11 Oktober 2015 – Alhamdulillah setelah melalui pelbagai fasa persiapan dari segi pengurusan dan perancangan strategi untuk pelan pembangunan dimasa akan datang, akhirnya laman blog azmirshah.com ini berjaya juga disiapkan.

Pelbagai aspek yang diambil kira sepanjang menyiapkan blog ini. Diantaranya rekaan bentuk logo, idea dan konsep serta pemilihan theme yang bersesuaian dengan citarasa. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang ditujukan kepada individu yang bertanggungjawab didalam penghasilan logo blog azmirshah.com iaitu saudara Amirul Izzat. Logo yang sangat ringkas namun kelihatan elegen dan punyai imej yang tersendiri.

Pemilihan theme blog pula dilakukan oleh saya. Menjadi satu tugas yang sukar bagi saya untuk mencari theme yang nampak elegen pada tahun 2015 berbanding pada tahun 2012. Pembangun theme pada masa kini lebih mementingkan theme blog yang lebih bersih dan ringkas berbanding penggunaan elemen yang lebih bergaya dan elegen. Kelihatannya pencarian selama 3 bulan ini betul-betul berbaloi.

Saya kembali menulis
Kenapa berminat untuk menulis blog?

Sebelum ini saya berpengalaman menulis di blog sejak 2008 dengan menggunakan nama samaran Blog PKE. Menulis mengenai cerita yang berkaitan dengan fakta menarik dimana pada ketika itu ianya begitu digemari oleh pembaca atas talian yang kini dikenali sebagai “Netizen”. Kemudiannya saya berhenti menulis pada pertengahan tahun 2012 diatas faktor menyambung pengajian didalam jurusan pengaturcaraan di Muadzam Shah, Pahang sebelum  menyambung kembali kareer penulisan blog pada Oktober 2015. Lebih lanjut boleh baca di ruangan tentang saya.

Konsep yang dibawakan oleh blog ini?

Apa yang saya cuba bawakan didalam blog ini adalah “Pengetahuan”. Ini bermakna saya akan cuba bawakan seberapa banyak ilmu yang saya pelajari didalam blog ini yang terdiri daripada sesuatu yang memberi inspirasi, pengetahuan am dan lain-lain lagi sekaligus bertindak sebagai buku nota digital. Ini berpadanan dengan tagline “ Lebih kacak dengan pengetahuan” yang saya bawakan dari tahun 2008 lagi dimana ia membawa maksud seseorang itu akan lebih dihormati dan disanjungi jika punyai ilmu. Selain daripada itu, saya turun akan menulis mengenai beberapa perkara yang berkaitan isu semasa. Yang pasti, penulisan tersebut bukan seperti penulisan siakap keli atau oh bulan.

Jumlah entri untuk  seminggu?

Laman blog ini adalah laman peribadi yang belum bergerak ke arah yang lebih koperat atau bersifat lebih umum. Oleh itu diketika ini saya meletakkan sasaran 1 entri baru untuk satu hari dengan jumlah minimum 4 entri bagi seminggu.

Ada apa-apa lagi?

Tidak ada. Itu sahaja terima kasih.

Mengimbau kembali zaman persekolahan dimana guru besar merasmikan acara besar yang melibatkan guru-guru dan pelajar, teringat gelagat dan dialog tipikal yang biasa digunakan di penghujung acara perasmian. Antara ayat yang sering digunakan ketika pengakhiran acara adalah “ dengan lafaz bismillah, saya merasmikan bla bla bla… ”.
Pada ketika ini saya juga ingin melakukan hal yang sama.

“Dengan lafaz bismillahir rahmanir Rahim, saya merasmikan blog AzmirShah.Com”

*hadirin diminta tepuk tangan. Sekian.

Nota : Blog ini masih lagi berada didalam keadaan serba kekurangan. Jika anda mempunyai sebarang komen dan cadangan, anda boleh menulis diruangan komen dibawah ini. Begitu juga dengan ucapan.

Terima Kasih.

Azmir Shah

Share.

Seorang programmer yang mempunyai pengalaman yang tidak seberapa. Memiliki kelulusan daripada universiti terkemuka di Malaysia dan secara jujurnya beliau meminati Elon Mask lebih daripada Bill Gate.Seorang yang bercita-cita tinggi, kini bekerja sebagai Front-End developer di salah sebuah syarikat di Shah Alam.

10 Comments

  1. Syafiqah zawawi on

    Good luck..semoga blog ni dapat memberi pengisian yang sangat bermakna..always support kau..

  2. Amir Izzat on

    Wah! Terima kasih sudi menyebut nama ku disini walaupun jasaku tidak seberapa.

    Dan, alhamdulillah,tahniah serta selamat kembali ke alam blogger. Aku suka theme blog ni. Style arr. Hehe.

    InsyaAllah. Semoga berjaya!

Leave A Reply

Exit mobile version