Anda termenung. Disaat anda termenung itu, anda memikirkan tentang perjalanan kehidupan anda daripada kecil sehingga anda besar. Bagaimana diri kanak-kanak yang berimpian bertukar kepada seorang dewasa yang berimpian. Adakah impiannya masih sama? Ataupun impian hanya sekadar impian. Adakah impian itu sebahagian daripada matlamat hidup?

Disaat kita melalui kehidupan yang penuh berliku ini, banyak pengajaran yang boleh didapati hasil daripada kesilapan diri yang pernah dibuat. Kita belajar dan terus belajar supaya kesilapan tersebut tidak diulangi dimasa akan datang. Ini kerana kita sendiri pernah merasai peritnya melakukan kesilapan.

Namun sedarkah kita tentang beberapa perkara yang mungkin kita terlepas pandang. Perkara yang mungkin kelihatan kecil, namun sedikit sebanyak melambatkan diri kita untuk mengejar impian yang diinginkan. Oleh itu, pada hari ini kami akan menyenarai 7 soalan penting yang patut ditanya pada diri anda sama ada anda sudah memperbetulkan atau tidak.

1. Adakah anda menggunakan masa anda untuk perkara yang betul?

Masa itu emas

Masa itu emas. Itulah perkataan yang sering diungkap oleh kita semua apabila bercerita tentang kepentingan masa. Apabila kita membicarakan tentang kepentingan masa, adakah kita menggunakan masa dengan sebaiknya? Adakah kita menggunakan masa yang ada dengan melakukan perkara-perkara yang produktif dan berfaedah? Itulah persoalan yang seharusnya kita jawab.

Sedar atau tidak, tanpa disangka kita terlalu banyak membuang masa didalam kehidupan seharian kita. Bagaimana kita membuang masa yang berharga didalam kesesakan lalu lintas, bagaimana kita membuang masa dengan berbual di kedai kopi, bagaimana kita membuang masa dengan melakukan pekerjaan 9 am – 5 pm tetapi pekerjaan tersebut tidak memberi nilai tambah kepada kita. Bayangkan pembaziran masa yang berleluasa ini sedikit sebanyak memberi impak yang negatif kepada diri kita.

Apa kata kita membelanjakan masa yang ada dengan mencari cabaran yang mampu membawa diri kita lebih dekat dengan matlamat hidup yang kita inginkan untuk tempoh 10 tahun akan datang. Jika anda berasa kurang semangat, mungkin anda boleh lihat siapa diri pada 10 tahun yang lalu dan adakah anda berjaya mencapai matlamat pada hari ini?

2. Adakah kita sudah cukup berusaha?

Tiada jalan mudah untuk berjaya

Siapa yang berusaha mereka pasti akan berjaya. Itulah konsep yang kita pegang daripada zaman kesultanan melayu melaka sehingga sekarang. Namun begitu konsep kejayaan ini tidak akan berhasil kepada mereka yang suka mengambil mudah. Kalau anda sendiri suka membuat kerja sambil lewa, kerja yang tidak bersulam kesungguhan dan semangat, mana mungkin kejayaan itu akan datang menghampiri anda.

Orang yang berjaya adalah mereka yang sentiasa bersungguh dengan pekerjaan yang mereka lakukan. Jika benar itu yang kita mahukan, mungkin anda boleh memulakan langkah yang pertama dengan berhenti mengambil mudah dengan semua perkara. Menjadi individu bersemangat yang sentiasa bersungguh untuk melakukan sesuatu perkara. Itu baru namanya usaha.

3. Adakah anda mempunyai sikap yang positif?

Sikap positif menyumbang kepada kejayaan diri

Sikap negatif merupakan sifat yang buruk dan ianya bukan sesuatu yang baik untuk dijadikan amalan. Jika anda mengikuti koleksi kata inspirasi daripada tokoh dunia, anda pasti mendapati yang kebanyakan daripada mereka memandang kesusahan sebagai cabaran. Mereka menukar sesuatu yang kelihatan negatif itu kepada sesuatu yang positif dan ini hanya dapat dilakukan jika mereka sendiri mempunyai sikap yang positif.

Mahu tahu anda mempunyai sikap positif atau negatif? Cuba fikir sejenak sepanjang hari ini berapa lama anda tersenyum? Bagaimana pandangan orang sekeliling terhadap anda? Adakah anda jenis individu yang memberi inspirasi kepada mereka yang lain untuk menjadi seperti anda atau anda hanya sekadar menjatuhkan mereka?

Fikir-fikirkan.

