Mesej Seorang Bapa Kepada Anaknya Ini Pasti Membuatkan Anda Tersentuh

Kisah ini berlegar-legar di ruangan whatsapp hasil perkongsian ibu bapa dan anak-anak yang mahu jadikan kisah ini sebagai tauladan. Kami turut kongsikan kisah ini kepada anda, mudah-mudahan ada pengajaran yang dapat diambil daripada cerita yang akan disampaikan.

Kisah ayah dan anak

– – –

Seorang pemuda duduk di hadapan laptopnya. Login facebook.
Benda pertama sekali dia check adalah inbox.
Hari ini dia terlihat sesuatu yang dia terlepas pandang selama ini.
Bahagian ‘other’ di inboxnya
Ada satu, dua mesej.
Mesej pertama, spam.
Mesej kedua dibukanya.
Mesej 3 bulan yang lepas tarikhnya.

Ditatap isinya,
“salam.
Ini kali pertama abah cuba guna facebook.
Abah cuba tambah kamu
Sebagai kawan tapi tak dapat.
Abah pun tak faham sangat benda ni.
Abah cuba hantar mesej ini kepada kamu.
Maaf, abah tak biasa sangat menaip. Ini pun kawan abah yang ajarkan.
Ingat tak bila pertama kali kamu ada henfon?
Masa tu kamu tingkatan 4.

Abah kesian semua anak-anak sekarang ada henfon.
Jadi, abah hadiahkan pada kamu satu. Dengan harapan, kamu akan call abah.
Kalau kamu ada nak kongsi masalah tentang asrama atau sekolah atau apa-apa saja.
Tapi, kamu hanya call abah seminggu sekali. Tanya tentang duit makan dan belanja.
Abah terfikir juga, topup rm10 tapi call abah tak sampai 5 minit.
Boleh habis ke prepaid tu?
Masa kamu kecil dulu, abah ingat lagi bila kamu dah boleh bercakap.
Kamu asyik panggil,
‘abah, abah, abah’.
Abah seronok sekali anak lelaki abah panggil abah.
Panggil mama.
Abah seronok dapat bercakap dengan kamu walaupun kamu mungkin tidak ingat
dan tak faham apa abah cakapkan di umur kamu 4, 5 tahun.
Tapi, percayalah.
Abah dan mama cakap dengan kamu banyak sangat.
Kamulah penghibur kami di saat kami berduka.
Walaupun hanya dengan keletah gelak tawa si kecil.
Bila kamu sekolah rendah. Abah ingat lagi kamu selalu bercakap
dengan abah ketika membonceng motor dengan abah.
Setiap pergi dan balik sekolah. Macam-macam kamu ceritakan pada abah.
Tentang cikgu, sekolah, kawan-kawan.

Abah jadi makin bersemangat bekerja
Keras cari duit untuk biaya kamu ke sekolah. Sebab kamu seronok
Sekali. Gembira.

Ayah mana tidak gembira anak suka ke sekolah belajar.
Bila kamu sekolah menengah. Kamu ada kawan-kawan baru.
Kamu balik dari sekolah, kamu masuk bilik. Kamu keluar bila masa makan.
Kamu keluar dengan kawan-kawan.
Kamu mulai jarang bercakap dengan abah.
Kamu pandai.

Akhirnya masuk asrama. Di asrama, jarak
Antara kita makin jauh.
Kamu cari kami bila perlu.
Kamu biarkan kami
Bila tak perlu.

Abah tahu, naluri remaja. Abah pun pernah muda.

Akhirnya, abah
Dapat tahu kamu ada kekasih. Ketika di universiti,
Sikap kamu sama
Sahaja ketika di sekolah menengah.
Jarang hubungi kami.
Bila balik cuti, kamu dengan henfon kamu. Kamu dengan laptop kamu. Kamu
Dengan internet kamu. Kamu dengan dunia kamu.
Abah tertanya-
Tanya juga sendiri.

Adakah kawan istimewa itu lebih penting dari abah dan mama?
Adakah abah dan mama cuma diperlukan bila kamu nak nikah sahaja sebagai pemberi restu?
Adakah kami ibarat tabung pada kamu sahaja?
Hakikatnya, kamu jarang berbicara dengan abah lagi.
Ada pun boleh
Dibilang dengan jari.
Berjumpa tapi tak berkata-kata.
Tanya sepatah, jawab
Sepatah. Dileter, kamu tarik muka. Dimarah, kamu tak balik cuti.
Malam ni, abah sebenarnya rindu sangat pada kamu.
Bukan mahu berleter, mengungkit atau membangkit.
Cuma abah dah terlalu tua.
Abah dah di hujung
60 an. Kudrat abah tidak sekuat dulu lagi.

Abah tak minta banyak…

Kadang-kadang, abah cuma mahu kamu berada di sisi abah.

