Disatu ketika mata wang kripto menjadi fenomena di kalangan rakyat Malaysia. Ini disebabkan oleh tempias kenaikan nilai mata wang digital Bitcoin yang berada di puncak sekitar hujung tahun 2017 menjangkau RM77,000 bagi 1 bitcoin (BTC). Sejak daripada itu, ianya mula mendapat perhatian media masa dan para pembuat polisi dan agamawan bagi membincangkan tentang kelangsungannya dikalangan masyarakat.

Baca cara saya simpan Bitcoin secara offline: Klik sini

Apabila masyarakat mula teruja, ini sedikit sebanyak menarik minat para pemula untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang cryptocurrency dan aktiviti melombong mata wang krpto mula mendapat tempat. Walaupun harga Bitcoin hari ini sekitar RM16,000 sahaja.

Saya ingat lagi ketika aktiviti perlombongan mata wang kripto sedang hangat dipasaran, bukan setakat antminer malahan kad grafik juga habis terjual di kedai akibat daripada janji pulangan yang cukup lumayan. Yang menjadi mangsa sudah tentu para gamers yang memerlukan GPU. Hahaha. Persoalan yang timbul, apa sebenarnya cryptocurrency ini? Kenapa ada orang yang mahukannya?

Apa itu Cryptocurrency?

Cryptocurrency atau lebih dikenali sebagai mata wang kripto merupakan mata wang digital yang berfungsi sebagai wang alternatif kepada wang fiat. Mata wang digital ini menggunakan teknologi kriptografi dimana setiap transaksi dirahsiakan dengan cara disulitkan (encryption) supaya data yang ada tidak dapat dibaca menerusi pihak ketiga. Dengan ciri keselamatan ini, mata wang kripto ini agak sukar untuk dipalsukan disamping transaksi yang lebih selamat.

Jika mata wang fiat sedia ada dikelola oleh Bank Pusat, mata wang kripto ini berdiri sendiri dimana ia tidak dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa pusat dan tidak ada campur tangan daripada kerajaan. Ini menjadikan ia sukar untuk dimanipulasi oleh Bank Pusat atau termanipulasi disebabkan oleh beberapa faktor seperti faktor ekonomi dan geopolitik.

Sejak bila ia mula mendapat perhatian?

Istilah cryptocurrency ini diwujudkan seiring dengan kewujudan Bitcoin, mata wang kripto pertama yang dihasilkan di dunia oleh individu(atau bukan individu) bernama Satoshi Nakamoto pada tahun Oktober 2008 dengan white paper yang dihasilkan bertajuk Bitcoin: A Peer-to-Peer Electronic Cash System. Pada tahun 2009, Nakamoto telah melancarkan perisian yang memulakan pengoperasian penggunaan Bitcoin.

Diluar negara, kebanyakan daripada mereka mula mendapat kesedaran tentang nilai Bitcoin sekitar 2014 dimana pada ketika itu harga Bitcoin bernilai RM3200++. Di Malaysia pula? Agak terlambat, cuma sekitar tahun 2016 dimana peningkatan harga bitcoin di peringkat global membuka mata kebanyakan daripada kita untuk mula mengenal apa itu Bitcoin. Daripada kepopularan Bitcoin inilah yang mewujudkan istilah cryptocurrency atau mata wang kripto.

Bagaimana mata wang kripto berfungsi?

Terdapat lebih daripada 2121 jenis mata wang kripto yang terdapat didalam pasaran (ketika entri ini ditulis) seperti Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH), Cardano (ADA), Monero (XMR) dan semua ini tidak termasuk coin yang masih lagi didalam fasa initial coin offering (ICO) dan masing-masing mempunyai teknologi tersendiri.

Namun secara umumnya terdapat 2 jenis algorithm yang kebiasaaanya digunakan oleh coin popular di dunia. Algorithm itu dikenali sebagai Proof of Work (PoW) dan Proof of Stake(PoS). Algorithm ini menjadi tulang belakang kepada setiap transaksi yang dilakukan menerusi kaedah penyulitan (encryption) dan masalah itu diselesaikan menerusi perlombongan. Melalui perlombongan, aktiviti melibatkan pengiraan kompleks dapat dilakukan melalui pengesahan transaksi. Disebabkan 2 algorithm ini bersifat teknikal, mungkin saya akan sediakan entri khas untuk penerangan mengenainya.

