Sejarah saya dan hotlink saya kirakan sudah cukup lama. Dari zaman di umpan dengan promosi Hotlink Youth Club sehingga promosi Hotlink 4G, sudah hampir 12 tahun rasanya saya sudah menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh mereka dan menjadi pelanggan yang setia tanpa berbelah bahagi. Disamping nombor hotlink ini digunakan untuk berhubung dengan sahabat handai dan ahli keluarga, ia juga digunakan untuk menghubungi gadis-gadis di luar sana. Senang cerita sudah ramailah gadis-gadis saya berjaya tundukkan dengan menggunakan nombor ini (ok ini bergurau).

Walaupun nampak manis, namun kesetiaan saya diuji apabila nombor yang saya punyai sejak 12 tahun yang lalu ini telah tamat tempoh. Tamat tempoh yang saya maksudkan ini bukanlah tidak boleh membuat panggilan atau internet sahaja, sebaliknya nombor ini sudah tidak boleh digunakan lagi disebabkan oleh status tidak aktif melebihi 90 hari .

Saya mula menyedari tentang perkara ini selepas berangan untuk membeli Xiaomi Redmi 3S di Lazada. Entah bagaimana hasrat saya terbantut apabila mendapati tiada liputan Maxis yang terpapar di layar skrin sebaik sahaja telefon bimbit samsung galaxy y saya dihidupkan. Maklumlah sudah lama tidak aktif, maka niat dihati hendak tambah nilai pada akaun terbabit. Apa yang saya dapat? Pembatalan akaun pula.

Bagaimana cara aktifkan Nombor Hotlink Yang Sudah Expired a.k.a tamat tempoh?

Mesej peringatan tamat tempoh yang saya tidak perasan

Nombor telefon yang saya gunakan ini baru sahaja disedari telah tamat tempoh pada 8 Februari 2017 yang lalu dimana pada ketika itu tarikh tamat tempohnya sudah 14 hari berlaku ( nombor ini expired pada 25 Januari 2017). Risau juga jika nombor ini telah dikitar semua.

Rata-rata ulasan di blog ada menceritakan tentang pengalaman mereka mengendalikan masalah ini. Kebanyakan daripada mereka berjaya untuk mendapatkan kembali nombor kepunyaan mereka melalui pengaktifan semula akaun. Cuma masalahnya mereka perlu menukarkan perkhidmatan sedia ada daripada prabayar kepada pascabayar. Bagi saya itu merupakan satu beban yang cukup besar kerana ia memerlukan komitmen yang sangat tinggi pada setiap bulan untuk membayar bill yang pada perkiraan saya bukanlah satu keperluan.

Namun tidak mengapa, saya ambil ikhtibar daripada kisah mereka dan mulakan langkah penyelesaian yang pertama dengan:

1.Hubungi Khidmat pelanggan Hotlink

Antara perbualan saya dengan khidmat pelanggan hotlink

Jika nombor hotlink anda expired, perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah dengan menghubungi khidmat pelanggan a.k.a customer service Hotlink terlebih dahulu. Ini bagi mendapatkan status terkini nombor telefon anda sama ada boleh diaktifkan semula atau tidak.

Jika pada masa dahulu, anda perlu menghubungi khidmat pelanggan hotlink menerusi panggilan telefon, kini tidak lagi. Anda boleh sahaja menghubungi mereka (seperti mana gambar di atas) menerusi aplikasi facebook ask hotlink untuk mengetahui status terkini nombor telefon anda. Pautan adalah seperti dibawah ini.

Pautan: Ask Hotlink Facebook Application (Link sudah diupdate)

Khidmat pelanggan Ask Hotlink ini beroperasi daripada 9 AM – 12 AM, 7 hari seminggu. Yang lebih menariknya lagi, anda dijanjikan untuk menerima jawapan untuk setiap soalan anda kurang daripada 1 jam. Bagi saya itu sudah cukup memuaskan hati daripada tidak mendapat jawapan apa-apa.

Walaupun cara ini kelihatan mudah, bukan semua orang suka. Jika anda tergolong didalam golongan mereka yang malas menaip dan masih lagi gemar dengan cara konvesional, maka anda boleh menghubungi mereka menerusi talian Hotline Malaysia di 1-300-820-120. Selepas mengetahui mengenai status terkini nombor terbabit, kebiasaannya mereka akan menasihatkan anda untuk pergi ke maxis centre terdekat untuk pengaktifan nombor semula.

2. Pergi ke Maxis Centre Terdekat

Gambar hanya sekadar hiasan. ini bukan Maxis Centre Aman Centre

Kalau hendak diikutkan,boleh sahaja anda terus melangkau ke bahagian kedua ini iaitu terus ke Maxis Centre untuk pengaktifan semula nombor tersebut. Namun nasihat saya, eloklah kiranya anda menghubungi khidmat pelanggan hotlink terlebih dahulu untuk rekod bertulis. kenapa saya cakap begitu?

Sepanjang proses pengaktifan ini berlaku, 3 kali saya pergi ke Maxis Centre Aman Central untuk memohon pengaktifan semula nombor. Jawapan yang saya dapat daripada mereka untuk kunjungan kali pertama sangat mengecewakan, mereka menyatakan yang nombor saya ini tidak boleh diaktifkan semula semula diatas alasan status “not available” sedangkan apa yang khidmat pelanggan nasihatkan kepada saya (rujuk gambar perbualan saya) ialah silalah pergi ke Maxis Centre terdekat untuk pengaktifan semula nombor telefon bimbit saya secara percuma. Puas dipujuk supaya mereka dapat membantu saya, namun hampa. Maka saya pulang dengan penuh kehampaan.

Pada keesokan harinya, saya mulakan hari dengan menelefon khidmat pelanggan maxis bertanyakan tentang status nombor telefon saya. Seperti mana saya bertanyakan kepada perkhidmatan atas talian Ask Hotlink, jawapannya masih sama. Nombor saya masih lagi “Available” untuk diaktifkan kembali secara percuma. Maka untuk kali kedua, saya datang kembali ke Maxis Centre Aman Central untuk bertanyakan tentang status nombor saya dengan harapan mereka cuba membantu. Selepas penerangan serba sedikit tentang perkara ini disamping menunjukkan screenshot perbualan saya dengan Andrea, staff Maxis pula gebang katanya sistem mereka dengan khidmat pelanggan hotlink adalah berlainan. Macam mana boleh lain sedangkan mereka memakai pangkalan data yang sama. Staff terbabit sememangnya berjaya menaikkan kemarahan saya, tapi saya cuba juga untuk bersabar dengan jawapan kebudak-budakan mereka. Caranya dengan keluar daripada kedai tersebut untuk tenangkan diri.