Berbicara tentang hidup kamu. Luahkan apa yang terpendam dalam hati kamu.
Menangis pada abah. Mengadu pada abah. Bercerita pada abah
Seperti kamu kecil-kecil dulu.

Apapun. Maafkan abah atas surat abah ini.
Jagalah sembahyang. Jagalah hati. Jagalah iman.
Mungkin kamu tidak punya waktu berbicara dengan abah.

Namun, jangan pula kamu tidak punya waktu berbicara dengan tuhan.
Usah letakkan cinta di hati pada seseorang melebihi cinta kepada tuhan.
Mungkin kamu terabaikan abah.
Namun jangan kamu mengabaikan tuhan.

Maafkan abah atas segalanya.”

Pemuda menitiskan air mata.
Dalam hati perit tidak terkira.
Mana tidaknya. Tulisan ayahandanya itu dibaca setelah 3 bulan beliau pergi buat
Selama-lamanya.

Di saat tidak mungkin lagi mampu memeluk
Tubuh tua ayahnya.

– – –

hargai orang tua kita selama dia masih hidup

Kadang kala kita
Terlalu sibuk dengan kerja…

Sampaikan kita lupa akan dia yang
Membesarkan kita…

Memberi pendidikan utk kita bekerja..
Mengajar kita berjalan utk bekerja..
Jangan nanti anak kita akan melupakan kita sepertimana kita melupakan ibubapa kita.
Seperti mana yang berlaku didalam kisah ” Mesej Seorang Bapa Kepada Anaknya” ini.

Sebarkan kepada mereka yang tercinta. Mereka yang menyayangi Ayah dan Emak.

“The Shed Project” sememangnya satu projek yang gila

Andai kata kamu punyai seorang datuk yang sudah meninggal dunia dan meninggalkan sebuah bangsal lama yang penuh dengan pelbagai peralatan baru dan usang, apa yang kamu bakal buat? Sudah pasti kamu akan “membersihkan” bangsal tersebut dengan cara menyimpan, menjual mahupun membuang segala isi yang terdapat didalam bangsal tersebut. Berbeza pula dengan pemuda ini, beliau membuat sesuatu yang bermakna kepada keluarga beliau dengan cara yang kreatif dan gila. Kemungkinan besar juga menyusahkan.

Artis berbakat yang bernama Lee John Philips adalah pemuda yang dimaksudkan. Philips telah memulakan satu projek gila yang diberi nama ” The Shed Project ” dimana beliau perlu melukis hampir 100 000 barangan yang terdapat didalam bangsal mendiang datuknya yang telah meninggal dunia kira-kira 20 tahun dahulu. Kesemua lukisan itu akan didokumentasi dan bakal dikatalogkan sebaik sahaja ia siap. Philips berpendapat projek ini kemungkinan memakan masa kira-kira 5 tahun dan proses katalog ini merangkumi alatan-alatan biasa sehingga ke paku dan bolt.

Disaat ini, projek ini sudah hampir 5% siap dimana beliau berjaya mengkatalogkan kira-kira 4000 barangan yang terdiri daripada pelbagai jenis alatan. Katanya lagi, katalog barangan tersebut akan diserahkan kepada nenek beliau sebagai tanda kenang-kenangan.

“But neither she nor the pantry itself will not last forever. I want to keep it for his family” – kata Philips

Antara katalog yang berjaya dilukis oleh Philips adalah seperti berikut:

shed project 6
Perkakasan yang perlu dilukis
shed project 7
Antara barangan yang sudah dikatelog
shed project 9
Ruangan kerja
shed project 10
Disudut bangsal
shed project 2
Barangan kecil
shed project 4
Lukisan perkakasan
shed project 5
Gambar Suis yang terdapat di bangsal
shed project 3
Lukisan paip
shed project 8
Sudut kerja

Adalah satu tugas yang sukar untuk melukis 100 000 barangan di sebuah bangsal yang kecil. Namun begitu jika kita punyai minat, itu bukan satu halangan untuk menyiapkannya. Lebih-lebih lagi Philips sendiri merupakan seorang artis yang berpengalaman, jadi melukis itu bukan sesuatu yang sukar bagi dirinya.

Apa itu Cinemagraph?

Tanpa disedari Cinemagraph menjadi satu trend yang menjadi kegilaan ramai fotografer hebat diluar sana. Ini kerana teknik gambar kreatif yang diperkenalkan oleh Kevin Burg dan Jamie Beck mencipta satu karya yang sangat unik yang sudah pasti mengagumkan mereka yang melihatnya. Ini dapat dibukti menerusi hasil kerja mereka berdua yang banyak menghiasi laman web di Amerika Syarikat sejak tahun 2011 lagi dimana mereka kerap menggunakan foto cinemagraphs untuk pengambaran produk fesyen dan iklan komersial. Persoalannya,

Apa itu Cinemagraph?

