• Pengaturcaraan
    • Laravel
    • UI/UX
    • SEO
  • Teknologi
    • Mata Wang Kripto
  • Filem & Siri
  • Motivasi
    • Agama
    • Kata Inspirasi
    • Viral
  • How to?
Mencari
Facebook Twitter Instagram
Azmir Shah
  • Pengaturcaraan
    1. Laravel
    2. UI/UX
    3. SEO
    4. View All

    Apa itu Laravel? Adakah ia lebih baik berbanding Core PHP?

    24/04/2019

    4 laman web yang memberi inspirasi UIUX

    28/02/2021

    4 aplikasi rekaan UI/UX yang menjadi kegemaran saya

    25/06/2019

    Perbezaan wireframe, mockup dan prototaip untuk UI/UX

    18/06/2019

    Panduan On-page SEO yang semua orang wajib tahu!

    08/02/2021

    Apa itu SEO? Kenapa ia penting kepada laman web?

    10/10/2020

    LT Browser: Menguji reka bentuk responsif laman web anda secara offline

    22/02/2022

    Bagaimana cara debug ghost CSS secara manual

    15/02/2022

    Beza camel, snake, kebab dan pascal case dalam penulisan kod

    12/02/2020
  • Teknologi
    1. Mata Wang Kripto
    2. View All

    Cara beli token di Pancakeswap

    08/01/2022

    11 tip trade kripto untuk golongan pemula

    05/10/2021

    Panduan menjual mata wang kripto di Binance P2P Malaysia?

    10/06/2021

    5 platform jual beli Bitcoin di Malaysia untuk pemula

    21/02/2021

    Tiktok memintas Google sebagai laman web paling popular

    02/01/2022

    Keburukan ekonomi gig kepada gigger

    18/01/2021

    Apa itu ekonomi gig? Adakah Malaysia terkesan?

    09/12/2019

    Pemuda Ini Meramalkan Teknologi Dan Masa Hadapan

    24/08/2016
  • Filem & Siri

    Idiocracy (2006): Filem bodoh yang buat anda berfikir sejenak

    7.0 01/01/2022

    Ulasan Love Destiny (2018), Drama Thai yang anda patut tonton

    7.3 24/09/2021

    7 Drama Korea terbaik lakonan Lee Jong-Suk

    06/02/2021

    Tonton movie online secara percuma dengan Streamio

    17/01/2021

    7 filem manusia genius terbaik sepanjang zaman

    16/12/2019
  • Motivasi
    1. Agama
    2. Kata Inspirasi
    3. Viral
    4. View All

    Panduan melaksanakan solat jenazah dengan sempurna

    22/01/2017

    Peranan Yang Dimainkan Si Ayah Mempengaruhi Tingkah Laku Anak-Anak

    22/12/2015

    Pengisian Kuliah Ustaz Azhar Idrus Di Surau Al-Iman

    13/11/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 3

    12/11/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 2

    29/10/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 1

    22/10/2015

    Kisah Katak : Apa Beza Diri Anda Dan Katak Ini?

    20/12/2015

    Kisah Penjual Tempe Yang Penuh Dengan Pengajaran

    27/11/2015

    Cerita Rakyat Daripada Jepun Ini Sarat Dengan Pengajaran

    23/10/2015

    Mesej Seorang Bapa Kepada Anaknya Ini Pasti Membuatkan Anda Tersentuh

    15/10/2015

    Matlamat: Jangan Fokus Padanya, Jangan Berkongsi Pada Sesiapa

    28/03/2019

    Pakar Psikologi Berpendapat Kita Perlu Menerima Diri Kita Yang Seadanya Sebelum Bersedia Untuk Berubah

    17/01/2016

    7 Perbezaan Golongan Menengah dan Orang Kaya Yang Anda Kena Tahu

    16/01/2016

    7 Tabiat Yang Mampu Meningkatkan Produktiviti Kerja Anda

    14/01/2016
  • How to?

