• Pengaturcaraan
    • Laravel
    • UI/UX
    • SEO
  • Teknologi
    • Mata Wang Kripto
  • Filem & Siri
  • Motivasi
    • Agama
    • Kata Inspirasi
    • Viral
  • How to?
Mencari
Facebook Twitter Instagram
Azmir Shah
  • Pengaturcaraan
    1. Laravel
    2. UI/UX
    3. SEO
    4. View All

    Apa itu Laravel? Adakah ia lebih baik berbanding Core PHP?

    24/04/2019

    4 laman web yang memberi inspirasi UIUX

    28/02/2021

    4 aplikasi rekaan UI/UX yang menjadi kegemaran saya

    25/06/2019

    Perbezaan wireframe, mockup dan prototaip untuk UI/UX

    18/06/2019

    Panduan On-page SEO yang semua orang wajib tahu!

    08/02/2021

    Apa itu SEO? Kenapa ia penting kepada laman web?

    10/10/2020

    LT Browser: Menguji reka bentuk responsif laman web anda secara offline

    22/02/2022

    Bagaimana cara debug ghost CSS secara manual

    15/02/2022

    Beza camel, snake, kebab dan pascal case dalam penulisan kod

    12/02/2020
  • Teknologi
    1. Mata Wang Kripto
    2. View All

    Cara beli token di Pancakeswap

    08/01/2022

    11 tip trade kripto untuk golongan pemula

    05/10/2021

    Panduan menjual mata wang kripto di Binance P2P Malaysia?

    10/06/2021

    5 platform jual beli Bitcoin di Malaysia untuk pemula

    21/02/2021

    Tiktok memintas Google sebagai laman web paling popular

    02/01/2022

    Keburukan ekonomi gig kepada gigger

    18/01/2021

    Apa itu ekonomi gig? Adakah Malaysia terkesan?

    09/12/2019

    Pemuda Ini Meramalkan Teknologi Dan Masa Hadapan

    24/08/2016
  • Filem & Siri

    Idiocracy (2006): Filem bodoh yang buat anda berfikir sejenak

    7.0 01/01/2022

    Ulasan Love Destiny (2018), Drama Thai yang anda patut tonton

    7.3 24/09/2021

    7 Drama Korea terbaik lakonan Lee Jong-Suk

    06/02/2021

    Tonton movie online secara percuma dengan Streamio

    17/01/2021

    7 filem manusia genius terbaik sepanjang zaman

    16/12/2019
  • Motivasi
    1. Agama
    2. Kata Inspirasi
    3. Viral
    4. View All

    Panduan melaksanakan solat jenazah dengan sempurna

    22/01/2017

    Peranan Yang Dimainkan Si Ayah Mempengaruhi Tingkah Laku Anak-Anak

    22/12/2015

    Pengisian Kuliah Ustaz Azhar Idrus Di Surau Al-Iman

    13/11/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 3

    12/11/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 2

    29/10/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 1

    22/10/2015

    Kisah Katak : Apa Beza Diri Anda Dan Katak Ini?

    20/12/2015

    Kisah Penjual Tempe Yang Penuh Dengan Pengajaran

    27/11/2015

    Cerita Rakyat Daripada Jepun Ini Sarat Dengan Pengajaran

    23/10/2015

    Mesej Seorang Bapa Kepada Anaknya Ini Pasti Membuatkan Anda Tersentuh

    15/10/2015

    Matlamat: Jangan Fokus Padanya, Jangan Berkongsi Pada Sesiapa

    28/03/2019

    Pakar Psikologi Berpendapat Kita Perlu Menerima Diri Kita Yang Seadanya Sebelum Bersedia Untuk Berubah

    17/01/2016

    7 Perbezaan Golongan Menengah dan Orang Kaya Yang Anda Kena Tahu

    16/01/2016

    7 Tabiat Yang Mampu Meningkatkan Produktiviti Kerja Anda

    14/01/2016
  • How to?

    Cara hantar Whatsapp tanpa save nombor seseorang

    17/10/2022

    Cara install aplikasi Disney+ Hotstar di Samsung TV Malaysia

    08/02/2022

    Cara menyelesaikan masalah “card information is invalid” di Samsung Pay

    12/06/2021

    Terlupa judul lagu? Ini cara cari lagu dengan bersenandung

    23/02/2021

    Buka akaun perniagaan Maybank online tanpa introducer

    02/02/2021
Azmir Shah
apa itu laravel, cara guna laravel, kebaikan laravel, kelebihan laravel,logo laravel, laravel, mengenai laravel, tutorial laravel,
Laravel

Apa itu Laravel? Adakah ia lebih baik berbanding Core PHP?

