Cerita Rakyat Daripada Jepun Ini Sarat Dengan Pengajaran

Ubasuteyama atau dikenali sebagai Gunung Pembuangan Nenek adalah cerita rakyat daripada Jepun yang sangat terkenal . Menurut lagenda, orang Jepun suatu masa dahulu mempunyai tradisi membuang ahli keluarga mereka yang sudah tua di gunung-gunung berdekatan. Ini bagi mengurangkan bebanan keluarga disampingkan mengurangkan tanggungan untuk diberikan makan.

Baru-baru ini, kisah ini dikongsikan menerusi whatsapp agar dapat dijadikan pengajaran kepada mereka yang lain. Oleh itu kami inginkan kongsikan cerita rakyat ini sekali lagi kepada anda supaya anda sendiri mendapat pengajaran daripadanya.

Cerita Rakyat Daripada Jepun
Gunung pembuangan Nenek ( Ubasuteyama )

– – – – –

Suatu masa dahulu di Jepun, pernah ada satu tradisi membuang orang yang sudah tua ke hutan. Ada juga organ mereka diambil untuk kegunaan perubatan .Mereka yang dibuang adalah orang tua yang sudah tidak berdaya, agar tidak membebankan kehidupan anak – anaknya.

Pada suatu hari, ada seorang pemuda yang berniat membuang ibunya ke hutan. Oleh kerana si Ibu telah lumpuh dan agak nyanyuk, si pemuda ini bergegas menyusuri hutan sambil menggendong ibunya. Si Ibu yang kelihatan tak berdaya, berusaha mencapai setiap ranting pohon yang mampu diraihnya lalu mematahkannya dan menaburkannya di sepanjang jalan yang mereka lalui. Sesampai di dalam hutan yang tebal , si anak menurunkan Ibu tersebut dan mengucapkan kata perpisahan sambil berusaha menahan sedih kerana ternyata dia tidak menyangka terpaksa melakukan perbuatan ini terhadap ibunya. Si ibu yang tak terdaya tadi masih tenang.

Dalam senyumnya, dia berkata,

“Anakku, ibu sangat menyayangimu. Sejak kau kecil sampai dewasa, ibu selalu merawatmu dengan segenap cintaku. Bahkan sampai hari ini, rasa sayangku tidak berkurang sedikitpun. Tadi ibu sudah menanda sepanjang jalan yang kita lalui dengan ranting-ranting kayu. Ibu takut kau tersesat. Ikutilah tanda itu agar kau selamat sampai di rumah”.

Setelah mendengar kata-kata tersebut, si anak menangis dengan sangat sebak dan sayu. Kemudian terus memeluk ibunya dan kembali menggendongnya untuk membawa si Ibu pulang ke rumah. Pemuda tersebut akhirnya merawat Ibu yang sangat mengasihinya sampai Ibunya meninggal.

Sahabatku semua.. Renung-renungkanlah.

– – – – –

“Orang tua” bukannya barangan lusuh yang boleh dibuang atau diabaikan setelah terlihat tidak berdaya. Pada saat kita berjaya atau saat kita dalam kesusahan, hanya “orang tua” sahaja yang mengerti kita dan batinnya akan menderita jika melihat anak yang mereka kasihi ini menderita.

Mereka tidak pernah meninggalkan kita walaupun kita pernah melawan atau meninggi suara kepada mereka, namun ibu dan ayah kita akan tetap mengasihi kita.

Kasihi dan sayangi mereka selagi mereka masih hidup.

Sebarkan kepada mereka yang menyayangi ibu dan ayah mereka. Biar jadi pengajaran kepada mereka yang lain.

Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 1

Kata-kata manusia itu dapat mengubah hati dan pemikiran manusia. Manusia yang mendengar itu pasti akan tertarik dan terdorong untuk berubah apabila kena dengan caranya.

Dengan niat yang baik kami cuba bawakan segmen khas  ” Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia” khas buat pembaca blog azmirshah.com. Semoga kata-kata yang baik dan bermakna ini mampu memberi inspirasi kepada individu yang lain. Lebih-lebih lagi kata-kata seperti ini juga bukanlah kata-kata biasa, sebaliknya ia kata yang mampu memberi maksud yang mendalam kepada sesiapa yang membacanya.

Jika anda antara individu yang sedang berjinak-jinak didalam dunia keusahawanan, mungkin kata-kata bijak ini mampu memberi semangat dan motivasi kepada anda untuk terus melangkah jauh didalam dunia perniagaan.

