Close Menu
  • Pengaturcaraan
    • Laravel
    • UI/UX
    • SEO
  • Teknologi
    • Mata Wang Kripto
  • Filem & Siri
  • Motivasi
    • Agama
    • Kata Inspirasi
    • Viral
  • How to?
Mencari
Facebook X (Twitter) Instagram
Azmir Shah
  • Pengaturcaraan
    1. Laravel
    2. UI/UX
    3. SEO
    4. View All

    Apa itu Laravel? Adakah ia lebih baik berbanding Core PHP?

    24/04/2019

    4 laman web yang memberi inspirasi UIUX

    28/02/2021

    4 aplikasi rekaan UI/UX yang menjadi kegemaran saya

    25/06/2019

    Perbezaan wireframe, mockup dan prototaip untuk UI/UX

    18/06/2019

    Panduan On-page SEO yang semua orang wajib tahu!

    08/02/2021

    Apa itu SEO? Kenapa ia penting kepada laman web?

    10/10/2020

    LT Browser: Menguji reka bentuk responsif laman web anda secara offline

    22/02/2022

    Bagaimana cara debug ghost CSS secara manual

    15/02/2022

    Beza camel, snake, kebab dan pascal case dalam penulisan kod

    12/02/2020
  • Teknologi
    1. Mata Wang Kripto
    2. View All

    Cara beli token di Pancakeswap

    08/01/2022

    11 tip trade kripto untuk golongan pemula

    05/10/2021

    Panduan menjual mata wang kripto di Binance P2P Malaysia?

    10/06/2021

    5 platform jual beli Bitcoin di Malaysia untuk pemula

    21/02/2021

    Apa itu digital nomad? Adakah ia bakal menjadi trend di Malaysia?

    02/05/2023

    Tiktok memintas Google sebagai laman web paling popular

    02/01/2022

    Keburukan ekonomi gig kepada gigger

    18/01/2021

    Apa itu ekonomi gig? Adakah Malaysia terkesan?

    09/12/2019
  • Filem & Siri

    Idiocracy (2006): Filem bodoh yang buat anda berfikir sejenak

    7.0 01/01/2022

    Ulasan Love Destiny (2018), Drama Thai yang anda patut tonton

    7.3 24/09/2021

    7 Drama Korea terbaik lakonan Lee Jong-Suk

    06/02/2021

    Tonton movie online secara percuma dengan Streamio

    17/01/2021

    7 filem manusia genius terbaik sepanjang zaman

    16/12/2019
  • Motivasi
    1. Agama
    2. Kata Inspirasi
    3. Viral
    4. View All

    Panduan melaksanakan solat jenazah dengan sempurna

    22/01/2017

    Peranan Yang Dimainkan Si Ayah Mempengaruhi Tingkah Laku Anak-Anak

    22/12/2015

    Pengisian Kuliah Ustaz Azhar Idrus Di Surau Al-Iman

    13/11/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 3

    12/11/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 2

    29/10/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 1

    22/10/2015

    Kisah Katak : Apa Beza Diri Anda Dan Katak Ini?

    20/12/2015

    Kisah Penjual Tempe Yang Penuh Dengan Pengajaran

    27/11/2015

    Cerita Rakyat Daripada Jepun Ini Sarat Dengan Pengajaran

    23/10/2015

    Mesej Seorang Bapa Kepada Anaknya Ini Pasti Membuatkan Anda Tersentuh

    15/10/2015

    Jangan fokus kepada matlamat dan kongsikannya dengan sesiapa

    28/03/2019

    Kenapa perlu terima diri kita seadanya sebelum berubah?

    17/01/2016

    7 Perbezaan M40 dan T20 Yang Anda perlu Tahu

    16/01/2016

    7 Tabiat Yang Mampu Meningkatkan Produktiviti Kerja Anda

    14/01/2016
  • How to?

    Cara tukar kad Maybank expired secara online

    21/04/2023

    Cara hantar Whatsapp tanpa save nombor seseorang

    17/10/2022

    Cara install aplikasi Disney+ Hotstar di Samsung TV Malaysia

    08/02/2022

    Cara menyelesaikan masalah “card information is invalid” di Samsung Pay

    12/06/2021

    Terlupa judul lagu? Ini cara cari lagu dengan bersenandung

    23/02/2021
Azmir Shah
apa itu digital nomad, digital nomad, bekerja di tepi pantai, bekerja remote, bekerja jarak jauh, digital nomad malaysia
Teknologi

Apa itu digital nomad? Adakah ia bakal menjadi trend di Malaysia?