Azmir ShahBy Azmir Shah2 Comments7 Mins ReadUpdated:29/04/2019
Share
Facebook Twitter Telegram WhatsApp

Sebelum saya diperkenalkan dengan apa itu Laravel, saya sering mendengar istilah “Don’t reinvent the wheel, unless you plan on learning more about wheels” yang diguna pakai untuk menyatakan kepada semua, “jangan la buat kerja bodoh buat benda yang sama, pakailah benda yang sedia ada” merujuk kepada penggunaan framework di pasaran.

Secara jujurnya apa yang dikatakan itu ada betulnya kerana saya dah pernah rasa. Bayangkan kita tuliskan semula login page, kita design antaramuka tanpa framework seperti Bootstrap atau vue.js, tetapi rakan di sebelah dah mula buat backend development. Betapa lama agaknya masa kita terbuang untuk menulis semula fungsi yang ringkas itu. Alangkah ruginya masa kita. Itulah benda yang saya rasa semasa buat final year project dahulu di Politeknik dan Universiti.

Sebab itu sambil-sambil kita mempelajari Core PHP, kita juga perlukan alternatif. Kalau boleh hidupkan xampp, terus jalan. Kita tak perlu buang masa menulis semula kod asal, kita gunakan apa yang anda. Nescaya segala kerja kompleks dapat dipermudahkan. Disebabkan itulah saya ingin memperkenalkan anda kepada Laravel.

Apa itu Laravel?

laravel, pengasas laravel, Taylor Otwell, mvc laravel, framework php terbaik

Laravel ini merupakan sebuah PHP Framework sumber terbuka yang dihasilkan oleh Taylor Otwell, seorang pembangun laman web daripada Amerika Syarikat dan direleasekan pada Jun 2011. Menyasarkan rangka kerja aplikasi web yang elegen dan ekspresif, beliau mahu menjadikan pembangun Laravel mencapai kepuasan dan pengalaman yang menyeronokkan ketika membangunkan aplikasi tanpa perlu mengorbankan mana-mana fungsi aplikasi.

Beliau mengambil aspirasi daripada framework bahasa lain yang sedia ada di pasaran seperti Ruby on Rails, ASP.NET MVC dan sinatra. Kemudiannya beliau menghasilkan framework yang lebih baik untuk PHP dimana ianya lebih mudah diakses, berkuasa dan pelbagai.

Selain daripada itu, Laravel menggunakan sistem packaging modular  dengan pengurusan pergantungan dedikasi (dedicated dependency manager), satu kemampuan mengakses pangkalan data yang membantu para pembangun untuk penyelenggara aplikasi dan melakukan penyelenggaraan berorentasikan gula sintaktik (syntactic sugar).

Malahan Taylor juga menghasilkan sebuah framework PHP tersusun yang menerapkan kaedah pembinaan web berunsurkan model-view-controller (MVC) dan berdasarkan Symfony dalam Laravel.

MVC di dalam Laravel

mvc laravel, mvc, model-view-controllerBagi mereka yang kurang jelas tentang MVC dalam Laravel, Laravel menggunakan Model-view-controller (MVC) ialah paten pembinaan yang memisahkan aplikasi logik (business logic) dan persembahan (presentation logic). Terdapat 3 komponen yang terdapat didalam paten iaitu model, view dan controller.

Setiap komponen ini bertanggungjawab untuk mengendalikan aspek pembangunan yang kursus didalam pembangunan aplikasi. Contohnya model selaku struktur data membantu mengelola data, view yang menjadi tampilan kepada pengguna dan controller yang menjadi jambatan kepada model dan view.

Bukan itu sahaja, dengan MVC segala bentuk kerja seperti manipulasi data, kawalan fungsi dan paparan antaramuka dapat dilakukan dengan mudah. Kebiasaannya MVC ini menjadi standard industri yang digunakan untuk pembangunan aplikasi web. (selain MVVM)

Laravel framework terbaik?

