• Pengaturcaraan
    • Laravel
    • UI/UX
    • SEO
  • Teknologi
    • Mata Wang Kripto
  • Filem & Siri
  • Motivasi
    • Agama
    • Kata Inspirasi
    • Viral
  • How to?
Mencari
Facebook Twitter Instagram
Azmir Shah
  • Pengaturcaraan
    1. Laravel
    2. UI/UX
    3. SEO
    4. View All

    Apa itu Laravel? Adakah ia lebih baik berbanding Core PHP?

    24/04/2019

    4 laman web yang memberi inspirasi UIUX

    28/02/2021

    4 aplikasi rekaan UI/UX yang menjadi kegemaran saya

    25/06/2019

    Perbezaan wireframe, mockup dan prototaip untuk UI/UX

    18/06/2019

    Panduan On-page SEO yang semua orang wajib tahu!

    08/02/2021

    Apa itu SEO? Kenapa ia penting kepada laman web?

    10/10/2020

    LT Browser: Menguji reka bentuk responsif laman web anda secara offline

    22/02/2022

    Bagaimana cara debug ghost CSS secara manual

    15/02/2022

    Beza camel, snake, kebab dan pascal case dalam penulisan kod

    12/02/2020
  • Teknologi
    1. Mata Wang Kripto
    2. View All

    Cara beli token di Pancakeswap

    08/01/2022

    11 tip trade kripto untuk golongan pemula

    05/10/2021

    Panduan menjual mata wang kripto di Binance P2P Malaysia?

    10/06/2021

    5 platform jual beli Bitcoin di Malaysia untuk pemula

    21/02/2021

    Tiktok memintas Google sebagai laman web paling popular

    02/01/2022

    Keburukan ekonomi gig kepada gigger

    18/01/2021

    Apa itu ekonomi gig? Adakah Malaysia terkesan?

    09/12/2019

    Pemuda Ini Meramalkan Teknologi Dan Masa Hadapan

    24/08/2016
  • Filem & Siri

    Idiocracy (2006): Filem bodoh yang buat anda berfikir sejenak

    7.0 01/01/2022

    Ulasan Love Destiny (2018), Drama Thai yang anda patut tonton

    7.3 24/09/2021

    7 Drama Korea terbaik lakonan Lee Jong-Suk

    06/02/2021

    Tonton movie online secara percuma dengan Streamio

    17/01/2021

    7 filem manusia genius terbaik sepanjang zaman

    16/12/2019
  • Motivasi
    1. Agama
    2. Kata Inspirasi
    3. Viral
    4. View All

    Panduan melaksanakan solat jenazah dengan sempurna

    22/01/2017

    Peranan Yang Dimainkan Si Ayah Mempengaruhi Tingkah Laku Anak-Anak

    22/12/2015

    Pengisian Kuliah Ustaz Azhar Idrus Di Surau Al-Iman

    13/11/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 3

    12/11/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 2

    29/10/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 1

    22/10/2015

    Kisah Katak : Apa Beza Diri Anda Dan Katak Ini?

    20/12/2015

    Kisah Penjual Tempe Yang Penuh Dengan Pengajaran

    27/11/2015

    Cerita Rakyat Daripada Jepun Ini Sarat Dengan Pengajaran

    23/10/2015

    Mesej Seorang Bapa Kepada Anaknya Ini Pasti Membuatkan Anda Tersentuh

    15/10/2015

    Matlamat: Jangan Fokus Padanya, Jangan Berkongsi Pada Sesiapa

    28/03/2019

    Pakar Psikologi Berpendapat Kita Perlu Menerima Diri Kita Yang Seadanya Sebelum Bersedia Untuk Berubah

    17/01/2016

    7 Perbezaan Golongan Menengah dan Orang Kaya Yang Anda Kena Tahu

    16/01/2016

    7 Tabiat Yang Mampu Meningkatkan Produktiviti Kerja Anda

    14/01/2016
  • How to?

