• Pengaturcaraan
    • Laravel
    • UI/UX
    • SEO
  • Teknologi
    • Mata Wang Kripto
  • Filem & Siri
  • Motivasi
    • Agama
    • Kata Inspirasi
    • Viral
  • How to?
Mencari
Facebook Twitter Instagram
Azmir Shah
  • Pengaturcaraan
    1. Laravel
    2. UI/UX
    3. SEO
    4. View All

    Apa itu Laravel? Adakah ia lebih baik berbanding Core PHP?

    24/04/2019

    4 laman web yang memberi inspirasi UIUX

    28/02/2021

    4 aplikasi rekaan UI/UX yang menjadi kegemaran saya

    25/06/2019

    Perbezaan wireframe, mockup dan prototaip untuk UI/UX

    18/06/2019

    Panduan On-page SEO yang semua orang wajib tahu!

    08/02/2021

    Apa itu SEO? Kenapa ia penting kepada laman web?

    10/10/2020

    LT Browser: Menguji reka bentuk responsif laman web anda secara offline

    22/02/2022

    Bagaimana cara debug ghost CSS secara manual

    15/02/2022

    Beza camel, snake, kebab dan pascal case dalam penulisan kod

    12/02/2020
  • Teknologi
    1. Mata Wang Kripto
    2. View All

    Cara beli token di Pancakeswap

    08/01/2022

    11 tip trade kripto untuk golongan pemula

    05/10/2021

    Panduan menjual mata wang kripto di Binance P2P Malaysia?

    10/06/2021

    5 platform jual beli Bitcoin di Malaysia untuk pemula

    21/02/2021

    Tiktok memintas Google sebagai laman web paling popular

    02/01/2022

    Keburukan ekonomi gig kepada gigger

    18/01/2021

    Apa itu ekonomi gig? Adakah Malaysia terkesan?

    09/12/2019

    Pemuda Ini Meramalkan Teknologi Dan Masa Hadapan

    24/08/2016
  • Filem & Siri

    Idiocracy (2006): Filem bodoh yang buat anda berfikir sejenak

    7.0 01/01/2022

    Ulasan Love Destiny (2018), Drama Thai yang anda patut tonton

    24/09/2021

    7 Drama Korea terbaik lakonan Lee Jong-Suk

    06/02/2021

    Tonton movie online secara percuma dengan Streamio

    17/01/2021

    7 filem manusia genius terbaik sepanjang zaman

    16/12/2019
  • Motivasi
    1. Agama
    2. Kata Inspirasi
    3. Viral
    4. View All

    Panduan melaksanakan solat jenazah dengan sempurna

    22/01/2017

    Peranan Yang Dimainkan Si Ayah Mempengaruhi Tingkah Laku Anak-Anak

    22/12/2015

    Pengisian Kuliah Ustaz Azhar Idrus Di Surau Al-Iman

    13/11/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 3

    12/11/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 2

    29/10/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 1

    22/10/2015

    Kisah Katak : Apa Beza Diri Anda Dan Katak Ini?

    20/12/2015

    Kisah Penjual Tempe Yang Penuh Dengan Pengajaran

    27/11/2015

    Cerita Rakyat Daripada Jepun Ini Sarat Dengan Pengajaran

    23/10/2015

    Mesej Seorang Bapa Kepada Anaknya Ini Pasti Membuatkan Anda Tersentuh

    15/10/2015

    Matlamat: Jangan Fokus Padanya, Jangan Berkongsi Pada Sesiapa

    28/03/2019

    Pakar Psikologi Berpendapat Kita Perlu Menerima Diri Kita Yang Seadanya Sebelum Bersedia Untuk Berubah

    17/01/2016

    7 Perbezaan Golongan Menengah dan Orang Kaya Yang Anda Kena Tahu

    16/01/2016

    7 Tabiat Yang Mampu Meningkatkan Produktiviti Kerja Anda

    14/01/2016
  • How to?

    Cara install aplikasi Disney+ Hotstar di Samsung TV Malaysia

    08/02/2022

    Cara menyelesaikan masalah “card information is invalid” di Samsung Pay

    12/06/2021

    Terlupa judul lagu? Ini cara cari lagu dengan bersenandung

    23/02/2021

    Buka akaun perniagaan Maybank online tanpa introducer

    02/02/2021

    Cara daftar SSM online untuk perniagaan Enterprise

    22/01/2021
Azmir Shah
ekonomi gig, hala tuju malaysia, gig economy, ekonomi gig di malaysia
Teknologi

Apa itu ekonomi gig? Adakah Malaysia terkesan?

Azmir ShahBy Azmir ShahNo Comments8 Mins ReadUpdated:05/01/2022
Share
Facebook Twitter Telegram WhatsApp

Pernahkah anda bertemu dengan seorang pekerja yang bekerja tanpa majikan? Pernahkah juga anda bertemu dengan kenalan terdekat yang selesa bekerja sebagai seorang rider bagi perkhidmatan Food Panda dan Grab Food? Mereka ini adalah antara orang yang terkesan dengan trend yang diberi nama Ekonomi Gig.

Apa itu Ekonomi Gig?

“Ekonomi gig” atau turut dikenali sebagai “Gig Economy” adalah satu trend sistem pasaran bebas yang memberi kebebasan kepada organisasi dan pekerja untuk menjalani kontrak kerja suka sama suka tanpa perlu mengajikan pekerja sepenuh masa.

Dalam erti kata lain, anda menjadi freelancer yang berkemampuan untuk bekerja secara fleksibel tanpa perlu bekerja secara rutin 9-5.

Bilakah istilah ini mula popular?

Istilah ekonomi gig mula popular sejak dunia dilanda kegawatan ekonomi pada tahun 2008. Kegawatan ekonomi ini benar-benar memberi kesan kepada dunia terutama Amerika Syarikat sehingga mencetus trend pendigitalan kerja menerusi kegiatan sharing economy.

Maka wujudlah platform perantara penyedia perkhidmatan digital seperti Uber, AirBnB dan Lyft yang menjadi benih kepada perkembangan ekonomi gig di Amerika Syarikat.  Selain daripada itu, bekerja secara remote dan kontrak jangka pendek mula mendapat perhatian masyarakat.

Kebanjiran mereka yang menceburi bidang freelancer ini menjadikan mereka yang mengamalkan ekonomi gig ini digelar sebagai “gigger “, satu kumpulan pekerjaan baru yang menentukan sendiri cara mereka bekerja selepas daripada kumpulan tradisional pekerjaan sepenuh masa (full time) dan pekerjaan separuh masa (part-time).

tina brown
Journalist yang mempopularkan istilah ekonomi gig

Istilah “ekonomi gig” juga mula digunakan secara meluas apabila Tina Brown, seorang wartawan dan editor The Daily Beast memperkenalkan istilah unik ini pada tahun 2009 menerusi penulisannya tentang apa itu ekonomi gig dan bagaimana trend semasa ini melibatkan tugasan berteraskan kemahiran (skill) dan keperluan perusahaan yang bakal dipilih masyarakat.

Mengapa istilah dan trend ini popular?

Era digital benar-benar mengubah pandangan generasi muda terhadap kehidupan. Jika satu ketika dahulu pekerjaan atau kestabilan kerjaya menjadi fokus utama dalam mencari kelangsungan hidup, generasi kini lebih mementingkan fleksibiliti dan kebebasan dalam kerjaya.

Ini sekaligus memberi kesempatan kepada untuk melakukan apa yang mereka suka sehingga menjadikan sebahagian daripada mereka seorang digital nomad. Apa itu digital nomad?

digital nomad
Melakukan kerja dari serata dunia

Digital nomad adalah mereka yang bekerja bagi meneruskan kelangsungan hidup namun tanpa memerlukan mereka untuk bekerja di pejabat, bekerja dalam waktu yang mereka suka, dimana sahaja serata dunia serta bayaran yang berpadanan dengan usaha dan skill yang ada pada diri mereka. Asal ada internet, semuanya kerja boleh berjalan.

Kesempatan ini juga digunakan oleh perusahaan untuk mengurangkan kos dimana majikan tidak perlu menyewa pejabat yang besar, sebaliknya hanya perlu mengeluarkan kos berdasarkan projek, mengurangkan beban pengurusan disamping mengubah model perniagaan yang lebih efisyen. Trend semasa ini benar-benar memberikan kebaikan win-win situation kepada kedua belah pihak.

Adakah Malaysia terkesan dengan ekonomi gig?

Sudah semestinya. Bergerak seiring dengan revolusi industri 4.0, ekonomi gig sudah mula kelihatan kesannya di Malaysia terutama jika anda tinggal sekitar Lembah Klang (Kuala Lumpur dan bandar sekitarnya).

Antara perkhidmatan yang cukup popular melibatkan sharing economy ini adalah perkhidmatan penghantaran makan seperti FoodPanda, Grab Food, Bungkusit dimana pekerjaan sebagai rider cukup popular dikalangan warga kota untuk mencari wang tambahan mahupun kerja sepenuh masa.

Cirinya cukup mudah. Kerja yang fleksibel, berpadanan dengan usaha dan bebas. Itu adalah intipati dan daya penarik mengapa ia menarik minat sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur untuk mencubanya.

Itu baru disentuh tentang peluang pekerjaan untuk golongan pekerjaan skil rendah (low skill jobs). Belum lagi pekerjaan skill tinggi (high skill jobs).

Jika kita mengaitkan tentang pekerjaan yang melibatkan skill tinggi namun dalam diam turut memiliki jumlah freelancer yang ramai adalah bookkeeper (accounting), videografer, graphic designer, programmer dan SAP consultant.

Malahan ada diantara pekerjaan tersebut yang menerima bayaran serendah RM1,800-3,000 sehari. Ya betul, itu bayaran untuk sehari.

Kesan ini dirasai sejak 2017 lagi apabila Khazah Research Institute telah mengeluarkan discussion paper yang bertajuk “An exploration of the future of work in Malaysia” yang membincangkan tentang bagaimana perkembangan jumlah mereka yang bekerja sendiri dikawasan urban (seperti Kuala Lumpur) semakin meningkat saban tahun.

2016 sendiri membabitkan 1.7 juta orang. Selain daripada itu, sektor perkhidmatan juga terus mengungguli keperluan industri dimasa akan datang dan dijangka plot perubahan ini akan terus meningkat. Jadi kita perlu bersedia.

Perubahan yang dilihat dimasa akan datang?

1. Perubahan budaya kerja di Malaysia

apa itu gig ekonomi, apa itu economy gig, gig economy, ekonomi gig, pejabat, prestasi kerja, budaya kerja malaysia,
Pejabat yang besar bukan lagi satu keperluan

Dalam tempoh masa 5 ke 10 tahun lagi, kemungkin besar akan berlaku perubahan yang cukup besar dalam bidang pekerjaan dan ianya akan merebak ke bukan sahaja bidang melibatkan teknologi, sebaliknya turut melibatkan sektor tradisional seperti perakaunan.

Pekerja tidak lagi terikat dengan persekitaran pejabat koperat. Mereka boleh bekerja dimana sahaja yang diinginkan tanpa perlu terikat dengan tempat. Ini termasuklah bekerja dari rumah.

Baca juga: 7 Tabiat Yang Mampu Meningkatkan Produktiviti Kerja Anda

Mengenai tugasan kerja pula, pekerja hanya bekerja untuk tugasan yang melibatkan skop kerja. Tidak lebih daripada itu. Efisiensi akan terus meningkat dek kerana tuntutan semasa yang memerlukan mereka bekerja dengan prestasi terbaik. Senang cerita, tak bagus maka tak ada la job.

2. Kewujudan platform freelancing

platform freelancer, gig economy, ekonomi gig,
Fiverr antara platform untuk menyerlah bakat untuk freelancer

Diketika ini, saya menggunakan beberapa laman web untuk freelancing. Sebagai contohnya Workana, Freelancer dan Fiverr yang sememangnya menjadi tempat untuk mencari kerja-kerja P2P (peer to peer).

Saya percaya dimasa akan datang, industri platform freelancing atas talian akan terus berkembang dan berfokuskan kepada pasaran lokal.

Menariknya, jika yang mencari freelancer selama ini adalah orang perseorangan dan syarikat kecil, dalam 5-10 tahun akan datang, jangan terkejut jika syarikat besar juga akan menggunakan perkhidmatan freelancer.

Sekarang ini juga Samsung dalam usaha ke arah itu.

