refund di lazada, refund duit di lazada, xiaomi redmi 3s, redmi 3s, lazada
Review

Pengalaman Membeli Dan Refund Di Lazada Malaysia

By on April 12, 2017

Pada masa kini pembelian barangan secara atas talian bukan lagi sesuatu yang asing dikalangan kita semua. Jika dahulu masyarakat Malaysia agak paranoid untuk melakukan traksaksi e-commence apabila kita sering dimomokkan dengan berita kes penipuan barangan  yang bertukar menjadi batu lesung, kini kejadian seperti itu sudah jarang didengar. Ini kerana terdapat puluhan penyedia perkhidmatan pembelian atas talian di Malaysia seperti Lazada, Lelong, Shopee yang berusaha memikat pelanggan berpotensi supaya  memberi keyakinan dan kepercayaan kepada pihak mereka untuk berbelanja. Memandangkan saya sendiri baru-baru ini mempunyai sedikit pengalaman berurusan dengan Lazada, adalah baiknya jika saya berkongsi dengan anda semua  pengalaman saya membeli dan refund di Lazada Malaysia.

Ini bukanlah pengalaman pertama saya berbelanja di lazada. Sebelum itu saya pernah membeli barangan seperti mouse pad Fnatic 2016 (seperti didalam gambar) dan acrylic headphone stand yang digunakan sebagai aksesori gaming set saya. Seperti biasa, segala proses penghantaran mengikut jadual dan sampai tepat pada masanya. Cumanya berbeza pada kali ini, saya membeli sesuatu yang besar nilainya (bagi saya) secara atas talian iaitu sebuah telefon bimbit yang lebih berisiko.

Pelbagai aspek yang perlu diambil bagi memastikan pembelian pada kali ini berbaloi dan bertepatan dengan bajet yang dikeluarkan. Antaranya saya mahukan sebuah peranti yang mempunyai spesifikasi yang tinggi dan dimasa yang sama ianya berada di dalam lingkungan harga mampu milik. Memandangkan peranti jenama Xiaomi sahaja yang menepati apa yang saya mahukan, maka saya memilih peranti kelas pertengahan Xiaomi Redmi 3s sebagai penganti Samsung Galaxy S4 yang telah tamat hayatnya.

Antara spesifikasi yang saya mahukan adalah Xiaomi Redmi 3s ini berwarna emas dengan spesifikasi 32G ruangan storage dan 3G ram, harga yang saya mampu dapat adalah sekitar RM630 ke RM730 dimana harga pasaran yang dikeluarkan oleh Xiaomi Malaysia ketika itu adalah sekitar RM699. Walaupun chipsetnya cuma Snapdragon 430, bagi saya itu sudah memandai.

lazada, lazada redmi 3s, xiaomi redmi 3s

Pembelian awal di lazada

Seperti biasa apabila saya melakukan servey dan nampak tawaran menarik yang kena dengan bajet, saya tidak akan terus beli. Sebaliknya saya akan memerhati sahaja senarai jualan model terbabit selama beberapa hari bagi membuat pembelian yang berbaloi.

Antara aspek yang saya lihat adalah harga, komen pembeli dan kemudiannya reputasi penjual. Selepas beberapa hari melakukan servey, saya tertarik dengan satu penjual yang menjual dengan harga yang sangat berpatutan iaitu RM599 untuk Redmi 3s import set.

Bagi saya itu sudah cukup murah jika hendak dibandingkan dengan servey saya hari pertama sekitar RM630. Jadi tanpa berlenggah, saya terus membuat pembayaran untuk mendapatkan peranti terbabit kerana bimbang nanti kehabisan stok pula. Kebetulan pula stok yang ada cuma tinggal 2 buah sahaja.

