmir Shah ini pemalu. Azmir Shah tahu dia pemalu dan ini dibuktikan menerusi peristiwa lepas yang dia sememangnya seorang yang pemalu terutama apabila berhadapan dengan gadis-gadis. Nak cakap dengan gadis pun malu walaupun secara terang-terangan yang kehensemannya mampu mengatasi segalanya. Ini contoh, jangan ambil serius pula. Saya serius tak apa.

Sekarang Azmir tidak mahu menjadi pemalu lagi dan dia mahu berubah untuk menjadi seorang pemuda yang berkeyakinan yang mampu berhadapan dengan siapa sahaja. Jadi perkara pertama yang anda buat adalah anda menerima siapa diri anda dan perkara kedua pula adalah anda bersedia untuk berubah.

Apa yang anda perlu buat selepas anda menerima siapa diri anda?

Sekarang anda sendiri sudah menerima siapa diri anda yang sebenar, apa yang anda perlu buat selepas ini adalah dengan membayangkan apa yang anda ingin jadi. Apa yang anda ingin ubah dan apa yang perlu anda lakukan. Sekarang cuba bayangkan tentang apa yang anda ingin jadi, kemudian bayangkan anda adalah seorang yang mencapai matlamat tersebut dan berjaya mengubah diri anda seperti yang anda mahukan.Seronok bukan?

Jangan memandang rendah dengan kemampuan otak anda untuk bermain dengan imaginasi kerana ia mampu mendorong diri anda untuk mengubah mentaliti. Menurut kajian yang dilakukan oleh pakar psikologi terhadap pemain bola keranjang, didapati imaginasi mampu memberi kesan kepada otak.

Berdasarkan kajian tersebut, pakar psikologi menjalankan kajian terhadap 3 kumpulan pemain bola keranjang.

Kumpulan 1 telah diberitahu untuk tidak berbuat apa-apa.
Kumpulan 2 telah diberitahu untuk membayangkan diri mereka berjaya menembak bola dari jauh
Kumpulan 3 telah diberitahu untuk berlatih menembak bola dari jauh

Kumpulan 1 tidak menunjukkan sebarang peningkatan. (Memang sudah jelas sangat)

Walaupun kumpulan 2 sekadar membayang yang mereka menembak bola yang disediakan berbanding kumpulan 3 yang diberitahu untuk berlatih untuk menembak sasaran, ternyata 2 kumpulan ini menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan berbanding dengan kumpulan pertama walaupun kesemua kumpulan tersebut tidak mempunyai pengalaman untuk menembak.

Nampak? Dengan membayangkan sekalipun anda boleh mendapatkan keputusan yang sama. Mahupun hampir sama. Bayangkan juga itu adalah “diri anda yang baru”.

Oleh itu, jadi mula bertindak seperti “diri anda yang baru” supaya anda boleh berubah dan menjadi seperti yang anda inginkan. Secara asasnya, anda mengubah tabiat lama anda dengan tabiat baru.

Nota terakhir

Jika anda melakukan semua perkara yang anda rasakan betul dan anda mula melakukan perubahan, kami pasti ramai orang yang berada disekeliling anda akan perasan dengan perubahan anda itu. Jika anda mendapat kata-kata yang negatif mengenai perubahan itu, relax je.

TAGS

LEAVE A COMMENT

CommentLuv badge

Cari