solat jenazah, niat solat jenazah, panduan solat jenazah, cara solat jenazah
Agama

Panduan melaksanakan solat jenazah dengan sempurna

By on January 22, 2017

Pada beberapa hari lepas, saya ada menziarahi rumah jiran tetangga yang baru sahaja kehilangan ayahanda mereka akibat sakit tua. Pemergiannya itu sangat mengejutkan dan disedari sendiri oleh isterinya. Suka atau tidak ahli keluarga perlu berlapang dada untuk meredhai pemergian seorang ketua keluarga.

Solat Jenazah

Alhamdulillah, anak-anak dari jauh juga turut sama-sama membantu menguruskan jenazah orang tua mereka dan sempat untuk menatap wajah orang tua mereka untuk kali terakhir. Segala urusan yang melibatkan pengurusan jenazah semuanya berjalan dengan lancar. Sebelum dibawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan, para hadirin melakukan solat jenazah dan mendoakan mudah-mudahan Allah mengampuni dosa si mati.

Diketika itu, saya cuba membayangkan andai kata sayalah si mati tersebut dan seperti mana beliau, saya punyai isteri dan anak-anak, seeloknya saya mahu anak lelaki saya yang paling tua untuk mengimamkan solat jenazah tersebut. Namun sudah nama manusia, adakalanya kita terlupa bagaimana untuk melakukan solat jenazah oleh kerana jarang melakukannya.

Panduan Solat Jenazah

Oleh itu, pada entri kali ini, saya akan menyediakan kepada anda semua lafaz niat dan tertib solat jenazah yang betul supaya ianya dapat membantu para pembaca untuk melakukannya kerana ianya tersangat mudah untuk dilakukan. Tatacara yang saya berikan ini disertakan dengan panduan mengerjakan solat jenazah dengan doa yang ringkas dan doa yang lebih panjang beserta panduan bacaan didalam tulisan jawi, rumi beserta dengan makna setiap bacaan. Mudah-mudahan panduan ini sedikit sebanyak membantu anda semua untuk mengerjakan solat jenazah untuk orang tua anda mahupun saudara islam anda yang lain.

Tuntutan Solat Jenazah

Apabila membincangkan dengan lebih mendalam tentang solat jenazah, perkara pertama yang perlu kita fahami adalah mengenai solat itu sendiri. Secara umumnya solat jenazah berbeza dengan solat yang lain kerana tidak terdapat ruku dan sujud. Ianya dilakukan dengan berdiri bersama dengan 4 kali takbir.Solat keatas jenazah orang Islam hukumnya ialah fardhu kifayah dan ianya boleh dikerjakan pada bila-bila masa dan tidak makruh mengerjakan pada waktu-waktu yang ditegahkan melakukan solat. Ini kerana solat jenazah merupakan solat yang mempunyai sebab.Namun hukumnya adalah makruh sekira kita melambat-lambatkan solat tersebut sehingga sampai pada waktu-waktu yang ditegah.

Kedudukan Jenazah dan Imam

Sebelum melakukan solat jenazah, jenazah perlu diletakkan diletakkan didepan iman melintang ke kiblat. Jika jenazah ramai, kedudukannya adalah seperti berikut:

  1. Jenazah Lelaki Dewasa
  2. Jenazah kanak-kanak lelaki
  3. Jenazah perempuan dewasa
  4. Jenazah kanak-kanak perempuan.

Itu merupakan turutan kedudukan jenazah jika jenazah yang hendak disolatkan ramai dan kedudukan jenazah ini boleh diletakkan secara berbaris atau beberapa baris.. Mengikut kepada kesepakatan Imam-imam mazhab adalah sunat hukumnya untuk solat jenazah yang ramai secara serentak dan lebih afdhal sekiranya disolatkan secara berasingan dan didahulukan dengan jenazah yang paling dimulia sewaktu hidup.

Bagi kedudukan imam ketika menunaikan solat jenazah pula:

Jenazah Lelaki

  1. Kepala jenazah lelaki terletak di sebelah kiri imam.
  2. Imam berdiri disebelah kepala atau dada jenazah.

Jenazah perempuan

  1. Kepala jenazah perempuan terletak di sebelah kanan imam.
  2. Imam berdiri dibahagian pinggang jenazah.

Kedudukan ini bertepatan seperti mana yang telah disebutkan oleh Imam Ibnu Hajar Rahimahullahu Ta‘ala dalam kitab Tuhfah al-Muhtaj. Mengenai saf solatnya pula, disunatkan membentuk 3 saf yang mempunyai sekurangnya 2 orang untuk setiap saf.

