Teknologi

Kokomo Ailand – Pulau Peribadi Berteknologi Tinggi

By on October 18, 2015

Jika anda bermimpi untuk menjadi jutawan, sudah pasti kereta mewah serta kapal layar antara barangan yang anda inginkan. Apabila anda betul-betul menjadi kaya, sebuah rumah besar mahupun pulau peribadi antara aset yang anda mahukan untuk menjadi milik anda. Bagaimana jika syarikat bernama Migaloo menawarkan sesuatu yang luar biasa kepada anda iaitu sebuah pulau peribadi berteknologi tinggi untuk dimiliki. Adakah anda akan mempertimbangkan?

WE DESIGN, ENGINEER AND BUILD EXCLUSIVE PRIVATE SUBMERSIBLE SUPERYACHTS AND FLOATING ISLANDS OF ANY SIZE

Memperkenalkan kepada anda ” The Kokomo Ailand”, sebuah pulau peribadi bersifat mudah alih yang mampu bergerak dengan kelajuan cruiser dan bersifat futuristik. Ia juga mempunyai panjang keseluruhan 117 meter dengan beam 78 meter dan draught 20.5 meter – 9.7 meter. Daripada karakteristik yang dinyatakan, ianya sesuatu yang sangat berbaloi untuk dipertimbangkan. Menariknya, perkhidmatan tempahan pulau peribadi yang disediakan oleh Migaloo ini membenarkan pembeli untuk memilih pemasangan model sedia ada atau memilih untuk tempahan pulau yang boleh  diubahsuai mengikut citarasa anda dari segi saiz, bentuk dan kemudahan. Pulau ini juga didatangi dengan pelbagai kemudahan yang merangkumi kolam renang, taman-taman hijau, penthouse, spa, air terjun, pawagam , gimnasium, salon, barbeku, lif, lapangan helikopter dan sebagainya. Segala kemudahan ini boleh ditambah mengikut kehendak pelanggan.

Bagaimana dengan harga? Kata wakil Migaloo, “harga pulau adalah bergantung kepada kemudahn yang dimahukan oleh pelanggan”.

Berikut adalah rekaan konsep pulau peribadi mudah alih yang direka oleh mereka.

The Kokomo Ailand. Pemandangan daripada sisi

The Kokomo Ailand. Pemandangan daripada sisi.

Disediakan dengan ruangan pendaratan helikopter

Disediakan dengan ruangan pendaratan helikopter.

Mampu bergerak daripada satu tempat ke tempat yang lain.

Mampu bergerak daripada satu tempat ke tempat yang lain.

Suasana di waktu malam

Suasana di waktu malam.

Konsep dalaman yang hijau.

Konsep dalaman yang hijau.

Pemandangan daripada atas.

Pemandangan daripada atas.

Andai konsep idea pulau peribadi ini mampu direalisasikan dalam tempoh masa 10 tahun daripada sekarang, ianya pasti akan menjadi daya tarikan individu daripada seluruh dunia. Sejujurnya kami merasakan idea ini sangat sukar untuk dijual kerana kami sendiri berpendapat kebanyakan orang kaya menjadi kaya kerana mereka bijak. Jika mereka bodoh kemungkinan besar projek pulau peribadi berteknologi tinggi ini akan menjadi pilihan mereka.

Mengapa perlu membeli pulau buatan jika kita mampu membeli pulau sebenar. Betul atau tidak?

TAGS
RELATED POSTS

LEAVE A COMMENT

CommentLuv badge

Cari