• Pengaturcaraan
    • Laravel
    • UI/UX
    • SEO
  • Teknologi
    • Mata Wang Kripto
  • Filem & Siri
  • Motivasi
    • Agama
    • Kata Inspirasi
    • Viral
  • How to?
Mencari
Facebook Twitter Instagram
Azmir Shah
  • Pengaturcaraan
    1. Laravel
    2. UI/UX
    3. SEO
    4. View All

    Apa itu Laravel? Adakah ia lebih baik berbanding Core PHP?

    24/04/2019

    4 laman web yang memberi inspirasi UIUX

    28/02/2021

    4 aplikasi rekaan UI/UX yang menjadi kegemaran saya

    25/06/2019

    Perbezaan wireframe, mockup dan prototaip untuk UI/UX

    18/06/2019

    Panduan On-page SEO yang semua orang wajib tahu!

    08/02/2021

    Apa itu SEO? Kenapa ia penting kepada laman web?

    10/10/2020

    LT Browser: Menguji reka bentuk responsif laman web anda secara offline

    22/02/2022

    Bagaimana cara debug ghost CSS secara manual

    15/02/2022

    Beza camel, snake, kebab dan pascal case dalam penulisan kod

    12/02/2020
  • Teknologi
    1. Mata Wang Kripto
    2. View All

    Cara beli token di Pancakeswap

    08/01/2022

    11 tip trade kripto untuk golongan pemula

    05/10/2021

    Panduan menjual mata wang kripto di Binance P2P Malaysia?

    10/06/2021

    5 platform jual beli Bitcoin di Malaysia untuk pemula

    21/02/2021

    Tiktok memintas Google sebagai laman web paling popular

    02/01/2022

    Keburukan ekonomi gig kepada gigger

    18/01/2021

    Apa itu ekonomi gig? Adakah Malaysia terkesan?

    09/12/2019

    Pemuda Ini Meramalkan Teknologi Dan Masa Hadapan

    24/08/2016
  • Filem & Siri

    Idiocracy (2006): Filem bodoh yang buat anda berfikir sejenak

    7.0 01/01/2022

    Ulasan Love Destiny (2018), Drama Thai yang anda patut tonton

    7.3 24/09/2021

    7 Drama Korea terbaik lakonan Lee Jong-Suk

    06/02/2021

    Tonton movie online secara percuma dengan Streamio

    17/01/2021

    7 filem manusia genius terbaik sepanjang zaman

    16/12/2019
  • Motivasi
    1. Agama
    2. Kata Inspirasi
    3. Viral
    4. View All

    Panduan melaksanakan solat jenazah dengan sempurna

    22/01/2017

    Peranan Yang Dimainkan Si Ayah Mempengaruhi Tingkah Laku Anak-Anak

    22/12/2015

    Pengisian Kuliah Ustaz Azhar Idrus Di Surau Al-Iman

    13/11/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 3

    12/11/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 2

    29/10/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 1

    22/10/2015

    Kisah Katak : Apa Beza Diri Anda Dan Katak Ini?

    20/12/2015

    Kisah Penjual Tempe Yang Penuh Dengan Pengajaran

    27/11/2015

    Cerita Rakyat Daripada Jepun Ini Sarat Dengan Pengajaran

    23/10/2015

    Mesej Seorang Bapa Kepada Anaknya Ini Pasti Membuatkan Anda Tersentuh

    15/10/2015

    Matlamat: Jangan Fokus Padanya, Jangan Berkongsi Pada Sesiapa

    28/03/2019

    Pakar Psikologi Berpendapat Kita Perlu Menerima Diri Kita Yang Seadanya Sebelum Bersedia Untuk Berubah

    17/01/2016

    7 Perbezaan Golongan Menengah dan Orang Kaya Yang Anda Kena Tahu

    16/01/2016

    7 Tabiat Yang Mampu Meningkatkan Produktiviti Kerja Anda

    14/01/2016
  • How to?