    Cara hantar Whatsapp tanpa save nombor seseorang

    17/10/2022

    Cara install aplikasi Disney+ Hotstar di Samsung TV Malaysia

    08/02/2022

    Cara menyelesaikan masalah “card information is invalid” di Samsung Pay

    12/06/2021

    Terlupa judul lagu? Ini cara cari lagu dengan bersenandung

    23/02/2021

    Buka akaun perniagaan Maybank online tanpa introducer

    02/02/2021
Azmir Shah
fakta ti, the international, the international dota 2, dota 2, fakta ti, fakta the international, kejohanan dota 2, pertandingan dota 2
Dota 2

5 Fakta Menarik Mengenai The International Dota 2

Azmir ShahBy Azmir Shah1 Comment6 Mins Read
Share
Facebook Twitter Telegram WhatsApp

Sedar tak sedar, sudah hampir 8 tahun The International Dota 2 berlangsung dan ketika artikel ini ditulis, kita sedang mencari bakal juara ke 8 kejohanan berprestaj ini. Agaknya siapa yang bakal membawa pulang 20++ juta USD pulang ke tanah air? Anda boleh baca penulisan saya di artikel “TI – Kejohanan Dota 2 Paling Epik Dalam Sejarah E-Sukan” dimana saya ada nukilan jalur sejarah kejohanan ini daripada edisi pertama hingga ke tujuh. Mungkin daripada track record yang lepas, anda boleh membuat ramalan finalis The International ke 8 ini.

Memandangkan ketika ini saya sedang berkelapangan dan di masa yang sama kejohanan The International semakin dekat, maka saya kongsikan serba sedikit 5 fakta menarik mengenai The International yang mungkin anda tidak tahu. Jom baca.

1. Perisai kemenangan Aegis of Champions mula diperkenalkan di The International 2

aegis of champions, dota 2, dota 2 shield, aegis
Aegis of champions

Aegis of Champions mula diperkenalkan pada The International 2012 dimana sang juara akan memiliki perisai simbolik ini. Aegis of Champions telah dihasilkan dengan mengguna perak dan gangsa oleh Weta Workshop pada tahun 2012.

Buat pengetahuan anda semua, Weta Workshop ini sangat terkenal didalam penghasilan replika, model 3D, kostum, barangan besi dan banyak lagi. Weta Workshop ini antara mereka yang bekerja di belakang tabir yang menghasilkan kostum dan barangan untuk filem Power Rangers, Hobbit, Warcraft, Draculla dan banyak lagi.

The Aegis of Champions adalah lambang kemenangan utama dalam perjuangan epik antara Dire dan Radiant. Tidak pernah diberikan, hanya diperoleh, perisai digerakkan oleh mereka yang terbaik membuktikan diri mereka dalam kejohanan yang hebat.

Berikut pula merupakan paparan lebih dekat Aegis of Champions ketika ukiran nama pemenang dibuat.

aegis of champions

Diinspirasikan dari tema Norse dan China, penghasilan perisai ini memerlukan artis yang berkemahiran tinggi yang turut dibantuan  peralatan dan mesin bagi menghasilkan produk yang berkualiti. Kini, ia menjadi satu ikon yang simbolik kepada peminat Dota 2.

2. Prize Pool wujud sejak The International 3

the international compendium, compendium dota 2,
The International Compendium

Selain daripada aksi yang memberangsangkan daripada pasukan yang bertanding, Valve juga telah memperkenalkan satu kaedah pengumpulkan wang tajaan berkonsepkan crowd funding bagi mewujudkan prize pool untuk pemenang The International.

Ianya dibuat menerusi penjualan compendium kepada para pemain Dota 2 seluruh dunia dan 25% daripada akan disumbangkan kepada prize pool yang akan diagihkan kepada pemenang. Kesannya, hadiah yang ditawarkan pada TI3 naik mendadak daripada USD1.6 juta kepada USD2.87 juta.

Pada awal perkenalan Compendium itu, ianya sekadar mengandungi maklumat mengenai pertandingan, meramalkan pasukan juara, mengundi anugerah, memenangi barangan istimewa atau dalam erti kata lain, fungsi suka-suka sambil beramal dengan setiap pembelian compendium menyumbang kepada pasukan bertanding.

Pada tahun berikutnya (2014), Valve telah menambah baik fungsi yang ada di dalam compendium dengan penambahan fungsi seperti broadcast, mod game yang terbaru, barangan immortal dan paling menarik ialah berkenaan sistem level untuk compendium. Semakin tinggi level compendium yang dimiliki, semakin banyak barangan rare untuk setiap hero yang mereka bakal dapat. Pembelian Compendium diteruskan sehingga tahun 2015 sebelum ia ditukar kepada Battle Pass.