Semoga entri ini akan memberi manfaat kepada anda semua.

1. Bill Gates bill gates, bill gates quotes, lazy person

” Saya memilih orang malas untuk melakukan tugas yang sukar kerana orang malas pasti mencari jalan yang paling mudah untuk melakukannya. “

William Henry Gates III atau  dikenali sebagai Bill Gates ialah individu yang bertanggungjawab untuk mengasaskan Microsoft Corporation bersama Paul Allen. Beliau juga adalah pengerusi, bekas Ketua Perisian Arkitek dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif untuk Microsoft Corporation , syarikat perisian terbesar di dunia.

 

2. Jack Ma

jack ma quotes, jack ma, jack ma dream

” Kita tidak pernah kekurangan wang, kita kekurangan orang yang berimpian. Orang yang sanggup mati demi impian mereka. “

Jack Ma adalah individu yang bertanggungjawab mengasaskan Ali Baba Group . Beliau adalah Pengerusi Eksekutif Alibaba Group, yang merupakan keluarga perniagaan berasaskan Internet yang sangat berjaya. Beliau adalah pengusaha dari China pertama yang muncul di muka depan Forbes.

 

3. Jeff Bezos

jeff bezos, jeff bezos quotes, jeff bezos amazon

“Soalan yang biasa ditanya didalam perniagaan adalah “kenapa”? Itu adalah soalan yang bagus, tetapi soalan yang sepatutnya ditanya adalah “kenapa tidak?” “

Jeffrey Preston “Jeff” Bezos adalah orang yang bertanggungjawab untuk mengasaskan Amazon. Beliau merupakan entrepreneur dunia teknologi yang memainkan peranan yang sangat besar didalam pertumbuhan e-dagang dunia di mana menjadi orang yang bertanggungjawab sebagai pengasas dan CEO kepada syarikat perdagangan atas talian, Amazon.com.

 

4. Warren Buffet

warren buffett

Ia mengambil masa 20 tahun untuk membina reputasi dan lima minit untuk merosakkannya. Jika anda berfikir tentang itu, anda akan melakukan sesuatu yang berbeza .

Warren Edward Buffett ialah seorang pelabur, ahli perniagaan dan dermawan berbangsa Amerika Syarikat. Beliau merupakan salah seorang pelabur paling berjaya di dunia serta pemegang saham terbesar dan CEO syarikat Berkshire Hathaway.

5. Jan Koum

jan koum, jan koum quotes

kami hanya mahu melakukan satu perkara dan lakukannya dengan baik.

Jan Koum adalah CEO dan pengasas WhatsApp bersama Brian Acton. WhatsApp merupakan sebuah aplikasi pesanan ringkas internet yang dimiliki oleh Facebook Inc. pada Februari 2014 dengan nilai $19 billion. Koum dibesarkan di sebuah desa di luar Kiev, Ukraine. Ia pindah ke California bersama ibu dan neneknya tahun 1992. Pada ketika ini Koum memegang 45% saham WhatsApp dengan nilai hampir US$7 billion.

Itu antara kata inspirasi yang telah diberikan oleh lima orang tokoh terkemuka dunia. Jika anda berminat untuk mendapatkan kata inspirasi daripada pelbagai tokoh, anda boleh mengikuti akaun instagram azmirshah.com kerana kami sentiasa memuat naik kata inspirasi  tokoh seluruh dunia.

Instagram : @azmirshahdotcom

Nota: Segmen ” Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia” ini akan dimuat naik di blog azmirshah.com setiap hari khamis jam 9 malam. Jangan lupa untuk mengikutinya. =)

Benarkah ramalan Filem Back To The Future pada tahun 2015?

Jika anda mengikuti perkembangan yang berlaku di media sosial dan laman web utama, pasti anda menyedari cakap-cakap mengenai “Back to future”, sebuah filem sains fiksyen yang diarah oleh Robert Zemeckis dan ditayangkan pada sekitar tahun 1985.

Disini kami ingin membicarakan mengenai peristiwa yang berlaku di dalam “Back to the future 2”, dimana didalam filem tersebut, Marty dan Dr Emmett telah melakukan lawatan ke masa depan iaitu pada 21 Oktober 2015 yang merujuk kepada hari ini. Iya, sememangnya hari ini. Memandangkan filem itu sendiri ditayangkan pada 1989, sudah pasti pengarah filem bersama penulisnya Bob Gale mempunyai pandangan tipikal mengenai masa depan yang tersangat maju dengan kecanggihan teknologi yang menggila. Sedangkan realitinya. Haha.

