Perkembangan pemasaran digital (digital marketing) kian berkembang di Malaysia Kebanyakan daripada kita sudah mula sedar tentang pentingnya melebarkan sayap dan pengaruh mereka di dunia maya.
Ini termasuklah melakukan jualan dan mengembangkan pengaruh brand perniagaan. Dari situ SEO memainkan peranan penting kepada pemasaran anda. Persoalannya apa itu SEO?
Apa itu SEO?
Search Engine Optimization atau turut dikenali sebagai SEO adalah proses dan teknik bagi mendapatkan trafik secara percuma menerusi laman carian yang berada dipasaran seperti Google, Yahoo, Bing, Yandex dan banyak lagi. Sebagaimana namanya, SEO adalah sebahagian daripada cara kerja enjin pencari itu sendiri bagi memahami apa yang dicari oleh pengguna secara atas talian.
Apa yang pengguna cari bersama kata kunci (keyword) dan kandungan yang dimahukan membantu anda sebagai penyedia kandungan untuk berhubung dengan mereka menerusi penyelesaian masalah yang berkesan. Terdapat 2 cara untuk memastikan laman web anda memasuki laman hasil carian yang turut dikenali sebagai Search Engine Results Page (SERP).
Yang pertama adalah menerusi kaedah berbayar untuk anda dipaparkan dilaman utama. Yang kedua pula adalah menerusi menerusi kaedah Organik iaitu implementasi keperluan SEO dan ianya percuma tanpa memerlukan anda mengeluarkan satu sen pun. Penyedia kandungan (content) seperti saya (mungkin juga anda) akan cuma mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh enjin pencari bagi memenuhi permintaan pengguna mereka.
Ini demi memastikan pengguna enjin pencari mendapat maklumat yang tepat seperti mana mereka mahukan. Kandungan fresh dan releven pula adalah satu bonus. Menerusi artikel atau laman web yang telah dioptima, enjin pencari akan mula mengakses maklumat yang disediakan oleh kita menerusi algoritma yang telah diprogramkan oleh mereka.
Algoritma itu bertanggungjawab untuk mencari maklumat yang paling berguna berdasarkan kepada kata kunci pertanyaan, kesesuaian, lokasi dan ketetapan.
Mengapa pentingnya SEO?
Gaya hidup masa kini mula berubah. Enjin carian telah menjadi sebahagian daripada hidup kita. Ingatkah anda suatu ketika dahulu jika anda tidak pandai memasak, siapakah agaknya yang anda akan tanya tentang resepi?
Ibu kan?
Tapi kini orang menggunakan alternatif yang lebih mudah dimana mereka bertanya kepada Google tentang sesuatu resepi. Malahan ianya tidak terhad kepada resepi, sebaliknya segala macam hal.
Jangan pelik kalau orang Google tentang cara memasang mentol, orang nak tahu tentang spesifikasi telefon bimbit, cara-cara memikat wanita dan mencari maksud apa itu SEO. Bak kata pak cik Astro, macam-macam ada.
Pelawat yang datang ke laman web anda memerlukan penyelesaian kepada permasalahan mereka. Anda sebagai penyedia kandungan (content) pula menyediakan jawapan buat masalah mereka. Maka terbinalah hubungan diantara 2 pihak.
Apa kesan baik SEO
Ianya boleh menjadi ejen keuntungan kepada penyedia kandungan. Antaranya.
- Jumlah pelawat yang mengunjungi laman web anda akan bertambah. Anda akan rasa lebih dihargai apabila penulisan anda dikongsi.
- Anda boleh mengaut keuntungan daripada beberapa bahagian. Antaranya menerusi iklan, advertorial, penjualan produk, affiliate dan sebagainya.
- Anda boleh mewujudkan jenama kepada diri dan produk. Kredibiti dapat diwujudkan menerusi penghasilan kandungan yang berkualiti dan diakui ramai.
Bagaimana SEO berfungsi?
Terdapat pelbagai cara yang digunakan oleh enjin pencari untuk mengakses laman web anda. Disebabkan enjin pencari yang berbeza juga turut mempunyai cara yang berbeza, elok kiranya saya fokus kepada satu sahaja iaitu Google Search Engine.