Sementara saya tenangkan diri, saya hubungi khidmat pelanggan Ask Hotlink sekali lagi untuk bertanyakan tentang status saya. ini jawapan yang saya dapat.

Perbualan tentang penafian Maxis Centre

Selesai sahaja saya membaca jawapan tersebut, dengan segera saya terus pergi ke Maxis Centre tersebut untuk dapatkan nombor tersebut. Disebabkan mereka menyusahkan saya dengan memaksa saya untuk pergi ke sana untuk kali ketiga, saya sudah tanamkan iltizam di dalam diri, siapa staff yang bertugas untuk mengendalikan saya dan memberi jawapan TIDAK untuk aktifkan nombor telefon saya dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah, saya akan MAKI mereka dengan sehabis baik seolah-olah mereka tidak punyai mak ayah. Sebab saya betul-betul rasa terbeban dan rasa disusahkan dengan karenah mereka yang tidak masuk akal.

Buat kali ketiganya selepas saya sampai disitu dan berurusan dengan kaunter dan menyatakan sekali lagi bahawa khidmat pelanggan Ask hotlink memaklumkan kepada saya yang mereka sudah emailkan kepada Maxis Centre Aman Central tentang permasalahan ini, tiba-tiba nombor saya jadi “Available”.

Jadi disini jelas menampakkan bahawa ada faedahnya kita berurusan dengan khidmat pelanggan Hotlink terlebih dahulu sebelum berurusan dengan maxis Centre. Sebab daripada review yang saya baca daripada blog, mereka menyatakan bahawa mereka terpaksa bertukar daripada prabayar kepada pascabayar (bill) semata-mata nak dapatkan nombor mereka kembali (nampak tak permainannya). Saya pula boleh aktifkan terus nombor saya dengan pakej pelan terkini secara percuma tanpa perlu bertukar kepada pelan pascabayar.

3. Tunggu pengaktifan Akaun

Selesai segala urusan pengaktifan, seterusnya adalah tempoh bertenang dimana saya hanya perlu menunggu proses pengaktifan ini dilakukan. Bagi mengaktifkan akaun, para pelanggan perlu menunggu di dalam tempoh masa 7 hari waktu bekerja untuk memastikan nombor telefon bimbit ini boleh digunakan sepenuhnya. Tidak perlu menukarkan kad sim kerana pengaktifan ini boleh dilakukan menggunakan kad sim sedia ada. Apa yang perlu anda lakukan ialah masukkan kad sim tersebut didalam telefon bimbit dan onkan. Itu sahaja.

Ketika berada didalam tempoh ini, saya perasan perubahan pada nombor yang saya gunakan ini. Fasa pertama telefon bimbit saya sudah mula mendapat talian maxis, tetapi tidak boleh membuat panggilan dan sms dengan tertera “unregisted sim”. Fasa kedua saya menerima mesej pengaktifan semua akaun hotlink ini. Fasa ketiga, saya tambah nilai bagi menjadikan kejadian sama tidak berlaku. Maka dapatlah nombor kepunyaan saya kembali.

Buat rujukan semua, akaun saya aktif dan boleh digunakan semula seperti biasa pada 15 Februari 2017 iaitu seminggu selepas pengaktifan dilakukan.

Jadi itulah serba sedikit perkongsian pengalaman saya untuk mengaktifkan kembali nombor Hotlink yang sudah expired. Mudah-mudahan perkongsian ini dapat membantu mereka yang mempunyai masalah untuk mengaktifkan semua nombor telefon bimbit yang sudah tamat tempoh.

Baca juga : Ibu Ini Menukarkan Dunia Tidur Anaknya Kepada Sesuatu Yang Luar Biasa

Baca juga : Jambatan Air Magdeburg – Jambatan Yang Sangat Cool

Baca juga : Ferrari F80 – Kereta Konsep Terbaik Daripada Adriano Raeli

 

Share.

Seorang programmer yang mempunyai pengalaman yang tidak seberapa. Memiliki kelulusan daripada universiti terkemuka di Malaysia dan secara jujurnya beliau meminati Elon Mask lebih daripada Bill Gate.Seorang yang bercita-cita tinggi, kini bekerja sebagai Front-End developer di salah sebuah syarikat di Shah Alam.

210 Comments

      • Bang harga die tu brp rm???pastu en lepas call khidmat pelanggan tu esk kene gi terus ke mcm mn?? Pastu sy nk tnya klu kite aktifkn je tapi x guna kene bayar buln ii jugak je…katakn klu no tu recycle en klu kite nk no tu kene beli balik ke?? Pastu data lama ade lagi ke?

  1. Sy pny no.baru 30.9.22 exp, baru 7 hr dh kata x boleh dpt lg…pastu semua call operator maxis mcm mala nk layan

    • Assalam Hi bang, saya punya nom expired haritu bulan Aug 2022, lalu saya call maxis hotlink..dan dia kata klau nak aktifkan kene tukar from prepaid to post-paid..saya hanyalah seorang student uni dan bagi saya post-paid tu sgt membebakan saya…dia kata kene post-paid selama 6 bulan…jadi saya turutkan aje laaa sebab nak pakai nombor since dari sejak zaman belajar saya pkai nombor tu…skarang ni 4 bulan da saya(Dec 2022) post-paid….sebenarnya betul ke kene post-paid? ke ataupun saya dipermainkan? hahahha
      saya da tak sanggup da nak bayar mahal2 huhu….

  2. Bang, saya nak tanya. Saya punya simkad dah kena terminate tapi atas talian hotlink but asal nom tu dari celcom. Lama juga nom tu saya pakai dan cantik nom tu. Sayang dgn num tu sbb semua personal acc pakai nom tu. Hermm boleh ke klu saya contact dgn hotlink utk activekan nom tu balik? Saya dah try tanya dia suruh ke celcom, pergi celcom centre kena tunggu 21 hari tapi dia tak jamin akan dpt nom tu balik ke tak. Saya call Service care celcom layanan teruk mcm minta dimaki. Call Hotlink care baik sgt dia layan. Saya risau saya tak dpt nom tu balik 😭 I really want that my number back. 3 hari dah murung num tu hilang 😦

  3. Salam en azmir..maaf nak bertanya..ada harapan lg x jika no maxis sy telah tamat tempoh lebih dr 7hr…sy telah call maxis..bgtahu available..n terus ke maxis centre tp not available..n ke maxis centre lain caw lg sekali utk request nombor tersebut .pihat maxis mnta tggu 2 hr tp dlm masa 3 hr belom call..n sy terus ke sana..mereka bgtahu tidak dpt..ade cara lain x yea..tukar postpaid pon xkisah..tp no tu sgt la penting..tq

    • Wsalam Rossa.