Tapi sebelum kita terus bergelak, benarkah apa yang dipaparkan didalam filem Back To The Future itu semuanya tidak menjadi kenyataan? Mungkin anda silap. Jom kita lihat barangan yang terdapat didalam filem “Back to the future” dan ianya ada pada hari ini. Maka dengan itu, akan terjawablah persoalan mengenai benarkah ramalan Filem Back To The Future pada tahun 2015?

 

1. Hoverboard

hoverboard, lexus hoverboard, hoverboard back to the future

Adalah impian kanak-kanak yang menonton filem ” Back to the future 2″ untuk memiliki hoverboard yang mampu terapung ini. Syarikat gergasi daripada Jepun iaitu Lexus dan sebuah syarikat daripada California yang dibiayai oleh Kickstarter baru-baru telah melancarkan sebuah prototaip hoverboard yang bersifat anti graviti. Lihat video untuk maklumat lanjut.

Babak Hoverboard di BTTF : Klik Sini
Lexus Hoverboard : Klik Sini

 

2. Sidang Video

sidang video, video conference back to the future

Dimasa ini, perbualan video bukanlah sesuatu yang pelik atau janggal. Kita mempunyai skype dan Facetime untuk melakukan perbualan video. Malahan banyak syarikat diluar sana yang sudah mula menyediakan perkhidmatan sidang video ini. Sebagai contohnya facebook.

Namun tanpa kita sedari, pada lewat tahun 80-an, ini cuma fantasi.

Babak Perbualan video di BTTF : Klik Sini
Contoh Penggunaan Skype  : Klik Sini

 

3. Drones

drone, drone back to the future

Drone dapat dilihat didalam back to the future  sebanyak 2 kali. Kali pertama dapat dilihat disaat USA Today mengambil gambar Griff dan geng ketika penahanannya manakala peristiwa yang kedua adalah disaat drone membawa anjing berjalan.

Mungkin di zaman ini kita tidak menggunakan drone secara meluas, tetapi fotografer, journalism, syarikat-syarikat tertentu seperti Amazon, Google dan DHL antara syarikat yang kerap menggunakan drone untuk pelbagai tujuan.

Babak Drone di BTTF (Minit 5:30) : Klik Sini
Contoh Drone di pasaran  : Klik Sini

 

4. Permainan tanpa wayar

wireless game, handfree game back to the future

Ada satu babak didalam kafe dimana Elihajah Wood mengejek Marty menggunakan tangan ketika bermain permainan arked. Walaupun penonton tidak dapat melihat dengan jelas maksud tersirat disebalik babak ini, ia secara halus menunjukkan kepada semua prihal teknologi tanpa wayar seperti mana yang wujud sekarang. Tapi tidak perlu risau, sekarang kita ada teknologi yang lebih canggih iaitu  XBox 360 kinect yang menggunakan sensor pergerakan ketika memainkan permainan.
Babak Permainan handfree di BTTF : Klik Sini
Contoh permainan XBox Kinetik  : Klik Sini

5. TV Skrin Leper

flat screen, flat screen back to the future
Seperti mana yang kita sedia maklum mengenai keadaan fizikal televisyen dahulu kala yang bapak punya besar. Namun didalam filem Back to the future, pengarahnya Robert Zemeckis sangat pandai mengagak yang TV Skrin Leper yang terlekat di dinding bakal menjadi perkara biasa di rumah-rumah pada hari ini. Kalau tidak terlekat sekalipun televisyen di dinding, ianya masih lagi leper atau kita gelar TV Flat Screen. Hehe.