Jadi bagi memberi gambaran lebih lanjut, terdapat 3 cara utama yang biasa digunakan oleh Google bagi memproses maklumat. Antaranya ialah:
- Crawl (Merangkak)
- Index (Indeks)
- Rank (Kedudukan)
Apakah yang dimaksudkan dengan crawling, indexing dan ranking ini? Baiklah mari kita lihat satu persatu tentang bagaimana laman web carian berfungsi.
1. Crawling (Merangkak)
Walaupun sebutannya agak hodoh dalam bahasa melayu, namun ini adalah proses penting dalam mengakses kandungan berkualiti. Enjin pencari akan menghantar robot (program komputer) untuk menjelajahi dunia internet berdasarkan pautan pautan dan memeriksanya sama ada ia wujud atau tidak. Program komputer ini turut dipanggil sebagai crawler (perayap) atau spider (labah-labah).
Bagaimana web carwler ini berfungsi?
Jika sesebuah laman web sudah pernah dijelahi oleh web crawler ini, kebiasaannya web crawler akan datang kembali jika sesebuah laman web itu sudah pernah dirayap. Jika anda laman web baru pula, ada artikel atau laman web lain menyertakan sekali laman web anda. Maka laman web anda akan dirayap juga.
Penting bagi sesebuah laman web untuk menyediakan sitemap, iaitu senarai muka yang terdapat disesebuah laman web. Sitemap yang kemas dan tersusun membantu web crawler tadi untuk mengakses kandungan baru yang terdapat di laman web anda.
Kandungan baru juga tidak hanya terhad kepada paparan penulisan laman web sahaja, sebaliknya gambar, fail pdf, video atau apa sahaja yang dimuat naik di laman web turut dirayap oleh web crawler.
2. Indexing (indeks)
Sebelum proses ini berlangsung, enjin pencari akan memberikan satu senarai url yang perlu dikunjungi oleh web crawler yang turut dikenali sebagai list of seeds. Web crawler akan merayap ke semua url tersebut mengenalpasti semua pautan yang terdapat pada laman web dan masukkan pada senarai yang bakal dikunjungi.
Menerusia bantuan pangkalan data (database) dan sitemap yang ditemui pada rayapan yang lepas, web crawler akan tentukan url mana akan dikunjungi selepas ini. Selesai sahaja rayapan pada laman web anda, urusan seterusnya adalah urusan indeks.
Perlu anda ingat, hanya kerana laman web anda berjaya ditemui dan berjaya dirayap, tidak bermakna enjin pencari perlu menyimpannya dalam indeks mereka. Analisis terhadap kandungan page anda perlu dilakukan bagi memastikan sama ada ia releven atau tidak untuk dimasukkan.
Jika didapati artikel anda releven dan fresh, maka ia akan dimasukkan dalam sistem indeks Google yang turut dikenali sebagai Caffeine, pangkalan data terbesar didunia yang menyenaraikan senarai url yang pernah dirayap oleh web crawler.
Caffeine ini merupakan satu sistem indeks yang diperkenalkan sejak June 2010 oleh Google bagi mengantikan sistem indeks lama dan ianya masih digunakan sehingga ke hari ini. Jadi pastikan anda mematuhi kehendak semasa SEO bagi memberi impak yang lebih baik kepada laman web ada.
Ini kerana Caffeine ini menjanjikan kemaskini yang pantas jika anda melakukan kemaskini kepada artikel lama disamping kapasiti simpanan data yang tinggi dan fleksibel (indeks segala macam jenis format).
3. Ranking (Kedudukan)
Pada tahun 2018, Google telah melakukan kemaskini algoritma secara besar-besaran yang diberi nama sebagai “the medic update”. Persoalannya kenapa?
Pemprosesan jutaan hasil carian baru pada setiap hari benar-benar memerlukan Google untuk menyediakan mekanisma untuk menyediakan maklumat yang tepat kepada pengguna. Ini menyebabkan Google melakukan kemaskini kepada kaedah indexing mereka supaya mereka dapat menyekat maklumat yang kurang tepat dan berasal daripada sumber yang kurang dipercayai. Siapa yang terkesan?
