Close Menu
  • Pengaturcaraan
    • Laravel
    • UI/UX
    • SEO
  • Teknologi
    • Mata Wang Kripto
  • Filem & Siri
  • Motivasi
    • Agama
    • Kata Inspirasi
    • Viral
  • How to?
Mencari
Facebook X (Twitter) Instagram
Azmir Shah
  • Pengaturcaraan
    1. Laravel
    2. UI/UX
    3. SEO
    4. View All

    Apa itu Laravel? Adakah ia lebih baik berbanding Core PHP?

    24/04/2019

    4 laman web yang memberi inspirasi UIUX

    28/02/2021

    4 aplikasi rekaan UI/UX yang menjadi kegemaran saya

    25/06/2019

    Perbezaan wireframe, mockup dan prototaip untuk UI/UX

    18/06/2019

    Panduan On-page SEO yang semua orang wajib tahu!

    08/02/2021

    Apa itu SEO? Kenapa ia penting kepada laman web?

    10/10/2020

    LT Browser: Menguji reka bentuk responsif laman web anda secara offline

    22/02/2022

    Bagaimana cara debug ghost CSS secara manual

    15/02/2022

    Beza camel, snake, kebab dan pascal case dalam penulisan kod

    12/02/2020
  • Teknologi
    1. Mata Wang Kripto
    2. View All

    Cara beli token di Pancakeswap

    08/01/2022

    11 tip trade kripto untuk golongan pemula

    05/10/2021

    Panduan menjual mata wang kripto di Binance P2P Malaysia?

    10/06/2021

    5 platform jual beli Bitcoin di Malaysia untuk pemula

    21/02/2021

    Apa itu digital nomad? Adakah ia bakal menjadi trend di Malaysia?

    02/05/2023

    Tiktok memintas Google sebagai laman web paling popular

    02/01/2022

    Keburukan ekonomi gig kepada gigger

    18/01/2021

    Apa itu ekonomi gig? Adakah Malaysia terkesan?

    09/12/2019
  • Filem & Siri

    Idiocracy (2006): Filem bodoh yang buat anda berfikir sejenak

    7.0 01/01/2022

    Ulasan Love Destiny (2018), Drama Thai yang anda patut tonton

    7.3 24/09/2021

    7 Drama Korea terbaik lakonan Lee Jong-Suk

    06/02/2021

    Tonton movie online secara percuma dengan Streamio

    17/01/2021

    7 filem manusia genius terbaik sepanjang zaman

    16/12/2019
  • Motivasi
    1. Agama
    2. Kata Inspirasi
    3. Viral
    4. View All

    Panduan melaksanakan solat jenazah dengan sempurna

    22/01/2017

    Peranan Yang Dimainkan Si Ayah Mempengaruhi Tingkah Laku Anak-Anak

    22/12/2015

    Pengisian Kuliah Ustaz Azhar Idrus Di Surau Al-Iman

    13/11/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 3

    12/11/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 2

    29/10/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 1

    22/10/2015

    Kisah Katak : Apa Beza Diri Anda Dan Katak Ini?

    20/12/2015

    Kisah Penjual Tempe Yang Penuh Dengan Pengajaran

    27/11/2015

    Cerita Rakyat Daripada Jepun Ini Sarat Dengan Pengajaran

    23/10/2015

    Mesej Seorang Bapa Kepada Anaknya Ini Pasti Membuatkan Anda Tersentuh

    15/10/2015

    Jangan fokus kepada matlamat dan kongsikannya dengan sesiapa

    28/03/2019

    Kenapa perlu terima diri kita seadanya sebelum berubah?

    17/01/2016

    7 Perbezaan M40 dan T20 Yang Anda perlu Tahu

    16/01/2016

    7 Tabiat Yang Mampu Meningkatkan Produktiviti Kerja Anda

    14/01/2016
  • How to?

