Close Menu
  • Pengaturcaraan
    • Laravel
    • UI/UX
    • SEO
  • Teknologi
    • Mata Wang Kripto
  • Filem & Siri
  • Motivasi
    • Agama
    • Kata Inspirasi
    • Viral
  • How to?
Mencari
Facebook X (Twitter) Instagram
Azmir Shah
  • Pengaturcaraan
    1. Laravel
    2. UI/UX
    3. SEO
    4. View All

    Apa itu Laravel? Adakah ia lebih baik berbanding Core PHP?

    24/04/2019

    4 laman web yang memberi inspirasi UIUX

    28/02/2021

    4 aplikasi rekaan UI/UX yang menjadi kegemaran saya

    25/06/2019

    Perbezaan wireframe, mockup dan prototaip untuk UI/UX

    18/06/2019

    Panduan On-page SEO yang semua orang wajib tahu!

    08/02/2021

    Apa itu SEO? Kenapa ia penting kepada laman web?

    10/10/2020

    LT Browser: Menguji reka bentuk responsif laman web anda secara offline

    22/02/2022

    Bagaimana cara debug ghost CSS secara manual

    15/02/2022

    Beza camel, snake, kebab dan pascal case dalam penulisan kod

    12/02/2020
  • Teknologi
    1. Mata Wang Kripto
    2. View All

    Cara beli token di Pancakeswap

    08/01/2022

    11 tip trade kripto untuk golongan pemula

    05/10/2021

    Panduan menjual mata wang kripto di Binance P2P Malaysia?

    10/06/2021

    5 platform jual beli Bitcoin di Malaysia untuk pemula

    21/02/2021

    Apa itu digital nomad? Adakah ia bakal menjadi trend di Malaysia?

    02/05/2023

    Tiktok memintas Google sebagai laman web paling popular

    02/01/2022

    Keburukan ekonomi gig kepada gigger

    18/01/2021

    Apa itu ekonomi gig? Adakah Malaysia terkesan?

    09/12/2019
  • Filem & Siri

    Idiocracy (2006): Filem bodoh yang buat anda berfikir sejenak

    7.0 01/01/2022

    Ulasan Love Destiny (2018), Drama Thai yang anda patut tonton

    7.3 24/09/2021

    7 Drama Korea terbaik lakonan Lee Jong-Suk

    06/02/2021

    Tonton movie online secara percuma dengan Streamio

    17/01/2021

    7 filem manusia genius terbaik sepanjang zaman

    16/12/2019
  • Motivasi
    1. Agama
    2. Kata Inspirasi
    3. Viral
    4. View All

    Panduan melaksanakan solat jenazah dengan sempurna

    22/01/2017

    Peranan Yang Dimainkan Si Ayah Mempengaruhi Tingkah Laku Anak-Anak

    22/12/2015

    Pengisian Kuliah Ustaz Azhar Idrus Di Surau Al-Iman

    13/11/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 3

    12/11/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 2

    29/10/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 1

    22/10/2015

    Kisah Katak : Apa Beza Diri Anda Dan Katak Ini?

    20/12/2015

    Kisah Penjual Tempe Yang Penuh Dengan Pengajaran

    27/11/2015

    Cerita Rakyat Daripada Jepun Ini Sarat Dengan Pengajaran

    23/10/2015

    Mesej Seorang Bapa Kepada Anaknya Ini Pasti Membuatkan Anda Tersentuh

    15/10/2015

    Jangan fokus kepada matlamat dan kongsikannya dengan sesiapa

    28/03/2019

    Kenapa perlu terima diri kita seadanya sebelum berubah?

    17/01/2016

    7 Perbezaan M40 dan T20 Yang Anda perlu Tahu

    16/01/2016

    7 Tabiat Yang Mampu Meningkatkan Produktiviti Kerja Anda

    14/01/2016
  • How to?

