“The Shed Project” sememangnya satu projek yang gila

Andai kata kamu punyai seorang datuk yang sudah meninggal dunia dan meninggalkan sebuah bangsal lama yang penuh dengan pelbagai peralatan baru dan usang, apa yang kamu bakal buat? Sudah pasti kamu akan “membersihkan” bangsal tersebut dengan cara menyimpan, menjual mahupun membuang segala isi yang terdapat didalam bangsal tersebut. Berbeza pula dengan pemuda ini, beliau membuat sesuatu yang bermakna kepada keluarga beliau dengan cara yang kreatif dan gila. Kemungkinan besar juga menyusahkan.

Artis berbakat yang bernama Lee John Philips adalah pemuda yang dimaksudkan. Philips telah memulakan satu projek gila yang diberi nama ” The Shed Project ” dimana beliau perlu melukis hampir 100 000 barangan yang terdapat didalam bangsal mendiang datuknya yang telah meninggal dunia kira-kira 20 tahun dahulu. Kesemua lukisan itu akan didokumentasi dan bakal dikatalogkan sebaik sahaja ia siap. Philips berpendapat projek ini kemungkinan memakan masa kira-kira 5 tahun dan proses katalog ini merangkumi alatan-alatan biasa sehingga ke paku dan bolt.

Disaat ini, projek ini sudah hampir 5% siap dimana beliau berjaya mengkatalogkan kira-kira 4000 barangan yang terdiri daripada pelbagai jenis alatan. Katanya lagi, katalog barangan tersebut akan diserahkan kepada nenek beliau sebagai tanda kenang-kenangan.

“But neither she nor the pantry itself will not last forever. I want to keep it for his family” – kata Philips

Antara katalog yang berjaya dilukis oleh Philips adalah seperti berikut:

shed project 6
Perkakasan yang perlu dilukis
shed project 7
Antara barangan yang sudah dikatelog
shed project 9
Ruangan kerja
shed project 10
Disudut bangsal
shed project 2
Barangan kecil
shed project 4
Lukisan perkakasan
shed project 5
Gambar Suis yang terdapat di bangsal
shed project 3
Lukisan paip
shed project 8
Sudut kerja

Adalah satu tugas yang sukar untuk melukis 100 000 barangan di sebuah bangsal yang kecil. Namun begitu jika kita punyai minat, itu bukan satu halangan untuk menyiapkannya. Lebih-lebih lagi Philips sendiri merupakan seorang artis yang berpengalaman, jadi melukis itu bukan sesuatu yang sukar bagi dirinya.

Published by

Azmir Shah

Pernah bercita-cita untuk menjadi programmer seperti Bill Gates sebelum menyedari yang diri ini lebih berminat menjadi Kapitalis seperti Bill Gates.

2 thoughts on ““The Shed Project” sememangnya satu projek yang gila”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *