• Pengaturcaraan
    • Laravel
    • UI/UX
    • SEO
  • Teknologi
    • Mata Wang Kripto
  • Filem & Siri
  • Motivasi
    • Agama
    • Kata Inspirasi
    • Viral
  • How to?
Mencari
Facebook Twitter Instagram
Azmir Shah
  • Pengaturcaraan
    1. Laravel
    2. UI/UX
    3. SEO
    4. View All

    Apa itu Laravel? Adakah ia lebih baik berbanding Core PHP?

    24/04/2019

    4 laman web yang memberi inspirasi UIUX

    28/02/2021

    4 aplikasi rekaan UI/UX yang menjadi kegemaran saya

    25/06/2019

    Perbezaan wireframe, mockup dan prototaip untuk UI/UX

    18/06/2019

    Panduan On-page SEO yang semua orang wajib tahu!

    08/02/2021

    Apa itu SEO? Kenapa ia penting kepada laman web?

    10/10/2020

    LT Browser: Menguji reka bentuk responsif laman web anda secara offline

    22/02/2022

    Bagaimana cara debug ghost CSS secara manual

    15/02/2022

    Beza camel, snake, kebab dan pascal case dalam penulisan kod

    12/02/2020
  • Teknologi
    1. Mata Wang Kripto
    2. View All

    Cara beli token di Pancakeswap

    08/01/2022

    11 tip trade kripto untuk golongan pemula

    05/10/2021

    Panduan menjual mata wang kripto di Binance P2P Malaysia?

    10/06/2021

    5 platform jual beli Bitcoin di Malaysia untuk pemula

    21/02/2021

    Tiktok memintas Google sebagai laman web paling popular

    02/01/2022

    Keburukan ekonomi gig kepada gigger

    18/01/2021

    Apa itu ekonomi gig? Adakah Malaysia terkesan?

    09/12/2019

    Pemuda Ini Meramalkan Teknologi Dan Masa Hadapan

    24/08/2016
  • Filem & Siri

    Idiocracy (2006): Filem bodoh yang buat anda berfikir sejenak

    7.0 01/01/2022

    Ulasan Love Destiny (2018), Drama Thai yang anda patut tonton

    7.3 24/09/2021

    7 Drama Korea terbaik lakonan Lee Jong-Suk

    06/02/2021

    Tonton movie online secara percuma dengan Streamio

    17/01/2021

    7 filem manusia genius terbaik sepanjang zaman

    16/12/2019
  • Motivasi
    1. Agama
    2. Kata Inspirasi
    3. Viral
    4. View All

    Panduan melaksanakan solat jenazah dengan sempurna

    22/01/2017

    Peranan Yang Dimainkan Si Ayah Mempengaruhi Tingkah Laku Anak-Anak

    22/12/2015

    Pengisian Kuliah Ustaz Azhar Idrus Di Surau Al-Iman

    13/11/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 3

    12/11/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 2

    29/10/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 1

    22/10/2015

    Kisah Katak : Apa Beza Diri Anda Dan Katak Ini?

    20/12/2015

    Kisah Penjual Tempe Yang Penuh Dengan Pengajaran

    27/11/2015

    Cerita Rakyat Daripada Jepun Ini Sarat Dengan Pengajaran

    23/10/2015

    Mesej Seorang Bapa Kepada Anaknya Ini Pasti Membuatkan Anda Tersentuh

    15/10/2015

    Matlamat: Jangan Fokus Padanya, Jangan Berkongsi Pada Sesiapa

    28/03/2019

    Pakar Psikologi Berpendapat Kita Perlu Menerima Diri Kita Yang Seadanya Sebelum Bersedia Untuk Berubah

    17/01/2016

    7 Perbezaan Golongan Menengah dan Orang Kaya Yang Anda Kena Tahu

    16/01/2016

    7 Tabiat Yang Mampu Meningkatkan Produktiviti Kerja Anda

    14/01/2016
  • How to?

    Cara hantar Whatsapp tanpa save nombor seseorang

    17/10/2022

    Cara install aplikasi Disney+ Hotstar di Samsung TV Malaysia

    08/02/2022

    Cara menyelesaikan masalah “card information is invalid” di Samsung Pay

    12/06/2021

    Terlupa judul lagu? Ini cara cari lagu dengan bersenandung

    23/02/2021

    Buka akaun perniagaan Maybank online tanpa introducer

    02/02/2021
Azmir Shah
gdpr, apa itu gdpr, general data protection regulation, data privrsi, ue
Isu Semasa

Apa itu GDPR?

Azmir ShahBy Azmir Shah4 Comments8 Mins ReadUpdated:17/04/2019
Share
Facebook Twitter Telegram WhatsApp

Pada 25 Mei 2018 yang lalu, telah bermulanya penguatkuasaan undang-undang perlindungan data Eropah baru yang dikenali sebagai GDPR (General Data Protection Regulation) atau Peraturan Perlindungan Data Umum yang dikeluarkan oleh Parlimen Eropah dan Majlis Kesatuan Eropah. Maka kebanyakan penyedia perkhidmatan digital seperti Dropbox, Google, Apple, Microsoft dan sebagai mula mengemas kini dasar privasi untuk disesuaikan dengan GDPR. Persoalan yang timbul, apa sebenarnya GDPR ini?

Apakah itu GDPR?

Buat pengetahuan anda semua, GDPR (General Data Protection Regulation) (EU) 2016/679 atau Peraturan Perlindungan Data Umum merupakan undang-undang perlindungan berkaitan dengan data privasi buat warga eropah yang diwujudkan bagi mengantikan Arahan Perlindungan Data 1995 (1995 Data Protection Directive) Directive 95/46/EC, sebuah undang-undang perlindungan yang diwujudkan oleh Parlimen Eropah dan Kesatuan Eropah satu ketika dahulu disaat kemunculan awal internet pada tahun 1995.

general data protection regulation, apa itu gdpr, gdpr, what is gdpr

Undang-undang ini diwujudkan bagi memberikan perlindungan data dan privasi kepada individu yang berada di negara Kesatuan Eropah (EU) dan Kawasan Ekonomi Eropah (EEA). Mula digubal pada 14 April 2016, GDPR memberi kuasa kepada warga EU untuk mengawal selia data peribadi mereka selain mempermudahkan pemantauan perniagaan antarabangsa dengan menyatukan peraturan dalam EU. Malahan GDPR juga digunakan untuk menangani isu berkaitan dengan eksport data peribadi milik warga EU di luar EU dan EEA.

Ini secara tidak langsung ia akan mengikat syarikat-syarikat daripada seluruh dunia yang menyimpan, mengolah atau memproses data penduduk daripada EU untuk tidak menyalah guna data warga EU sekaligus memberi perlindungan terhadap kerahsiaan data yang dimiliki syarikat terbabit walaupun mereka beroperasi di luar Eropah.

Malahan GDPR juga memberi kesempatan kepada syarikat-syarikat luar untuk lebih berdaya saing dan menggunakan pendekatan strategi privasi yang cermat kerana informasi peribadi pengguna adalah salah satu aset dan kunci perniagaan yang sangat berharga. Malahan GDPR juga dapat mendorong perusahaan untuk mengguna pendekatan baru didalam pengelolaan informasi (Controlling and managing unstructured data), meningkatkan privasi data peribadi pelanggan serta melindungi hak dan peraturan baru yang mempengaruhi syarikat-syarikat di luar Kesatuan Eropah (EU) termasuklah Malaysia.

Apabila membicarakan tentang GDPR, maka tidak lengkap kiranya perbincangan jika tidak dikaitkan dengan 2 entiti penting yang sering disebutkan didalam peraturan tersebut iaitu Controller dan juga Processor.

Apa pula maksud Controller dan Processor?

tentang processor gdpr, tentang controller gdpr, gdpr, controller, processor

Didalam Perkara 4   ada menyebut peranan 2 entiti penting yang bertanggungjawab terhadap pengurusan data pengguna iaitu Controller dan Processor. Malahan didalam Perkara 1 Arct 4 juga ada mendefinisikan tentang apa sebenarnya entiti terbabit. Menurut GDPR, mereka ialah:

Controller – “means the natural or legal person, public authority, agency or other body which, alone or jointly with others, determines the purposes and means of the processing of personal data”

—

Processor – “means a natural or legal person, public authority, agency or other body which processes personal data on behalf of the controller”

Penjelasan mengenai controller

Jika sesebuah entiti itu memiliki data pengguna serta bertanggungjawab untuk menentukan kenapa dan bagaimana sesebuah data itu diproses, maka mereka ialah controller. Sebagai contohnya Lazada yang menyediakan perkhidmatan online store menggunakan pangkalan data pengguna untuk menghantar email promosi kepada anda. Lazada mempunyai data dan mereka menggunakan data tersebut untuk sesuatu tujuan. Mereka adalah controller.

Penjelasan mengenai Processor

Jika sesebuah entiti itu memproses dan menggunakan data personal bagi pihak controller, maka mereka ini ialah processor. Sebagai contohnya Lazada ini menyedia online store dan mereka malas untuk melakukan marketing kepada anda, maka mereka mengupah syarikat A untuk melakukan tugasan pemasaran melalui email dengan mengakses pangkalan data Lazada. Ini bagi mendapatkan email anda daripada pangkalan data tersebut seterusnya meneruskan strategi pemasaran yang diamanahkan. Maka syarikat A itu tadi adalah Processor.

Siapa yang terikat dengan GDPR?

data protection, data protection gdpr, gdpr, perlindungan data gdpr

Mereka yang terikat dengan GDPR ini ialah mereka yang bertanggungjawab didalam menguruskan data pengguna yang tinggal di eropah. Ini termasuklah syarikat yang menyediakan perkhidmatan E-Commence, syarikat yang menguruskan penerbangan, syarikat perhotelan, syarikat kenderaan, crypto Exchange, syarikat perkhidmatan cloud storage, dan banyak lagi…

Mereka akan terus terikat dengan GDPR jika:

  • Berpangkalan di EU, walaupun data yang diproses diluar EU.
  • Berpangkalan di luar EU, tetapi memproses data peribadi warga EU.
  • Menggunakan Bahasa yang kebiasaannya digunakan di negara EU dengan harapan mereka yang tinggal di wilayah EU menerima tawaran yang diberikan.
  • Mereka menyebutkan pelanggan yang berada di EU.
  • Secara jelas syarikat menjadikan masyarakat di EU sebagai tumpuan.

Ini adalah ciri-ciri kawalan perniagaan yang akan dikenakan GDPR. Daripada ciri yang dinyatakan jelas menunjukkan sebarang pemproseskan data yang melibatkan warga EU boleh dikenakan tindakan jika melakukan kesalahan walaupun berpangkalan di Malaysia.

Apakah jenis data yang terlibat?

Menurut Suruhanjaya Eropah (European Commission),

Data peribadi adalah apa-apa maklumat yang berkaitan dengan individu, sama ada ia berkaitan dengan kehidupan peribadinya, profesional atau awam. Ia boleh dari nama, alamat rumah, foto, alamat e-mel, butiran bank, siaran di tapak web rangkaian sosial , maklumat perubatan, atau alamat IP komputer.

Perkara 1 Art 4 turut menjelaskan bagaimana fizikal, fisiologi, identiti genetik, mental, ekonomi, budaya atau sosial juga turut didifenisikan sebagai maklumat peribadi seseorang.

Bagi tujuan penggunaan data peribadi, organisasi mahupun syarikat perlu memastikan mereka mendapat persetujuan daripada individu yang terlibat jika ingin menggunakan data yang sedia ada untuk tujuan pemasaran, penjualan, dan lain-lain. Selain daripada itu, pengusaha juga perlu memastikan pelanggan mereka boleh untuk mengakses, membuat perubahan, dan menghapus data yang telah diberikan.

Antara Hak sebagai pengguna

hak pengguna gdpr, gdpr, hak pengguna,

Terdapat beberapaperkara yang disebut sebagai pembelaan hak pengguna terhadap data peribadi mereka. Antaranya ialah:

  1. Pengguna mempunyai hak untuk mengambil data sedia ada untuk kegunaan penyedia perkhidmatan yang lain.

  • Menurut Perkara 3 Art 20 (Right to data portability), anda mempunyai hak untuk memindahkan data yang sedia ada yang dimiliki oleh controller sedia ada kepada controller yang lain (seperti pesaing) tanpa kehilangan sejarah data (data history) yang dimiliki. Sebagai contoh memberikan data peribadi anda di syarikat Hotlink untuk memudahkan pendaftaran anda di Celcom.
  1. GDPR mahukan polisi privasi data ditulis dengan menggunakan bahasa mudah agar ia lebih senang difahami dan dipersetujui.
    (Polisi mana la pernah ringkas)

  • Menurut Perkara 3 Art 12 (Transparent information, communication and modalities for the exercise of the rights of the data subject), setiap maklumat yang disediakan perlu dalam bentuk ringkas, telus, mudah difahami dan mudah diakses, menggunakan bahasa yang jelas, khasnya penyediaan maklumat yang ditujukan khusus untuk kanak-kanak
  • Disebabkan GDPR, polisi mengenai privasi kini lebih ringkas dan mudah untuk dibaca. Berikut merupakan salah satu contoh bagaimana polisi privasi data ditulis dengan ringkas oleh Facebook, Apple, Twitter dan LinkedIn ketika di dalam fasa pelaksanaan GDPR.
  1. Pengguna punyai hak untuk dilupakan.

  • Didalam Perkara 3 Art 17 ( Right to erasure (‘right to be forgotten’)) ada menyatakan tentang bagaimana “data subjek” iaitu pengguna mempunyai hak untuk meminta controller untuk memadamkan data personal mereka tanpa sebarang penangguhan.

Kenapa GDPR mendapat perhatian dunia?

Pertama isu privasi merupakan isu yang sering dipandang ringan oleh netizen di luar sana. Namun apabila berlakunya skandal Facebook dan juga Cambridge Analytica berkenaan isu kebocoran 87 juta data pengguna facebook mula memberi kesedaran kepada masyarat tentang kepentingan memberi perlindungan kepada data peribadi yang diberikan kepada orang lain. Tanpa disangka himpunan data peribadi seperti nama, no telefon, email, ip address, cookies dan like di facebook ini mampu membantu Donald Trump memenangi pilihan raya walaupun data yang terlibat terdiri daripada mereka yang tinggal di Amerika Syarikat sahaja.

Keduanya pula kita patut bersyukur dengan GDPR ini yang dinyatakan didalam Perkara 1 Art 3(Territorial scope), sebarang pertubuhan yang berurusan dengan data daripada penduduk EU mesti melaksanakan GDPR. Maka ini sedikit sebanyak memberi impak kepada syarikat seperti Apple, Facebook, Spotify dan banyak lagi untuk mengemaskini peraturan dan polisi privasi supaya mematuhi GDPR. Ini menguntungkan warga non EU kerana sesetengah organisasi mengambil pendekatan menggunakan polisi privasi yang sama tidak kira anda daripada EU atau bukan.(Mungkin sebab malas nak banyak-banyak polisi, jadi kiranya sekali jalan)

Apa akan terjadi jika syarikat tidak mematuhi GDPR?

denda gdpr, fine, gdpr

Perkara yang cukup baik berkenaan GDPR ini ialah bagaimana denda yang dikenakan kepada pesalah cukup berat dan membebankan. Jika pada masa lalu denda atau penalti yang dikenakan pada pengumpul dan pengurus data yang tidak bertanggungjawab cukup rendah. Malahan syarikat-syarikat besar yang dikenakan tindakan hanya perlu membayar denda dengan menggunakan sebelah mata. Kini tidak lagi.

Terdapat dua peringkat tahap denda yang dikena jika melanggar GDPR.

  1. Denda sehingga 2% daripada perolehan tahunan global atau € 10 juta (yang mana lebih tinggi). Ini meliputi pelanggaran yang berkaitan dengan pemberitahuan keselamatan dan data pelanggaran, pensijilan, dan bekerjasama dengan pihak berkuasa penyeliaan.
  2. Denda sehingga 4% daripada perolehan tahunan global atau € 20 juta (yang mana lebih tinggi). Ini meliputi pelanggaran yang berkaitan dengan prinsip asas untuk data pemprosesan. Seperti syarat untuk kebenaran, hak subjek data, dan memindahkan data peribadi ke negara ketiga.

Bayangkan jika Alphabet (syarikat Induk Google) yang mempunyai pendapat sebanyak $110 bilion pada tahun 2017 perlu membayar denda akibat melanggar GDPR, denda yang mereka perlu bayar mungkin mencecah $4.4 bilion. WOWWW, bapak mahal.

Baca juga : Pemuda ini meramalkan teknologi dan masa hadapan

Baca juga :Rupa media sosial jika digambarkan sebagai lelaki

Baca juga : 7 Perkara yang menghalang diri daripada mencapai matlamat hidup

Kesimpulannya, GDPR sedikit sebanyak boleh dijadikan panduan kepada syarikat atau organisasi tentang perkara yang mereka boleh buat dan tidak boleh buat. Dimasa yang sama ia menyediakan perlindungan data peribadi kepada warga Kesatuan Eropah dan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang risiko penyalahgunaan data.

Jika anda ingin membaca peraturan penuh GDPR, anda boleh layari laman web rasmi mereka untuk makluman lanjut.

Laman web rasmi GDPR: Klik sini

Diharapkan dengan penguatkuasaan undang-undang ini membuka mata ramai pihak untuk mengikuti jejak langkah yang sama. Sekian.

apa itu gdpr Arahan Perlindungan Data 1995 Data Protection Directive gdpr gdpr explained gdpr policy General Data Protection Regulation hak gdpr kesan gdpr maksud controller gdpr maksud data peribadi maksud gdpr maksud processor gdpr penerangan mengenai gdpr Pengertian GDPR Peraturan Perlindungan Data Umum Perlindungan Data Peribadi perlindungan maklumat peribadi ringkasan gdpr undang-undang gdpr
Share. Facebook Twitter Telegram WhatsApp
Previous ArticleUnifi Mobile: Cara Untuk Mendapatkan Kad Sim Percuma Daripada TM
Next Article 5 Fakta Menarik Mengenai The International Dota 2
Azmir Shah
  • Website
  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

Seorang programmer yang mempunyai pengalaman yang tidak seberapa. Memiliki kelulusan daripada universiti terkemuka di Malaysia dan secara jujurnya beliau meminati Elon Mask lebih daripada Bill Gate.Seorang yang bercita-cita tinggi, kini bekerja sebagai Front-End developer di salah sebuah syarikat di Shah Alam.

4 Comments

  1. inchenaim on 14/07/2018 5:52 AM

    Baru faham mengenai GDPR setelah membaca penjelasan tuan.
    Ingat apa yang update2 terbaru baru pada plugin wordpress tu.

    Reply
    • Azmir Shah on 14/07/2018 10:18 PM

      Hahaha. Itu adalah maklumat tentang perlindungan privasi. Kalau di Malaysia, kita ada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709)

      Reply
  2. sopie on 02/06/2018 5:15 PM

    Baru faham, kiranya sekarang ni data kita lebih dilindungi dan lebih selamat.

    Reply
    • Azmir Shah on 03/06/2018 10:33 AM

      Yap. Sekurangnya ada perlindungan data peribadi yang tidak kompromi dengan pihak yang tidak bertanggungjawab. Cuma itulah, ia melindungi warga EU sahaja.

      Reply

Leave A Reply Cancel Reply

Cari Sesuatu?
Sosial Media
  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • Telegram
Artikel Terbaru
Review

Cara beli kad NFC Touch N Go dengan mudah dan pantas

By Azmir Shah11/02/2023
Review

Ulasan projektor murah Q3 Pro dan pengalaman menggunakannya

By Azmir Shah26/10/2022
Tutorial

Cara hantar Whatsapp tanpa save nombor seseorang

By Azmir Shah17/10/2022
Review

Pengalaman tukar skrin samsung s20+ secara percuma

By Azmir Shah10/10/2022
Makanan

5 Sarapan tidak sihat menurut Pakar Perunding Kardiologi

By Azmir Shah01/03/2022
Kategori
Mengenai Kami
Mengenai Kami

Platform penulisan untuk kami kongsikan segala informasi yang bersarang di minda. Berkongsi pengetahuan untuk anda para pembaca yang budiman.

Pautan Berkaitan
  • Dasar Privasi
  • Hubungi
  • Tentang
Artikel Terbaru

Cara beli kad NFC Touch N Go dengan mudah dan pantas

11/02/2023

Ulasan projektor murah Q3 Pro dan pengalaman menggunakannya

26/10/2022

Cara hantar Whatsapp tanpa save nombor seseorang

17/10/2022

Pengalaman tukar skrin samsung s20+ secara percuma

10/10/2022
© 2023 Hak Cipta Terpelihara. Direka untuk Azmir Shah.

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

Go to mobile version