    Cara hantar Whatsapp tanpa save nombor seseorang

    17/10/2022

    Cara install aplikasi Disney+ Hotstar di Samsung TV Malaysia

    08/02/2022

    Cara menyelesaikan masalah “card information is invalid” di Samsung Pay

    12/06/2021

    Terlupa judul lagu? Ini cara cari lagu dengan bersenandung

    23/02/2021

    Buka akaun perniagaan Maybank online tanpa introducer

    02/02/2021
Azmir Shah
belajar di politeknik, belajar di politeknik muadzam shah, belajar poli, politeknik muadzam shah, poli, pms, budak poli, politeknik pahang, pms, poli muadzam, poli pahang, politeknik pahang, politeknik hebat, i love politeknik, politeknik malaysia
Pendidikan

Pengalaman Belajar di Politeknik Muadzam Shah, Pahang

Azmir ShahBy Azmir Shah32 Comments12 Mins ReadUpdated:18/12/2021
Share
Facebook Twitter Telegram WhatsApp

Zaman ini menuntut ilmu di Politeknik bukan lagi asing. Jika dahulu pelajar lepasan SPM menjadikan Politeknik sebagai pilihan kedua untuk melanjutkan pendidikan di peringkat tinggi, kini tidak lagi.

Mentaliti masyarakat mula berubah dan bersifat terbuka. Mereka mula percaya kepelbagaian pendidikan membuka lebih banyak peluang dan ruang untuk anak-anak mereka membuat pilihan.

Begitu juga saya. Saya percaya pendidikan itu satu pilihan. Maka demi meraikan kepelbagaian kita semua, hari ini saya ingin kongsikan bersama anda semua tentang kisah saya. Pengalaman saya belajar di Politeknik Malaysia.

Saya produk Politeknik

Saya merupakan seorang alumni Politeknik yang cukup bangga menjadi salah seorang daripadanya (Politeknik Hebat). Menerima pendidikan di Politeknik Muadzam Shah, Pahang dalam jurusan Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan).

Saya rasa bertuah menerima pendedahan awal pengaturcaraan (programming) di aliran teknikal.  Tak ada Politeknik, tidak adalah saya yang sekarang.

Antara faktor saya bersyukur melanjutkan pelajaran disini ialah bagaimana pembelajaran yang ada disini dijalankan secara praktikal disamping sillibus Politeknik yang sentiasa dikemaskini agar bergerak seiring dengan keperluan industri semasa. Ini bertepatan dengan agenda Politeknik yang ingin melahirkan seberapa banyak graduan separa mahir.

Kebetulan pula kerajaan giat menfokuskan pembelajaran Technical and Vocational Education and Training(TVET) daripada zaman YB Dato Seri Idris Jusoh (beliau memang dekat dengan hati warga Politeknik) sehinggalah sekarang wujudnya Jawatankuasa Pemerkasaan TVET Malaysia, kepopularan Politeknik sebagai aliran alternatif terus menyerlah.

Bak kata orang jika kita mahu terus releven menempuhi revolusi perindustrian 4.0, maka Malaysia perlu bersedia. Kita juga perlu bersedia. Ini cara kita bersedia.

dip 2b, student it

Kenangan bersama classmate

Kami dulu selalu berseloroh dengan nasib kami yang menjadi tikus makmal kerajaan kerana keterlibatan kami dengan TVET. Dizaman saya ini pihak Politeknik sedang bereksperimen sama ada latihan industri perlu dilakukan pada semester 4 atau semester 6.

Keduanya mempunyai kebaikan dan keburukan yang tersendiri, tetapi bak kata orang malang tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih. Pengakhirannya nanti kami juga yang menjadi mangsanya.

Mujurlah kami ditetapkan pada semester 6 (tahun akhir), sekurangnya kami boleh terus bekerja selepas tamat belajar. Selamatlah semuanya. (Pembelajaran di Politeknik bagi kos IT adalah selama 3 tahun sahaja).

Jika dahulu diploma saya ditawarkan kos Teknologi maklumat pengaturcaraan (programming) dan rangkaian (networking), kini jurusan tersebut digantikan dengan Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) dengan pengkhususan (majoring) Pembangunan Perisian & Aplikasi (Software & Application Development) dan Sistem Rangkaian (Networking System). Gempak kan?

Nak tahu lebih lanjut, sila layari laman web rasmi Politeknik Malaysia: Klik sini

(Salah satu faktornya saya malas nak tulis. Haha)

Kelebihan belajar di Politeknik

Kata orang, belajar di Politeknik ini lebih teruk daripada universiti dan baik sedikit daripada matrikulasi. Mungkin sebab kongkongan Politeknik terhadap pelajar yang menginap di kolej Kediaman (KAMSIS) tentang peraturan pulang sebelum jam 10 malam disamping perlu berkemeja dan berbaju kurung jika ingin ke kelas. Pandangan saya?