      Sepatutnya memang ada harapan lagi. Sebab kurang 2 minggu. Seperti mana yang saya bagitau dalam entri ni, cakap Maxis centre ni pelbagai dan menyakitkan hati.

      Jadi saya sangat cadangkan anda dapatkan maklumbalas daripada HQ untuk renew nombor. Kalau dapat bertulis lagi baik supaya boleh ditunjukkan kepada mereka.

      Kemudian minta hq hantarkan req pada maxis centre pilihan anda untuk anda hidupkan balik nombor.

      • Hq dekat kl kat mane yea…sy confius..sudah ke maxis centre..xdpt..staff diorg mnta amek postpaid no baru..ke NU SENTRAL pon sama..huhu..masih mencuba lg..

  4. Salam..nk tnye…saya pun maxis terminate sbb lupe top4…call maxis..die sruh tkar postpaid utk hdupkan balik..tp die send simcard baru….then klau masuk kan simcard mmg kne tunggu 24 hours ke nk bg line tu ade…sbb still no signal lg…dlm surat ckp lpas received dr courier trus active?kamu mcm tu juga ke Mase on kan simcard?

    • W’salam. Saya kurang pasti nabiha. Sebab saya guna kad sim sedia ada dan tempoh pengaktifan saya memakan masa hampir 7 hari. 24 jam pun tak lama, jadi boleh je tunggu. Tapi lepas 24 jam masih tidak aktif juga, boleh hubungi terus khidmat pelanggan Maxis untuk maklumat lanjut.

    • Postpaid tu awak ambik plak mana ya? Dan sekarang macam mana okay tak
      Sebab saya baru jer nak ambik balik simkad tu sebagai postpaid sebab prepaid Kene block 13/8🥺🥺

  5. Nurul Nabila on

    salam hai, nak tanya, saya kena bawa apa je ya, waktu pergi pengaktifan nombor di maxis centre ?

    • Wsalam Nabila,

      Sila berurusan dengan talian hotline terlebih dahulu untuk pengesahan nombor anda boleh diaktifkan atau tidak. Di maxis centre, anda hanya perlu bawa kad pengenalan sahaja.

      • Hi betul ke skrg blh activate kan no prepaid tanpa tukar ke postpaid? Saya dah cuba call and whatsapp and hotlink diowng cakap now dh tak boleh… hanya tukar ke postpaid bru boleh and stay 6 bulan…

          • Salam en azmir..mmg xde cara lain yer selain tukar plan ke postpaid..no sy bru expired 22mei hr tu dan dh ke maxis centre itulah jwpn yg sy terima..terbaca artikel encik beri hrpn semula tp bila bc komen mcm punah semula hrpn emmm

          • Sedih nombor telefon lama block 13/8/22 baru perasaan 17/8/22 sebab tak isi kredit sebab simkad duduk dalam fon lain . Kalau tak keberatan boleh kongsi kan kepada saya tak
            Nombor prepaid ambik balik sebagai postpaid pastu tukar. Kepada prepaid telco lain macam mana nak buat ya ?

  6. Selamat mlm.,
    Saya nak menanya kad sim maxis saya dah tamat tempoh.,
    Tapi masih ada credit d dlm account saya.,
    Boleh tak saya guna kan baki d dlm account saya utk aktif kan sim.?

  7. Thank you for this sharing membantu sangat ! number saya terminated 9/10 kemudian 10/10 terus saya contact di ask hotlink tu. Saya minta diorang check status number saya dan request untuk aktifkan balik secara prepaid juga. Diorang suruh pergi maxis center but i’m egypt’s student, tak boleh pergi dan tak boleh hantr wakil so maxis call saya from hq . After that 11/10 number saya dah diaktifkan 🙂

      • Assalamualaikumu,contoh kalau ade hutang dalam sim tu.pastu sim tu dh tk aktif ,kalau pi centrel untuk aktif kan balik, kena bayar ke hutang tu kat centrel atau settel sendiri nanti

      • Masalahnya bang macam mne nak download ask hotlink Tu , puas saya Cari dekt Facebook dengn playstor

        • Hi Firdaus, tidak perlu download pun. Klik link ask Hotlink pada artikel ini. Diketika ini Hotlink telah beralih medium aduan daripada online form kepada Whatsapp. Jadi boleh berhubung guna kaedah itu.

    • Salam min nk tanya dh tuka ke cara nye sbb saya buat maxis suruh tukar ke maxisOne rm98 selama 6 bulan, and saya pi centre dia ckp kene dua tahun baru boleh tuka ke prepaid balek

      • Wsalam. Yang ini kena check sendiri dengan customer service mereka. Sebab itu saya sangat galakkan ada penjelasan bertulis dengan menghubungi sendiri Ask Hotlink. Sebab mereka memang tak konsisten.

  8. Kalau dah2 bulan lebih nombor mati boleh hidupkan balik tak? And pascabayar tu ade kontrak ke? Berape lame kontraknye kalau ade..please jawab..terima kasih

  9. Assalammualaikum, saya mempunyai masalah yg sama..saya dh pergi ke maxis centre tapi jwpn yg sama suruh saya buat post paid tapi saya nak buat ke prepaid sebb nombor maxis saya ni penting sangat ii ..banyak kali saya tanya tapi depa masih suruh postpaid ..saya ni dah laa student nak kena bayar berbulan mana mampu..saya nak sangat nomber saya balik .saya harap tuan boleh tolong saya untuk dapatkan balik number saya yang baru mati pada tarikh 4 April 2021 .

  10. Nurul fatihah on

    Hai. nak tanya memang kalau nk aktifkan balik no kena tukar ke postpaid ke. Sebab bila tgk post encik tak perlu tukar ke postpaid dah boleh pakai balik. Kalau boleh taknak pakai postpaid sbb kt rumah pakai wifi

  11. Maisarah Mohamad on

    Hi bang. Saya ada ternampak blog abg pasal maxis ni. Nak tanya kalau kita tak tanya dekat ask hotlink tu takpe ke. Macam saya terus pegi maxis central je.

    • Hi Maisarah.

      Biasanya saya galakkan tanya pada HQ (sama ada call atau ask Hotlink) sebab nak tahukan status nombor tersebut sebab biasanya Maxis Centre tak konsisten dalam memberi jawapan. Tapi kalau nak terus ke sana, sepatutnya tidak ada masalah. Boleh je.

