Viktorija Pashuta adalah seorang jurugambar yang berasal daripada Latvia dan berpangkalan di Los Angeles, CA. Beliau merupakan jurugambar yang berbakat dan pernah memenangi beberapa anugerah jurugambar fesyen. Hasil kerja Viktorija yang cukup dikenali dengan motifnya yang digelar sebagai ‘terapi warna’ sering menarik perhatian para pengemar fesyen di luar sana disamping imej beliau yang sangat feminin memberi kuasa kepada dirinya untuk meraikan intipati seorang wanita.
Menerusi satu projek khas, jurugambar ini telah menjalani satu sesi fotografi yang kreatif dan berani dimana para peraga fesyen yang dipilih akan memperagakan pakaian yang bermotifkan warna tema media sosial. Projek khas ini diberi nama “‘What If Guys Were Social Networks”. Tujuan projek ini hanyalah untuk membayangkan tentang konsep fesyen yang dibawakan jika rangkaian sosial popular itu adalah manusia.
Dengan perkembangan media sosial dan pengaruhnya ke atas kehidupan seharian, kita rasa adalah satu keperluan untuk menggunakan medium ini sebagai saluran komunikasi. Jadi projek ini sekadar gambaran kepada diri Viktorija sekiranya rangkaian media sosial ini menjadi manusia, bagaimana karakter dan personaliti mereka. Idea ini bukan sahaja menggunakan media logo sosial sebagai rujukan visual, tetapi untuk memindahkan kualiti mereka dan fungsi kebolehgunaan ke dalam watak manusia dan ianya digambarkan menerusi fesyen.
Dengan menggabungkan unsur-unsur visual logo, projek ini pula kemudian didukung oleh model yang akan membawa ‘semangat’ platform sosial tersebut disamping mewakili intipati mereka. Ia mungkin bersifat subjektif, tetapi ini adalah apa yang dibayangkan oleh Viktorija tentang bagaimana rangkaian media sosial ini akan kelihatan jika mereka meletakkan jawatan daripada skrin komputer dan keluar untuk jalan-jalan.
Berikut merupakan hasil daripada pengambaran tersebut.
– – – –
Baca juga: Gadis Itali ini menghasilkan karya seni daripada kopi
Baca juga: “The Shed Project” sememangnya satu projek yang gila
Walaupun mereka berkongsi fungsi dan ciri-ciri hampir sama, setiap rangkaian sosial mempunyai watak sendiri dan gaya: Facebook digambarkan sebagai kasual, Twitter sebagai klasik, Pinterest kreatif, LinkedIn sebagai perniagaan, Instagram sebagai vintaj, Flickr sebagai artistic, Tumblr seperti hip dan Google + sebagai inovatif.