Benarkah ramalan Filem Back To The Future pada tahun 2015?
Jika anda mengikuti perkembangan yang berlaku di media sosial dan laman web utama, pasti anda menyedari cakap-cakap mengenai “Back to future”, sebuah filem sains fiksyen yang diarah oleh Robert Zemeckis dan ditayangkan pada sekitar tahun 1985.
Disini kami ingin membicarakan mengenai peristiwa yang berlaku di dalam “Back to the future 2”, dimana didalam filem tersebut, Marty dan Dr Emmett telah melakukan lawatan ke masa depan iaitu pada 21 Oktober 2015 yang merujuk kepada hari ini. Iya, sememangnya hari ini. Memandangkan filem itu sendiri ditayangkan pada 1989, sudah pasti pengarah filem bersama penulisnya Bob Gale mempunyai pandangan tipikal mengenai masa depan yang tersangat maju dengan kecanggihan teknologi yang menggila. Sedangkan realitinya. Haha.
Tapi sebelum kita terus bergelak, benarkah apa yang dipaparkan didalam filem Back To The Future itu semuanya tidak menjadi kenyataan? Mungkin anda silap. Jom kita lihat barangan yang terdapat didalam filem “Back to the future” dan ianya ada pada hari ini. Maka dengan itu, akan terjawablah persoalan mengenai benarkah ramalan Filem Back To The Future pada tahun 2015?
1. Hoverboard
Adalah impian kanak-kanak yang menonton filem ” Back to the future 2″ untuk memiliki hoverboard yang mampu terapung ini. Syarikat gergasi daripada Jepun iaitu Lexus dan sebuah syarikat daripada California yang dibiayai oleh Kickstarter baru-baru telah melancarkan sebuah prototaip hoverboard yang bersifat anti graviti. Lihat video untuk maklumat lanjut.
Babak Hoverboard di BTTF : Klik Sini
Lexus Hoverboard : Klik Sini
2. Sidang Video
Dimasa ini, perbualan video bukanlah sesuatu yang pelik atau janggal. Kita mempunyai skype dan Facetime untuk melakukan perbualan video. Malahan banyak syarikat diluar sana yang sudah mula menyediakan perkhidmatan sidang video ini. Sebagai contohnya facebook.
Namun tanpa kita sedari, pada lewat tahun 80-an, ini cuma fantasi.
Babak Perbualan video di BTTF : Klik Sini
Contoh Penggunaan Skype : Klik Sini
3. Drones
Drone dapat dilihat didalam back to the future sebanyak 2 kali. Kali pertama dapat dilihat disaat USA Today mengambil gambar Griff dan geng ketika penahanannya manakala peristiwa yang kedua adalah disaat drone membawa anjing berjalan.
Mungkin di zaman ini kita tidak menggunakan drone secara meluas, tetapi fotografer, journalism, syarikat-syarikat tertentu seperti Amazon, Google dan DHL antara syarikat yang kerap menggunakan drone untuk pelbagai tujuan.
Babak Drone di BTTF (Minit 5:30) : Klik Sini
Contoh Drone di pasaran : Klik Sini
4. Permainan tanpa wayar
5. TV Skrin Leper
6. Kaca mata pintar

7. Kasut yang mengikat sendiri

Kasut di BTTF: Klik SiniKasut didunia realiti : Klik Sini
8. Teknologi Biometrik
Teknologi biometrik di BTTF : Klik SiniTeknologi biometrik sekarang : Klik Sini
9. Tablet
Berdekad sebelum pelancaran ipad dan surface, Back to the future meramalkan pada zaman ini ada sebuah komputer kecil (tablet) yang boleh digunakan seperti mana yang terjadi ketika babak yang memerlukan Marty menurun tanda tangan diatas tablet itu sebagai bantuan untuk menyelamatkan menara jam.
10. Kereta Terbang
Jika didalam filem Back to the future, terdapat kereta terbang disana dan sini, diketika ini, kita tidak punyai suasana seperti itu. Namun jangan disangka kereta terbang tidak wujud lagi kerana sudah ada kereta terbang yang dibina oleh AeroMobil.
Saksikan kereta terbang dipautan dibawah ini.
Kereta terbang di BTTF : Klik Sini
Kereta terbang sebenar : Klik Sini
Tahukah anda masyarakat Malaysia mengganggap kemunculan kereta terbang akan berlaku ketika Malaysia mencapai status negara maju pada tahun 2020. Tapi betulkah tahun 2020 akan muncul kereta terbang yang boleh digunakan secara sah pada tahun tersebut? Kita akan bincangkan semula 5 tahun daripada sekarang.
Nota: Jom like facebook kami untuk paparan info yang lebih menarik. ( Klik Sini )
halijah othman
Seronok juga dpt maklumat mcm ni….tq for sharing.
x mustahil…impian jadi kenyataan
Azmir Shah
U are welcome. Terima kasih juga kerana sudi membaca. Insyaallah mudah-mudahan impian itu jadi kenyataan.