      • hi nk tanya boleh ? contoh kan no saya dh lama expired . tapi saya nk aktif kan semula no tu sebb sangat penting

  12. Salam bro. Kes I pon sama je…no expired semalam- 02/01/2021.
    Bile klik kt link u bg…d link AskHotlink pg tp xsama gan yg bro tunjuk. Xde pon my queries….! so I isi je komplin, nama, no hp n email pastu antar. Mcmne nk cek reply Hotlink bro. Tlg asisis. TK

  13. Slm..dalam proses cara yg awk bg tu…tggu rsult…link bleh pkai..trbaik azmirshah…30hb 12 artu lp nk topup…trus xpred…hampeh…tgklh ap mxis jwb…biso dik

  14. Rasa teranayia eh bila guna MAXIS ni..beli nombor prepaid maxis RM10 tapi bila nombor tu mati disebabkan kita terlupa nak topup dan kalau kita nak hidupkan balik nombor prepaid tu kita harus hidupkan nombor prepaid tu secara postpaid Yang berharga RM98 selama 6 bulan macam tak masuk akal je kalau lah betul maxis nak denda kita sekali pon sebab kita lambat topup atau lama tak topup takkan lah sampai RM98 selama 6 bulan selepas 6 bulan baru nombor tu jadi prepaid balik..saya harap pihak maxis ubah lah cara nk denda pengguna…kalau nak denda sekali pon cukup pihak maxis suruh pengguna pergi ke maxis centre dan bawak duit RM30 untuk hidupkan nombor yang telah tamat tempoh dan rasa sedih jugak bila baca nasib pengguna maxis yang lain..sekian terima kasih dan selamat tinggal MAXIS

    • Memang sgt² betoi apa yang awk komen… Betoi² rasa macam teraniaya..rm98 memang teruk dgn ekonomi skrg ni terkesan kt sy…tp memang nk sgt no Maxis..tp disuruh pakai postpaid rm98 tu..ni dh 6hr lps sy tye pasal tu..xde duit lagi nk buat semula… sumpah sdih..kena tggu duit ada bru nk kena aktif kn juga lh..byk urusan apa² pn kt situ😔😭

  15. Muhd firdaus on

    Sekarang kalau nak hidupakan balik nombor yang dah tamat tempoh memeng kena postpaid ehh?? Sebab saya dah call maxis centre dia orang kata kalau nak hidupakan balik kena postpaid x boleh prepaid..

  16. Askm….saya dah cuba link yg kat ats tu tapi x de jawapan..saya call center klu nak hdpkan kena tkr line..x de cara cara utk hdpkan no saya tu blk…

  17. NUR ANATI AFIQAH BINTI MUHAMAD PUAD on

    Hi saya nak tanya dengan ask hotlink tu bahagian number phone, letak nombor kita yang dah expired tu kan? Dan bahagian alternative letak nombor yang active?

  18. Naomie Ann on

    Hai, saya telah buat aduan dekat maxis mengenai no saya yg tlah tamat tempoh pada 14/8/2020. tetapi, no itu hanya dapat diaktifkan sebagai no postpaid saja. how?

  19. Assalamualaikum encik, saya pon mngalami masalah yg sama. Saya pergi ke center dia ckp kena tukar postpaid. Saya call careline pon dia ckp benda yang sama. Macam mana yer encik? Mohon pencerahan

    • Waalaikumsalam Nur. Nampaknya begitulah. Polisi terbaru maxis memaksa pengguna untuk bertukar ke postpaid. Ramai juga pembaca blog saya mengadu.

  20. Syafiq Razali on

    Dah hampir 3 hari saya tunggu reply dari Hotlink tapi xdak apa² . Padahal ikut link yg hgpa bagi dah. Cuba tnya dgn cs yg en azmir pernah contact dulu. Nombor saya dh expired lama tp lupa nk tukar nombor dlm WhatsApp. Bila fon tu rosak baru menyesal nk login xdpt sbb x boleh terima message dh.. Tolong saya en azmir…

  21. Paula anak siban on

    Nk tnye… Sy punya no. Maxis dh tkda perkhidmatan.. Sebab nk isi line tkda.. Jd exp sudah.. Mcm mna nk aktifkn.. Ye

    • Saya ada tuliskan di entri ini tentang bagaimana cara saya hidupkan nombor saya yang expired. Mungkin cik Paula boleh baca dan ikut dengan langkah2 yang saya buat.

  22. En Mohamad on

    Salaam En Azmir.

    Saya nak minta tolong. Saya ada masalah yg hampir sama dengan tuan, cumanya nombor saya ni bukannnya denga hotlink tapi dengan Friendi.

    Tuan pernah dengar tak Friendi? Saya pun tak tau mcmana nk explain tapi basically Friendi ni pakej prepaid yg guna line Network lain (saya pun tak pasti network Maxis ke Celcom ke) . Tapi nombor yg saya gunakan ialah start dgn 011 xxxxxxxx

    Tapi malangnya saya tak renew selepas 90 hari, nombor dah deactivated. Tiga tahun lepas, saya pergi kedai utk topup, dah tak boleh sebab dah tak aktif.

    Nasib lebih teruk apabila Friendi pun dah bungkus. So sekarang ni saya tak pasti apa jadi dgn nombor saya tu.

    Tapi walau pun dah 3 tahun tak aktif, syukur saya masih boleh guna wasap sampai sekarang, tanpa masalah. Cuma kalau orang call nombor tu, memang tak wujud. Cuma wasap saja masih berfungsi.

    Jadi boleh saya nk minta pndpt, ada ke cara saya nak dapatkan semula nombor 011 xxxxxxxx saya tu? Ada ke network Digi ke, maxis ke celcom ke yg boleh register kan semula nombor saya tu..nombor saya tu tkde la bes mana pun, tapi saya nak activated kan semula sebab saya takut kalau apa2 terjadi pada hp saya, nanti nombor wasap 011 xxxxxxx saya dah tak boleh guna lagi.

    Harapkan bantuan En Azmir yg expert 🙂

    Terima kasih

    Mohamad

    • Wsalam En Mohamad.

      Saya rasa jalan yang lebih mudah ialah encik tukarkan sahaja nombor whatsapp encik itu dengan nombor yang terkini. Kawan-kawan encik pun tak ada masalah untuk berhubung semula.

  23. Salam bro saya telefon customer service btolke kalau nak aktifkan number maxis semula kena tukar plan ke postpaid utk tmpoh 6 bulan

  24. hai sy da emel untuk pertanyaan sim tamat tempoh tapi xda resport . boleh tak tolong cara macam mana na aktif kan balik. sebab numb tu penting.

  25. Muhammad Faizal on

    Assalamualaikum , sy telah pergi ke maxis center tpi mereka tk nk aktifkan no sya dngn alasan perlu tukar kpda postpaid, apa yg sy perlu buat ?