PHP telah dikenali sebagai server side scripting popular di seluruh dunia di syarikat-syarikat yang membangunkan aplikasi berasaskan web. Malahan menurut Github, PHP disenaraikan sebagai 5 bahasa pengaturcaraan terpopular untuk tahun 2018. Disebabkan perkembangannya semakin berevolusi, maka penciptaan aplikasi akan menjadi semakin kompleks dan ianya bergerak seiring dengan kemampuan. Jadi tak kan nak bangunkan daripada scratch lagi?

Kalau nak tanya adakah Laravel merupakan framework PHP yang terbaik, jawapan saya ialah “Ya”. Pemula (begineer) juga tidak akan mempunyai masalah kritikal untuk membangunkan web asalkan mereka mempunyai kefahaman yang baik didalam object oriented programming (OOP). Segala fungsi tipikal pre-pemasangan sebuah laman web juga turut disediakan. Nak tau lagi? Nahhh…

Kelebihan Laravel

kelebihan laravel, laravel, apa itu laravel

Laravel datang membantu kita. Ianya membawa satu ekosistem yang membenarkan pembangun untuk membangunkan aplikasi dengan kadar yang segera dan selamat. Ada beberapa ciri yang menjadikan Laravel platform terbaik PHP. Antaranya..

1. Memudahkan authentication, authorization

Fuh ini benda paling leceh nak buat walaupun ada diantara kita yang kata sekejap je ni. Authentication ada fungsi untuk memeriksa fungsi pengguna sama ada pengguna itu mempunyai kelayakan atau tidak untuk mengakses sistem. Authorization pula ada fungsi dimana pengguna yang berkelayakan itu mempunyai kebenaran atau tidak untuk menggunakan sumber yang ada.

use Illuminate\Support\Facades\Auth;

protected function guard()
{
    return Auth::guard('guard-name');
}

Contoh ubah guard untuk authenticate dan pendaftaran pengguna

Contoh kod diatas adalah bagaimana Guard didalam Laravel menentukan bagaimana pengguna disahkan(authenticated) untuk setiap permintaan (request).

Fungsi yang sama boleh dibuat dalam Core PHP, tapi leceh la.

2. Enjin Template Blade

Sebagai ciri terbaik dari rangka kerja pembangunan web Laravel, enjin template Blade mudah digunakan dan difahami kerana ia membenarkan anda sebagai programmer untuk berkarya menggunakan imaginasi anda. Bina UI/UX terbaik anda menerusi template blade. Ia membantu programmer untuk memahami fungsi asasnya walaupun mereka punyai pengalaman bekerja dengan bahasa PHP / HTML biasa sahaja.

<!-- Stored in resources/views/layouts/app.blade.php -->

<html>
    <head>
        <title>App Name - @yield('title')</title>
    </head>
    <body>
        @section('sidebar')
            This is the master sidebar.
        @show

        <div class="container">
            @yield('content')
        </div>
    </body>
</html>

Contoh penggunaan blade

3. Dokumentasi yang hebat

Dokumentasi Laravel yang sangat mesra pengguna. Semua versi Laravel dikeluarkan dengan dokumentasi yang betul, dan anda akan menemui penjelasan yang baik dan terperinci mengenai gaya, kaedah dan kelas pengekodan. Malahan dokumentasi juga dibantu oleh Laracasts.

Laracasts antara nadi kepada pembangun aplikasi untuk belajar tentang pembangunan Laravel. Lebih-lebih lagi dengan tutorial Jeffrey Way yang agak pro dengan Laravel ni. Walaupun ada diantaranya yang berbayar, namun masih terdapat banyak juga bilangan video percuma tentang cara menggunakan Laravel. Kandungan dan silibus pembelajaran juga berkualiti, tinggal belajar je.

Laman web laracasts: Klik sini

4. Sistem keselamatan yang baik

Pembangunan web Laravel secara unik menyediakan cara yang selamat untuk aplikasi web. Ia telah menggunakan kata laluan hashed (#) dan tidak menyimpan kata laluan dalam bentuk teks biasa. Selain itu, ia telah menggunakan algoritma hash Bcrypt dalam membuat kata laluan yang disulitkan. Ada juga beberapa contoh lain.

<form name="test">
{!! csrf_field() !!}
<!-- Other inputs can come here-->
</form>

Perlindungan Cross-Site Request Forgery (CSRF) di Laravel

Contohnya bagi memberi perlindungan daripada serangan CSRF, Laravel menggunakan Form clases token method. Cuba tengok dalam form tu, ada field tersembunyi yang dipanggil CSRF token. Ini bagi memastikan permintaan yang dibuat adalah daripada aplikasi anda sendiri, bukan daripada tempat lain.