    Cara tukar kad Maybank expired secara online

    21/04/2023

    Cara hantar Whatsapp tanpa save nombor seseorang

    17/10/2022

    Cara install aplikasi Disney+ Hotstar di Samsung TV Malaysia

    08/02/2022

    Cara menyelesaikan masalah “card information is invalid” di Samsung Pay

    12/06/2021

    Terlupa judul lagu? Ini cara cari lagu dengan bersenandung

    23/02/2021
Azmir Shah
Simposium Pengurusan Ringgit - SUPER, khairy jamaluddin, super 2015,
Kewangan

Tip Pengurusan Kewangan Di Simposium Pengurusan Ringgit (SUPER)

Azmir ShahBy Azmir Shah9 Comments5 Mins ReadUpdated:02/02/2022
Share
Facebook Twitter Telegram WhatsApp

Baru-baru ini telah berlangsungnya Simposium Pengurusan Ringgit ( SUPER ) yang berlangsung di Dewan Besar Tun Rahah di Menara Yayasan Tun Razak, Kuala Lumpur. Acara yang dikelola oleh Biro Profesional Muda (BPM), Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) merupakan program pencetus inspirasi yang memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari teknik asas pengurusan kewangan dengan betul bersama bersama penceramah-penceramah dan tokoh kewangan tersohor seluruh Malaysia.

Antara penceramah yang diundang bagi menurunkan ilmu mereka kepada para peserta adalah YB Dato’ Hamzah Zainudin yang merupakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, YB Khairy Jamaluddin selaku Menteri Belia dan Sukan, dan YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Aziz Tengku Abdul Aziz selaku CEO CIMB Group.

Selain itu turut dijemput ialah Tuan Azaddin Ngah Tasir yang merupakan CEO AKPK, Puan Nor Akmar Yaakub selaku ketua Jabatan dan Pendidikan Kewangan AKPK, Tuan Zulkifli Shafie yang tidak asing lagi dengan nasihat emas dan Penulis “Zero Hutang: Bukan Mudah tapi tak mustahil”, Tuan Suzardi Maulan selaku Perunding kewangan Islamik yang juga bercerita tentang pelaburan saham serta Tuan Faizul Ridzuan yang merupakan pelabur hartanah dan penulis buku “WTF? 23 Properties by 30”. Blogger terkenal Ariff Shah juga diundang sebagai salah seorang moderator didalam salah satu segmen sembang santai.

simposium pengurusan ringgit, super 2015
Antara Penceramah Hebat

Antara tujuan mengapa SUPER ini dibuat adalah bagi memberi pelajaran kepada Generasi Y tentang hala tuju pengurusan kewangan kerana kebanyakan daripadanya beranggapan dengan slip gaji yang lumayan disamping tabungan KWSP sudah memadai untuk masa depan. Selain daripada itu, walaupun ada diantara generasi Y digelar sebagai golongan professional, namun mereka masih lagi gagal untuk menguruskan kewangan diri.

Oleh kerana kami di AzmirShah.Com hadir sendiri ke Simposium Pengurusan Ringgit (SUPER) untuk mendapatkan seberapa banyak ilmu mengenai pengurusan kewangan, maka disini kami akan kongsikan beberapa poin penting sepanjang program ini berlangsung.