 

6. Kaca mata pintar

kaca mata pintar, google glass, smart glasses back to the future
Seperti mana yang kita sedia maklum dengan kewujudan kaca mata pintar yang dihasilkan oleh Google sendiri iaitu Google Glass dan yang terbaru ialah Microsoft HoloLens. Kedua-dua kaca mata ini kelihatan selesa dipakai berbanding Marty sendiri yang kelihatan agak terseksa ketika memakai kaca mata pintar itu.
Babak cermin mata pintar di BTTF : Klik Sini
Contoh cermin mata pintar sekarang  : Klik Sini

 

7. Kasut yang mengikat sendiri

kasut ikat sendiri
Nike sendiri mengakui yang mereka baru sahaja membangunkan idea kasut yang mampu mengikat sendiri ini dan ianya dibuat sebagai perhormatan kepada filem ini. Tanpa diragui kasut yang mampu mengikat sendiri adalah produk yang ditunggu-tunggu oleh sesiapa sahaja tanpa mengira mereka itu pemalas atau tidak.
Tinker Hatfield, lelaki yang bertanggungjawab untuk mereka kasut Marty’s Nike MAG menyatakan yang syarikat itu kemungkinan besar akan melancarkan kasut itu pada akhir tahun ini.
Kasut di BTTF: Klik Sini
Kasut didunia realiti : Klik Sini

 

8. Teknologi Biometrik

teknologi biometrik
Marty dan Jennifer kelihatannya menggunakan mata dan cap jari sebagai pengesahan identiti sebelum kebenaran untuk masuk kedalam rumah diberikan.
Teknologi seperti ini sudah menjadi kebiasaan untuk kegunaan telefon bimbit pada masa kini dan beberapa tempat yang memerlukan tahap keselamatan yang tinggi seperti bank dan lain-lain. Bukan itu sahaja, dimasa sekarang ada sesetengah tempat kerja sudah mula menggunakan imbasan cap jari sebagai penanda kedatangan. Tak payah pakai punch card lagi.
Teknologi biometrik di BTTF : Klik Sini
Teknologi biometrik sekarang : Klik Sini

 

9. Tablet

tablets, tablet back to the future

Berdekad sebelum pelancaran ipad dan surface, Back to the future meramalkan pada zaman ini ada sebuah komputer kecil (tablet) yang boleh digunakan seperti mana yang terjadi ketika babak yang memerlukan Marty menurun tanda tangan diatas tablet itu sebagai bantuan untuk menyelamatkan menara jam.

Tablet di BTTF : Klik sini
Tablet sekarang : Klik sini

 

10. Kereta Terbang

flying car, flying car back to the future

Jika didalam filem Back to the future, terdapat kereta terbang disana dan sini, diketika ini, kita tidak punyai suasana seperti itu. Namun jangan disangka kereta terbang tidak wujud lagi kerana sudah ada kereta terbang yang dibina oleh AeroMobil.

Saksikan kereta terbang dipautan dibawah ini.

Kereta terbang di BTTF : Klik Sini
Kereta terbang sebenar : Klik Sini

Tahukah anda masyarakat Malaysia mengganggap kemunculan kereta terbang akan berlaku ketika Malaysia mencapai status negara maju pada tahun 2020. Tapi betulkah tahun 2020 akan muncul kereta terbang yang boleh digunakan secara sah pada tahun tersebut? Kita akan bincangkan semula 5 tahun daripada sekarang.

Nota: Jom like facebook kami untuk paparan info yang lebih menarik. ( Klik Sini )

Kokomo Ailand – Pulau Peribadi Berteknologi Tinggi

Jika anda bermimpi untuk menjadi jutawan, sudah pasti kereta mewah serta kapal layar antara barangan yang anda inginkan. Apabila anda betul-betul menjadi kaya, sebuah rumah besar mahupun pulau peribadi antara aset yang anda mahukan untuk menjadi milik anda. Bagaimana jika syarikat bernama Migaloo menawarkan sesuatu yang luar biasa kepada anda iaitu sebuah pulau peribadi berteknologi tinggi untuk dimiliki. Adakah anda akan mempertimbangkan?

WE DESIGN, ENGINEER AND BUILD EXCLUSIVE PRIVATE SUBMERSIBLE SUPERYACHTS AND FLOATING ISLANDS OF ANY SIZE

Memperkenalkan kepada anda ” The Kokomo Ailand”, sebuah pulau peribadi bersifat mudah alih yang mampu bergerak dengan kelajuan cruiser dan bersifat futuristik. Ia juga mempunyai panjang keseluruhan 117 meter dengan beam 78 meter dan draught 20.5 meter – 9.7 meter. Daripada karakteristik yang dinyatakan, ianya sesuatu yang sangat berbaloi untuk dipertimbangkan. Menariknya, perkhidmatan tempahan pulau peribadi yang disediakan oleh Migaloo ini membenarkan pembeli untuk memilih pemasangan model sedia ada atau memilih untuk tempahan pulau yang boleh  diubahsuai mengikut citarasa anda dari segi saiz, bentuk dan kemudahan. Pulau ini juga didatangi dengan pelbagai kemudahan yang merangkumi kolam renang, taman-taman hijau, penthouse, spa, air terjun, pawagam , gimnasium, salon, barbeku, lif, lapangan helikopter dan sebagainya. Segala kemudahan ini boleh ditambah mengikut kehendak pelanggan.