5. Kemudahan PHP Artisan

Ini adalah alat yang disediakan oleh pembangunan web Laravel ketika mula membangunkan projek. Programmer berinteraksi dengan rangka kerja dengan menggunakan command line (cmd/ gitbash) yang berhak membuat dan mengurus persekitaran projek pembangunan web Laravel. Artisan adalah alat terbina dalam yang disediakan oleh Laravel. Dengan alat ini, kita boleh melaksanakan tugas-tugas utama yang berulang-ulang dan paling membosankan.

php artisan make:route

Ini antara contoh command line PHP artisan

6. Migrasi pangkalan data

Melakukan migrasi pangkalan data di Laravel tersangatlah mudah. Kemudahan ini dapat membantu seseorang untuk meningkatkan struktur pangkalan data tanpa perlu perubahan query yang kritikal. Dengan ini, kemungkinan kehilangan kod dapat dielakkan. Laravel juga menyediakan perkhidmatan mengubah struktur dan membolehkan kita melakukannya dengan menggunakan kod PHP dan bukannya query (SQL).

php artisan make:migration create_users_table --create=users

php artisan make:migration add_votes_to_users_table --table=users

contoh migrasi table users

7. Reverse routing

Ini adalah ciri yang sangat berguna dalam Laravel di mana anda boleh membuat pautan di routes. Dengan declare di routes sahaja, Laravel akan memasukkan URL yang betul secara automatik. Dan apabila anda perlu menukar routes pada masa akan datang, perubahan akan dibuat secara automatik di mana-mana sahaja.

Route::get(‘login’, ‘users@login’);

contoh tetapan routes di routes/web.php dimana programmer boleh menukarkannya dengan mudah. Jadi selepas tetapan ini, pengguna hanya perlu memasukkan laman websitesaya.com/login untuk mengakses laman web yang diinginkan. Semudah itu.

Sebenarnya banyak lagi fungsi-fungsi menarik yang terdapat didalam Laravel seperti Eloquent ORM, Packages, IoC Container, CLI, cron jobs, mail queues banyak lagi. Tetapi anda kena terokainya sendiri. Asal bertepatan dengan kehendak yang anda mahukan, silakan memilih. Sekurangnya anda tahu apa itu Laravel dan silalah memilih.

Jawapan kepada soalan

Berbalik kepada persoalan artikel ini, menjawab soalan mana yang lebih baik, Laravel atau Core PHP? Bagi saya jika anda mahukan kod yang clean, laju dan optimis dimasa yang sama anda mempunyai code base yang membantu anda untuk bekerja lebih cepat, go ahead. Pakai sahaja Core PHP. Sebab Core PHPboleh menawarkan aplikasi yang ringan dan laju. Jika anda mahukan kerja mudah dimana segala fungsi yang diperlukan sudah tersedia atau pre-pemasangan, boleh gunakan framework. Framework membantu anda bekerja dengan lebih laju dan selamat.

Baca juga: Cara Membuat Localhost Dengan Menggunakan XAMPP

Baca juga: Bagaimana Cara Install WordPress Di Localhost

Baiklah, itu sahaja penerangan ringkas mengenai Laravel pada hari ini, terima kasih kerana sudi membaca. Saya harap artikel ini dapat menjawab tentang apa itu Laravel dan apa juga kelebihannya. Jika saya punyai kesempatan, saya akan cuba buat tutorial Laravel tentang cara menggunakannya pula. Idea banyak, tapi apa boleh buat, sibuk pula.

apa itu laravel apa itu laravel framework belajar laravel berkenalan dengan framework laravel cara menggunakan laravel contoh laravel core php download laravel kelebihan menggunakan laravel web development kenapa memilih laravel laravel laravel framework manfaat laravel mengenai laravel php php framework sejarah laravel tentang laravel web development dengan laravel
Share. Facebook Twitter Telegram WhatsApp
Previous ArticlePengalaman Belajar di Politeknik Muadzam Shah, Pahang
Next Article Trip bajet ke Hatyai 3H2M dengan hanya berbekalkan RM300
Azmir Shah
  • Website
  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

Seorang programmer yang mempunyai pengalaman yang tidak seberapa. Memiliki kelulusan daripada universiti terkemuka di Malaysia dan secara jujurnya beliau meminati Elon Mask lebih daripada Bill Gate.Seorang yang bercita-cita tinggi, kini bekerja sebagai Front-End developer di salah sebuah syarikat di Shah Alam.

