Tanpa disedari Cinemagraph menjadi satu trend yang menjadi kegilaan ramai fotografer hebat diluar sana. Ini kerana teknik gambar kreatif yang diperkenalkan oleh Kevin Burg dan Jamie Beck mencipta satu karya yang sangat unik yang sudah pasti mengagumkan mereka yang melihatnya.

Ini dapat dibukti menerusi hasil kerja mereka berdua yang banyak menghiasi laman web di Amerika Syarikat sejak tahun 2011 lagi dimana mereka kerap menggunakan foto cinemagraph untuk pengambaran produk fesyen dan iklan komersial. Persoalannya..

Apa itu Cinemagraph?

Cinemagraph atau turut dikenali sebagai “Animated photograph” adalah seni  fotografi yang menggabungkan beberapa bahagian gambar yang mempunyai beberapa pergerakan kecil dan berulang-ulang bagi menyampaikan idea dan cerita.

Idea dan cerita itu pula kemudiannya diterapkan didalam gambar yang diambil dan kemudiannya diubah suai mengikut kreativiti fotografer. Objektifnya pula adalah memastikan mesej yang cuba diberikan kepada penonton gambar tersebut sampai bagi memberi ilusi kepada penonton seolah-olah mereka melihatan sebuah gambar yang hidup seperti mana yang berlaku didalam siri fiksyen Harry Potter.

Cinemagraph boleh dihasilkan menggunakan beberapa siri gambar atau video menggunakan perisian photoshop atau perisian suntingan gambar yang lain. Penghasilan gambar ini bergantung kepada imaginasi dan kreativiti artis.

Kevin Burg dan Jamie Beck juga berpendapat cinemagraph membawa kepada kehidupan imej yang lebih realistik dan kekal selamanya. Teknik ini sudah beribu kali digunakan oleh mereka didalam dunia fesyen dan iklan komersial. Malahan mereka juga mempamerkan hasil kerja mereka didalam laman web Ann Street Studio.

Saat melakukan kajian ketika menulis mengenai cinemagraph, kami turut meneliti hasil kerja para fotografer diluar sana yang mengaplikasikan teknik fotografi ini untuk karya mereka. Antara individu yang menarik perhatian kami adalah Julien Douvier, seorang fotografer yang berasal daripada Perancis yang mempamerkan kasih kerja beliau di laman web Behance.

Berikut adalah contoh hasil kerja beliau.

Sampan
Salju
Taman Permainan
Orang emas
LRT
Keseorangan
Air terjun

Julien Fouvier banyak memainkan elemen air didalam karya beliau. Namun begitu gambar beliau yang lain turut tidak mengecewakan. Diharapkan anda semua terhibur dengan koleksi gambar cinemagraph yang dihasilkan oleh Julien Fouvier sekaligus memberi semangat kepada untuk menghasilkan koleksi gambar cinemagraph anda sendiri.

Baca juga: “The Shed Project” sememangnya satu projek yang gila

Diharapkan artikel ini memberi gambaran kepada anda tentang apa itu cinemagraph. Nak cuba buat sendiri?

Share.

Seorang programmer yang mempunyai pengalaman yang tidak seberapa. Memiliki kelulusan daripada universiti terkemuka di Malaysia dan secara jujurnya beliau meminati Elon Mask lebih daripada Bill Gate.Seorang yang bercita-cita tinggi, kini bekerja sebagai Front-End developer di salah sebuah syarikat di Shah Alam.

2 Comments

Leave A Reply

Exit mobile version