    Cara hantar Whatsapp tanpa save nombor seseorang

    17/10/2022

    Cara install aplikasi Disney+ Hotstar di Samsung TV Malaysia

    08/02/2022

    Cara menyelesaikan masalah “card information is invalid” di Samsung Pay

    12/06/2021

    Terlupa judul lagu? Ini cara cari lagu dengan bersenandung

    23/02/2021

    Buka akaun perniagaan Maybank online tanpa introducer

    02/02/2021
Azmir Shah
Gaya Hidup

7 Tabiat Yang Mampu Meningkatkan Produktiviti Kerja Anda

Azmir ShahBy Azmir ShahNo Comments6 Mins ReadUpdated:25/03/2019
Share
Facebook Twitter Telegram WhatsApp

Pernahkah anda merasakan yang anda sebenarnya bagus didalam melakukan sesuatu, tetapi apabila mendapatkan tugasan, anda tidak dapat menyelesaikan tugasan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Dalam erti kata lain, anda kata anda produktif, tetapi realitinya anda gagal untuk menjadi seperti mana yang anda kata. Cara kerja yang tidak efisyen, pembuangan masa yang berlebihan mungkin menjadi salah satu faktor permasalahan tersebut. Persoalannya disini, adakah anda berminat untuk mengubahnya?

Pengubahan yang digelar sebagai memperbaiki diri atau “self-improvement” ini merupakan salah satu cabang yang terdiri daripada tabiat yang positif. Tabiat positif seperti ini seharusnya dijadikan amalan oleh semua orang.

Demi menyahut cabaran untuk menjadikan diri kita ini lebih produktiviti ketika bekerja dan menjadi penyumbang kepada pembangunan negara tidak kira anda berada didalam sektor perkhidmatan mahupun ekonomi, maka dengan ini azmirshah.com akan membawakan kepada anda 7 tabiat yang mampu meningkatkan produktiviti ketika anda berkerja. Bukan itu sahaja, tabiat ini juga mampu untuk membantu anda menjalani kehidupan seharian dengan pengurusan kerja yang lebih tersusun dan sistematik.

Berikut adalah 7 perkara yang perlu anda ubah untuk berubah.

 

1. Buat senarai”To Do List”

senarai kerja, to-do list,
Buat senarai kerja

Pada permulaannya, tabiat ini mungkin kelihatan membuang masa. Manakan tidaknya, kenapa kita perlu untuk membuat senarai kerja dahulu sedangkan kita boleh terus melakukan perkerjaan dengan segera. Adalah lebih elok untuk memulakan hari anda dengan sesuatu yang teratur dan kita mulakan dengan melakukan senarai kerja. Ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk mengingati senarai kerja yang ingin dilakukan disamping pemberi semangat menerusi check list yang disediakan. Masa itu mungkin anda berfikir, ” wah sikit lagi ni kerja yang tinggal”. Percayalah, anda dapat menjimatkan masa jika menggunakan cara ini. Ianya juga lebih efisyen.

 

2. Utamakan kerja yang penting

kerja penting dahulu, kerja kurang penting kemudian, busy, sibuk, penat di pejabat
Pening dengan kerja yang berlambak?

Anda pasti mempunyai pelbagai tugasan yang perlu dilakukan pada setiap hari. Selain daripada melakukan senarai semak, anda juga boleh menjadi lebih efisyen dengan cara menyelesaikan tugasan yang menjadi keutamaan dahulu. Selesaikan tugasan yang lebih penting dan tinggalkan tugasan yang kurang penting di bahagian terakhir. Sebagai contohnya anda mempunyai tugasan yang perlu diselesaikan pada hujung minggu ini, letakkan tugasan tersebut didalam senarai teratas tugasan yang perlu disiapkan dahulu. Kami percaya agar sukar untuk memulakan tabiat seperti ini, akan tetapi sebaik sahaja anda bermula, anda pasti terkejut dengan kemampuan anda menyelesaikan tugasan dengan efisyen. Kepala pun tidak pening.

 

3. Jangan mulakan hari anda dengan telefon bimbit

telefon bimbit, bermain handphone di pejabat, main telefon
Nak check Whatsapp. Sekali je. Please!!!