2 Comments

  1. Qayyum on 02/09/2020 10:42 PM

    assalamualaikum tuan azmir,
    info tuan amat berguna dan memahami, tetapi apa yang saya belum fahami adalah cara install laravel ini. kalau diikut kan step, memang sudah ikut, dan sy sudah run command cth laravel, node -v, npm -v, composer, dan saya juga berjaya masuk page laravel tu tanpa guna xampp, adakah sudah berjaya install laravel? ini slh satu kekeliruan saya,
    2. utk kita masuk/taip coding ni, dia guna software ke? cth, klu masa study dulu2, kita guna notepad++ kan? betul? tapi klu laravel ni mcam mana? dia guna notepad++ juga ke??
    3. last, masa nak try create project, command mcam ni kan “laravel new namaproject”? betul? tpi saya dpt error , perlu php 7.3^. ini masalah kecil je kan? perlu update php?

    minta maaf kerana bnyk soalan ^^ harap tuan dapat menjawab kekeliruan saya. saya baru tahu laravel ni, sbb dlu pkai notepad++ je. btw, saya berminat dengan web hosting tuan, inshaALLAH, nnti sy subscribe plan tu. terima kasih

    Reply
    • Azmir Shah on 07/09/2020 5:59 PM

      waalaikumsalam Tuan Qayyum,

      1. Jika tuan nak check sama ada berjaya install laravel atau tidak, boleh sahaja check melalui “php artisan –version” di cmd. Jika ada feedback “Laravel Framework 5.6.40” (contohnya), maka laravel dah berjaya diinstall, tinggal aktifkan sahaja server tuan. Boleh gunakan XAMPP, Laragon docker, atau apa2 sahaja.
      2. Boleh je guna apa2 code editor. Bagi memudahkan pihak tuan, saya cadangkan VS Code. Sebab ada beberapa plugin yang bakal membantu tuan untuk manage code.Contohnya Intellisense, git lens, etc.
      3. Yap betul, cuma perlu update php sahaja ke 7.3. Ini bagi kebaikan pihak Tuan untuk kemaskini library yang terbaru. Jika Tuan tak tahu, uninstall sahaja XAMPP tuan yang sekarang, cari dan install XAMPP dengan PHP 7.3. Ini cara paling mudah yang saya boleh cadangkan untuk begineer.

      Web hosting itu pula bukan milik saya, saya hanya berkongsikan pengalaman menggunakannya sahaja sebab saya menggunakannya tanpa masalah. Maaf lambat balas. Harap jawapan ini membantu pihak Tuan.

      Reply

Leave A Reply Cancel Reply

Cari Sesuatu?
Sosial Media
  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • Telegram
Artikel Terbaru
Review

Cara beli kad NFC Touch N Go dengan mudah dan pantas

By Azmir Shah11/02/2023
Review

Ulasan projektor murah Q3 Pro dan pengalaman menggunakannya

By Azmir Shah26/10/2022
Tutorial

Cara hantar Whatsapp tanpa save nombor seseorang

By Azmir Shah17/10/2022
Review

Pengalaman tukar skrin samsung s20+ secara percuma

By Azmir Shah10/10/2022
Makanan

5 Sarapan tidak sihat menurut Pakar Perunding Kardiologi

By Azmir Shah01/03/2022
Kategori
Mengenai Kami
Mengenai Kami

Platform penulisan untuk kami kongsikan segala informasi yang bersarang di minda. Berkongsi pengetahuan untuk anda para pembaca yang budiman.

Pautan Berkaitan
  • Dasar Privasi
  • Hubungi
  • Tentang
Artikel Terbaru

Cara beli kad NFC Touch N Go dengan mudah dan pantas

11/02/2023

Ulasan projektor murah Q3 Pro dan pengalaman menggunakannya

26/10/2022

Cara hantar Whatsapp tanpa save nombor seseorang

17/10/2022

Pengalaman tukar skrin samsung s20+ secara percuma

10/10/2022
© 2023 Hak Cipta Terpelihara. Direka untuk Azmir Shah.

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

Go to mobile version