Cinemagraph atau turut dikenali sebagai “Animated photograph” adalah seni  fotografi yang menggabungkan beberapa bahagian gambar yang mempunyai beberapa pergerakan kecil dan berulang-ulang bagi menyampaikan idea dan cerita.  Idea dan cerita itu pula kemudiannya diterapkan didalam gambar yang diambil dan kemudiannya diubah suai mengikut kreativiti fotografer. Objektifnya pula adalah memastikan mesej yang cuba diberikan kepada penonton gambar tersebut sampai bagi memberi ilusi kepada penonton seolah-olah mereka melihatan sebuah gambar yang hidup seperti mana yang berlaku didalam siri fiksyen Harry Potter.

Cinemagraph boleh dihasilkan menggunakan beberapa siri gambar atau video menggunakan perisian photoshop atau perisian suntingan gambar yang lain. Penghasilan gambar ini bergantung kepada imaginasi dan kreativiti artis. Kevin Burg dan Jamie Beck juga berpendapat cinemagraph membawa kepada kehidupan imej yang lebih realistik dan kekal selamanya. Teknik ini sudah beribu kali digunakan oleh mereka didalam dunia fesyen dan iklan komersial. Malahan mereka juga mempamerkan hasil kerja mereka didalam laman web Ann Street Studio.

Saat melakukan kajian ketika menulis mengenai cinemagraph, kami turut meneliti hasil kerja para fotografer diluar sana yang mengaplikasikan teknik fotografi ini untuk karya mereka. Antara individu yang menarik perhatian kami adalah Julien Douvier, seorang fotografer yang berasal daripada Perancis yang mempamerkan kasih kerja beliau di laman web Behance.

Berikut adalah contoh hasil kerja beliau.

4a63f42e72bc1032702dae2f834affd2 tableau-mange-60024020d43c413d8c97c525c2b131c4b0e a40f00aa04589294b46735cb1ce3dd21 Barque-1_600Metro-1_000000-CROP-600 Manequin_600 Gif-tourniquet-foret-Erstein-600 cascade-600 ab07089769fd1b7cb6acd6e2ac3e80af 584a78bc55a1a73956db622393541894

Julien Fouvier banyak memainkan elemen air didalam karya beliau. Namun begitu gambar beliau yang lain turut tidak mengecewakan. Diharapkan anda semua terhibur dengan koleksi gambar cinemagraph yang dihasilkan oleh Julien Fouvier sekaligus memberi semangat kepada untuk menghasilkan koleksi gambar cinemagraph anda sendiri.

Mungkin lain kali kami menghasilkan entri tutorial bagaimana hendak menghasilkan gambar cinemagraph pula?

Kompilasi Gambar Manipulasi Yang Mengagumkan

Eran Croitoru adalah seorang animator dan dimasa yang sama seorang fotografer yang sangat berbakat. Beliau merupakan pemilik kepada laman web animated photography yang memberi penfokusan kepada teknik manipulasi gambar menerusi sentuhan perisian animasi yang menjadi kepakarannya agar gambar kelihatan lebih hidup dan realistik.

Beliau berpendirian gambar yang diambil oleh dirinya perlu menarik dengan  sentuhan kesan edit yang paling minima. Oleh itu, penyediaan set pengambaran yang dinginkan perlu dibuat dengan teliti menggunakan peralatan yang sebenar. Antara peralatan yang biasa digunakan bagi menjayakan sesi pengambaran adalah kadboard dan gam gajah dimana peralatan tersebut digunakan untuk penyediaan tempat pengambaran dan pemegunan objek di tempat yang sepatutnya.

Contoh yang dapat dilihat daripada karya beliau adalah gambar “Peperangan 2 puak” yang menggunakan pencungkil gigi (toothpick) sebagai alatan bantuan yang mengekalkan kedudukan strawberri sebagai objek yang terbang. Beliau juga mengatakan tugasan beliau menjadi semakin sukar apabila objek yang digunakan sangat kecil kerana ia menyukarkan diri untuk menyembunyikan alatan bantuan terbabit untuk tidak dilihat oleh kamera.

Video di sebalik tabir pembikinan gambar manipulasi

Beberapa peraturan telah ditetapkan bagi memastikan setiap gambar beliau mempunyai konsep yang konsisten. Antara peraturan yang ditetapkan oleh dirinya adalah sekadar menambah tangan dan kaki kepada objek jika didapati ia perlu ketika proses suntingan. Perisian yang digunakan untuk menjalankan tugasan tersebut adalah perisian Lightwave yang menjadi alat bantuan beliau ketika melakukan tugasan sebagai animator. Perisian tersebut membenarkan beliau untuk mereka model tangan dan kaki objek mengikut keadaan pencahayaan tertentu bersama tetapan kamera yang dikehendaki supaya gambar projek kelihatan asli.