Jika anda berminat untuk mendapatkan mata wang kripto pula,  anda memerlukan dompet digital bagi menyimpang mata wang kripto pilihan anda. Bukan semua wallet boleh menyokong pelbagai jenis mata wang kripto kerana pengguna teknologi yang pelbagai. Walau bagaimanapun, sama ada wallet desktop mahupun mobile apps, secara tipikalnya anda akan dibekalkan dengan 2 jenis key iaitu private key dan public key.

Apa Itu Private dan Public Key?

Private key dan public key ini adalah teknik penyulitan ataupun encyption yang dikenali sebagai Asymmetric cryptography yang digunakan secara meluas didalam cryptocurrency. Setiap wallet mesti mempunyai private key yang dijana secara automatik ketika anda mula menggunakan wallet kripto. Private key ini dijana secara rawak (random) yang terdiri daripada nombor dan huruf dan private key ini digunakan untuk memperoleh public key.

Private Key

Jika anda masih tidak faham atau kurang jelas tentang hal ini, boleh dikatakan private key ini merupakan kunci peribadi yang memberi kebenaran kepada anda untuk mengakses wallet kripto. Private key ini perlu dirahsiakan demi memastikan keselamatan simpanan anda daripada dicuri kerana sesiapa yang mempunyai private key ini mempu akses penuh dengan wallet anda.

Contoh Private Key:

KwwSvnXVTUgih1kwXsj9Fn673bBzBNEy9oANAf5Ga7SENveeqSbT

Public Key

Jika anda hendak menghantarkan bitcoin kepada seseorang dan orang tersebut memberikan alamatnya, maka anda memerlukan public key untuk menerimanya. Public key ini bersifat terbuka dan anda boleh gunakannya untuk masuk dan keluarkan duit daripada akaun anda. Kiranya macam akaun bank la. Maka apabila adanya 2 key ini membentuk satu gabungan digital signature buat pengguna terbabit yang membuktikan pemilikan akaun terbabit.

Contoh public key:

16ag4SNrDEH9XETRUMXXwYhkT6oSbFfWq4

Jika anda masih kurang faham, maka saya nak berikan satu analogi. Saya percaya setiap orang punyai nombor telefon bimbit. Contoh la nombor telefon anda +60118329849. Itu merupakan public key anda. Jika mereka mahu hantar wang (kononnya macam duit now) atau terima, mereka memerlukan public key ini. Kod PUK pula merupakan private key anda. Anda sorang sahaja tau. Orang lain tak tau. Hahh gitu.

Selesai pelajaran tentang public dan private key. Seterusnya kita akan menyentuh tentang blockchain.

Blockchain

Saya kirakan anda sudah mula berminat untuk menggunakan mata wang kripto. Apabila anda ingin melakukan transaksi diantara A dan B, maka wang kripto yang dihantar itu akan melalui perantara yang diberi nama blok rangkaian atau dilebih dikenali sebagai blockchain. Bagaimana transaksi berlaku? Ringkasannya adalah seperti berikut.

Kelebihan penggunaan teknologi blockchain di dalam rangkaian ialah ianya dapat menyebarkan maklumat tanpa boleh diubah dan diklonkan menerusi kaedah penyulitan dan tidak berpusat. Ini sedikit sebanyak dapat menjaga privasi pengguna walaupun blockchain itu sendiri bertindak sebagai “open ledger system”. Justeru, apa-apa yang dibina di blok tersebut adalah dengan sifatnya yang telus dan semua orang yang terlibat bertanggungjawab atas tindakan mereka.

Kesimpulan

Kesimpulannya, blockchain adalah cara yang mudah namun bijak untuk menyampaikan maklumat dari A ke B secara automatik dan selamat. Satu pihak memulakan proses transaksi dengan membuat satu blok. Blok ini disahkan oleh beribu-ribu, mungkin berjuta-juta komputer yang diedarkan di sekitar net.