Penyesalan bermula

Episod penyesalan saya bermula sebaik sahaja saya selesai membuat pembayaran menerusi Maybank2u. Kebiasannya apabila pelanggan selesai membuat pembayaran menerusi payment gateway yang telah disediakan, kami akan diberi pilihan untuk kembali semula ke paparan utama laman web Lazada. Entah bagaimana saya boleh pula terlihat paparan senarai jualan Xiaomi Redmi 3s di Lazada dan saya dapati ada penjual yang menjual dengan harga yang lebih murah berbanding dengan apa yang saya bayar tadi.

Dengan spesifikasi yang sama, saya boleh dapatkan peranti tersebut dengan harga sekitar RM598 (murah RM1) disamping tempoh penghantarannya juga adalah lebih singkat berbanding peranti yang saya beli dari luar negara itu tadi kerana peranti yang dijual ini merupakan set Malaysia (MY). Lebih menyakitkan hati, penjual tersebut adalah Lazada sendiri. Macam manalah saya boleh tak perasan dengan iklan yang telah dikeluarkan oleh Lazada sebelum ini.

Tanpa berfikir panjang saya terus membaca Q&A yang telah disediakan diruangan Customer Care untuk memastikan saya dapat membatalkan transaksi saya yang pertama itu tadi dan gunakan duit tersebut untuk membuat transaksi kedua. Maklumlah, saya merasakan tawaran terbaru yang saya dapat ini kelihatannya lebih menguntungkan berbanding dengan sebelumnya. Selesai membaca dan memahami situasi, perkara yang saya lakukan adalah:

1.Menghubungi khidmat Pelanggan Lazada

lazada, website lazada, refund di lazada

Anda boleh menghubungi Lazada menerusi ruangan Live Chat

Bagi memperbetulkan keadaan, saya menghubungi pihak Lazada menerusi Live Chat yang telah disediakan di ruangn khidmat pelanggan. Seperti biasa saya perlu memberikan butiran peribadi bagi memudahkan urusan. Disebabkan urusan saya pada kali ini adalah untuk membuat pembatalan transaksi, saya perlu menyatakan alasan kepada pihak Lazada mengapa saya ingin membatalkan transaksi tersebut.

Lazada tidak mempunyai sebarang masalah untuk membuat pembatalan transaksi dan memulangkan  semula / refund duit yang telah dibayar. Cuma tempoh pulangan itu tidak boleh dilakukan secara serta merta dan saya cuma dijanjikan untuk menerima refund tersebut dalam tempoh 1-3 hari waktu bekerja. Ini bermakna saya tidak boleh membeli peranti yang saya inginkan itu pada hari yang sama kerana duit yang ada itu masih lagi berada di dalam status menunggu. Nak atau tak nak, saya terpaksa tunggu.

Alhamdulillah, pembatalan itu telah berjaya dibuat dan saya akan menerima email yang menyatakan pemulangan wang/refund kini di dalam proses. Selain daripada itu, email tersebut juga ada merekodkan perbualan diantara saya dan staff Lazada untuk dijadikan rujukan dimasa akan datang.

2. Pengesahan Akaun Bank

refund lazada, pengesahan akaun bank, refund di lazada

Email untuk menghantar maklumat akaun bank

Selepas saya menerima email pertama mengenai status pembatalan pesanan dan proses pemulangan / refund duit, saya menerima email yang kedua (seperti didalam gambar) yang meminta saya untuk menghantar maklumat akaun bank yang bakal digunakan untuk proses pemulangan terbabit.

Maklumat ini perlu diisi didalam tempoh masa 24 jam untuk melancarkan proses pemulangan. Jika tidak, wang tersebut akan ditukarkan kepada kredit stor secara automatik dan sudah semestinya saya perlu membuat pembelian WAJIB dimasa akan datang untuk menebus kredit stor tersebut. Disebabkan saya tidak mahu mempunyai sebarang masalah, maka saya pun menghantar maklumat akaun yang diinginkan beberapa minit selepas email diterima.

