Simon Beck adalah “Snow Artist” pertama dan yang paling terkenal di dunia. Beliau memperolehi Ijazah Kejuruteraan dari Universiti Oxford tetapi memutuskan untuk meninggalkan kerja pejabatnya untuk menjadi pembuat peta.

Pada Disember 2004, selepas seharian bermain ski, beliau memperolehi idea untuk melukiskan bintang di sebuah tasik kecil yang beku yang terletak berhampiran dengan tempat tinggalnya. Kemahiran beliau didalam aktiviti orientaring digabungkan pula dengan semangat beliau untuk menjalankan aktiviti fizikal membolehkan beliau untuk menyiapkan karya seni pertama yang diperbuat daripada salji itu. Sehari selepas itu, beliau melihat hasil kerja yang dibuat menerusi lif ski dan kagum dengan hasilnya. Seterusnya selepas peristiwa tersebut, beliau terus melakukan latihan bagi memahirkan diri untuk menghasilkan corak yang lebih kompleks. Daripada situlah “Snow Art” bermula.

“Saya fikir adalah satu perkara yang menyeronokkan jika melakukan aktiviti ini selepas seharian bermain ski,” kata Beck lagi, Saya fikir saya perlu melakukan sedikit senaman dan saya ambil keputusan untuk membuat corak diatas salji. Sukar untuk saya gambarkan tentang bagaimana ia kelihatan apabila pertama kali saya membuatnya. Ia agak menakjubkan apabila dilihat daripada lif ski”.

Mulai dari saat itu, Simon terus berkarya didalam menghasilkan karya seni salji dan mengumpulkan beribu-ribu peminat daripada seluruh dunia. Beliau juga menjadi orang yang bertanggungjawab didalam mempelopori seni salji ini dan menjenamakan ” Snow Art ” di seluruh dunia. Selain daripada mencari pengalaman baru, beliau juga turut ingin menyampaikan mesej kepada masyarakat mengenai kesedaran menjaga alam sekitar menerusi karya ciptaannya yang indah.

Setelah menghasilkan pelbagai seni salji, kini Simon Beck mengongsikan kepada dunia karya seni beliau yang terbaru iaitu sebuah karya seni salji naga besar yang dihasilkan di Yakutsk, Siberia. Teknik penghasilannya tetap sama iaitu dengan berjalan dengan menggunakan teknik orientering bagi menghasilkan corak yang diinginkan dan tempoh yang dihasilkan untuk membuat corak naga ini adalah seharian.

Beck menamakan karya seni beliau ini sebagai “Drakony” sempena nama filem Rusia. Berikut merupakan gambar-gambar karya seni beliau.

Pandangan daripada udara
Pandangan lebih dekat
Gambaran penuh karya salji beliau
ketika proses penghasilan “Snow Art”
Bahagian tengah karya

Pengalaman beliau sebagai pelukis peta dan orientering digunakan dengan sebaiknya untuk menghasilkan “Snow Art” ini. Kalau karya seperti ini dapat dihasilkan di Malaysia, agaknya dimanakah tempat yang sesuai? Mungkin di ladang, mungkin juga di pantai tetapi didalam skala yang lebih kecil.

Baca juga : “The Shed Project” sememangnya satu projek yang gila

Baca juga : Gadis Itali Ini Menghasilkan Karya Seni Daripada Kopi

Baca juga : 7 Fakta Menarik Mengenai Pengasas Kentucy Fried Chicken

Share.

Seorang programmer yang mempunyai pengalaman yang tidak seberapa. Memiliki kelulusan daripada universiti terkemuka di Malaysia dan secara jujurnya beliau meminati Elon Mask lebih daripada Bill Gate.Seorang yang bercita-cita tinggi, kini bekerja sebagai Front-End developer di salah sebuah syarikat di Shah Alam.

4 Comments

Leave A Reply

Exit mobile version