Saya tak kesah pun. Saya masih sukakan Politeknik ini. Saya rasa seronok. Keseronokan saya semakin bertambah apabila saya menikmati beberapa kemudahan seperti:

  1. Yuran Politeknik sangat murah.

    Ye betul. Belajar di Politeknik sangat murah. Ketika zaman saya dahulu, yuran sekitar RM260 yuran pengajian + yuran penginapan. Ini harga yuran pada tahun 2012-2015. Sebab itulah pada zaman saya tak pelik kalau ramai pelajar tak buat pinjaman PTPTN.

    Tapi sekarang difahamkan yuran pengajian masih sama sekitar RM200. Cuma yuran asrama dinaikkan daripada Rm60 kepada RM360 maka totalnya RM560. Masih lagi murah berbanding dengan universiti awam termurah seperti UiTM. Anda masih lagi boleh memiliki diploma.

  2. Hubungan pelajar lebih dekat dengan pensyarah.

    Disini begitu mudah untuk berurusan dengan pensyarah. Tidak seperti universiti yang memerlukan anda untuk melakukan temujanji, di sini semua pelajar boleh berjanji mulut dengan pensyarah. Adakalanya main redah sahaja untuk berjumpa dengan pensyarah di pejabat. Haha. Yang paling penting, tak akan sesat.

    Biasanya kami gunakan kemudahan ini untuk bertanyakan tentang tugasan (assignment) yang perlu dihantar. Lepas tu kami kacau pensyarah kat sebelah meja pensyarah kami. Haha. Hubungan agak rapat, kebiasaannya seseorang pelajar itu akan kenal dengan semua pensyarah jabatannya.

  3. Silibus pembelajaran yang releven

    Bagi saya silibus pembelajaran tak adalah teruk sangat, memandangkan kos saya kos IT, maka nak mengejar trend semasa agak sukar kerana teknologi bergerak terlampau laju.

    Akan tetapi sekurangnya tidaklah ketinggalan zaman. Fundamental memerlukan pelajar mendalami UI/UX dan pengaturcaraan seperti C++, kemudian java for android, .NET, PHP, mySQL. Agak nice jugalah.

    Cuma apabila penyediaan tenaga kerja mahir menjadi satu keutamaan, kebiasaannya hanya kemahiran teknikal sahaja yang akan difokuskan. Tiada subjek pengurusan seperti kejuruteraan perisian.

  4. Memang bermotifkan menyediakan produk untuk pasaran

    Politeknik berfokuskan kepada penyediaan produk untuk pasaran. Bayangkan bagaimana penyediaan pelajar itu bukan kepada kemahiran teknikal semata-mata, sebaliknya penyediaan itu daripada sekecil-kecil teknikal penyediaan resume sehingga ke cara temuduga.

    Jadi saya tak pelik kalau kebiasannya pelajar yang belajar di Politeknik tidak menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi. Sebab set mindsetnya begitu. Kerja.

Baiklah itu serba sedikit kebaikan yang anda dapat jika menuntut ilmu di Politeknik Muadzam Shah. Bagaimana dengan pengalaman saya ketika menuntut di sana?

Pengalaman di Politeknik Muadzam Shah

Politeknik Muadzam Shah merupakan Politeknik yang ke 19 ditubuhkan dan di antara Politeknik yang terbesar di Malaysia. Saya merupakan kemasukan Sesi Julai 2012/2013 kira first batch untuk tahun 2012. Ketika kemasukan saya ada lebih kurang 800++ kemasukan pelajar baharu sahaja.

Sejujurnya ketika penempatan saya di sini, kesemua pelajar dan staff baru sahaja berpindah kampus daripada penempatan sementara di sekolah Teknik Muadzam Shah ke kampus yang baru disiapkan. Tak silap saya baru setahun.

Isunya macam biasa, kontraktor bermasalah yang silih berganti menyebabkan pembinaan Politeknik ini tertangguh hampir 10 tahun. Mujur ketika itu bangunan tidak mempunyai kerosakan infrastruktur yang serius. Ada juga diantara fasiliti yang tidak lengkap, namun selesa untuk didiami.

Kemudahan sukan seperti kolam renang, track larian yang selesa dan kemudahan sukan indoor, saya fikir apa yang ditawarkan lebih daripada cukup. Mereka pula baru mendiami kira-kira setahun, maka banyak kekosongan didalam Kamsis. Barangan juga masih baru.

bola tampar pms, politeknik muadzam shah, belajar di politeknik, pelajar politeknik

Aktiviti riadah di petang hari

Mengenai saya, walaupun Politeknik Muadzam Shah (PMS) ini mempunyai kemudahan serba serbi untuk bersukan, sayangnya saya bukan atlet. Saya lebih aktif kepada aktiviti yang berbentuk akademik.

