Baru-baru ini saya mendapat notifikasi daripada Google Adsense tentang keperluan untuk saya mengemaskini laman web saya dengan menambahkan fail ads.txt yang juga dikenali sebagai Authorized Digital Sellers dalam direktori.

Saya percaya jika anda membaca artikel ini, pasti anda berminat untuk menguruskan iklan dalam web anda atau telah mendapat peringatan daripada Google. Adakah anda mempunyai isu yang sama? Jika “ya” maka ini adalah artikel yang tepat untuk memberi penerangan kepada anda tentang apa sebenarnya ads.txt ini dan adakah ia memberi impak kepada pendapatan Google Adsense anda.

Apa itu ads.txt

Authorized Digital Seller atau ads.txt merupakan standard yang telah dikeluarkan oleh IAB Tech Lab,  sebuah konsortium bebas, antarabangsa, penyelidikan dan pembangunan yang bertanggungjawab untuk membantu syarikat di luar sana melaksanakan piawaian teknikal industri global.

Standard ini merupakan satu inisiatif oleh pihak IAB Tech Lab untuk memperkemaskan ketelusan dalam pengiklanan yang diprogramkan dengan cara memerangi penipuan (fraud) dan domain yang memberi maklumat kurang atau tidak tepat.

Menerusi ads.txt, ketelusan dapat dihasilkan dalam pembekalan rantaian inventori kandungan dalam pasaran. Malahan ia memberi penerbit (kita) satu kuasa untuk mengawal inventori yang berada didalam pasaran yang menjadikan ia sukar buat pelaku buruk untuk mendapat keuntungan daripada menjual inventori palsu di seluruh ekosistem.

Dibahagian penjualan pula (pembeli iklan), ads.txt membenarkan mereka untuk memiliki keyakinan untuk membeli inventori yang boleh dipercayai. Ini kerana fail yang disediakan ini boleh diakses secara public dan boleh dirangkak (crawlable) oleh bursa, Platform Pembekal Belakan (supply-side platforms), dan pembeli lain seperti vendor pihak ketiga (third party).

adakah wajib untuk memiliki ads.txt?

Bagi Google adsense, penggunaan ads.txt bukanlah satu kewajipan, sebaliknya satu saranan atau dalam erti kata lain disyorkan. Ia dapat membantu melindungi jenama anda daripada inventori palsu yang dengan sengaja cuba merosakkan jenama anda tidak kiranya ianya daripada domain, aplikasi atau video tertentu. Mengisytiharkan diri anda sebagai penyedia inventori yang dibenarkan boleh membantu anda menerima pembelanjaan pengiklan yang mungkin telah pergi ke inventori palsu di luar sana. Itulah yang telah dilakukan di Youtube. Sekarang di website pula.

Kelebihan menambah fail ini?

Ada beberapa kelebihan yang anda boleh dapati dengan muat naik fail ads.txt dalam direktori laman web anda tidak kira anda menggunakan wordpress atau blogspot. Diantaranya ialah:

  1. Berpotensi untuk mengelakkan kehilangan hasil iklan jika plaftform mengubah tetapan asal pembeli.
  2. Membantu dalam menghentikan aktiviti domain-spoofing dalam industri.
  3. Memberi kepercayaan kepada pembeli iklan anda.

Adakah ia memberikan anda lebih pendapatan?

Boleh jadi ia, boleh jadi tidak. Saya sendiri tidak mampu memberikan jawapan yang tepat kerana saya bukan sebahagian daripada Google. Namun ada beberapa perkara yang mungkin anda perlu titik beratkan.

Antaranya ialah bagaimana risiko kehilangan pendapatan Google Adsense kerana banyak platform sudah mula membuat konfigurasi yang membenarkan mereka untuk membeli iklan daripada inventori yang disahkan sahaja (verify inventory).

Maka jika anda masih lagi tidak meletakkan ads.txt dalam laman web anda, maka anda akan tergolong dalam inventori yang tidak disahkan. Ini sedikit sebanyak bakal menjejaskan pendapatan anda dimasa akan datang. Disebabkan oleh itu, saya mengesyorkan supaya anda sudah mula bertindak dan mula untuk memuat naik fail penting tersebut dengan berhati-hati.

Bagaimana cara untuk menambahkan fail ads.txt?

Berikut merupakan cara-cara untuk melakukannya.

1. Langkah Pertama

Sila buka notepad anda dan tuliskan  seperti dibawah ini.

google.com, **pub-xxxxx, DIRECT, f08c47fec0942fa0

**Sila tukarkan pub-xxxxx dengan publisher ID anda sendiri.

Jika anda tidak tahu publisher ID anda. Anda boleh dapatkannya disini (Klik sini).

Format penulisan adalah seperti berikut:

< Exchange Domain >, < SellerAccountID >, < PaymentsType >, < TAGID >

Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang konfigurasi ini (ingin buat selain daripada Google Adsense), anda boleh rujuk  problogbooster.com yang turut menulis format dengan lebih terperinci.

2. Langkah kedua

Simpan fail tersebut dengan nama ads.txt dalam komputer anda. Pastikan anda mengikuti langkah pertama tadi dengan baik sebelum disimpan.

3. Langkah Ketiga

Muat naik fail anda tadi dalam direktori laman web anda. Jika anda menggunakan cpanel, sila masukkan dalam cpanel>file manager>home>DIREKTORI ANDA>public_html

4. Langkah keempat

Pastikan ianya boleh diakses menerusi pautan berikut.

Maka selesaikan proses memuat naik fail ads.txt dalam direktori laman web anda. Proses mungkin memakan masa lebih kurang 24 jam daripada tempoh pelaksanaan ini dibuat untuk Google memeriksaan laman web anda.

Jika anda memasukkan publisher ID yang SALAH, maka segala iklan di laman web anda akan dinyah aktifkan. Masa itu, saya kira anda bolehlah faham-faham. Betulkan balik apa yang patut.

Baca juga: Apa Itu Mata Wang Kripto dan Bagaimana Ia Berfungsi

Baca juga: 7 Fakta Mengenai Google Yang Anda Mungkin Tidak Tahu

Baiklah itu sahaja serba sedikit perkongsikan mengenai ads.txt dalam kelangsungan jana pendapatan di laman web anda semua. Jika anda seorang makan gaji yang menjadikan Google Adsense sebagai salah satu daripada sumber pendapatan kewangan anda, maka perkongsian ini perlu diambil kira.

Share.

Seorang programmer yang mempunyai pengalaman yang tidak seberapa. Memiliki kelulusan daripada universiti terkemuka di Malaysia dan secara jujurnya beliau meminati Elon Mask lebih daripada Bill Gate.Seorang yang bercita-cita tinggi, kini bekerja sebagai Front-End developer di salah sebuah syarikat di Shah Alam.

2 Comments

Leave A Reply

Exit mobile version