Didalam dunia yang serba canggih ini, kami pasti penggunaan jam loceng itu semakin kurang pengaruhnya kerana masyarakat di luar sana mula menggunakan telefon bimbit sebagai jam penggera. Walau apapun alasan yang anda gunakan, seeloknya jangan mulakan hari anda dengan telefon bimbit kerana anda pasti akan melalut untuk memeriksa whatsapp, melihat twitter, facebook instagram dan sebagainya. Kata orang pantang ada notification.

Anda akan menjadi lebih produktif pada 1 jam pertama anda bekerja. Jika pada ketika itu anda memulakan hari anda dengan telefon bimbit, agaknya apa yang akan berlaku pada jam yang berikutnya.

 

4. Pecahkan tugasan besar menjadi kecil

kecilkan skop, kecilkan projek, pembahagian kerja
Pecahkan projek mengikut tugasan

Kami mengandaikan seperti ini. Anda mempunyai tugasan untuk membina kapal terbang. Sekali pandang tugasan ini kelihatan sukar dan menyusahkan sekali. Dengan keadaan ini maka akan timbulkan pemikiran negatif yang mengundang perasaan malas dan produktiviti yang kurang. Apa kata jika tugasan besar ini dipecahkan didalam bahagian yang lebih kecil. Kita bina kepalanya dahulu, badan dan seterusnya sayap. Ini hanya sebagai contoh.

Kita tidak mahu ianya kelihatan seperti satu bebanan kepada diri anda. Bagi memperbaiki dan meningkatkan kualiti kerja supaya menjadi lebih efisyen, seeloknya tukar tugasan besar kepada pecahan kecil supaya anda dapat menjimatkan masa.

 

5. Kerja pada waktu anda paling produktif

produktiviti kerja, tenaga kerja, waktu kerja
Fokus ketika bekerja tanpa punyai sebarang gangguan

Setiap orang mempunyai waktu kerja mereka yang paling produktif. Ada diantara kita yang banyak menyelesaikan tugasan di pejabat, ada pula yang banyak menyelesaikan tugasan di rumah. Bergantung kepada jenis orang dan jenis perkerjaan. Ada jenis orang itu gemar untuk menyiapkan tugasan dengan segera manakala ada juga yang gemar untuk menjadi “burung hantu” untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.

Bagi meningkatkan produktiviti kerja anda disamping melakukannya dengan lebih efisyen, anda boleh juga menjadikan tabiat dimana kerja-kerja anda itu dilakukan diwaktu anda paling produktif. Simpan dahulu masa anda untuk membaca blog gosip atau politik, jika anda didalam zon itu, anda siapkan dahulu tugasan yang anda, yang lain boleh tengok kemudian.

Jika anda kerja mengikut waktu pejabat pula, maka anda perlu latih diri anda untuk fokus pada ketika tersebut. Maklumlah, masing-masing ada komitmen selepas pulang bekerja.

 

6. Mengambil cuti apabila produktiviti anda berkurang

bercuti, pergi bercuti, ambil cuti, ambil cuti bukan mc,
Tenangkan minda anda

Cubaan memaksa diri untuk melakukan perkerjaan ketika anda memang tak ada mood nak melakukan sememang satu perkara yang tidak produktif. Bayangkan pekerjaan anda memerlukan anda membuka email dan membalas dengan segera, hanya disebabkan anda tidak mood berkerja, anda mengambil masa hampir 20 minit untuk mengarang ayat yang sesuai untuknya.

Mungkin anda boleh melakukan sedikit aktiviti seperti pergi ke pantry untuk membuat air minuman atau pergi ke meja sebelah dan kacau rakan sekerja anda untuk cuba mendapatkan mood semula. Jika anda sudah lama tidak bercuti, boleh dapat rehat dengan secukupnya dengan memilih tempat percutian yang menarik untuk dikunjungi. Biar hilang segala tekanan yang membelenggu diri.

Anda pasti akan bersemangat semula.

 

7. Jalankan satu kerja dalam satu masa

satu kerja, buat kerja
Satu persatu. Jangan perasan multitasking

Ramai yang berpendapat menjalankan banyak tugasan dalam satu masa itu menunjukkan mereka bagus. Jadi mereka bolehlah mencanangkan kepada dunia yang mereka merupakan pekerja terbaik kerana melakukan banyak kerja walaupun realiti yang sebenarnya, menumpukan 1 tugasan didalam satu masa adalah lebih baik.