Walaupun saya menyertai aktiviti berbentuk akademik, keutamaan saya menuntut ilmu di Politeknik bukannya dengan niat untuk menjadi pelajar yang cemerlang (kehidupan di universiti juga sama), sebaliknya saya lebih kepada pembentukan karakteristik pelajar yang boleh dijual. Jadi asal pointer melebih 3.00, itu sudah cukup baik bagi saya. Sebab pointer bukan keutamaan saya. Lagipun saya tak mahu pun anugerah pengarah.

Ketika saya sambung belajar, saya dimomokkan dengan khabar angin yang mengatakan graduan IT susah nak mendapat kerja, Politeknik tak ada standard dan sebagainya. Kalau pelajar cemerlang universiti pun tak ada kerja, maknanya masalah itu bukan terletak pada sistem semata, tetapi juga pada graduan.

Sebab itu tujuan saya masuk berbeza dengan yang lain. Sebab saya lagi bijak daripada mereka. Terutama dengan pelajar universiti yang tanam anggur. Pedas kan? Hahaha. Lagipun saya nak tutup mulut juga mak cik-mak cik ketika itu yang memandang rendah kepada mereka yang belajar di Politeknik. Mujurlah situasi sekarang sudah berubah.

Suasana pembelajaran di Politeknik

Suasana disini cukup berbeza. Saya sangat suka dengan silibus pembelajaran yang disediakan walaupun susah. Tak macam sekolah yang datang sebab terpaksa. Disini memang saya suka untuk datang ke kelas…. walaupun kadang-kadang lambat. Hahaha.

Kalau nak diikutkan ada beberapa subjek saya yang saya tidak suka antaranya Human Computer Interaction (HCI) dimana saya perlu menghafal teori yang saya anggap remeh.

Sebagai contohnya kenapa butang home page biasanya belah kiri dan kenapa butang home page dan back tidak boleh berada ditempat yang sama. Orang cakap common sense kot.

mobile development, bengkel android, belajar di politeknik, belajar poli, politeknik malaysia

Bengkel Android bersama En. Zainoz. Mobile Apps pertama kami.

Tetapi saya bersyukur berkat silibut tersebut, saya mempunyai portfolio yang agak selesa untuk dicanangkan ketika proses memohon kerja.

Hasil pembelajaran saya tentang photoshop, Flash(javascript), jQuery mobile, Java dan PHP menyebabkan saya ada lebih daripada 4 portfolio untuk ditunjukkan kepada bakal majikan tentang kemampuan saya untuk bekerja.

Jadi sedikit sebanyak membantu saya untuk mengoreng dengan cukup rencah. Kira kalau sembang pokok pun boleh terbang.

Satu kelebihan yang saya suka ketika menuntut ilmu di Politeknik Muadzam Shah ini ialah staff Jabatan Pengajian Am (JPA) yang bagi saya memang unik dan terbaik.

Mereka tidak jangal bergaul dengan pelajar dan ada diantara mereka yang masih berkawan dengan saya sehingga ke hari ini. Mereka antara individu yang menyumbang kepada pembangunan soft skills saya.

Bayangkan subjek yang membosankan ketika sekolah menengah ialah “English” dapat dikuasai dengan kacang sekali. Pensyarah pula sporting teruk dan keluar daripada norma kebiasaan. Jadi korang akan rasa berbaloi-baloi dan seronok untuk menuntut ilmu.

Aktiviti luar kelas yang saya sertai

Menjadi MPP penggal 2012/2013 antara kenangan yang saya tidak lupa sampai bila-bila. Daripada Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), logo pada zaman saya sampai 3 kali tukar. Hahaha.

Ketika ini peranan saya tidaklah ketara sangat, kata orang macai sahaja. Tapi adalah juga manifesto pilihanraya yang berjaya saya kotakan. Akta 174 juga saya hafal. Jadi banyak juga perkara yang saya belajar termasuklah “action speak louder than word”.

majlis perwakilan pelajar, mpp pms, belajar di politeknik, politeknik malaysia, belajar di poli

Saya dan rakan seperjuangan satu ketika dahulu

Selain daripada itu, sepanjang menjadi MPP pelbagai aktiviti kesukarelawan yang saya sertai. Antaranya 1Malaysia for Youth (im4U) yang membantu mangsa banjir ketika itu di Kuantan, Yayasan Sukarelawan Siswa Politeknik (YES) dan Program Memodenisasikan Komuniti Orang Asli Rompin (MEKAR) sambil-sambil mendekatkan diri dengan masyarakat orang asli.