Azmir ShahBy Azmir ShahNo Comments6 Mins ReadUpdated:12/05/2023
Share
Facebook Twitter Telegram WhatsApp

Digital nomad kini membawa lembaran baru tentang bagaimana cara kita bekerja. Jika Work from home (WFH) masih lagi menjadi pilihan kebanyakan majikan di luar sana, kemungkinan besar trend terbaru “Digital Nomad” bakal menjadi popular di tahun mendatang.

Persoalannya, tahukah anda apa itu digital nomad?

Apa itu Digital Nomad?

apa itu digital nomad, digital nomad malaysia, digital nomad malaysia hub, de rantau
Jalur lebar yang stabil menjadi daya penarik digital nomad

“Digital nomad” adalah istilah yang diberikan kepada individu yang menggunakan kemudahan teknologi digital untuk bekerja sambil melancong secara jarak jauh di seluruh dunia.

Konsep ini membolehkan individu menjalankan kerjaya profesional mereka secara bebas dan mudah alih tanpa perlu ke pejabat, dan mereka dapat bekerja di mana saja lokasi di serata dunia asalkan tempat yang didiami mempunyai sambungan internet yang baik.

Kebiasaannya digital nomad ini terdiri daripada pekerja gig, bekerja sendiri dan juga sesetengah daripada mereka bekerja dengan syarikat yang membenarkan mereka bekerja secara jarak jauh (seperti Netflix). Asalkan anda punya komputer riba atau telefon bimbit yang mampu menghubungkan anda dengan platform komunikasi atas talian, itu sudah cukup baik.

Bilakah trend ini bermula?

Trend masyarakat beralih kerjaya meningkat sejak dunia mula keluar daripada pandemik lagi. The Great Resignation yang berlaku di Amerika Syarikat pada tahun 2021 benar-benar merubah lanskap pekerjaan disana apabila hampir 47 juta pekerja berhenti kerja secara sukarela dan sesetengah daripadanya mula beralih arah menjadi digital nomad.

Ini dibuktikan menerusi tinjauan “The Global Digital Nomad” oleh ABrotherAbroad pada tahun 2022, terdapat hampir 35,000,000 individu menukar kerjaya mereka menjadi digital nomad di seluruh dunia yang membawa nilai ekonomi sebanyak USD787,000,000,000 setahun. Menariknya, 31% daripada jumlah tersebut adalah mereka yang berasal daripada Amerika Syarikat.

Perincian tinjauan juga mendapati 83% adalah kumpulan individu tersebut bekerja sendiri dan 17% pula adalah kumpulan individu yang bekerja dengan syarikat secara jarak jauh. Golongan lelaki membentuk 50.19% manakala golongan perempuan membentuk 49.81%.

Menyentuh mengenai umur pula, 47% daripada jumlah keseluruhan digital nomad global adalah mereka yang berumur lingkungan 30an.

Masyarakat nomad mula berhijrah ke negara ASEAN

Disebabkan secara puratanya setiap individu yang menjadi digital nomad membelanjakan sekitar USD1,875 sahaja setiap bulan, ramai diantara rakyat Amerika dan Eropah mula membina kerjaya mereka di negara yang lebih murah untuk meneruskan hidup. Antara negara pilihan mereka adalah negara ASEAN dan Kuala Lumpur adalah salah satu daripadanya.

Menyokong kenyataan itu adalah hasil tinjauan “Best place to be a digital nomad in 2022” yang dilakukan oleh InstantOffice mendapati Kuala Lumpur adalah lokasi pelancongan kedua paling popular di ASEAN yang menjadi pilihan kebanyakan digital nomad selepas Bangkok. Itu sudah semestinya menjadi tanda positif untuk janaan ekonomi kita.

Kenapa ramai nak jadi digital nomad?

digital nomad, apa itu digital nomad, digital nomad malaysia
Work-life balance adalah daya tarikan utama

Antara salah satu sebab mengapa digital nomad menjadi pilihan adalah disebabkan oleh trend semasa masyarakat yang mahukan keseimbangan kehidupan kerja (work-life balance). Trend yang kemudiannya menjadi gaya hidup mula mempengaruhi masyarakat dari hari ke hari.