    Cara tukar kad Maybank expired secara online

    21/04/2023

    Cara hantar Whatsapp tanpa save nombor seseorang

    17/10/2022

    Cara install aplikasi Disney+ Hotstar di Samsung TV Malaysia

    08/02/2022

    Cara menyelesaikan masalah “card information is invalid” di Samsung Pay

    12/06/2021

    Terlupa judul lagu? Ini cara cari lagu dengan bersenandung

    23/02/2021
Azmir Shah
Personal

2 tahun tak nampak bayang, akhirnya muncul semula di penghujung tahun 2025

Azmir ShahBy Azmir ShahNo Comments6 Mins Read
Share
Facebook Twitter Telegram WhatsApp

Kelihatannya ada keajaiban sedang berlaku. Selepas hampir 2 tahun saya menghilangkan diri dari dunia penulisan, nampak gayanya saya cuba untuk buat kemunculan semula di penghujung tahun 2025 dengan harapan yang blog ini tidak terus terbengkalai lagi.

Welcome back Azmir. Haha.

Kenapa saya menghilangkan diri?

Dipendekkan cerita, antara sebab kenapa saya menghilangkan adalah disebabkan oleh perkembangan dunia internet itu sendiri yang berkembang di luar jangka. Trend pembaca mula berubah dimana pembaca yang suatu ketika dahulu mencari maklumat di enjin pencari sudah hilang minat untuk menggunakan Google bagi mencari sesuatu informasi.

Perubahan trend ini sedikit sebanyak memberi impak kepada blog picisan seperti saya yang mengharapkan kunjungan pembaca untuk membaca. Gara-gara kecerdasan Buatan (AI), menulis ini bukan lagi satu pekerjaan yang berbaloi untuk dilakukan.

Semuanya bermula pada tahun 2022, apabila kemunculan ChatGPT yang menggunakan model 3.5 pada ketika itu menyumbang kepada kejutan budaya masyarakat tentang bagaimana mudahnya mencari sesuatu maklumat tanpa perlu giat membaca dan melompat-lompat dari satu laman web ke laman web yang lain.

Kesannya jika satu ketika dahulu trafik yang masuk ke laman web saya ini boleh mencecah sehingga 1000++ pengunjung sehari, pada penghujung tahun 2023, trafik saya mula merosot sehingga menerima kunjungan sekitar 100++ sahaja sehari. Impak ini bukan sahaja memberi kesan kepada jumlah pembaca, tetapi juga jumlah pendapatan saya.

Menulis ini perlukan komitmen dan usaha yang berterusan. Teknikaliti penulisan berkaitan Search Engine Optimisation (SEO) juga perlu dititik beratkan. Jika usaha yang diperlukan tidak berbaloi dengan hasil yang dimahukan, sudah semestinya saya perlu pertimbangkan untuk melakukan hal lain yang lebih penting berbanding menulis.

Jadi selepas berfikir panjang, saya ambil keputusan daripada saya sibuk fokuskan diri pada blog dimana penulisan saya menjadi bahan latihan Large Language Model (LLM), lebih baik saya fokuskan pada diri sendiri. Lebih berfaedah dan bermanfaat.

Saya lihat apa kelebihan dan kekurangan diri saya dalam menempuhi ranjau hidup ini. Saya buat pelan terancang, saya aturkan tujuan baru yang boleh dicapai dari segi jangka pendek dan panjang. Ini meliputi dari segi ilmu dan kerjaya.

Saya ambil kesempatan ini untuk belajar skill baru hampir setiap hari. Sambil-sambil itu cuba juga untuk membangunkan projek sambilan sambil memperkukuhkan pengetahuan teori saya dalam pengaturcaraan, berpindah ke tempat kerja yang baru, mengenal persekitaran dan industri yang datang dengan cara kerja yang berbeza.

Alhamdulillah hari ini, usaha saya berhasil. Walaupun saya tak kaya seperti Kasim Baba, tapi saya dapat ilmu pengetahuan dan pengalaman yang saya mahukan. Sesuatu yang saya usahakan selama dua tahun. Itu yang lebih penting daripada segalanya.