  26. Salam bang.. Sy pnya nombor expired 1/10.. Sy call hotlink dan sy ada tnya melalui link ask hotlink yg abg bg.. Dan sy p ke kedai maxis.. Tp sy dpt jwpn yg sama, kena tukar ke postpaid rm 98 selama 6 bln.. 🙁

  27. Salam en.azmir.. Sy pnya nombor expired 1/10.. Td sy p kedai maxis, depa kata kena tukar ke postpaid rm98 selama 3bln.. Then baru boleh tukar kpd prepaid.. Tp sebelum sy p kedai maxis, sy ada tnya hotlink ask melalui pautan yg encik bg dkt entri.. Depa call sy dan kalau nak balik nombor tu kena jadikan postpaid selama 6 bln rm 98.. Sy tanya xda cara lain? Depa kata xda..

  28. Nurul najla on

    Salam hi saya nk tnya kalau nmbr maxis sya dh tamat tempoh tapi dah 3 tahun boleh dapat ke balik sbb sya punya nmbr tu guna verification code yahoo email

  29. Hi,
    My number expired less than 2 weeks. I have tried calling Hotlink and use the ask Hotlink website. However their answer is all the same by saying that I can only get back the number but need to convert to postpaid. The package for the postpaid is RM158 per month and I have to be tied down with a 2 year contract! This is like blackmail and very unfair as I have been using the number for more than 10+ years!

  30. Hi, nak tanya ….haritu saya pergi ke maxis centre….dia cakap no expired saya tuuu dah x boleh diaktifkan lagi sbb no recyecle…..saya perlu guna no tuuu utk mendapatkan kod pengesahan gmail saya…..ada cara lain tak untuk saya lakukan ? saya takut dia x mahu melayan saya….

    • Sye pn ade masalah yg sama,, sye dh chat dgn cs melalui ws.. No sye tu dh unavailable,, sye tnye ada cara lain x utk sye dptkn semula no tu.. Jawapan dia.. TIDAK ADA… (Tanpa beri apa2 alasan utk jawapan tu.. Sye Frust!!)

  31. Hi, nak tanya ….haritu saya pergi ke maxis centre….dia cakap no expired saya tuuu dah x boleh diaktifkan lagi sbb no recyecle…..saya perlu guna no tuuu utk mendapatkan kod pengesahan gmail saya…..ada cara lain tak untuk saya lakukan ?

  32. Nurul syamira on

    Salam…saya nak tanya mcm mana nak aktifkn balik no maxis ..saya tak perasaan dy tamat tempoh. Ap yang perlu sy buat ?

  33. Hai sir…sim kad saya (hotlink) telah tamat tempoh pada 10 /08/2019 .i tak boleh Guna lagi.saya pegi Tanya Kat maxis center ,dia org kata impossible untuk dapat balik nombor asal saya.baru dia orang tamatkan perkhimatan sim saya….kenapa dia orang kata Tak boleh dapat nombor asal saya..saya Sayang nombor tu pasal I lama Gunakan nombor tu…Ada cara ke I dapat balik nombor tu…

    • Hi Kannan. Maxis centre memang begitu. Cuba hubungi askhotlink atau hubungi talian hotline hotlink untuk pengesahan atau maklumat lanjut. Lagipun tarikh expired kurang seminggu.

  34. JANAGI A/P RAGU on

    Hye sir. My number was expired yesterday. So I walk in to nearest maxis centre and requested for the same number.send messages to ask hotlink .one of the staff maxis said if possible can get back the number but we cant promise to get the same number..Worrying about this.Is that possible to get back the same number..Sir please advise me on this.

    • Hi Janagi.

      If your number has expired yesterday, it should not be a problem to renew and get the same number as it is less than 2 weeks before the number will be recycled / reselled by the service provider. If you want my answer, my answer is YES as long as you communicate with the right person. What I mean is a askhotlink or Hotlink Malaysia 1-300-820-120, not maxis centre.

  35. Hi..Bang perlu register ke ask Hotlink tu?cmner nk tau dorang reply chat..tunggu email dr dorang ke cmner..urmmm.

  36. Hi En, my number expired since 2 weeks ago and I contacted the centre to reactivate my number, they called and said my number become VIP if I want to get back that number need to sign their plan which is 180 month for 2 years, before that the number just normal number and was prepaid. Did you get your number back as prepaid or postpaid ? Thank you!

    • Hi Nana, sorry for the late reply. Have you tried to contact askhotlink? Maybe they have a different solutions for you.

      For your information Nana, maxis always fails to provide consistent answers for the same problem to his customers. You can read all the comments provided by others maxis customers.

      For me, RM180 for 2 years is enough to make you burdened.

      My suggestion is if you still fail to get your number and you feel like you get treated unfairly, maybe you can make a complaint to tribunal pengguna.

      Refering to your question, yes I managed to get my number back in the form of prepaid and not postpaid. During that time, I only have a difficulties dealing with Maxis Centre (thanks to askhotlink). Besides that, I managed to get back my number.

  37. Hi,
    Can you help, im trying to get back my number( expired last week) and I had checked with the centre already and they called saying that my number become VIP number and I need to take their plan which is 180rm a month for 2 years, as I remembered I bought as normal number and its prepaid.how to get back as prepaid?? Do you get your number back as prepaid or postpaid..thank you very much!

  38. NURSYUHADA IYZATI BT MANAF on

    Salam en azmir shah.nombor sy baru sahaja expired hari ini 20/6/2019.sy nak tahu mcm mane nak dapatkan nombor tu kembali? Kredit yg ada dalam tu boleh dapatkan ke tak memandangkan kredit saya ada lebih kurang rm150. Jumlah tu agak besar bagi sy memandangkan sy hanyalah suri rumah sahaja.ape saranan drp pihak en? Sy telah menggunakan nombor tersebut selama 18tahun.

    • w’salam cik syuhada. Saya dah sediakan cara-cara bagaimana nak dapatkan kembali no telefon terbabit dalam entri ini. Jikalau tidak tahu nak bermula dari mana, mungkin boleh mulakan dengan laman web askhotlink dahulu. Setahu pengetahuan saya, RM150 akan burn begitu sahaja. Mungkin boleh bincang dengan mereka bagaimana cara untuk mendapatkan kredit itu balik memandangkan anda pun sudah gunakan lebih daripada 18 tahun. Lagipun itu hak anda.

  39. cda yahaya on

    Assalammualaikum.. en, no sy expired 7.6.19, sy dh ikut cara encik guna ask hotlink tu.. petang tadi orang maxis ada call sy.. macam pengguna yang lain, dia cakap untuk aktifkn no tu balik sy kena guna postpaid selama 6 bulan baru boleh tukar ke prepaid.. macam mana tu.. huhu..