Bagaimana dengan harga? Kata wakil Migaloo, “harga pulau adalah bergantung kepada kemudahn yang dimahukan oleh pelanggan”.

Berikut adalah rekaan konsep pulau peribadi mudah alih yang direka oleh mereka.

The Kokomo Ailand. Pemandangan daripada sisi
The Kokomo Ailand. Pemandangan daripada sisi.
Disediakan dengan ruangan pendaratan helikopter
Disediakan dengan ruangan pendaratan helikopter.
Mampu bergerak daripada satu tempat ke tempat yang lain.
Mampu bergerak daripada satu tempat ke tempat yang lain.
Suasana di waktu malam
Suasana di waktu malam.
Konsep dalaman yang hijau.
Konsep dalaman yang hijau.
Pemandangan daripada atas.
Pemandangan daripada atas.

Andai konsep idea pulau peribadi ini mampu direalisasikan dalam tempoh masa 10 tahun daripada sekarang, ianya pasti akan menjadi daya tarikan individu daripada seluruh dunia. Sejujurnya kami merasakan idea ini sangat sukar untuk dijual kerana kami sendiri berpendapat kebanyakan orang kaya menjadi kaya kerana mereka bijak. Jika mereka bodoh kemungkinan besar projek pulau peribadi berteknologi tinggi ini akan menjadi pilihan mereka.

Mengapa perlu membeli pulau buatan jika kita mampu membeli pulau sebenar. Betul atau tidak?

Ferrari F80 – Kereta Konsep Terbaik Daripada Adriano Raeli

Sebelum ini The LaFerrari menjadi salah satu model Ferrari yang sangat berjaya dan menjadi buah mulut peminat sukan permotoran dengan teknologi kejuruteraan dan rekaannya yang futuristik dan mengagumkan. Malahan ramai diantaranya peminat Ferrari di luar sana yang memberi andaian model tersebut mampu membawa nama Ferrari di puncak sekaligus mengalahkan pesaingnya yang lain. Perkara itu sememangnya sedang berlaku.

Namun pada hari ini kami ingin membawakan sesuatu yang berbeza kepada anda dimana seorang pemuda daripada Itali ini telah mencipta satu rekaan kereta konsep yang diinspirasikan daripada model yang menjadi perbualan ramai itu. Malahan rekaannya itu lebih mengancam dan mengiurkan. Kereta konsep itu diberi nama Ferrari F80 yang direka dengan rekaan yang dinamik dan agresif.

I have a great passion for Cars, Design, Innovative Engineering and Cutting Edge Technology. I believe the ideation stage is very important but I feel like the final design and the way it makes people feel it’s the most important factor of design.

Ianya adalah hasil rekaan Adriano Raeli, seorang graduan daripada institusi The Art Center College of Design yang mengambil Ijazah Rekaan Pengangkutan. Beliau sememangnya gemar kepada bidang rekabentuk kereta dan itu telah menjadi minat utama buat dirinya sejak daripada kecil lagi.

Ketika ditanya mengenai idea rekaan konsep ini, beliau cuba membawakan pengalaman pemanduan F1 yang sebenarkan kepada si pemandunya dengan prestasi terbaik diatas jalan raya tanpa menjejaskan jenama dan keanggunan rekabentuk kenderaan. Kenderaan ini direka dengan konsep formula satu namun dimasa yang sama masih lagi mengekalkan identiti Ferrari. Menurutnya lagi, aerodinamik adalah perkara yang dititikberatkan didalam rekaan keseluruhan dan dimasa yang sama saluran udara telah ditempatkan diantara badan utama dan gerbang tayar. Butir-butir lain seperti ekzos berpusat adalah bertujuan untuk mengurangkan geseran. Kedudukan tempat duduk  pemandu dan penumpang juga berkaitan rapat dengan kedudukan tempat duduk  F1.