Bagi mereka yang bekerja makan gaji, tuntutan untuk bekerja secara jarak jauh (remote) makin kerap kedengaran. Bagi mereka yang berkeluarga, kesempatan ini digunakan untuk menguruskan keluarga dengan lebih baik.

Bagi yang mahukan kebebasan bekerja, mereka menggunakan kesempatan ini untuk menerokai dunia baru menerusi pelancongan. Menerusi pengalaman ini, mereka bukan sahaja mengenali orang baru, akan tetapi dapat juga bekerja dari tempat yang mungkin lebih santai dan menenangkan.

Kelebihan yang dinikmati ini mampu menjadikan anda lebih produktif, bermotivasi, berkemampuan untuk menghasilkan idea-idea baru serta punyai lebihan masa untuk buat apa yang anda suka.

Cabaran digital nomad?

Terdapat banyak cabaran yang perlu dihadapi

Di balik segala kebaikan yang dihidangkan kepada kita semua, sudah semestinya terdapat cabaran yang perlu dihadapi untuk menjadi digital nomad. Antaranya ialah:

1. Berdisiplin

Anda tidak boleh bekerja menjadi digital nomad jika tidak mempunyai disiplin yang tinggi. Persekitaran yang baru mungkin kedengaran agak bagus, namun tanpa disiplin kemungkinan besar ia mewujudkan gangguan (distraction) untuk anda bekerja. Lebih-lebih lagi hiburan yang ada menyebabkan anda leka sehingga anda gagal untuk menepati dateline.

2. Kemahiran komunikasi yang baik

Jika anda masih lagi bekerja dengan syarikat, kemahiran komunikasi yang baik adalah kunci utama perhubungan yang lancar diantara rakan sekerja dan bos anda. Anda perlu pastikan komunikasi dapat dijalankan secara jelas tidak kira melalui kaedah bertulis (chat atau email) mahukan secara panggilan video. Hubungan dengan client juga harus dijaga jika anda bekerja sendiri.

3. Beradaptasi dan fleksibel

Menukar gaya hidup dengan berpindah ke tempat baru, sama ada di luar mahupun di dalam negara memerlukan anda untuk menyesuaikan diri tidak hanya dengan zon waktu, tetapi juga dengan persekitaran, budaya, bahasa dan masyarakat yang berbeza. Oleh itu, anda perlu menjadi fleksibel untuk berasimilasi dengan budaya setempat.

4. Punyai duit yang mencukupi

Anda juga perlu punyai duit yang mencukupi untuk menjadi digital nomad kerana terdapat pelbagai kos yang perlu dipertimbangkan sebelum anda anda melancong. Antaranya tempat tinggal, pengangkutan, makanan dan hiburan. Sudah nama pun melancong, sudah semestinya kosnya agak sedikit tinggi berbanding anda WFH.

Bagaimana kesediaan Malaysia menerima digital nomad?

Program terbaru daripada MDEC

Baru-baru ini Malaysia Digital Economy Corporation Sdn Bhd (MDEC) telah melancarkan satu program yang dikenali sebagai DE Rantau yang menyasarkan digital nomad daripada luar untuk melancong ke Malaysia.

Bermula dari 1 Oktober 2022, MDEC meletakkan 4 kawasan berbeza iaitu Pulau Pinang, Langkawi, Kedah dan Kuala Lumpur sebagai hub digital nomad dan menyasarkan program ini mampu menjana pendapatan sebanyak RM70 Billion menjelang tahun 2025.

Dikala keterujaan kerajaan untuk menarik pelancong luar untuk melancong ke Malaysia, sudah pasti kemudahan yang disediakan ini turut memberi kelebihan kepada digital nomad domestik untuk melancong sambil bekerja dalam negara.

Berjalan sebagai serampang dua mata, MDEC sendiri telah menyedari tentang hal itu. Disebabkan itulah mereka menyediakan program De Rantau – Digital Nomad Tempatan untuk warga Malaysia yang berminat. Kelebihannya, sudah semestinya anda akan menikmati promosi tawaran eksklusif daripada rakan kongsi MDEC.

Adakah ia akan menjadi trend di Malaysia?