Difahamkan kebanyakan idea karya diilhamkan daripada filem-filem.

Berikut adalah hasil kerja beliau.

cakap keju
Mari Bergambar
bebas
Terbang Bebas
arnab
Silap Mata
tempat-kejadian
Tempat Kejadian
raksaksa menyerang
Raksasa Tukul Menyerang
orang ketiga
Orang Ketiga
lari
Berhenti!!! Jangan Lari
gembira
Perperangan 2 Puak
catur
Catur

Karya yang dihasilkan oleh Eran Croitoru ini sangat mengagumkan. Adakah anda mempunyai nama-nama fotografer lain yang mempunyai genre minat yang sama dengan Eran? Kongsikan diruangan komen.

Assalamualaikum Dunia

11 Oktober 2015 – Alhamdulillah setelah melalui pelbagai fasa persiapan dari segi pengurusan dan perancangan strategi untuk pelan pembangunan dimasa akan datang, akhirnya laman blog azmirshah.com ini berjaya juga disiapkan.

Pelbagai aspek yang diambil kira sepanjang menyiapkan blog ini. Diantaranya rekaan bentuk logo, idea dan konsep serta pemilihan theme yang bersesuaian dengan citarasa. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang ditujukan kepada individu yang bertanggungjawab didalam penghasilan logo blog azmirshah.com iaitu saudara Amirul Izzat . Logo yang sangat ringkas namun kelihatan elegen dan punyai imej yang tersendiri.

Pemilihan theme blog pula dilakukan oleh saya. Menjadi satu tugas yang sukar bagi saya untuk mencari theme yang nampak elegen pada tahun 2015 berbanding pada tahun 2012. Pembangun theme pada masa kini lebih mementingkan theme blog yang lebih bersih dan ringkas berbanding penggunaan elemen yang lebih bergaya dan elegen. Kelihatannya pencarian selama 3 bulan ini betul-betul berbaloi.

penulisan, penulisan blog,
Saya kembali menulis
Kenapa berminat untuk menulis blog?

Sebelum ini saya berpengalaman menulis di blog sejak 2008 dengan menggunakan nama samaran Blog PKE. Menulis mengenai cerita yang berkaitan dengan fakta menarik dimana pada ketika itu ianya begitu digemari oleh pembaca atas talian yang kini dikenali sebagai “Netizen”. Kemudiannya saya berhenti menulis pada pertengahan tahun 2012 diatas faktor menyambung pengajian didalam jurusan pengaturcaraan di Muadzam Shah, Pahang sebelum  menyambung kembali kareer penulisan blog pada Oktober 2015. Lebih lanjut boleh baca di ruangan tentang saya.

Konsep yang dibawakan oleh blog ini?

Apa yang saya cuba bawakan didalam blog ini adalah “Pengetahuan”. Ini bermakna saya akan cuba bawakan seberapa banyak ilmu yang saya pelajari didalam blog ini yang terdiri daripada sesuatu yang memberi inspirasi, pengetahuan am dan lain-lain lagi sekaligus bertindak sebagai buku nota digital. Ini berpadanan dengan tagline “ Lebih kacak dengan pengetahuan” yang saya bawakan dari tahun 2008 lagi dimana ia membawa maksud seseorang itu akan lebih dihormati dan disanjungi jika punyai ilmu. Selain daripada itu, saya turun akan menulis mengenai beberapa perkara yang berkaitan isu semasa. Yang pasti, penulisan tersebut bukan seperti penulisan siakap keli atau oh bulan.

Jumlah entri untuk  seminggu?

Laman blog ini adalah laman peribadi yang belum bergerak ke arah yang lebih koperat atau bersifat lebih umum. Oleh itu diketika ini saya meletakkan sasaran 1 entri baru untuk satu hari dengan jumlah minimum 4 entri bagi seminggu.

Ada apa-apa lagi?

Tidak ada. Itu sahaja terima kasih.

Mengimbau kembali zaman persekolahan dimana guru besar merasmikan acara besar yang melibatkan guru-guru dan pelajar, teringat gelagat dan dialog tipikal yang biasa digunakan di penghujung acara perasmian. Antara ayat yang sering digunakan ketika pengakhiran acara adalah “ dengan lafaz bismillah, saya merasmikan bla bla bla… ”.
Pada ketika ini saya juga ingin melakukan hal yang sama.

“Dengan lafaz bismillahir rahmanir Rahim, saya merasmikan blog AzmirShah.Com”

*hadirin diminta tepuk tangan. Sekian.

Nota : Blog ini masih lagi berada didalam keadaan serba kekurangan. Jika anda mempunyai sebarang komen dan cadangan, anda boleh menulis diruangan komen dibawah ini. Begitu juga dengan ucapan.

Terima Kasih.

Azmir Shah