Rukun Solat Jenazah

Solat jenazah tidak perlu dilaungkan azan dan iqamat. Ianya berbeza dengan solat-solat yang lain kerana ianya dikerjakan dengan berdiri dan 4 kali takbir tanpa ada ruku dan sujud. Rukun solat jenazah adalah seperti berikut:

Rukun Solat Jenazah

1 – Niat pada takbiratul ihram

2 – Berdiri ketika melakukan solat bagi yang berkemampuan

3 – Mengangkat 4 kali Takbir termasuk takbiratulihram

4 – Membaca Surah Al- Fatihah selepas takbir pertama

5 – Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w selepas takbir kedua

6 – Membaca doa untuk jenazah selepas takbir ketiga

7 – Memberi Salam Yang Pertama sesudah takbir keempat

Cara mengerjakan solat Jenazah

Cara mengerjakan solat jenazah cukup mudah. Ianya dimulai dengan berdiri tegak bertentangan dengan jenazah. Kemudiannya mulakan solat anda dengan:

1. Lafaz Niat dan takbir pertama

Setiap daripada jemaah yang mengikuti solat jenazah WAJIB berniat untuk melakukan solat jenazah kerana Allah Taala. Lafaz niat solat jenazah lelaki dan perempuan adalah seperti berikut.

niat sembahyang jenazah lelaki, niat sembahyang jenazah perempuan,niat sholat jenazah, niat solat jenazah lelaki, niat solat jenazah perempuan, niat solat jenazah, niat sembahyang mayat, Dalam lafaz niat tersebut, dibacakan haadzal mayyiti bagi jenazah lelaki dan haadzihil mayyitati bagi jenazah perempuan. Perbezaan ada ditunjukkan didalam gambar ini seperti mana yang tertulis didalam kurungan () dan penggunaannya bergantung kepada jantina jenazah yang hendak disolatkan.

Setiap solat yang dilakukan tanpa niat adalah tidak sah solatnya termasuk ketika melakukan solat jenazah. Niat termasuk perkara yang dilafazkan atau apa yang diucapkan dialam hati. Ini bertepatan dengan hadis Rasulullah s.a.w.

Hadis Rasulullah SAW dari Ibnu Umar ra, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya setiap amal itu tergantung niatnya. Setiap orang mendapatkan sesuai niatnya.” (HR. Muttafaq Alaihi).

Selepas lafaz niat, kemudian bertakbirlah dengan takbiratul ihram yang pertama disertai dengan niat di hati.

Takbiratul Ihram yang pertama.

allahu akhbar, allah, allah maha besar, maha besar

2. Membaca Surah Al Fatihah

Selepas takbiratul ihram yang pertama, hendaklah dibaca surah Al-Fatihah dari awal sehingga selesai. Walaupun surah Al Fatihah merupakan surah lazim dan saya pasti para pembaca blog ini sudah menghafalnya, saya tetap sertakan sekali untuk rujukan pihak Tuan/Puan beserta dengan bacaan didalam tulisan rumi. Makna surah Al-Fatihah turut disertakan sekali.

maksud fatihah, maksud fatihah dalam bahasa melayu, terjemahan surah alfatihah, surah al fatihah dalam jawi rumi dan maksudnya, maksud surah al fatihah dalam rumi, fatihah rumi, maksud fatihah, maksud surah fatihah, al-fatihah, surah alfatihah, surah al-fatihah, maksud

Bacaan surah Al fatihah didalam solat jenazah tidak perlu diawali dengan bacaan iftitah dan bacaan surah pendek selepas fatihah seperti kebiasaannya.

Selepas selesai membaca Surah Al-Fatihah, angkat takbiratul ihram yang kedua “Allahu Akhbar”.

allahu akhbar, allah, allah maha besar, maha besar

3. Membaca Selawat

Selepas takbiratul ihram yang kedua, anda dikehendaki untuk berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. Anda boleh membaca selawat ringkas atau selawat ibrahimiyah. Selawat adalah seperti berikut.

Bacaan Selawat Nabi dalam Rumi, selawat ibrahimiah rumi, selawat ibrahimiyah, selawat ibrahimiah, selawat ke atas nabi, nabi muhammad saw,

Didalam gambar ini, saya ada melabelkan dengan warna. Anda boleh membaca selawat ringkas dengan membaca ayat yang berwarna pink / merah jambu itu sahaja. Lebih afdhal kalau anda membaca keseluruhan selawat yang dikenali sebagai selawat ibrahimiyah, bacaan yang dibaca ketika tahiyat akhir.