  1. Antara perkara yang sering dibangkitkan oleh penceramah adalah mengenai kegagalan generasi untuk mengawal gaya hidup, kegagalan untuk merancang, keadaan dan tamak.
  2. Kegagalan yang dilakukan oleh generasi muda menjadi penyebab mereka jatuh bankrap pada usia muda. Antara punca popular yang menjadi pilihan mereka untuk bankrap adalah pembelian kereta, pinjaman peribadi dan kad kredit.
  3. Oleh itu generasi muda perlu memperbetulkan kesihatan kewangan mereka dengan mula memupuk sifat menabung dengan jumlah simpanan sekurang-kurangnya 6 bulan gaji.
  4. Antara keperluan simpanan adalah sekiranya terjadi perkara-perkara seperti pembaikan, bencana alam, perubatan, tidak bekerja/kehilangan kerja, kemalangan dan kematian.
  5. Pinjaman adalah satu perkara yang tidak dapat dielakkan. Namun begitu ada beberapa perkara yang perlu dibuat sebelum pinjaman dibuat. Diantaranya membuat pinjaman untuk tujuan yang produktif sahaja dan mengikut kemampuan diri.
  6. Menurut nasihat Tuan Zulkifli Shafie pula, kita perlu meletakkan Azam untuk Bebas hutang.
  7. Meletakkan 2 perkara sebagai keutamaan iaitu mindset dan kemampuan untuk mengurus hutang.
  8. Beliau juga ada menceritakan tentang 10 orang sahabat Nabi Muhammad S.A.W yang dijanjikan untuk masuk syurga dan mereka adalah orang kaya termasuklah dengan Baginda sendiri.
  9. Beliau juga mengkritik tentang orang kita yang tidak mahu dikenali sebagai si kaya disamping tidak mahu menjadi miskin. Kritikan itu diterjemahkan dengan memetik petikan kata tokoh yang mengatakan “ Kaya segan miskin tak mahu”. Disebabkan itu beliau mengeluarkan topik perbincangan mengenai “ Miskin, kaya atau Zuhud?”
  10. Umat Islam tidak perlu takut untuk jadi kaya dan tidak semestinya kaya itu tidak boleh bersifat zuhud. “ Bila kita rasa tanah dan emas itu adalah sama, itu baru zuhud”.
  11. Antara yang dipetik didalam perbincangan adalah mengenai hakikat hutang. Tanpa kita sedari kita membelanjakan pendapatan masa hadapan pada masa sekarang. Itu adalah perkara yang tidak patut untuk kesan jangka panjang.
  12. Kesan hutang sangat besar. Antaranya ialah kita terpaksa kerja lebih keras untuk bayar hutang, kita longgar jati diri (tidak rasa tanggungjawab untuk bayar hutang). Hidup tertekan dengan bebanan hutang dan keluarga serta mempunyai kekayaan yang bocor iaitu cenderung untuk berbelanja lebih daripada keperluan.
  13. Kita perlu tetapkan matlamat kewangan kita atau dalam erti kata lain ialah mengenalpasti  matlamat yang kita mahukan.
  14. Antara perkara yang dikongsikan oleh beliau adalah formula bebas hutang. Formula bebas kewangan merujuk kepada tetapkan midset untuk melangsaikan hutang dan langsaikan hutang dengan teknik snowball.
  15. Hutang itu hutang juga. Kita juga perlu kenal dengan hutang negatif dan hutang positif. Hutang negatif adalah hutang yang membebankan, manakala hutang positif adalah hutang yang mampu menambah baik kewangan kita.
simposium pengurusan ringgit, sembang santai
Sesi Sembang Santai

Jika anda berminat untuk mengikuti pengisian sembang santai diantara Tuan Suzardi Maulan dan Tuan Faizul Ridzuan yang dimoderator oleh Tuan Ariff Shah, anda boleh mengikuti di pautan berikut. Kami terlalu fokus sangat untuk mengetahui tentang pelaburan hartanah dan saham sampai terlupa nak salin. Haha

Pautan pengisian Sembang Santai: Klik

– – –

YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Aziz Tengku Abdul Aziz juga turut menyenaraikan 7 nasihat kewangan kepada golongan belia yang hadir. Antaranya tips pengurusan kewangan yang telah diberikan oleh beliau ialah:

7 Nasihat Kewangan

  1. Nak atau perlu?
    Kita perlu mengenalpasti sama ada setiap perkara yang dimahukan itu adalah keperluan atau kehendak.
  2. Jangan Joli Katak.
    Seeloknya mula membuat simpanan dan jangan berjoli katak.
  3. Gaji bersih bukan gaji kasar.
    Kita perlu membuat kira-kira dengan jumlah gaji bersih selepas ditolak segala keperluan, itulah duit yang kita ada. Jangan dilihat pada gaji kasar. Memang nampak besar.
  4. Masa itu Emas.
    Usia semakin meningkat, bebanan dan tanggungjawab juga bertambah. Jadi rancangan kewangan.
  5. Hutang ok ke tak?
    Ambil hutang jika perlu sahaja.
  6. Saya Sdn Bhd.
    Saya Sdn Bhd merujuk kepada diri individu yang perlu dilihat sebagai syarikat. Kita perlu menguruskan kewangan diri sebagaimana kita menguruskan kewangan syarikat.
  7. Segan bertanya sempit poket.
    Hahhhh..