Ia juga banyak mengaplikasikan rekaan berbentuk daripada model sebelumnya seperti bentuk muncung hadapan yang tajam dan rekaan belakang yang agresif dan panjang. “Model ini bukan sahaja bakal berdiri kerana gaya, malahan ia akan bermegah dengan enjin yang berkuasa”, katanya lagi.

Secara terperinci, Ferrari F80 akan mendapat kuasa yang menggerunkan daripada enjin dengan 900 kuasa kuda, dan apabila sistem KERS Ferrari digunakan, kuasa keseluruhan akan berjumlah 1,200 kuasa kuda. Ini membolehkan Ferrari F80 mencapai kelajuan 62 batu sejam dalam hanya 2.2 saat, dan dan mampu mencapai sehingga 310 batu sejam atau 499 k / h. Ia juga diramalkan dapat bersaing dengan supercar lain seperti Koenigsegg One, yang bakal  menjadi supercar yang paling laju dengan kelajuan 440 k j.

Berikut merupakan gambaran kereta konsep Ferrari F80 daripada Adriano Raeli.

ferrari f80-1
Bahagian Depan
ferrari f80- 7
Bahagian Belakang
ferrari f80-2
Bahagian Atas
ferrari f80-3
Bahagian Sisi
ferrari f80-4
Bahagian Sisi
ferrari f80-5
Bahagian Sisi
ferrari f80-6
Bahagian Sisi Belakang

Apa pandangan anda mengenai reka bentuk Ferrari yang dibawakan oleh Adriano ini? Adakah ia menawan? Kongsikan pendapat anda dibahagian komen di ruangan bawah entri ini. =)

Gadis Itali Ini Menghasilkan Karya Seni Daripada Kopi

Setiap pagi selepas sarapan pagi, Giulia Bernardelli gemar melakukan sesuatu yang luar daripada kebiasaan. Jika seorang gadis normal membersih meja semasa atau selepas sarapan, gadis berusia 28 tahun daripada Itali ini pula mengotorkan meja dengan hasil seninya yang menawan. Menjadi pemegang ijazah sarjana muda Akademik Seni Halus Bolgna betul-betul memberi kesan kepada dirinya apabila beliau mengemar untuk mewujudkan adegan yang mempesonakan menerusi lebihan air kopi yang dijadikan sebagai bahan lukisan karya yang indah diatas meja putih Itali beliau.

Daripada muka pemuzik yang terkenal sehingga ke adegan imaginasi daripada siri dongeng Peter Pan, semuanya ditatapkan diatas meja makan beliau yang menjadi tempat untuk mempamerkan kreativitinya. Malahan hasil kreativiti beliau ini dikongsikan bersama 54k follower di instagram beliau..

“Everything that I needed was around me, if I looked carefully. I decided to replace the paint brush with what nature offered, such as leaves, fruit skins, food. All these elements feature different colors and textures.”

Peristiwa penghasilan karya unik ini bermula secara tidak sengaja apabila disaat minum kopi, Guilia mengacau kopi tersebut dan ternampak ada sesuatu yang menarik disebalik perbuatannya itu. Beliau melihat ada dunia yang menarik untuk diterokai yang mampu mencabar kreatitiviti diri sendiri.

Dari hari tersebut pandangan Guilia terhadap aktiviti meminum kopi sudah berubah. Katanya, ” apabila saya minum kopi, saya memikirkan tentang sesuatu yang saya boleh cipta di atas meja”.

Berikut merupakan karya seni daripada Giulia Bernardelli. Hasil yang ditunjukkan sangat luar biasa sehingga mampu membuatkan anda terpegun.

Giulia Bernardelli 9
The Grinder
Giulia Bernardelli 11
chocolate DW ❣ limited edition
Giulia Bernardelli 10
Ava Gardner
Giulia Bernardelli 5
“You are the knife I turn inside myself; that is love. That, my dear, is love” F.Kafka to Milena
Giulia Bernardelli 1
Marilyn Monroe
Giulia Bernardelli 7
Amy Winehouse
Giulia Bernardelli 3
Peter Pan
Giulia Bernardelli 6
In Cubus
Giulia Bernardelli 4
A Ship
Giulia Bernardelli 8
Fantasy World

Jika anda mahu melihat lebih banyak lagi karya yang menarik, anda boleh mengikuti sendiri Giulia Bernardelli di laman instagram . Adakalah anda juga mempunyai bakat seperti gadis Itali ini?