4. Adakah jalan yang anda pilih itu tepat?

Adakah jalan yang dipilih itu menyebabkan anda lemas?

Ini adalah soalan yang cukup sukar dan masa untuk menjawabnya. Bayangkan jika anda ditawarkan dengan pekerjaan dan anda sendiri tidak pasti sama ada ianya bersesuaian dengan kemahuan anda. Setiap hari kerja seperti zombi yang tidak gembira dengan apa yang mereka buat. Itu belum lagi melibatkan kes yang lebih teruk dimana anda berkerja bukan kerana minat, anda berkerja hanya disebabkan oleh desakan hidup kerana sudah lama menganggur, fresh graduate, tekanan ekonomi atau sebab mak ayah pesan suruh kerja kerajaan. Jadi bagaimana untuk mengatasi masalah ini?

Perlahan-lahan cuba mengatur jalan untuk mencapai cita-cita anda. Para usahawan sering berkata, kejayaan yang dikecapi bukannya dinilai pada permulaan mahupun pertengahan hidup, tetapi pada pengakhiran hidup. Nak ke hidup sebagai seorang yang gagal?

5. Apa yang anda rasa bila bangun daripada tidur?

memulakan hari dengan perasaan yang positif

Cuba tanya pada diri, apa yang anda rasakan bila bangun dari tidur? ” Aishhh malasnya nak kerja” atau “Ummm malasnya nak pergi kelas” atau ” Ehh hari isnin la “. Apa kata kalau kita ubah sedikit mentaliti dengan berkata sesudah solat subuh ” Hari ini aku nak tawan dunia “, atau ” Hari ini aku nak buat yang terbaik”, mungkin itu secara langsung memberi semangat kepada anda untuk memulakan hari yang indah.

Kesannya pasti sangat menakjubkan. Anda pasti merasai aura positif mengalir didalam diri. Memulakan hari yang indah dengan semangat dan motivasi yang tinggi mampu memberi kesan yang baik kepada kesihatan fizikal dan mental anda. Tidak percaya? Cubalah.

6. Adakah anda menghargai hubungan anda?

Perhubungan yang hambar

Hubungan disini bukannya bermaksud perhubungan antara pakwe dan makwe, isteri dan suami sahaja. Tapi ianya lebih daripada itu. Apabila anda menghabiskan banyak masa dengan orang, tanpa disangka anda boleh terhenti daripada menghargai orang yang berada disekeliling anda seperti pasangan, keluarga dan sahabat. Apa kata anda cuba mengekspresikan penghargaan anda terhadap mereka dengan meluangkan sedikit masa bersama mereka.

Disamping meluangkan masa bersama mereka, anda boleh mengambil kesempatan ini untuk rehat juga.

7. Adakah anda pandai Mengawal Tekanan?

Apabila anda berasa tertekan

Ketika dalam keadaan tertekan, bagaimana anda menguruskannya? Adakah anda sekadar menghabiskan masa yang anda dengan tidur atau melakukan aktiviti bersama keluarga mahu pun rakan? Kami percaya anda pasti mempunyai cara yang tersendiri untuk melepaskan tekanan yang membelenggu diri seperti mana kami melepaskan tekanan dengan makanan makanan yang sedap-sedap.

Tidak kira berapa banyak yang anda perlu lakukan setiap hari, anda perlu menjaga diri anda terlebih dahulu.Pastikan ia mampu memberi kelegaan kepada diri anda dari segi fizikal dan juga mental.

Baca juga : Matlamat: Jangan Fokus Padanya, Jangan Berkongsi Pada Sesiapa

Jadi itu 7 perkara yang menghalang diri anda daripada mencapai matlamat hidup. Andai diperbaiki setiap permasalahan ini, dengan izin tuhan insyallah kejayaan bakal menjadi milik anda dan matlamat hidup anda akan berjaya dicapai.

Share.

Seorang programmer yang mempunyai pengalaman yang tidak seberapa. Memiliki kelulusan daripada universiti terkemuka di Malaysia dan secara jujurnya beliau meminati Elon Mask lebih daripada Bill Gate.Seorang yang bercita-cita tinggi, kini bekerja sebagai Front-End developer di salah sebuah syarikat di Shah Alam.

7 Comments

  1. bukan senang nak mengawal tekanan apabila banyak sangat masalah yang timbul dalam syarikat… susah juga jadi boss

  2. MDHAFiZ.NET on

    perkongsian yg menarik bagi meningkatkan motivasi diri . Ayuh sama2 kita perbaiki diri kita

Leave A Reply

Exit mobile version