“Samsung kini memperluaskan penggunaan platform freelancingnya. Saya benar-benar percaya ini adalah masa depan, “kata Cathleen Nilson, ketua On Demand Talent di Samsung dalam temu bual dengan Fortune.(2017)

Mereka yang berkemahiran akan terus menikmati keuntungan diatas kematangan pasaran dan masyarakat tentang budaya kerja semasa.

Trend ini bakal menghubungkan mereka yang memerlukan perkhidmatan dan mereka yang memberi perkhidmatan. Segala yang anda inginkan semuanya terletak di hujung jari.

3. Pekerjaan tetap akan digantikan dengan freelancer

diberhentikan kerja, permenant staff, staff tetap, kena buang, pekerja sedih
Peluang pekerjaan tetap akan semakin berkurangan

Bagaimana cara untuk dapatkan pekerja yang berkemahiran, mampu selesaikan masalah yang dihadapi syarikat, mampu kurangkan kos syarikat dengan kerja berdasarkan projek sahaja? Jawapannya adalah gigger atau turut dikenali sebagai freelancer.

Buat apa hendak membayar RM2500 fresh graduate yang perlu diberi latihan, faedah syarikat, insuran, serta KWSP jika anda boleh mendapat freelancer yang berkemahiran dengan kos yang sama.

Syarikat tidak terbeban dengan kos yang terpaksa dibayar walaupun pekerja tidak bekerja. Itu bahagian pasaran kerja.

Baca juga: 7 Perkara Yang Menghalang Diri Daripada Mencapai Matlamat Hidup

Dibahagian pekerja yang berkemahiran pula, mereka sudah bosan buat pekerjaan yang sama dalam sistem tradisional yang memerlukan mereka datang ke pejabat. Semangat “be your own boss” akan mula berkumandang dikalangan profesional dimana mereka mahukan bekerja dalam jadual yang tersendiri, membina jenama diri, dan berurusan sendiri dalam urusan perniagaan yang lebih bernilai.

4. Pengubalan undang-undang dan polisi

pengubalan undang-undang, polisi syarikat, polisi pekerja, kontrak kerja
Pengubalan undang-undang penting untuk melindungi pekerja

Walaupun kerajaan sekarang seperti tidak ada kesedaran ekonomi dek kerana sibuk berpolitik dengan skrip yang sama, saya percaya isu ini akan tetap dibangkitkan di Parlimen oleh kerajaan bagi mencari jalan terbaik untuk melindungi giggler.

Malahan menurut laporan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sendiri telah menyatakan ekonomi gig telah berkembang di Malaysia pada kadar 31% berbanding pekerjaan konventional pada tahun 2017 menjadikan ia satu trend yang perlu diberi perhatian.

Hit pertama yang melanda di Malaysia adalah isu insentif Food Panda yang menjadi isu nasional baru-baru ini. Bagaimana pekerja-pekerja tersebut perlu diteliti kontrak diantara mereka supaya perjanjian diantara mereka memberikan situasi menang-menang.

Dimasa yang sama perlu diteliti adalah mereka(pekerja) ini diberi perlindungan yang sepatutnya? Ini belum lagi masuk isu perlindungan SOCSO, KWSP dan banyak lagi.

Diluar negara, kebanyakan negara sudah mula mengambil langkah perlindungan kepada mereka yang terlibat dengan ekonomi gig. Parlimen Eropah contohnya telah meluluskan peraturan baru yang memberikan hak minima kepada gigger untuk bekerja termasuklah untuk kontrak zero hour.

India pula telah memperkenalkan draft Code on Social Security 2019 yang menafsirkan pekerja yang terlibat dengan ekonomi gig ini sebagai “Gig workers” dan “platform workers” dimana mereka akan diberikan hak jika berlaku kematian dan kecacatan, kesihatan, faedah bersalin dan banyak lagi.

Kesimpulan tentang ekonomi gig

Dapat dilihat dizaman moden ini, kemahiran menjadi salah satu senjata utama untuk mencapai kemajuan kerjaya. Ia menjadi kunci kepada kejayaan anak muda.

Menerusi pasaran terbuka, ianya menjadi penghubung kepada  sumber yang dapat memberi kebaikan buat mereka yang membekal dan membelinya. Malah lambakan platform akan terus muncul bagi menjadi merapatkan jurang komunikasi antara dua.