Selepas selesai saya mengisi maklumat yang diinginkan oleh pihak Lazada, apa yang saya perlu buat hanyalah:

3. Tunggu wang dipulangkan

lazada refund, refund duit di lazada, refund di lazada

Mesej paparan selepas selesai urusan

Segala urusan yang melibatkan pihak saya sudah selesai dan apa yang perlu saya buat hanyalah sekadar tunggu maklumbalas daripada pihak lazada yang mereka sudah pun kreditkan wang tersebut di dalam akaun saya.

Perkara yang saya amat suka tentang lazada adalah mereka sangat effisyen. Buat pengetahuan anda semua, pembelian ini dibuat pada 14 Februari 2017 dimana permohonan pembatalan pesanan juga dibuat pada hari yang sama. Selepas saya melalui 2 proses seperti mana diatas, saya menerima pemulangan wang saya pada 15 Februari 2017 dan notis pemberitahuan pada 16 Februari 2017 menerusi email. Lazada hanya mengambil kira-kira 1 hari sahaja untuk memulangkan wang saya.

Pantas dan cekap. Itulah perkataan yang mampu mengambarkan tentang bagaimana saya berpuas hati dengan servis yang ditawarkan oleh Lazada kerana ini kali pertama saya memohon proses pemulangan / refund wang yang telah dibayar.

Disatu bahagian yang lain pula

Proses refund satu hal, dimasa yang sama saya tetapkan juga membeli telefon bimbit yang ditawarkan oleh Lazada dengan harga RM598 pada hari yang sama walaupun saya masih lagi tidak menerima wang refund. Bukan apa, saya takut terlepas peluang untuk memiliki peranti yang cukup murah itu dibawah harga pasaran.

Saya tidak pasti sama ada ianya adalah kesilapan ataupun taktik perniagaan, pada hari tersebut Lazada menawarkan kepada saya Xiaomi Redmi 3s 16G dengan harga RM599 berbanding dengan Xiaomi redmi 3s 32G dengan harga RM598. Pelik atau tidak bagaimana 16G lagi mahal berbanding 32G?

Saya tidak mahu berfikir panjang. Itu mereka punya hal. Yang saya tahu, saya dapat apa yang saya mahu. Selesai sahaja saya membuat pembatalan transaksi pertama, saya terus membuat pembelian Xiaomi redmi 3s ini dengan harga RM598.

Tahukah anda yang pembelian telefon bimbit ini dibuat pada 14 Februari 2017 dan saya mendapat barangan yang  saya beli ini pada keesokan harinya iaitu pada 15 Februari 2017. Seperti mana Lazada yang kita kenal, proses penghantaran sangat  effisyen dimana mereka mengambil masa 1 hari sahaja untuk menghantar bungkusan ke UUM walaupun lokasinya di hujung Malaysia.

Pada hari tersebut, telefon bimbit saya dapat, refund pun saya dapat. Jadi di dalam entri ini saya sertakan sekali gambar telefon bimbit  yang telah dibeli.

xiaomi, xiaomi redmi 3s, xiaomi malaysia, lazada

Paparan depan

xiaomi redmi 3s

Paparan belakang dan MIUI 7

Ini sahaja perkongsian yang saya dapat buat tentang pengalaman saya membeli dan refund di Lazada Malaysia. Pengalaman setiap orang tidak sama dan inilah pengalaman yang saya rasai. Walaupun perkhidmatan yang diberikan adalah baik, jangan lupa kita sebagai pengguna seharusnya sentiasa berhati-hati kerana ruang ketirisan sentiasa ada dimana-mana.

Mari kongsikan pengalaman anda membeli belah atas talian diruangan komen. Mana tau kita boleh berkongsikan pengalaman bersama. =)

Baca juga : Apa itu Cinemagraph?
Baca juga : Gadis Itali Ini Menghasilkan Karya Seni Daripada Kopi

TAGS
RELATED POSTS

LEAVE A COMMENT

CommentLuv badge

Cari