    • Waalaikumsalam. Kalau cda rasa itu tawaran yang terbaik, maka tukarlah dahulu ke postpaid dan gunakannya selama 6 bulan. Kita kena ingat juga, objektif kita adalah untuk mendapatkan nombor lama itu kembali. Kalau tak ada cara lain, mungkin ini sahajalah tawaran yang cda ada. Lagipun 6 bulan tak lama.

  40. Che Muhamad Fakhri on

    Assalamualaikum En. Azmir. No saya mungkin expired 21.04.2019 tetapi xdea terima sebarang mesej pembatalan talian dari maxis. Line ada tapi xboleh nak guna dia kluar not registered on network. Saya ada guna pautan yang encik bagi Ask Hotlink. Macam mana saya nak baca reply dari maxis tu?

    • 21/4/2019 atau 21/05/2019? Jika bulan 4 maknanya sudah hampir sebulan nombor En expired. Itu agak membimbangkan juga takut nombor telah dikitar semula. Takpe, kalau encik sudah hubungi Ask Hotlink, mereka akan membalas aduan tersebut menerusi email yang telah diberikan dalam tempoh 48 jam. Buat pengetahuan en sistem Ask Hotlink yang terkini tidak menyediakan ruangan maklumbalas. Jadi kita kena tunggu juga jawapan menerusi email.

  41. Salam Encik. Semasa reactivate simkad tu ada dikenakan apa apa caj tak?
    Atau perlu bayar ikut pelan postpaid yg kita pilih?

    • Semasa saya aktifkan dahulu, saya dikenakan caj rm10 untuk kad sim baru. Itu untuk prepaid, bukan pospaid. Kalau postpaid, mungkin caj yang berbeza mengikut pakej.

  42. “Feedback: Assalamualaikum..No hotlink saya x aktif sebab sudh tamat tempoh pada 20.5.19..Boleh ke sy nk aktif balik no saya tu”

    Kindly be informed that you may walk in to the nearest Maxis Centre within 14 days from the expiration date to check on your number’s availability for reactivation.

    If the number is available, it can be reactivated only as a postpaid number (this is part of the Terms for the reactivation of an expired prepaid number), under the person’s name who walked in for the request (because it the reactivation will be considered as a new registration).

    We hope the above clarifies.

    Apa maksud dia en azmir.memg dah xbleh dapat blik ke no saya

    • Boleh Tuan Azman. Tuan boleh dapat balik no Tuan tu. Antara sebab dia kata macam tu adalah disebabkan setiap no yang expired akan dikitar semua dalam tempoh 2 minggu ke atas. Sebab tu Tuan perlu check dulu sama ada masih ada lagi atau tidak sebelum no itu dijual semula.

      Bertukar kepada postpaid itu antara polisi maxis. Tapi sesetengah kes tak memerlukan seseorang itu untuk bertukar ke postpaid. Antaranya saya yg sudah lama menggunakan nombor tersebut. End up semuanya bergantung kepada maxis untuk beri kata putus.

  43. Asslam. Encik.sim sy baru expired smlm . sy call talian 123 . mereka suruh sy pergi centre berdekatan dan boleh guna nom y sama tetapi perlu la dftar postpaid!!. Apa yg sy perlu laku kan ..berdasakan pengalaman encil ,begitu la yg sy alami. Suruh guna postpaid. Sy tinggal di melaka. Sy dah guna maxis sejak 2014 .Tq encik .

    • wsalam. Hanna boleh cuba hubungi link yang saya sediakan ini untuk recheck jawapan daripada pihak maxis. Kalau boleh jangan cakap sudah hubungi 123 sebab nak jawapan bertulis daripada pihak mereka. Kita nak reconfirm balik. Jika mereka cakap boleh sahaja renew nombor anda tanpa bertukar kepada prepaid, ambil rekod bertulis itu dan bawakannya pada maxis centre.

  44. No saya mati 18/4. Bila saya pergi maxis centre staf di sana bagitahu yang no saya takbole diaktifkan kecuali melanggan prepaid rm98 sebulan jadi apa yang saya perlu lakukan

    • Pergi ke link yang saya sediakan ini untuk bertanyakan tentang status no telefon Tuan. Maxis centre memang begitu. Kalau Tuan baca komen mereka yang lain, macam2 jawapan maxis centre. Lain2.

  45. No fon saya expired semalam 18/4/19 ..asben ada p kol n tnya maxis centre ..tp diorg ckp xblh aktif dah..kcuali tkar kepada prospaid rm30 sblan..tp masih belom tntu akan dpt..dia org bg tempoh 2mggu..ikot kan rasa trbeban dgn prospaid tp sy try jugak apply utk dptkn balik..sb katanya itu ja cara utk dptkn..mcm mana yer..pliss help.

    • Saya mungkin bersyukur sedikit sebab saya dimaklumkan perkara yang sama macam nurul, tapi selepas follow up beberapa kali saya dapat juga mengaktifkan nombor saya. Sudah contact askhotlink ke belum? Cuba je dulu, mana tau dapat. Link ada di atas.

  46. Salam en azmir shah, tolong bantu sya utk pergi ke pautan ask hotlink, sya kakitabgan kerajaan yg bekerja menggunakn sistem,masalah sya skrg byi sistem yg sya gunakn ada kaitan dgn no tel sya yg dh xpired. Jdi sya hrp sgt tuan dpt membantu sehingga bjaya dptkn smula seperti tuan.

  47. Nombor maxis sy kalau ikutkan, expired semalam. Tapi sblum expired sy dah topup, but simkad tu mcm dh xleh function, x aktif dh🤔 knp eh ? Hurm..😔

  48. number sy dah expired 17july 2018.. bila sy pi maxis centre semalam katanya sudah tidak boleh dpatkan blik.. macam mana nak dapatkan balik ye.. help please

    • Cuba call talian hotline maxis untuk makluman lanjut. Sebab dulu saya begitu juga, tapi selepas saya call mereka reconfik yang saya boleh dapat balik no saya.

  49. Kenapa sy tekan link ask hotlink tu error… xde ap yg keluar… mcm mane ye sy nk ask hotlink.. tlg sye.. plzz..

  50. U S U S ; betul ke kalau nombor dah dibatalkan dan terpaksa bertukar ke postpaid hanya untuk 6 bulan ? Lepastu boleh tukar ke prepaid kembali ?

  51. Maxis dah keluarkan arahan pada 17 Oktober 2017, memang dah tiada cara nak recover semula nombor. Option yang ada (kalau berjaya diambil semula) adalah jadi post-paid RM98 sebulan untuk 6 bulan, lepas tu tu boleh bertukar prepaid semula. Maxis center yang saya pergi kata peluang dapat nombor semula 99% tapi ada kes yang tak dapat kerana nombor terlalu cantik / nombor ‘kahwin’ katanya.