Aktiviti bukan sukarelawan jangan cakap la. Banyak. Agak menyeronokkan juga mendekatkan diri dengan masyarakat. Bak kata orang, ” contribute back to the society”.

Ketika zaman saya ini, setiap MPP wajib menjadi fasilitator untuk Minggu Suai Kenal (MSK). Jadi nak tak nak kenalah juga bertugas. Yang seronoknya dengan MSK ini, saya tidak perlu risau tentang pemasalahan tenaga kerja kerana menjadi fesilitator untuk MSK juga menjadi kegilaan para pelajar senior. Sambil-sambil tu boleh mengurat junior.

Kalau tak percaya, tengoklah selepas habis MSK pasti ada junior dan senior berkepit di kafe. Hahaha. Biasanya MSK ini akan berlangsungnya sesi pendaftaran pelajar baru bersama Latihan Dalam Kumpulan (LDK) selama beberapa hari bagi membina hubungan dikalangan pelajar baru.

Kebiasaannya kemasukan Politeknik akan berlangsung sebanyak 2 kali setahun. Satu bulan Julai, satu lagi bulan Disember. Jadi peluang akan sentiasa ada.

pasukan debat politeknik, pasukan debat politeknik muadzam shah, politeknik muadzam shah, debat pms

Dari dulu memang berbakat jadi pembangkang

Sambil-sambil itu saya agak aktif mewakili PMS ke Kejohanan debat diantara politeknik. Baik bahasa melayu mahupun bahasa inggeris, keduanya saya sapu.

Kebetulan juga ketika itu minat membaca masih lagi menyelubungi diri, jadi setakat isu BR1M, perlembagaan persekutuan, perjanjian COMANGO dan pelbagai isu semasa pada ketika itu apalah sangat.

Saya sempat mewakili Pertandingan debat Ala Parlimen antara Politeknik siri 1, 2, dan 3 serta satu Debat Kemerdekaan Ala Parlimen di UKM. Walaupun saya pelajar jurusan IT, itu bukan satu halangan kepada saya untuk beraksi.

Cuma kelemahan PMS ketika itu ialah teknikal debat sebab kami tidak mempunyai jurulatih tetap. Mujurlah ada Ustazah Asma dan Ustazah Mardiah ketika itu yang setia menjadi pensyarah pengiring yang sentiasa berusaha membantu pelajarnya. Berkat usaha bersama berjaya juga kami perbaiki prestasi dari semasa ke semasa.

Selepas bersara daripada MPP dan debat, pihak Politeknik Muadzam Shah menawarkan 2 tawaran kepada saya untuk mewakili Politeknik ke program antarabangsa. Akan tetapi dengan syarat, saya mesti melalui proses temu duga (interview).

Temu duga pertama saya perlu ke Putrajaya untuk melalui proses aktiviti sukarelawan ke Filipina. Saya terpaksa bersaing dengan peserta daripada Politeknik lain. Saya tidak lepas. Namun begitu menerusi temuduga kedua, saya berjaya terbang ke Perth, Australia bagi mewakili PMS ke program pengantarabangsaan Politeknik.

Kalau ada rezeki itu tak kemana. Kerugian saya digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Alhamdulillah.

kings park perth, program politeknik ke perth

Istirehat di Kings Park, Perth, Western Australia

Disebabkan oleh keaktifan itu, saya tercalon sebanyak 2 kali untuk anugerah Ikon Pelajar Hebat peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Politeknik Port Dickson dan Menara Kuala Lumpur.

Saya tak ingat pula dicalonkan didalam kategori apa. Ini kiranya antara sisa-sisa pengalaman saya sebelum saya menjalani latihan industri dan terus pergi daripada Politeknik tercinta. Kenangan tu.

Melalui aktiviti-aktiviti seperti ini menyebabkan saya berkenalan dengan ramai orang. Saya dapat kenal dengan pelajar PMS dimasa yang sama dengan pelajar Politeknik yang lain juga. Tak rugi berkawan. Malah ada mereka yang sudah pun berjaya. Ada yang menetap diluar negara, ada yang menjadi programmer, ahli politik, ahli perniagaan dan banyak lagi.

Cerita selepas latihan industri

Selepas menjalani latihan industri, kebiasaannya para pelajar perlu melaporkan diri untuk menghantar laporan dan membuat pembentangan kepada para penilai. Bagi yang bertuah pula, mereka terus mendapat tawaran kerja daripada syarikat yang mereka jalani latihan industri. Saya pula?