Kebiasaannya diri akan cepat terganggu jika terdapat banyak tugasan yang memerlukan perhatian anda pada satu masa. Malahan kajian yang dilakukan mendapati individu yang fokus untuk menyiapkan satu kerja mempunyai produktiviti yang lebih baik menerusi hasil kerja dan prestasi. Bukan itu sahaja, mereka juga dapat menguruskan masa dengan lebih efisyen dan berkesan. Sentiasa mencari mana yang lebih utama. Walaupun kena selesaikan semua.

– – – –

Baca juga : 7 Perkara yang menghalang diri anda daripada mencapai matlamat hidup

Baca juga: 7 Cabaran yang perlu dihadapi untuk tinggal di Marikh

Itu sahaja tips yang diberikan untuk meningkat produktiviti kerja anda. Terus bersemangat menjalani kehidupan seharian anda. Jadi pekerja yang berkualiti menerusi cara kerja yang sistematik dan efisyen.

apa itu produktiviti Bagaimana Meningkatkan Produktiviti Kerja Bagaimana tingkatkan produktiviti pekerja budaya kerja budaya kerja cemerlang budaya kerja yang produktif Meningkatkan Produktiviti produktiviti kerja Tingkatkan Produktiviti Kerja
Share. Facebook Twitter Telegram WhatsApp
Previous ArticleIni adalah Cita-Cita Bill Gates Sebelum Beliau Menjadi Orang Terkaya Di Dunia
Next Article 7 Perbezaan Golongan Menengah dan Orang Kaya Yang Anda Kena Tahu
Azmir Shah
  • Website
  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

Seorang programmer yang mempunyai pengalaman yang tidak seberapa. Memiliki kelulusan daripada universiti terkemuka di Malaysia dan secara jujurnya beliau meminati Elon Mask lebih daripada Bill Gate.Seorang yang bercita-cita tinggi, kini bekerja sebagai Front-End developer di salah sebuah syarikat di Shah Alam.

Artikel Berkaitan

Matlamat: Jangan Fokus Padanya, Jangan Berkongsi Pada Sesiapa

Pakar Psikologi Berpendapat Kita Perlu Menerima Diri Kita Yang Seadanya Sebelum Bersedia Untuk Berubah

7 Perbezaan Golongan Menengah dan Orang Kaya Yang Anda Kena Tahu

7 Perkara Yang Menghalang Diri Daripada Mencapai Matlamat Hidup

Leave A Reply Cancel Reply

Cari Sesuatu?
Sosial Media
  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • Telegram
Artikel Terbaru
Review

Cara beli kad NFC Touch N Go dengan mudah dan pantas

By Azmir Shah11/02/2023
Review

Ulasan projektor murah Q3 Pro dan pengalaman menggunakannya

By Azmir Shah26/10/2022
Tutorial

Cara hantar Whatsapp tanpa save nombor seseorang

By Azmir Shah17/10/2022
Review

Pengalaman tukar skrin samsung s20+ secara percuma

By Azmir Shah10/10/2022
Makanan

5 Sarapan tidak sihat menurut Pakar Perunding Kardiologi

By Azmir Shah01/03/2022
Kategori
Mengenai Kami
Mengenai Kami

Platform penulisan untuk kami kongsikan segala informasi yang bersarang di minda. Berkongsi pengetahuan untuk anda para pembaca yang budiman.

Pautan Berkaitan
  • Dasar Privasi
  • Hubungi
  • Tentang
Artikel Terbaru

Cara beli kad NFC Touch N Go dengan mudah dan pantas

11/02/2023

Ulasan projektor murah Q3 Pro dan pengalaman menggunakannya

26/10/2022

Cara hantar Whatsapp tanpa save nombor seseorang

17/10/2022

Pengalaman tukar skrin samsung s20+ secara percuma

10/10/2022
© 2023 Hak Cipta Terpelihara. Direka untuk Azmir Shah.

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

Go to mobile version