3. Valve masih lagi menaja USD1.6 juta

the international, dota 2, ti
Hadiah yang ditaja Valve masih sama

The International Dota 2 adalah satu kejohanan E-Sukan yang menyediakan hadiah yang paling lumayan didalam sejarah penganjuran sukan elektronik. Pantauan melalui trend penganjuran daripada TI1 sehingga TI6 menyaksikan peningkatan penajaan daripada USD1 juta kepada hampir USD20 juta dan ianya berterusan naik berdasarkan tawaran menarik yang telah diberikan kepada pengguna oleh pihak Valve untuk pembeli Battle Pass. Dijangka untuk TI8 juga peningkatan akan terus berlaku dan akan dimaklumkan daripada semasa ke semasa (semasa entri ini ditulis, prize pool TI8 sudah mencecah USD20 juta).

Namun tahukah anda satu fakta yang menarik. Saya pasti ramai diantara anda yang berpendapat hadiah yang diberikan kepada pemenang itu adalah 100% hasil sumbangan daripada pemain Dota 2. Ternyata anda silap kerana sejak daripada tahun 2011 sehingga ke hari ini, Valve terus menyalurkan wang penajaan USD1.6 juta bersamaan RM6.8 juta untuk penganjuran The International. Walaupun diperkenalkan kutipan wang 25% daripada pembelian Battle Pass dan compendium, Valve tidak culas untuk menyalurkan wang tajaan tersebut. Bagaimana tu? Matematik mudah. Wang tajaan Valve + Prize Pool (25%). Ini sedikit sebanyak membantu mereka untuk memeriahkan lagi kejohanan tahunan ini.

4. The International Dota 2 Dimeriahkan Dengan Pengulas Sukan profesional

tobiwan, dota 2, sport commentetor

Seperti mana anda tertonggok di depan kaca TV mengadap perlawanan Fifa World Cup bagi menyaksikan perlawanan pasukan kegemaran anda mengejar 1 biji bola, begitu jugalah dengan peminat Dota 2 yang menyaksikan pasukan kegemaran mereka beraksi menentang pihak lawan ketika The International berlangsung. Boleh dikiranya The International Dota 2 ini seperti Fifa World Cup kepada kepada peminat Dota 2, cuma bezanya dia setahun sekali.

Antara perkara yang menambah seri kejohanan ini ialah bagaimana komentetor mereka mengulas setiap perlawanan yang berlangsung. Ini sedikit sebanyak berjaya menaikkan mood penonton terutama apabila pasukan kegemaran memulakan langkah untuk ganking bagi membunuh hero lawan dan bagaimana ketika kedua-dua pasukan sedang beraksi ketika war.

Ada beberapa nama besar yang menjadi pengulas Dota 2, diantaranya ialah TobiWan, Purge, syndereN, Luminous, Merlini dan ramai lagi. Jadi jangan pelik kalau ada pakwe dan makwe akan mengadap telefon bimbit mahupun komputer riba semata-mata nak layan twitch atau youtube.

5. Tiada pasukan yang pernah memenangi The International Dota 2 lebih daripada sekali

Natus Vincere, Navi, the international, dota 2, dota team, ti

Daripada rekod penganjuran 2011 sehingga 2017, tiada pasukan yang pernah menjuarai The International lebih daripada sekali. Walaupun usaha itu ada, namun hasrat mereka itu tidak pernah kesampaian dek kerana strategi pasukan gagal untuk mencapai objektifnyaa. Kalau bola sepak boleh la kita kata bola itu bulat, untuk Dota? Entah la.

Namun yang pasti, daripada track record penyertaan dan pertemuan yang berlangsung sepanjang enam edisi penganjuran, paling nampak usahanya itu adalah bekas juara The International edisi yang pertama iaitu Natus Vincere atau lebih dikenali sebagai Navi. Selepas menjuarai USD1.6 juta yang pertama, mereka mencuba sehabis baik untuk menjadi juara bertahan. Namun menerusi 2 percubaan di TI2 dan TI3, usaha mereka disekat oleh pasukan daripada China and Sweden di pentas final. Mereka kalah pada pasukan Invictus Gaming (China) ketika beraksi di The International 2 dan kalah tipis kepada Alliance (Sweden) ketika beraksi di The International 3.

Bukan nak kata tidak bagus. Navi sendiri ketika itu berada didalam prestasi terbaik sepanjang kariernya. Buktinya, persembahan terbaik yang diperkatakan oleh orang ramai sehingga kini adalah bagaimana Navi menewaskan Tongfu di TI3 dengan menggunakan teknik yang digelar “Fountain Hook” yang menyumbang kepada kemenangan 2-1. Namun apakan daya. Percubaan demi percubaan gagal.