Selepas selesai tempoh latihan industri selama 6 bulan, saya antara mereka yang bertuah. Alhamdulillah rezeki saya tidak sempat menganggur terus mendapat jawatan yang saya impikan iaitu menjadi seorang programmer atau lebih tepat lagi Front End Developer.

Gaji yang diterima sangat memuaskan. Tempat kerja saya juga di silicon valley Malaysia iaitu Cyberjaya. Ini macam impian jadi kenyataan. Tak sia-sia belajar di Politeknik.

internship, latihan industri,

Crash couse belajar Ruby on rails

Selepas daripada itu, maka tamatlah perjalanan hidup saya sebagai seorang pelajar yang belajar di Politeknik. Banyak suka dan duka serta cabaran yang dihadapi bagi menghadap karenah manusia.

Namun secara jujurnya sumbangan Politeknik ini didalam membentuk keperibadian dan pandangan saya untuk memandang dunia dengan lebih luas. Saya bangga menjadi sebahagian daripada TVET.

Kesimpulan daripada perkongsian ini

Saya harap anda dapat gambaran jelas tentang bagaimana pengalaman menjadi pelajar Politeknik terutama kepada mereka yang bakal memasuki Politeknik Muadzam Shah.

Sekurangnya selepas anda membaca perkongsian saya ini, ia dapat mengubah pandangan tentang kehidupan seorang pelajar di bidang teknikal tidaklah seteruk mana.

Tapi itulah, kita tidak boleh pukul rata semua benda kerana pengalaman setiap orang berbeza-beza. Mungkin ini adalah sebahagian daripada kisah saya.

Baca juga: Phone Hilang? Ini Tip Mudah Mengesan Peranti Anda

Baca juga: Apa Itu Mata Wang Kripto dan Bagaimana Ia Berfungsi

Ok baiklah, cerita pun habis. Terima kasih  kerana sudi membaca cerita yang tidak seberapa. Tahniah kerana berjaya membaca penulis sepanjang 2315 patah perkataan ini. Hahaha.

Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan, tanpa segan sila anda boleh bertanyakan di ruangan komen. Jika perlu saya mungkin akan membuatkan entri khas untuk soalan tersebut.

Selepas ini saya akan tuliskan pula pengalaman saya menuntut di Universiti Utara Malaysia (UUM) pula. Apa yang menariknya kehidupan disana. See yaaaa..

aktiviti politeknik apakah politeknik bakal pelajar politeknik muadzam shah bakal pelajar politeknk belajar di politeknik budak poli debat politeknik diploma in programming diploma teknologi maklumat diploma teknologi maklumat pengaturcaraan jurusan politeknik kamsis kehidupan di poli kelebihan diploma politeknik kelebihan politeknik kelebihan politeknik di malaysia kos politeknik masuk politeknik pengalaman belajar di poli pengalaman belajar di politeknik pengalaman belajar di politeknik muadzam shah pms poli pahang poli pms politeknik malaysia politeknik muadzam shah politeknik pahang politeknik pms tvet tvet malaysia tvet politeknik
Share. Facebook Twitter Telegram WhatsApp
Previous ArticleApa Itu Mata Wang Kripto dan Bagaimana Ia Berfungsi
Next Article Apa itu Laravel? Adakah ia lebih baik berbanding Core PHP?
Azmir Shah
  • Website
  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

Seorang programmer yang mempunyai pengalaman yang tidak seberapa. Memiliki kelulusan daripada universiti terkemuka di Malaysia dan secara jujurnya beliau meminati Elon Mask lebih daripada Bill Gate.Seorang yang bercita-cita tinggi, kini bekerja sebagai Front-End developer di salah sebuah syarikat di Shah Alam.

32 Comments

  1. Adzly on 27/07/2022 6:46 PM

    Hi..Apakah spec laptop yg digunakan untuk sambung belajar dalam bidang teknologi maklumat?

    Reply
    • Azmir Shah on 01/08/2022 9:14 PM

      Hi Adzly, buat masa ni minimum ram 8gb, processor i5, dan kalau laptop ada kad grafik lebih baik.

      Reply
    • imelia on 17/10/2022 8:52 PM

      tumpang tanya, politeknik terima tak kelulusan skm sahaja.. tiada spm? dan adakah poli berdekatan dgn stesen bas dan sbgai nya?

      Reply
      • Azmir Shah on 20/10/2022 12:54 AM

        Hi Imelia, kalau tak silap saya masa zaman saya dahulu terima, sekarang saya kurang pasti. kena rujuk dengan pihak berkenaan. Politeknik Muadzam Shah dalam 10 minit naik kenderaan kalau ke stesen bas ekspress.