    Aduilaaa…

  52. nombor hotlink yang bertahun-tahun expired memang tak boleh nak aktifkan balik ye? baru tanya kat ask hotlink…katenye semua nombor hotlink yang telah tamat tempoh tidak boleh diaktifkan semula…

  53. number saya expired 28.1.2018 ..saya call maxis center dia cakap kalau nak hidup kan number balik kena pakai postpaid sampai 6 bulan …betul ke …asap

  54. Saya tanya ask hotlink untuk aktifkn balik no yg dh expired. Diorg ckp no tu boleh di aktifkn kt balik tapi kena tukar pd postpaid plan yg minimum RM98/month. So, bye2 maxis.

  55. Saya tanya ask hotlink untuk aktifkn balik no yg dh expired. Diorg ckp no tu boleh di aktifkn kt balik tapi kena tukar pd postpaid plan yg minimum RM98/month. So, bye2 maxis.

  56. Shahril Rani on

    Saya juga pernah alami hal yang sama, saya pergi ke Maxis Centre KLCC memaklumkan untuk mendapatkan kembali nombor telefon saya tidak lagi aktif, malangnya tidak mendapat layanan yang baik seperti kes yang diceritakan.

    Saya hanya sekali bukan tiga untuk berurusan dengan Maxis, masalah saya dapat diselesaikan.

    Saya membuat aduan dan tekanan kepada SKMM dengan menghantar email aduanskmm@cmc.gov.my untuk mendapatkan semula nombor saya kembali.

    Ramai diantara kita tidak tahu menggunakan playform ini yang mana lebih berkesan dan pantas bagi menyelesaikan masalah dengan syarikat telco.

    Saya pernah mendapat kembali wang pendahuluan semasa melanggan U Mobile dan saya berjaya membatalkan kontrak yang sepatutnya selama 24 bulan tetapi hanya melanggan selama 14 bulan akibat taliannya yang buruk dan teruk.

    U Mobile terpaksa tunduk terhadap permintaan saya apabila aduan dibuat kepada SKMM.

    • Tuan shahril rani..boleh saya tahu ayat yang boleh saya send kepada skmm..no maxis pun baru expired.sudah pergi centre,tapi jawapan mereka TIDAK BOLEH..ada sape2 boleh bantu saya?

      • Shahril Rani on

        Bagaimana ayat pun tak kisah email kepada SKMM, yang penting beritahu permasalahan anda kepada mereka melalui aduanskmm@cmc.gov.my insyaallah dengan mudah dapat diselesaikan apa saja masalah mengenai syarikat telco.

  57. maksu nita on

    Sim kad saya expired 8/12/17.. baru lagi.. saya terlupa nak top up.. saya kire dlm masa 3 hari peringatan tu.. 9/12/17 las day.. bile top up rebound balik kredit.. saya dh cl mxs.. jawapan die tk bole active kecuali tukarkn ke postpaid.. dgn kadar rm128 kontrak 2 thn rasanya.. dah 9 thn guna no tu.. sayang

  58. baru je kol 1300-820-120..nombor yang da expired da xbole aktifkan semula..sedeyyy..so ramai2la bertukar kepada webe..hihihi

  59. sayang betul kalau nombor tamat tempoh. nak2 pula ramai dah tau pasal nombor tu..
    sekarang ni dah banyak nombor telefon yang jenis tamat tempohnya panjang.. ada yang dapat setahun terus tempoh sah walaupun topup cuma rm10…

  60. Assalam tuan. Saya ada call hotline dan diorang cakap kena buat postpaid. So, sy pergi ke maxis aman centre. Postpaid paling minimum rm98 selama 6 bulan. Camna ya ?

  61. Terima kasih saudara atas info yang telah diberikan dan telah menghubungi pihak Maxis tetapi malangnya nombor saya yang telah disekat tidak dapat diaktifkan semula. Dibawah ini reply dari pihak mereka.

    Hi Zakiah, Harap maklum kami telah menerima notis drpd SKMM, bahawa pengaktifan semula no prabayar yg telah tamat tempoh akan berhenti dgn serta merta. TQ-Andrea

    replied on 12 Oct 2017 15:54

    • samalah….sedih tak dpt nak guna nombor lama ni….maka tamatlah hubungan dgn maxis…tadi call center die kata klau nak regsiter nombor bawah post paid…hahah…klau gitu apa maknanya tu kan…..gunakan org dlm kesempitan pun boleh….

  62. baru pergi maxis centre smlm..11hb oct 2017..skmm dah bg notis kat suma telco,nom klu dah expired tu..expired la..dia suruh beli nom baru..geram plak hati aku dgr mcmtu..

  63. terima kasih atas info., boleh tahu fasa 1 nak ke fasa 2 brapa lama..sbb dah 7 hari lebih kurang menunggu untuk fasa 1 (dah lepas)..

  64. Mcm mna nk tau nombor tu dh boleh digunakn smula….sy dh p maxis center dia ckp kna tunggu bebrapa hari …mcm kita nk tau yg no tu dh boleh wt call dn sms smula dia ada mesej apa2 dlu ka kt kita?

    • Di bahagian yang terakhir saya ada ceritakan tentang stage pengaktifan. Tidak perlu risau, Tuan akan nampak mesej pengaktifan talian seolah-olah baru register nombor baru. Masa itu Tuan diminta untuk topup kredit.

      • number saya expired 28.1.2018 ..saya call maxis center dia cakap kalau nak hidup kan number balik kena pakai postpaid sampai 6 bulan …betul ke …asap

  65. entri saudara sangat membantu saya hanya gunakan link yg saudara sediakan dan ask hotlink tentang nombor saya yg telah mati lebih kurang sebulan yang lalu…jawapan yang saya dapat dari ask hotlink nombor saya masi “available” esoknya saya terus ke centre untuk mengaktifkan nombor tersebut syukur kerana pekerja di centre tidak memberi banyak alasan atau kesulitan kepada saya bagi mengaktifkan nombor tersebut..Terima Kasih banyak kerana entri saudara sangat membantu.

  66. bagaimana cara nak delete conversation kita d my queries ? sebb saya tak dapat nak load more replies conversation kami .

  67. klu sim atas nama family bole ke hidupkan blk sbb dr bln puasa x topup smpai skrg..
    signal pon xde

  68. Mohd shukri on

    Assalamualaikum En azmir Shah. Sy nk tanya.. simkad sy dah expyet 3 bulan. Sy dah pergi ke Mxsic cnter pg tadi untuk aktifkan semula No sy tu. Tetapi Castmer srvic tu kata boleh aktifkan semula tetapi dgn postpaid saja. Tapi KLaw nk aktifkan dgn prepaid kena ada simkad lama. Jadi MCM Mna tu? Masalah nyr simkad sy pn dah hilang. Huhu harap dapat membantu.