Itu merupakan ringkasan nota ringkas “Tips pengurusan kewangan” yang dapat dapat diberikan kepada anda. Pengisian yang diberikan sepanjang program ini berlangsung sangat bermanfaat kepada generasi muda. Diharapkan program-program seperti ini dapat diteruskan dimasa akan datang supaya dapat mendidik kewangan dengan ilmu pengurusan kewangan yang SUPER.

ariff shah biro profesional muda mohd zulkifli nasihat kewangan simpan duit Simposium Pengurusan Ringgit - SUPER Simposium Pengurusan Ringgit 2015 super 2015 tips kewangan untuk fresh graduate tips pengurusan kewangan
Share. Facebook Twitter Telegram WhatsApp
Previous Article7 Fakta Mengenai Google Yang Anda Mungkin Tidak Tahu
Next Article Pasangan Perhubungan Jarak Jauh Ini Disatukan Didalam Gambar
Azmir Shah
  • Website
  • Facebook
  • X (Twitter)
  • Instagram

Seorang programmer yang mempunyai pengalaman yang tidak seberapa. Memiliki kelulusan daripada universiti terkemuka di Malaysia dan secara jujurnya beliau meminati Elon Mask lebih daripada Bill Gate.Seorang yang bercita-cita tinggi, kini bekerja sebagai Front-End developer di salah sebuah syarikat di Shah Alam.

9 Comments

  1. Raihanah Ahmad on 24/11/2015 10:52 AM

    saya pun masih belajar lagi cara pengurusan kewangan

    Reply
  2. Uncle Zuan on 21/11/2015 7:39 AM

    perkara macam ni patut di dedahkan sejak sekolah lagi. ramai ambil mudah

    Reply
  3. Ikhwan on 21/11/2015 12:10 AM

    saya ada hutang belajar & rumah 🙂

    Reply
  4. suri on 20/11/2015 3:48 PM

    Hu..kena ada simpanan..saya sudha lama tidak berkerja jadi sumber hanya blog berniaga online sahaja ini kerna bijak simpan duit kalau tergoda sungguh bahaya…

    apa kerjaya kita ada wang simpanan tetap..berbelanja sahaja jika perlu,

    Reply
  5. Noriza Rahman on 19/11/2015 6:27 PM

    Sekarang kewangan memang tidak selamat, dengan tahap ekonomi negara lagi..so memang kena menjana pendapatan kedua supaya ekonomi keluarga ditahap yang selamat

    Reply
  6. mrhanafi on 18/11/2015 6:28 AM

    wow menarik sungguh nie bro…terutama tip akhir yang simple tapi power

    Reply
    • Azmir Shah on 18/11/2015 8:47 AM

      Betul tu. Yang datang pun hebat-hebat orangnya.

      Reply
  7. Encik Kelakar on 17/11/2015 5:38 PM

    mantap nih… hutang yang gagal di kawal kebanyakkannya ialah hutang kereta…

    Reply
    • Azmir Shah on 17/11/2015 7:35 PM

      Yap betul tu.

      Reply
Leave A Reply Cancel Reply

Cari Sesuatu?
Media Sosial
  • Facebook
  • Twitter
Artikel Terbaru
Percutian

Pengalaman bercuti di Kuantan edisi food hunt

By Azmir Shah24/09/2023
Teknologi

Apa itu digital nomad? Adakah ia bakal menjadi trend di Malaysia?

By Azmir Shah02/05/2023
Tutorial

Cara tukar kad Maybank expired secara online

By Azmir Shah21/04/2023
Hiburan

Lagu raya moden yang berpotensi menjadi malar segar

By Azmir Shah19/04/2023
Percutian

Bercuti di Universal Studio Singapore (USS) – Bahagian 3

By Azmir Shah07/04/2023
Kategori
Mengenai Kami
Mengenai Kami

Platform penulisan untuk kami kongsikan segala informasi yang bersarang di minda. Berkongsi pengetahuan untuk anda para pembaca yang budiman.

Pautan Berkaitan
  • Dasar Privasi
  • Hubungi
  • Tentang
Artikel Terbaru

Pengalaman bercuti di Kuantan edisi food hunt

24/09/2023

Apa itu digital nomad? Adakah ia bakal menjadi trend di Malaysia?

02/05/2023

Lirik Tak ingin usai – Keisya Levronka

01/05/2023

Cara tukar kad Maybank expired secara online

21/04/2023
© 2025 Hak Cipta Terpelihara. Direka untuk Azmir Shah.

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

Go to mobile version