Sudah semestinya mereka yang menulis tentang isi kandungan kesihatan. Kandungan kesihatan yang tidak tepat akan memudaratkan sesiapa yang membacanya. Disebabkan itulah indikator kredibiliti penyedia kandungan menjadi salah satu faktor pemarkahan dalam SERP.
Selain daripada itu, penulisan tentang kewangan dan keselamatan juga antara niche yang paling terkesan ketika kemaskini tersebut.
Disebabkan oleh permasalahan ini, Google telah mewujudkan acronim YMYL atau nama panjangnya “Your money or your life” dan EAT yang merujukan kepada “expertise, authority and trustworhiness”.
Kenapa YMYL dan EAT?
Menerusi kemaskini itu, Google sedang memberi signal kepada penyedia perkhidmatan tentang kepedulian mereka. Mereka kini bukan sahaja mencari informasi yang releven, sebaliknya juga informasi yang betul dan tepat.
Bagi Google, penyediaan informasi yang tidak tepat mempunyai potensi yang kurang baik kepada pengguna daripada segi kebahagian, kesihatan dan kekayaan. Dalam erti kata lain, kandungan artikel yang berkualiti rendah yang akan memudaratkan pengguna. Malahan ia juga dimasukkan didalam “the Google Search Quality Evaluator Guidelines” yang menjadi panduan kepada penyedia kandungan internet bagi mendapatkan dudukan yang baik di enjin pencari.
Apa kena mengena pula dengan ranking?
Sudah semestinya jika artikel yang anda sediakan berkualiti tinggi, maka anda mendapat kedudukan yang tinggi di enjin pencari jika anda mengamalkan konsep EAT dan YMYL.
Pembaca agak kekal lama dan merasakan artikel anda berguna. Kena ingat kedudukan anda dalam enjin pencari sangat penting kerana ia menyumbangkan sesuatu.
Menurut Backlinko yang telah melakukan analisis terhadap 5 juta hasil carian di Google tentang klik organik yang dilakukan pengguna pada tahun 2019, mereka mendapati hasil klik organik pada laman web yang menduduki ranking pertama adalah 31.7%, lebih 10 kali ganda berbanding di ranking 10.
Katanya lagi, laman web yang berada di kedudukan 7-10 tidak mempunyai perbezaan yang ketara jika kedudukan berubah. Namun jika anda berada diatas kedudukan nombor 7 keatas di laman pertama Google, setiap perubahan kedudukan membawa perbezaan klik hampir 30.8%.
Tajuk, meta penerangan (meta description) memainkan peranan disamping teknik penulisan yang tepat. Ini sedikit sebanyak mempengaruhi ranking anda di SERP. Algoritma yang telah ditetapkan Google tetap akan menilai berapa lama pengguna berada di laman web anda. Jadi selamat mencuba.
Kenapa SEO penting kepada laman web?
Dalam dunia pemasaran, terdapat 2 hal yang anda perlu titik beratkan iaitu Search Engine Optimisation (SEO) dan Search Engine Marketing (SEM). Saya tidak akan terangkan secara mendalam tentang SEM pada artikel kali ini.
Namun apa yang saya dapat simpulkan adalah SEO adalah pemasaran laman web anda yang dapat dilakukan secara organik atau dalam erti kata lainnya adalah percuma, manakala SEM pula teknik pemasaran internet yang memerlukan anda untuk mengeluarkan bayaran.
Saya ada menerangkan juga dalam artikel ini bagaimana SEO ini memerlukan masa kerana ia melalui proses yang panjang. Jika pembayaran dapat mempercepatkan pengguna untuk mencari laman web anda, mengapa tidak sahaja kita fokuskan kepada SEM berbanding SEO?
Sudah semesti disebabkan oleh kesan yang berpanjangan. Sampai bila anda ingin membayar untuk berada di muka depan enjin pencari. Jika ada kaedah yang percuma untuk anda berniaga atau melakukan pemasaran, buat apa anda perlu bayar untuk hasil yang sama bukan?
Video penerangan ringkas tentang SEO
Berikut pula disediakan video penerangan ringkas yang diterangkan dengan baik selama 2 minit.
