Kita semua mempunyai tabiat yang kebiasaannya dilakukan tanpa kita sedari dan tabiat tersebut tidak memberi sebarang faedah dan impak kepada diri kita. Memandangkan kami di azmirshah.com sedar tentang permasalahan ini, maka kami cuba bawakan 7 perkara tidak berguna yang anda selalu lakukan didalam kehidupan seharian tetapi anda sendiri pun tak perasan.

Secara peribadi kami melakukan sekurang-kurangnya 5 daripada 7 senarai yang disediakan. Anda pula? Berapa banyak perkara yang telah anda lakukan secara tetap sehingga sekarang? Jom lihat.

1. Perkara yang selalu anda buat pada penyepit.

Apabila anda mula sahaja pegang penyepit, maka perkara pertama yang anda selalu buat adalah mencuba penyepit itu. Sepit kali pertama, sepit kali kedua, kemudian sepit berkali-kali. Anda sendiri pun tidak pasti mengapa anda bertindak sedemikian rupa, namun yang pasti anda seronok untuk melakukannya.

2. Perkara yang anda selalu buat pada kalkulator.

Bila sudah pakai kalkulator, menjadi kebiasaan kepada diri si pengguna untuk menekan butang “AC” secara berulang kali walaupun kalkulator itu sudah “ON” dan sudah tertera angka “0” di kalkulator tersebut. Bukan setakat itu, kalau bosan pun butang “AC” juga menjadi mangsa untuk ditekan secara berulang kali. Sebenarnya apa yang kita mahu?

3. Perkara yang anda selalu buat pada lif.

Kalau tekan butang lif sama ada untuk naik mahupun turun, kita pasti akan menekannya lebih daripada sekali walaupun butang tadi sudah ditekan dan memaparkan lampu merah atau kuning. Kami juga percaya apabila anda membaca perkara ini,mesti anda juga teringat ” ha’ah la, aku selalu buat macam ni, tak perasan pula”. Kannnn.. Selepas ini anda mesti cuba menahan diri dengan menekan butang sekali sahaja. Betul atau tidak? Hahh, jangan tipu, dah pasang niat dah tu.

4. Perkara yang anda selalu buat pada lampu lintas jalan.

Hah ini secara jujurnya admin selalu buat. Iyalah, bila ditekan tak ada sebarang tindakbalas, mana tak di tekan berulang kali. Jika admin ada buat, admin juga yakin rakyat Malaysia yang lain juga pasti melakukan perkara yang sama melainkan anda semua melintas ikut suka hati dan tidak menggunakan laluan pejalan kaki yang disediakan. Bak kata Harikh Iskandar kita tak takut untuk melintas kerana kita semua rakyat Malaysia, ” we trust the power of hand”.

5. Perkara yang anda selalu buat pada peti ais.

Anda selalu buka peti ais dan anda tidak ambil apa-apa pun. Buka dan kemudiannya tutup. Kononnya memeriksa makanan apa yang ada untuk dimakan. Andai peti ais itu penuh dengan makanan sekalipun, kamu hanya buka dan tutup sahaja.

6. Perkara yang anda selalu buat pada butang save.

Demi memastikan dokumen yang ditulis oleh anda disimpan dengan selamat, butang disket ini akan menjadi mangsa. Anda pasti akan menekan butang ini berulang-kali sehingga anda berasa yakin yang dokumen anda telah berjaya disimpan didalam komputer anda.

7. Perkara yang anda selalu buat pada telefon bimbit.

Anda selalu mengeluarkan telefon bimbit daripada poket mahupun beg anda dan sebenarnya anda tidak mempunyai sebarangan tujuan untuk berbuat demikian. Malahan anda juga tidak mengetahui mengapa anda membuat demikian kerana anda rasa janggal jika tidak bermain dengan sesuatu.

Baca juga : Artis ini berjalan sepanjang hari di Siberia Hanya Untuk Menghasilkan Mural Naga

Baca juga: 7 Fakta mengenai Google yang anda mungkin tidak tahu

Bagaimana? Adakah semua perkara yang tidak berguna di atas biasa dilakukan oleh anda?

Share.

Seorang programmer yang mempunyai pengalaman yang tidak seberapa. Memiliki kelulusan daripada universiti terkemuka di Malaysia dan secara jujurnya beliau meminati Elon Mask lebih daripada Bill Gate.Seorang yang bercita-cita tinggi, kini bekerja sebagai Front-End developer di salah sebuah syarikat di Shah Alam.

1 Comment

  1. caculator tuh memang selalu… handphone tuh bila dah tak tahu nak buat… tengok2 wassap kalau ada mesej..hehe

Leave A Reply

Exit mobile version