Selepas selesai membaca selawat, angkat takbiratul ihram yang ketiga “Allahu Akhbar”

allahu akhbar, allah, allah maha besar, maha besar

4. Membaca doa untuk jenazah

Selepas mengangkat takbiratul ihram yang ketiga, anda dikehendaki untuk membacakan doa untuk jenazah. Ini merupakan bahagian yang paling penting kerana inilah tujuan mengapakan kita solatkan jenazah iaitu kita ingin mendoakan jenazah. Doa ringkas adalah seperti berikut.

Do'a Dalam Shalat Jenazah,Bacaan Niat, Doa dan Tata Cara Sholat Jenazah Lengkap, Bacaan Sholat Jenazah dan Artinya, doa ringkas solat jenazah, doa solat jenazah, doa sembahyang jenazah, doa jenazah lelaki, doa jenazah perempuan,

Didalam doa ringkas ini, saya ada melabelkan 2 warna iaitu warna ungu yang merujuk kepada jenazah lelaki dan warna jingga merujuk kepada jenazah perempuan (dalam kurungan). Bacalah ikut kesesuaian jantina jenazah. Ini adalah doa versi ringkas, jika anda mahukan doa yang lebih panjang, sila rujuk gambar di bawah ini.

Do'a Dalam Shalat Jenazah,Bacaan Niat, Doa dan Tata Cara Sholat Jenazah Lengkap, Bacaan Sholat Jenazah dan Artinya, doa ringkas solat jenazah, doa solat jenazah, doa sembahyang jenazah, doa jenazah lelaki, doa jenazah perempuan,

Doa ini merupakan doa yang sama dengan doa ringkas yang diberikan kepada anda. Cuma ini merupakan doa yang lebih panjang dan lengkap. Saya masih lagi menggunakan tanda warna yang sama untuk membezakan diantara jenazah lelaki dan perempuan iaitu warna ungu dan jingga.

Selepas selesai membaca doa ini, seterusnya angkat takhbiratul ihram yang keempat “Allahu Akhbar”.

allahu akhbar, allah, allah maha besar, maha besar

5. Tambahan Doa untuk Jenazah

Selepas takbir keempat, anda dibolehkan untuk diam sejenak dan terus memberi salam.

Tetapi perlu kita ingat, tujuan kita solat jenazah ini adalah untuk mendoakan si mati, maka adalah lebih elok untuk lanjutkan berdoa untuk si mati selepas takbir keempat ini. Saya ada menyediakan doa ringkas dan doa penuh. Doanya adalah seperti berikut.

Do'a Dalam Shalat Jenazah,Bacaan Niat, Doa dan Tata Cara Sholat Jenazah Lengkap, Bacaan Sholat Jenazah dan Artinya, doa ringkas solat jenazah, doa solat jenazah, doa sembahyang jenazah, doa jenazah lelaki, doa jenazah perempuan,

Bacaan doa boleh diringkaskan dengan bacaan doa untuk ayat yang berwarna merah jambu sahaja dan ianya memadai. Walau bagaimanapun untuk lebih afdhal, anda boleh baca keseluruhan doa dari awal sehingga akhir.

6. Memberi Salam

assalamualaikum, assalamualaikum warahmatullah, beri salam, salam, salam ketika solat, makna salam,

7. Bacaan selepas salam

Sesudah salam, anda boleh membaca surah-surah berikut:

  • Surah Al-Ikhlas x 3 kali.
  • Surah Al-Falaq x 1 kali.
  • Surah An-Nas x 1 kali.
  • Surah Al-Fatihah x 1 kali.
  • Surah Al-Baqarah ayat 1-5.
  • Ayat Kursi  x 1 kali.
  • Doa yang sesuai.

Itu merupakan serba sedikit ilmu yang mampu dikongsikan mengenai tatacara atau panduan yang lengkap untuk solat jenazah. Penjelasan telah diberikan dari segi tuntutan, kedudukan jenazah dan imam, rukun solat jenazah dan cara melaksanakan solat jenazah. Setiap bacaan juga telah diberikan dengan bantuan dari segi tulisan rumi dan maknanya sekali.

Mudah-mudahan perkongsian ini mendatangkan manfaat kepada diri saya dan anda semua untuk sama-sama mengingati tentang cara-cara untuk mengerjakan solat jenazah. Kongsikan juga entri ini kepada mereka yang memerlukan kerana lupa itu biasa dan itu memang sifat semulajadi manusia. Diharapkan apabila selesai mengerjakan solat jenazah ini, ianya segera mengingatkan kita kepada mati dan menerbitan keinsafan kepada diri.

TAGS
RELATED POSTS
1 Comment
  1. Reply

    zik

    February 5, 2017

    terima kasih diatas panduan solat jenazah ini.. boleh refresh balik.. ilmu dah lama tinggal.

LEAVE A COMMENT

CommentLuv badge

Cari