    • Waalaikumsalam En Syukri.

      Saya kurang pasti berkenaan dengan perkara ini. Elok kiranya En ajukan perkara ini kepada “Ask Hotlink” untuk pertanyaan lanjut.

      Jika en baca komen daripada pembaca lain dan pengalaman saya sendiri, en akan dapat lihat setiap maxis centre mempunyai jawapan yang tidak konsisten.Tidak tahulah dimana silapnya. Sbb itu saya galakkan en menghubungi ask hotlink dahulu sebelum berurusan dengan mereka.

  69. Salam..just nk kongsi experience sy yg menyakitkan hati..
    Td sy baru je balik dr maxis center greentown ipoh..dan sy diberitahu skg sistem dh tukar,nombor hanya boleh diaktifkan kalau baru expired seminggu..kalo lebih dr tempoh trsebut ssh nak buat..melainkan tukar ke postpaid..

  70. Assalammualaikum. Nak tanya kalau nombor maxis tu lama dah tidak aktif lebih setahun dan sim kad pun dah rosak. Boleh tak aktifkan. Saya sayang no.tu. Sekarang susah dpt no mcm tu dah… dlu sy skt dan lepas sihat sikit sim dah lepas 3 bulan… agak kecewa. Namun lepas baca blog ni mungkin ada harapan.

    • Tempoh tu terlalu lama. Rasanya dah tak available lagi. Tapi kalau masih berminat dengan nombor tu, boleh tanya “ask hotlink” di facebook. Link ada disediakan di entri ini.

  71. Assalamualaikum
    No yang sudah expired then nk aktifkan semula kena tukar dari prepaid ke pospaid ke?.

      • Kenapa tadi saya pergi ke maxis center, staff situ kata nak aktifkan boleh tp kena ke postpaid? Sy tnya sekali lagi mmg takleh ke tukar ke prepaid. Staff tu kata tak boleh .

        • Sebab itulah saya minta anda menghubungi dahulu ask hotlink. Sebab memang ada staff maxis yang jenis macam ni yang cakap lain daripada yang sepatutnya. Boleh saya tau maxis centre mana ye? semalam (11 September 2017) ada seorang pembaca saya yang mengalami masalah yang sama. Beliau mengaktifkan nombor di maxis centre melaka tanpa perlu menukar pelan ke postpaid. Sekarang sedang dalam proses pengaktifan semula. Perlu tunggu seminggu.

  72. Assalam.. Nombor maxis saya tamat tempoh bulan 6.. Tapi saya baru perasan semalam.. Saya terus call center semalam.. Tapi dia kata dah x boleh hidupkan.. Betul ke? Tapi saya sayang nombor tu.. 🙁 ada cara laen tak nak hidupkan balik nombor tu?

    • Cuba guna link “ask Hotlink” kat dalam entri ni. Kalau maxis dah cakap nombor tu dah tak boleh dihidupkan, maknanya memang tak boleh. Sebab dia ada tempoh masa tertentu sebelum nombor tu direcycle. Takpe, cuba je contact dlu.

  73. , sy dah expired lama dah , tahun lepas , agak2 bole tak try msg tanye masih available ataupun tak ? lg satu , klu nak buat sim mmg kena g maxis centre besar ke , sbb kt tmpt sy ade maxis centre tp tak besar mcm kt bandar , aritu ayah sy bole renew simkad lama dia ke 4g kt centre tmpt sy ni , agak2 bole tak ea g centre situ je ?

    • Boleh cuba tanya di “Ask Hotlink”. Link ada disediakan di entri ini. Untuk Maxis Centre, boleh tengok di Website Maxis Centre untuk senarai Maxis Centre berdekatan dengan tempat tinggal awak.

  74. shah putra on

    salam encik azmir shah, saya nk tanya macam mana encik boleh kirim pesanan mcm tu ke Mexis ya. bab skng ni saya mengalami masalah yg sama dengan encik, saya baru sedar no mexis saya dah x aktif lagi..

    • Boleh klik link yang saya sediakan di entri ni, bahagian penerangan tentang khidmat pelanggan. Link tu sambungan kepada aduan bahagian facebook maxis.

  75. arya aisha on

    saya dah hntaq kt depa mnggunakan link awk kasi. tp depa balas kt mna?? situ jgak ka?? ka blas kt email

  76. Udinrusley on

    Maaf.. tumpang tanya .. Sya dh pegi maxis centre jumaat mnggu lpas.. dy ckp kna tnggu seminggu dlu kan ? Tp ni dah ckup seminggu.. tp dy dok naik lgi “emergency call only” .. knpa eh? Ka nk kna tnggu dlu? Kita kena topup x kt nom mxis ni?mmg nk guna nom ni… ??

    • kalau nak diikutkan, 7 hari waktu bekerja baru ok. Kalau asalnya sim kad memang tak ada line, lepas tu dapat line, maksudnya masih dalam process. kena tunggu je la dulu.

      • Amer saya dah pergi maxis dan check no masih boleh diaktifkan tpi tulah kena tukar kew prabayar..call maxis pun dia cakap macam tuh..dalam kes amer ni kenapa boleh pulak terus ke prepaid plan..adoiiii

  77. Knp ask hotlink dkt fb xboleh link yer? Sy nak aktifkan no hotlink… Sblum tu dah call c.servce hotlink… Die ckp no avaible… Nak aktif kne pergi maxis center…
    Dah pergi… Jwpn die nak aktifkan kene tukar pospaid… jd sy nak try ask hotlink tu…tp xboleh link… Macam mane yer…? Boleh tlg x… No hotlink sy dah 13tahun…

    • Call CS hotlink then dia cakap not available tu bahaya. Sbb pengalaman sy call CS dia cakap available, tapi pengaktifan di maxis center yg bermasalah cakap tak available.

      Saya cuma tak faham soalan ask hotlink tak boleh link? sebab saya check link di entri ni mmg tak ada masalah.

      1. Kena login facebook dulu.
      2. Then isi form di bahagian “ask me”
      3. Bila dah submit tunggu maklumbalas.
      4. Lepas 1 jam, boleh check di “My Queries”.
      5. Klik pada butang “Reply”.

      Harap dapat membantu.

      • Sharul adini on

        Assalamualaikum tumpang taye nombor saya baru mati 1 hari lepas mcm mana nak aktifkan balik nombor tu tolong jelaskan min

        • Waalaikumsalam. Awak kena call juga CS untuk tau status terkini nombor tersebut. Kemudian baru pergi ke Centre terdekat untuk langkah seterusnya.

Leave A Reply

Exit mobile version