Fountain Hooks

Selepas 2 kegagalan yang terpaksa ditempuhi, sejak daripada itu prestasi Navi di TI sudah mula menurun. Mereka gagal menyerlah di TI 4 dan TI5, sekadar selesa berada di kedudukan ke 7 dan ke 15. Usaha comeback mereka di TI6 juga gagal selepas sekadar memperbaiki kedudukan di tangga ke 14 daripada 16 pasukan bertanding. Lebih menyedihkan? Mereka gagal untuk melepasi kelayakan peringkat zon CIS (Commonwealth of Independent States) untuk The International 7 sekaligus membuka satu lembaran baru kepada kita semua yang buat pertama kalinya Navi tidak akan bertanding di The International 2017 dan kali keduanya pada 2018.

Itulah serba sedikit info menarik yang disajikan kepada anda berkenaan dengan kejohanan Dota 2 yang menjadi kegilaan peminat seluruh dunia. Jika anda adalah mereka yang mengikuti kejohanan berprestij ini, apakah pemain yang bakal menyerlah? Agaknya siapa pula yang bakal menjuarai The International 2018? Walaupun saya rasa Team Liquid tidak boleh perform, saya tetap menyokong Team Liquid. Hahaha

5 fakta tentang the international artikel tentang dota 2 cyber game dota 2 international winners dota 2 the international dota compendium e-sukan fakta the international 2018 fakta-fakta the international juara dota 2 international 2017 kejohanan dota 2 pertandingan dota pertandingan dota 2 sejarah dota 2 team liquid tentang dota 2 the international the international - dota 2 The International - Dota 2 Wiki the international 2 the international 2017 the international 3 the international 8 the international dota the international dota 2 2018 the international liquipedia tournament dota
Share. Facebook Twitter Telegram WhatsApp
Previous ArticleApa itu GDPR?
Next Article Phone Hilang? Ini Tip Mudah Mengesan Peranti Anda
Azmir Shah
  • Website
  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

Seorang programmer yang mempunyai pengalaman yang tidak seberapa. Memiliki kelulusan daripada universiti terkemuka di Malaysia dan secara jujurnya beliau meminati Elon Mask lebih daripada Bill Gate.Seorang yang bercita-cita tinggi, kini bekerja sebagai Front-End developer di salah sebuah syarikat di Shah Alam.

Artikel Berkaitan

Dota Plus Overwolf: Perisian yang menganalisis permainan Dota 2 anda

The International Dota 2- Kejohanan Paling Epik Dalam Sejarah E-Sukan

1 Comment

  1. Muhamad Naim on 13/08/2018 9:50 AM

    Lumayan hadiahnya tu. Tapi saya sampai sekarang tak pernah berminat dengan Dota, paling-paling pun layan Fifa je.

    Reply

Leave A Reply Cancel Reply

Cari Sesuatu?
Sosial Media
  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • Telegram
Artikel Terbaru
Review

Cara beli kad NFC Touch N Go dengan mudah dan pantas

By Azmir Shah11/02/2023
Review

Ulasan projektor murah Q3 Pro dan pengalaman menggunakannya

By Azmir Shah26/10/2022
Tutorial

Cara hantar Whatsapp tanpa save nombor seseorang

By Azmir Shah17/10/2022
Review

Pengalaman tukar skrin samsung s20+ secara percuma

By Azmir Shah10/10/2022
Makanan

5 Sarapan tidak sihat menurut Pakar Perunding Kardiologi

By Azmir Shah01/03/2022
Kategori
Mengenai Kami
Mengenai Kami

Platform penulisan untuk kami kongsikan segala informasi yang bersarang di minda. Berkongsi pengetahuan untuk anda para pembaca yang budiman.

Pautan Berkaitan
  • Dasar Privasi
  • Hubungi
  • Tentang
Artikel Terbaru

Cara beli kad NFC Touch N Go dengan mudah dan pantas

11/02/2023

Ulasan projektor murah Q3 Pro dan pengalaman menggunakannya

26/10/2022

Cara hantar Whatsapp tanpa save nombor seseorang

17/10/2022

Pengalaman tukar skrin samsung s20+ secara percuma

10/10/2022
© 2023 Hak Cipta Terpelihara. Direka untuk Azmir Shah.

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

Go to mobile version