Kenapa kembali menulis di blog?

Minat pada penulisan masih mendalam

Realitinya saya suka berkongsi tentang apa yang saya tahu. Saya ada pengetahuan dan pendapat, tapi semua itu tidak cukup untuk diluahkan di media sosial. Ruangan dan capaian yang saya dapat di media sosial sangat terhad memandangkan saya sendiri kini dalam usaha untuk mengurangkan aktiviti di laman tersebut, bukan mempergiatkan lagi.

Dimasa yang sama, enjin pencari juga tidaklah semenggah dahulu. Semakin ramai pengguna mula beralih arah menggunakan ChatGPT, Gemini atau Claude berbanding Google, Yahoo dan atau Bing. Jadi tiada kelebihan juga sebenarnya menulis jika tiada pembaca.

Jadi saya saya fikirkan tentang satu perkara. Saya anggap blog ini dokumentasi diri yang menjadi refleksi diri saya ketika mengekspresikan pandangan saya dengan lebih tersusun. Almaklumlah kehidupan bekerja ini memerlukan saya banyak membaca, bukan menulis. Jadi saya bimbang jika tidak dapat diekspresikan segala idea, ia menyumbang kepada minda yang berkarat.

Minda yang berkarat tidak bagus untuk kesihatan mental. Saya suka membaca, saya juga proses data dalam fikiran saya, tapi data itu tidak dapat diterjemahkan dalam bentuk yang lebih tersusun jika saya tidak menulis. Jadi level kita cuma mampu bersembang di kedai kopi sahajalah menjadi sebahagian daripada masyarakat marhain.

Adakalanya, saya nak juga jadi seperti Tun Mahathir dimana ketika usiakan sudah lanjut, beliau masih lagi cerdas fikirannya hanya disebabkan hobi beliau yang suka membaca dan menulis sejak dari usia muda. Tidak rugi kita cuba dan berusaha.

Tanpa disangka, laman web ini sudah berusia 10 tahun

Pejam celik pejam celik, tidak disangka laman web yang anda lawati ini sudah berusia 10 tahun. Ditubuhkan pada 4 Julai 2015 dengan niat penulisan suka-suka berkongsi fakta menarik, saya gagahkan diri juga perbaharui domain dan hosting hampir setiap tahun walaupun tidak aktif menulis.

Saya pernah juga terfikir untuk tutup blog ini dan gunakan domain ini untuk projek yang lebih baik. Namun apakan daya, rasa sayang itu masih lagi menebal. Itulah punca mengapa saya sambungkan juga nyawanya walaupun ianya terbengkalai hampir 2 tahun.

Memandangkan kondisi seharian saya sudah hampir stabil, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya menyambung semula kembara penulisan saya disini. Lihatlah nanti apa bentuk penulisan yang saya akan lukirkan.

Apa yang saya tawarkan untuk tahun mendatang?

Di masa lalu, saya suka berkongsi tutorial, ulasan filem, tip dan maklumat awam dalam bentuk artikel yang mematuhi konsep SEO. Saya fokus kepada carian keyword pembaca, saya memilih topik yang pembaca saya suka. Saya dapat trafik yang bagus, saya juga dapat pendapatan tambahan hasil daripada penulisan blog.

Selepas ini kemungkinan besar penulisan saya mungkin berbentuk lebih peribadi. Saya nak kongsikan pendapat saya tentang sesuatu hal dan berkenaan topik yang saya suka. Kerana saya ilhamkan satu perkara. Saya nak lihat perkembangan saya dalam dunia penulisan mengikut peringkat usia saya sendiri.

Saya nak lihat bagaimana minat dan penulisan ini dibentuk dari pemikiran pada ketika itu.