Blok yang disahkan ditambahkan pada chain, yang disimpan di seluruh net, tidak hanya mencipta rekod yang unik, tetapi rekod unik dengan sejarah yang unik. Memalsukan rekod tunggal bermakna memalsukan keseluruhan rangkaian dalam berjuta-juta keadaan. Itulah yang mustahil. Bitcoin menggunakan model ini untuk urus niaga kewangan, tetapi ia boleh digunakan untuk urusan lain terutama melibatkan keselamatan seperti perbankan atau simpanan data.

Contohnya SIA dan Storj yang menggunakan blockchain bagi menyimpan dokumen seperti dropbox atau google drive. Menarik bukan?

Mata wang kripto sudah mula menjadi harta alternatif kepada emas dan wang simpanan. Orang awam mula mempercayai tentang perkembangan Bitcoin yang menjadi salah satu aset digital yang bernilai. Maka secara automatiknya mata wang kripto juga layak dikenakan zakat barangan dagangan 2.5% daripada nilai sebenarnya. Jangan lupa jalankan kewajipan anda.

Baca juga: 3 Platform jual beli Bitcoin di Malaysia untuk pemula
Baca juga: Cara jual Bitcoin di LocalBitcoins, sebuah platform P2P

Jadi itu sahaja perkongsian yang saya buat mengenai pengenalan mata wang kripto kepada anda semua. Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan mengenai, anda boleh tuliskan di ruangan komen dan saya akan membalasnya.

Share.

Seorang programmer yang mempunyai pengalaman yang tidak seberapa. Memiliki kelulusan daripada universiti terkemuka di Malaysia dan secara jujurnya beliau meminati Elon Mask lebih daripada Bill Gate.Seorang yang bercita-cita tinggi, kini bekerja sebagai Front-End developer di salah sebuah syarikat di Shah Alam.

32 Comments

  1. Assalam Tuan, di mana saya boleh dapat info lengkap tentang semua ini dari kefahaman tentang cryptocurrency dan cara untuk terlibat sepenuhnya? Maaf jika sebelum ini Tuan pernah menulis semuanya sebab saya baru saya cuba ingin mengetahui tentang semua ini. Terima kasih

    • Waalaikumsalam Amir,

      Susah untuk ajar kerana ilmu yang ada diketika ini bersepah-sepah dan perlukan pembacaan yang mendalam. Tetapi kalau tak tau mana nak mula, boleh mula membaca di laman web CoinTelegraph atau CoinDesk. Kalau untuk platform bahasa melayu pula, boleh baca mycryptoversity.

      Saya juga ada tulis tip trade kripto secara umum untuk geng-geng yang baru nak belajar. Boleh baca di sini -> 11 tip trade kripto untuk pemula

  2. Great article!

    Terima kasih owner blog, terus kan menyebarkan ilmu kerana ada pahala yg mengalir di dalam nya.

  3. Satu artikel yang sgt bagus ! Penjelasan yang sangat simple dan mudah untuk difahami. Selama ni memang berminat dengan mata wang kripto ni tapi belum berani nak try…sampai la elon musk promote dogecoin. ada beli sikit , lepas tu melingkup pulak aset tu…takpe la , simpan je la dulu…

    • Masa Elon Musk promosikan Dogecoin, harganya memang terlampau tinggi. Tidak mengapalah, belajar sikit-sikit. Anggap sahaja ini adalah pengajaran.

  4. Salam Tuan. Bagaimana dgn student coin ya? Kawan bgtahu masih dlm fasa percubaan. Kalau tak keberatan mohon tuan ulas sikit pasal student coin. Terima kasih tuan

    • Waalaikumsalam Tuan Iz. Betul tuan, ketika ini Student Coin ini dalam berada dalam fasa ICO sehingga 30 april 2021.

      Mengulas mengenai $STC ini, Saya rasa mungkin saya bukanlah orang yang sesuai untuk Tuan tanyakan berkenaan potensi coin ini.