Semestinya ekonomi gig menawarkan kehidupan alternatif kepada semua. Ia menawarkan kebebasan dan fleksibaliti buat mereka yang menginginkannya. Namun sedar atau tidak, disaat indah khabar yang diterima, pasti akan ada sisi gelap yang perlu dihadapi oleh giggler.

apakah cabaran baru yang perlu dihadapi oleh mereka? Apakah kelangsungan ekonomi gig ini mampu memberi nafas baru dan peluang pekerjaan yang lebih meluas.

Baca juga: Keburukan ekonomi gig kepada gigger

Saya telah tuliskan tentang sisi gelap ekonomi gig ini kepada para gigger. Artikel tersebut merupakan kesinambungan kepada artikel ini. Jika anda berkelapangan, anda boleh baca penulisan saya menerusi pautan diatas ini. Selamat membaca.

apa itu ekonomi gig apakah ekonomi gig cara jadi freelancer definisi ekonomi gig ekonomi gig ekonomi gig di malaysia ekonomi gig maksud ekonomi gig malaysia era gig ekonomi fenomena ekonomi gig freelance freelancer gig economy gig economy adalah gig economy di malaysia gig economy malaysia gig ekonomi 2020 gig ekonomi app gig ekonomi malaysia gig ekonomi wiki gigger kelebihan ekonomi gig kesan gig ekonomi maksud gig pekerja ekonomi gig pekerja ekonomi gigi pengertian gig ekonomi tips bekerja freelance
Share. Facebook Twitter Telegram WhatsApp
Previous ArticleLawatan bersejarah ke Muzium Diraja dan Tugu Negara
Next Article 7 filem manusia genius terbaik sepanjang zaman
Azmir Shah
  • Website
  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

Seorang programmer yang mempunyai pengalaman yang tidak seberapa. Memiliki kelulusan daripada universiti terkemuka di Malaysia dan secara jujurnya beliau meminati Elon Mask lebih daripada Bill Gate.Seorang yang bercita-cita tinggi, kini bekerja sebagai Front-End developer di salah sebuah syarikat di Shah Alam.

Artikel Berkaitan

Tiktok memintas Google sebagai laman web paling popular

Keburukan ekonomi gig kepada gigger

Pemuda Ini Meramalkan Teknologi Dan Masa Hadapan

20 Fakta Menarik Mengenai Apple Yang Anda Tidak Tahu

Ini adalah Cita-Cita Bill Gates Sebelum Beliau Menjadi Orang Terkaya Di Dunia

7 Fakta Mengenai Google Yang Anda Mungkin Tidak Tahu

Leave A Reply Cancel Reply

Cari Sesuatu?
Sosial Media
  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • Telegram
Artikel Terbaru
Makanan

5 Sarapan tidak sihat menurut Pakar Perunding Kardiologi

By Azmir Shah01/03/2022
Pengaturcaraan

LT Browser: Menguji reka bentuk responsif laman web anda secara offline

By Azmir Shah22/02/2022
Pengaturcaraan

Bagaimana cara debug ghost CSS secara manual

By Azmir Shah15/02/2022
Tutorial

Cara install aplikasi Disney+ Hotstar di Samsung TV Malaysia

By Azmir Shah08/02/2022
Makanan

Asal usul Bintang Michelin yang menjadi idaman restoran

By Azmir Shah01/02/2022
Kategori
Mengenai Kami
Mengenai Kami

Platform penulisan untuk kami kongsikan segala informasi yang bersarang di minda. Berkongsi pengetahuan untuk anda para pembaca yang budiman.

Pautan Berkaitan
  • Dasar Privasi
  • Hubungi
  • Tentang
Artikel Terbaru

5 Sarapan tidak sihat menurut Pakar Perunding Kardiologi

01/03/2022

LT Browser: Menguji reka bentuk responsif laman web anda secara offline

22/02/2022

Bagaimana cara debug ghost CSS secara manual

15/02/2022

Cara install aplikasi Disney+ Hotstar di Samsung TV Malaysia

08/02/2022
© 2022 Hak Cipta Terpelihara. Direka untuk Azmir Shah.

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

Go to mobile version