Masih lagi sibuk dengan projek sampingan

Namun saya tidaklah menulis sekerap yang dahulu. Ketika ini, saya ada tugasan lebih penting untuk diselesaikan iaitu projek sambilan saya. Saya sedang berusaha untuk mengeluarkan produk sumber terbuka (Open Source) pertama saya disamping beberapa produk lain yang akan dikeluarkan kemudian untuk tujuan yang berbeza.

Mungkin saya mulakan dahulu dengan menulis sekurangnya 1 artikel sebulan. Harapnya cita ini tercapai memandangkan kedengaran agak mudah. Haha.

Kesimpulannya

Saya sangat berharap agar saya diberikan kesempatan untuk terus menulis dan mengotakan janji ini. Berikan saya sedikit masa, sedikit demi sedikit, saya bina semula tabiat menulis saya. Jika penjagaan tubuh badan dengan bersenam, biarlah penjagaan minda saya adalah dengan menulis.

Ada beberapa topik yang sedang bermain diminda, hendak diluahkan bimbang tidak tersusun. Tapi saya cuba juga untuk usaha untuk dapatkan rentak. Cuma diketika ini saya agak terganggu dengan isu teknikal WordPress.

Prestasinya semakin lama semakin teruk. Buat masa ini saya cuba bertahan. Mungkin dimasa akan datang saya akan migratekan laman web ini daripada WordPress kepada Next JS. Tapi itu hanya perancangan sahaja jika komitmen mengizinkan

Baik itu sahaja untuk hari ini. Terima kasih kerana sudi membaca penulisan yang tidak seberapa ini. Nantikan saya untuk penulisan berikutnya.

menulis blog
Share. Facebook Twitter Telegram WhatsApp
Previous ArticlePengalaman bercuti di Kuantan edisi food hunt
Azmir Shah
  • Website
  • Facebook
  • X (Twitter)
  • Instagram

Seorang programmer yang mempunyai pengalaman yang tidak seberapa. Memiliki kelulusan daripada universiti terkemuka di Malaysia dan secara jujurnya beliau meminati Elon Mask lebih daripada Bill Gate.Seorang yang bercita-cita tinggi, kini bekerja sebagai Front-End developer di salah sebuah syarikat di Shah Alam.

Artikel Berkaitan

Bersalutkan teknologi moden dan pantas, Kami kini berwajah baru

Setelah lama menyepi, Semangat baru kini datang dengan lebih garang

Assalamualaikum Dunia

Leave A Reply Cancel Reply

Cari Sesuatu?
Media Sosial
  • Facebook
  • Twitter
Artikel Terbaru
Personal

2 tahun tak nampak bayang, akhirnya muncul semula di penghujung tahun 2025

By Azmir Shah14/11/2025
Percutian

Pengalaman bercuti di Kuantan edisi food hunt

By Azmir Shah24/09/2023
Teknologi

Apa itu digital nomad? Adakah ia bakal menjadi trend di Malaysia?

By Azmir Shah02/05/2023
Tutorial

Cara tukar kad Maybank expired secara online

By Azmir Shah21/04/2023
Hiburan

Lagu raya moden yang berpotensi menjadi malar segar

By Azmir Shah19/04/2023
Kategori
Mengenai Kami
Mengenai Kami

Platform penulisan untuk kami kongsikan segala informasi yang bersarang di minda. Berkongsi pengetahuan untuk anda para pembaca yang budiman.

Pautan Berkaitan
  • Dasar Privasi
  • Hubungi
  • Tentang
Artikel Terbaru

2 tahun tak nampak bayang, akhirnya muncul semula di penghujung tahun 2025

14/11/2025

Pengalaman bercuti di Kuantan edisi food hunt

24/09/2023

Apa itu digital nomad? Adakah ia bakal menjadi trend di Malaysia?

02/05/2023

Lirik Tak ingin usai – Keisya Levronka

01/05/2023
© 2026 Hak Cipta Terpelihara. Direka untuk Azmir Shah.

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

Go to mobile version