Kesimpulannya
Dalam artikel ini, saya tunjukkan kepada anda tentang apa itu SEO, bagaimana ia berfungsi dan kelebihannya. Kesemuanya melibatkan teknik dan punyai helah yang tersendiri yang mungkin pembaca biasa tidak perasan, tetapi pemain-pemain SEO ini perasan.
Jika anda lihat kebanyakan laman web koperat diluar sana, pasti mereka mempunyai blog. Ianya menjadi satu trend kepada mereka semua untuk memastikan pautan mereka dikemaskini dan terus diindeks. Kenapa ia berlaku? Ini kerana kesedaran SEO.
Baca juga: Hosting murah untuk anda berblog dengan Jimat Hosting
Mereka bekalkan maklumat yang bermanfaat kepada pembaca, mereka mendapat ranking yang baik di Google. Lagipun SEO percuma. Yang anda perlukan cuma masa untuk membuat tetapan yang terbaik yang mesra SEO.
Saya cuma sehabis baik untuk menulis secara ringkas tentang apa itu SEO. Saya faham mungkin diantara anda agak asing dan mula bertatih dalam mempelajari teknik yang betul. Tidak mengapalah, belajarlah sedikit demi sedikit. Mungkin pengetahuan itu boleh membantu anda dalam mengembangkan perniagaan atas talian atau personal brand di alam maya.
Maklumat yang saya beri ini hanyalah sebagai salam perkenalan. Selepas ini saya akan tulis pula tentang hal yang lebih mendalam tentang SEO. Diharapkan anda sudi membacanya. Jika mempunyai sebarang persoalan, jangan lupa tuliskan diruangan komen. Saya gembira untuk membacanya.
7 Comments
salam, website saya x appear dkt search engine.. apa cara utk selesaikan? tq
Wsalam. Kena pastikan laman web didaftarkan di webmaster tool search engine pilihan Ina. Kalau Google, boleh daftar sebagai property di Google Search Console. Nanti baru dia akan index.
assalamualaikum tuan..boleh terangkan tentang kenapa SEO memainkan peranan di internet
Waalaikumsalam Sara.
Ringkasnya, semuanya berkaitan dengan peranan enjin pencari untuk menyediakan maklumat yang tepat kepada pengguna. Oleh itu, mereka menyediakan algoritma untuk memastikan maklumat yang releven itu adalah hasil carian yang dimahukan pengguna. Kenapa SEO memainkan peranan?
SEO adalah kaedah yang digunakan bagi memastikan kandungan yang disediakan menepati standard yang dimahukan algoritma tersebut. Kita sebagai penyedia kandungan mesti nak orang tengok kandungan kita. Ye la, kita kongsikan idea, luangkan masa untuk menyediakan kandungan, serta usaha.
Jadi menerusi praktis SEO, seseorang itu mampu untuk mendapat ranking yang lebih baik pada enjin pencari. Semakin tinggi kedudukan, semakin mudah pengguna untuk masuk ke laman web mereka. Jadi usaha kita akan lebih berbaloi bila kandungan yang dihasilkan sampai kepada seberapa ramai orang yang mahukannya. Bagaimana pula jika kita tidak praktiskan SEO?
Sia-sia sahaja menghasilkan kandungan yang orang tak tengok. Bagus macam mana pun kandungan yang kita hasilkan, bila tak sampai kepada targeted audience, tak mendatangkan hasil. Buat produk pun tak ada orang beli.
Baik, terima kasih Azmir atas jawapannya. Teruskan menulis sebab saya suka baca blog ini.
Salam tuan, terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat. Saya berminat untuk belajar SEO, dari mana ya saya patut mula?
W’salam. Terima kasih juga Zafirah kerana sudi membaca. Bagi saya untuk permulaan, Zafirah kena tahu dahulu tentang apa itu on-page seo dan off-page seo. Kemudian sentiasa monitor dan analisis segala trafik yang masuk daripada segi keyword dan sources di Google analytics. Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, saya sangat rekomen untuk belajar daripada video Neil Patel (belajar teknik) dan Income school (Belajar penulisan).