Ya, sudah semestinya. Tanpa ragu lagi digital nomad bakal menjadi popular untuk tahun yang mendatang. Lebih-lebih lagi dengan faedah dan peluang sedia ada yang diberikan oleh syarikat di Malaysia untuk pekerja mereka bekerja secara remote, trend ini tidak akan menghadapi masalah untuk berkembang.

Cuma diketika ini konsep ini agak sedikit asing dikalangan rakyat Malaysia. Mungkin kerana konsep bercuti sambil bekerja bukan kebiasaan di kalangan kita. Tapi sekurangnya sekarang anda tahu apa itu digital nomad.

Baca juga: Apa itu ekonomi gig? Adakah Malaysia terkesan?

Lebih-lebih lagi di ketika ini kerajaan sedang rancak memperkasakan polisi yang menyokong penuh trend ini disamping usaha untuk penambahan hub digital nomad di seluruh negara, kemungkinan besar ia akan memberi inspirasi kepada lebih ramai orang untuk mengeksplorasi gaya hidup ini.

Saya menjangka sebagai permulaan, rakyat Malaysia akan membuat explorasi percutian secara domestik dahulu bersesuaian dengan tangga gaji majoriti. Peningkatan taraf hidup dan projek yang dikerjakan bakal mempengaruhi destinasi pelancongan mereka yang seterusnya.

Apa pula pandangan anda tentang trend terbaru ini? Andakah anda berminat untuk turut serta?

apa itu digital nomad cabaran digital nomad de rantau digital nomad digital nomad hub digital nomad hub malaysia digital nomad kl digital nomad malaysia digital nomad pass digital nomad tempatan digital nomad visa digital nomad visa malaysia kerja jarak jauh kerja remote malaysia digital MDEC work from home work-life balance
Share. Facebook Twitter Telegram WhatsApp
Previous ArticleLirik Tak ingin usai – Keisya Levronka
Next Article Pengalaman bercuti di Kuantan edisi food hunt
Azmir Shah
  • Website
  • Facebook
  • X (Twitter)
  • Instagram

Seorang programmer yang mempunyai pengalaman yang tidak seberapa. Memiliki kelulusan daripada universiti terkemuka di Malaysia dan secara jujurnya beliau meminati Elon Mask lebih daripada Bill Gate.Seorang yang bercita-cita tinggi, kini bekerja sebagai Front-End developer di salah sebuah syarikat di Shah Alam.

Artikel Berkaitan

Tiktok memintas Google sebagai laman web paling popular

Keburukan ekonomi gig kepada gigger

Apa itu ekonomi gig? Adakah Malaysia terkesan?

Pemuda Ini Meramalkan Teknologi Dan Masa Hadapan

20 Fakta Menarik Mengenai Apple Yang Anda Tidak Tahu

Ini adalah Cita-Cita Bill Gates Sebelum Beliau Menjadi Orang Terkaya Di Dunia

Leave A Reply Cancel Reply

Cari Sesuatu?
Media Sosial
  • Facebook
  • Twitter
Artikel Terbaru
Percutian

Pengalaman bercuti di Kuantan edisi food hunt

By Azmir Shah24/09/2023
Teknologi

Apa itu digital nomad? Adakah ia bakal menjadi trend di Malaysia?

By Azmir Shah02/05/2023
Tutorial

Cara tukar kad Maybank expired secara online

By Azmir Shah21/04/2023
Hiburan

Lagu raya moden yang berpotensi menjadi malar segar

By Azmir Shah19/04/2023
Percutian

Bercuti di Universal Studio Singapore (USS) – Bahagian 3

By Azmir Shah07/04/2023
Kategori
Mengenai Kami
Mengenai Kami

Platform penulisan untuk kami kongsikan segala informasi yang bersarang di minda. Berkongsi pengetahuan untuk anda para pembaca yang budiman.

Pautan Berkaitan
  • Dasar Privasi
  • Hubungi
  • Tentang
Artikel Terbaru

Pengalaman bercuti di Kuantan edisi food hunt

24/09/2023

Apa itu digital nomad? Adakah ia bakal menjadi trend di Malaysia?

02/05/2023

Lirik Tak ingin usai – Keisya Levronka

01/05/2023

Cara tukar kad Maybank expired secara online

21/04/2023
© 2025 Hak Cipta Terpelihara. Direka untuk Azmir Shah.

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

Go to mobile version