        Reply
  2. musta on 20/05/2022 5:32 PM

    Hai nak tanya, Politeknik Muadzam Shah terima tak SVM (Sijil Vokasional Malaysia)? sebb saya nak pindah ke politeknik. Tapi kalau tak terima, takpelah😔 macam pelik je hala tuju ni

    Reply
  3. yusuf pencinta iPhone on 24/10/2021 9:05 PM

    wah bestnya baca pengalaman belajar luar negara…thank you for sharing..

    Reply
    • Azmir Shah on 30/10/2021 9:54 PM

      Terima kasih juga kerana sudi membaca. =)

      Reply
  4. Puam Red Mira on 10/11/2020 12:38 AM

    hye Junior…. saya pun dari politeknik Muadzam Shah Pahang….bidang yang sama….batch jun 2010….

    Reply
    • Azmir Shah on 10/11/2020 6:15 PM

      Hi senior. Terima kasih sudi membaca pengalaman tidak seberapa ini.

      Reply
  5. Dexter on 19/08/2020 9:41 PM

    Adakah ptptn cukup utk menampung segala kos yuran dan keperluan harian seperti sewa, makanan minum Dan sebagainya ketika beljar di politeknik? Sbab klau boleh, saya tak nak beban kan ibu bapa utk tanggung kos sya bljar.. Minta penjelasan plss.. TQ

    Reply
    • Azmir Shah on 19/08/2020 11:25 PM

      Kena usaha sikit untuk duduk di kolej kediaman dengan sertai aktiviti anjuran politeknik. Kalau duduk di dalam, mungkin cukup untuk menampung perbelanjaan.

      Reply
  6. ainmuslim on 09/08/2020 5:15 PM

    haiii saye jugak merupakan produk politeknik muadzam shah,intake jun2019 heheheh saye skrg dah sem 3 dah ambik kos jkm. saye suke baca cerita anda. Very interesting ! belajar kat poli lagi lagi pms sngt best okay srs! okaylah btw tengkiu for share your story with us.

    Reply
    • Azmir Shah on 18/08/2020 9:25 AM

      Terima kasih Ain kerana sudi membaca. Tak sangka pelajar semasa pun terjumpa dengan penulisan saya ni. Yap betul, belajar di PMS daripada segi suasana dan kaedah pembelajaran sangat menyeronokkan. Sampai kita terlupa suasana membosankan sekolah satu ketika dahulu.

      Reply
    • mila on 02/03/2023 2:02 AM

      hi saya budak poli muadzam gak . saya jp . sekarang dah sem 5 . akak jadi fasi saya dulu time sem 1

      Reply
  7. Mey on 07/07/2020 12:22 AM

    I’m into politeknik because the course that I’m into really need practical more than theories and that’s what politeknik does right?? :D.. after(me and my dad) trying sooo hard to get(me) into any university by picking course that I’m not into.. I ended up getting into politeknik premier(the only place that have the course I’m into) which I heard only(?) apply for students with “excellent” SPM results(?) just like any universities.. after hearing that politek premier apply for students with 5~6As minimum(?) really made me feel relief and all BUT.. but it still doesn’t change the facts that it isss still a “politeknik”.. my teachers at my old school they.. idk.. kept “looking down” on me whenever i said I got into politeknik.. i mean like.. is that really necessary? I did so many research about politeknik premier.. ended up searching ‘teruk sangat ke politeknik’ which bought me here, reading to your satisfying slash funny story ^^ about your experience in politeknik and some good things about politek compare to uni.. this is not a question but I want to Thank You for sharing just by reading this really burn some spirit to keep on holding onto my dream. Thank You.
    Sorry that this isn’t a question aaaaand UUM is pretty nice~ been there a lot(ofc typical orng kedah/sintok/changlun xD)

    Reply
    • Azmir Shah on 08/07/2020 12:54 AM

      Actually it’s all about your ambition, what you want to be. If you want to become a doctor, then Polytechnic is not the right place for you to start your journey. Unless polytechnic starts to offer medic courses.

      So you don’t need to be taken aback by the words your teacher is saying cause everyone has a different journey. Maybe he/she doesn’t know how the world of gig economy works.

      Already got a polytechnic admission? Congratulations. Let me guess, PUO?

      Reply
  8. Mayuni on 28/06/2020 12:00 PM

    Mahal tak kos teknologi digital ni

    Reply
    • Azmir Shah on 29/06/2020 11:09 AM

      Kalau dari segi kos, Politeknik antara IPT yang menyediakan harga yuran yang murah.