      Ini kerana saya swing trader, jadi saya hanya melabur pada projek yang ada potensi dan boleh bagi saya pulangan x4-x10 dalam tempoh masa 4-5 minggu.

      Jadi bila objektif saya trade begitu, student coin ini tak mungkin ada dalam list saya sebab satunya ia dalam fasa ICO, keduanya ia coin yang membosankan. Dah buat marketing gila-gila pun holder coin ini cuma 500++ walaupun harga 2.7 sen ketika komen ini ditulis. Jadi saya agak kurang berkenan dengan niche dia.

      Jadi minta maaf, saya tidak dapat beri ulasan yang baik mengenai fundamentalnya kerana nature trade saya yang berlainan. Mungkin Tuan boleh bertanya kepada trader yang mengamalkan prinsip HODL. Mungkin ada sudut pandangan mereka yang saya tak nampak.

  5. Maaf tuan, boleh cadangkan platform@app utk beli krypto? Dan pembelian tu boleh digunakan dgn cara online transfer ke? Dan mohon kalau boleh beri pemahaman utk beli jenis krypto yg sesuai?

    • BTC dijana menerusi aktiviti perlombongan. Didalam rangkaian BTC, kerja-kerja pengesahan transaksi perlu dilakukan oleh pihak ketiga iaitu pelombong itu tadi. Sebagai ganjaran, sejumlah BTC akan diberikan kepada mereka.

  6. Terbaik…mcm sya yg zero dalam bab ni pun boleh memehami serba sedikit berkaitan mata wang kripto…tq

  7. Assalamualaikum..maaf bertanya..ada kenalan saya dr luar negara ajak saya join krypton ne..boleh pecaya ke?

  8. Shamsiah Abdul Hamid on

    assallamualaikum bro..
    artikel yg infomatif dan menarik..
    tiap kripto ade kelebihan tersendiri..ade tip ke utk memilih kripto yg berpotensi..

    • Waalaikumsalam Shamsiah.Terima kasih kerana sudi membaca penulisan saya tentang mata wang kripto. Diketika ini saya sudah berhenti membaca white paper coin baru kerana kurang teruja dengan teknologi sama dan kebergantungan harga terhadap Bitcoin. Jadi saya berfokus kepada coin legasi seperti BTC dan ETH sahaja.

      Tapi kalau nak list coin yang berpotensi, saya masih lagi setia pada Cardano dan digibyte.

  9. Pingback: Ballet Crypto membenarkan anda menyimpan Bitcoin secara offline

  10. Terbaik tuan,terima kasih dan halalkan atas ilmu yang sangat2 bernilai, baru2 dok Cuba nak join digital currency nie.

  11. Great article. Perkembangan positif dalam ecosystem blockchain memberi peluang alternatif kepada pelabur dan pedagang.

  12. penulisan yang baik. mohon ilmunya diberkati. saya baru nak belajar crypto. itu pun atas paksaan kawan. hehe..

    • Terima kasih Daus. Cuma saya nasihatkan jangan masuk apa2 skim kripto. Anda boleh beli mata wang kripto di mana-mana sahaja secara terus. Kalau tak tau saya boleh buat entri khas untuk makluman Daus.

      • Bercerita pasal vaksin dan 1NWO tibe2 kawan ada sebut crypto as a new way to change money cash.. dan saya terjumpa entry tuan. Sangat menarik.terima kasih atas ilmunya..dan untuk permulaan nak belajar pasal crypto seperti tuan daus…boleh ke tuan azmir juga maklumkan kepada saya? dan nak cube ceburi crypto.

  13. Pingback: Libra: Facebook bakal lancarkan mata wang kripto menjelang 2020

  14. Pingback: Adakah ads.txt mampu meningkatan pendapatan Google Adsense anda?

    • Terima kasih bro. Ialah tu. Saya bukannya pakar, tapi ada la sedikit ilmu tentang mata wang kripto. Andaikata ada soalan boleh ajukan pertanyaan, bolehlah serba sedikit bagi idea untuk saya tulis entri dimasa akan datang. hahaha

Leave A Reply

Exit mobile version