      Reply
  9. An on 27/06/2020 6:02 AM

    Boleh saya tahu kalau saya ambil bidang grafik designer.. dan boleh dapat skor elok.. ada peluang tak nak sambung degree dalam grafik design ke luar negara?

    Reply
    • Azmir Shah on 28/06/2020 4:55 AM

      Boleh tak ada masalah. Tak ada halangan pun untuk pelajar Politeknik sambung belajar di luar negara.

      Reply
  10. Isa Saidin on 16/01/2020 5:22 PM

    Hai senior MPP, AHAHAH Saya juga produk PMS, YDP MPP PMS 2019 juga peserta debat PMS, hingga bawa pms ke TOP 10, saya juga dicalon dalam anugerah tokoh siswa malaysia hahahahahaaaaaa Wahh goodluck for ur future senior, Kita bangga Menjadi Produk Politeknik

    Reply
  11. Farahanun Syahirah on 10/07/2019 5:23 PM

    Boleh cerita sikit tentang Teknologi Maklumat ?

    Reply
  12. fitri on 10/07/2019 3:09 AM

    Saya nk tanya,belajar di politeknik adakah mengunakan bahasa English sebagai bahasa penghantaran dan exam semua soalan jawab dlm bahasa English ke? sbb saya lemah bi hmm

    Reply
    • Azmir Shah on 10/07/2019 3:38 AM

      Di peringkat IPT sememangnya gunakan bahasa inggeris sebagai bahasa penghantar. Tapi tak payah risau la. Kebiasaannya campur.

      Reply
  13. Farahanun Syahirah on 10/07/2019 1:03 AM

    saya bakal student PMS kos Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) intake bulan 12 .. Boleh tak nak tahu lebih lagi tentang PMS dan kos ni ?

    Reply
    • Azmir Shah on 10/07/2019 1:05 AM

      Soalan terlampau umum. Boleh spesifikkan soalan supaya mudah saya jawab.

      Reply
  14. Muhd Alif on 21/05/2019 5:14 PM

    politeknik sultan mizan zainal abidin

    Reply
    • Azmir Shah on 21/05/2019 6:02 PM

      Baiklah. Selamat sambung belajar di Politeknik. GLHF.

      Reply
  15. Muhd Alif on 20/05/2019 10:49 PM

    semangat nak belajar di politeknik,sy masuk june ni dalam kos teknologi digital

    Reply
    • Azmir Shah on 20/05/2019 11:20 PM

      Owh seriously? Tahniah saya ucapkan. Dapat politeknik mana tu?

      Reply
  16. encikhafiz.my on 19/04/2019 11:43 AM

    hi, saya juga produk politeknik. politeknik adalah warisan kita.

    Reply
    • Azmir Shah on 19/04/2019 5:54 PM

      Politeknik adalah warisan kita
      Membekal tenaga bidang teknikal
      Bersama membina kemajuan negara
      Malaysia ku tercinta….

      hahaha

      Reply

Leave A Reply Cancel Reply

Cari Sesuatu?
Sosial Media
  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • Telegram
Artikel Terbaru
Review

Cara beli kad NFC Touch N Go dengan mudah dan pantas

By Azmir Shah11/02/2023
Review

Ulasan projektor murah Q3 Pro dan pengalaman menggunakannya

By Azmir Shah26/10/2022
Tutorial

Cara hantar Whatsapp tanpa save nombor seseorang

By Azmir Shah17/10/2022
Review

Pengalaman tukar skrin samsung s20+ secara percuma

By Azmir Shah10/10/2022
Makanan

5 Sarapan tidak sihat menurut Pakar Perunding Kardiologi

By Azmir Shah01/03/2022
Kategori
Mengenai Kami
Mengenai Kami

Platform penulisan untuk kami kongsikan segala informasi yang bersarang di minda. Berkongsi pengetahuan untuk anda para pembaca yang budiman.

Pautan Berkaitan
  • Dasar Privasi
  • Hubungi
  • Tentang
Artikel Terbaru

Cara beli kad NFC Touch N Go dengan mudah dan pantas

11/02/2023

Ulasan projektor murah Q3 Pro dan pengalaman menggunakannya

26/10/2022

Cara hantar Whatsapp tanpa save nombor seseorang

17/10/2022

Pengalaman tukar skrin samsung s20+ secara percuma

10/10/2022
© 2023 Hak Cipta Terpelihara. Direka untuk Azmir Shah.

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

Go to mobile version