Dari hari ke hari, teknologi web kian berkembang pantas. Walaupun ada diantaranya berkaitan dengan trend semasa, namun hakikatnya kita tidak boleh mengambil mudah perkembangan teknologi moden dan kehendak pasaran. Itulah dilemma yang dihadapi oleh saya selaku pemilik azmirshah.com.
Permasalahan yang berlaku?
Saya mula menggunakan Theme Journey sejak daripada tahun 2015. Saya sukakan theme ini kerana ia punyai kelas, kena dengan citarasa rasa saya dengan ciri yang elegan, dark, tetapi premium. Namun selepas hampir 6 tahun menggunakan theme ini, saya sudah mula dibebani kehendak teknologi semasa.
Pertamanya theme ini sudah terlampau berat sehingga sukar untuk ditakbir urus. Tidak kiralah untuk pengguna desktop atau mobile, keduanya memerlukan masa melebihi 5 saat untuk dimuat sepenuhnya. Adakalanya tempoh loading melebihi 7 saat dan itu sangat membimbangkan untuk saya. Kesannya bounce rate saya mencecah hampir 86% dan itu bukan sesuatu yang sihat untuk diambil mudah.
Keduanya Theme Journey ini sudah mula diabaikan oleh pembangun theme itu sendiri menyebabkan kerosakan kepada beberapa bahagian seperti gadget tidak diperbaiki. Saya secara jujurnya malas nak betulkan sendiri. Lebih-lebih lagi saya semakin benci dengan WordPress sejak bertukar editor bertukar kepada Guterberg. Ye saya tahu boleh sahaja saya bertukar kepada editor Classic, tapi sampai bila? Bila semua benda nak paksa secara halus, kadang-kadang terasa juga pakai Laravel lagi baik.
Ketiganya saya frust dengan Google. Katanya mahu laman web fokus kepada penggunaan Accelerated Mobile Pages (AMP), jadi saya pakailah AMP sejak daripada tahun 2019 lagi. Tiba-tiba ditahun 2021, Google mula menamatkan sokongan hasil carian berformat AMP di keputusan enjin carian Google tanpa sebab yang tidak diketahui. Dah kenapa? Memandangkan hal responsiveness terhadap pengguna mobil adalah benda yang tetap dititik beratkan, saya terpaksa juga utamakan hal itu.
Mempertingkatkan prestasi laman web
Diatas faktor kekecewaan saya itu, saya kini menerapkan penggunaan theme yang lebih baik daripada sebelumnya. Theme yang sesuai untuk permulaan tahun 2022 ini dilengkapi dengan teknologi moden dan mengiurkan. Tidak sabar untuk saya kongsikan. Ini adalah theme terbaru saya.
Rekaan kali ini lebih bersih dan ringan berbanding sebelumnya. Lebih penting ia memberi keselesaan kepada pembaca yang mengunjungi laman web saya tidak kira mereka menggunakan desktop atau telefon bimbit.
Malahan semenjak saya bertukar kepada theme ini, banyak kelebihan yang dinikmati secara bersama. Antaranya ialah:
1. Kelajuan meningkat sehingga 500%
Laman web azmirshah.com kini boleh diakses dengan kelajuan kurang 1 saat berbanding satu ketika dahulu yang memakan masa hampir 5-7 saat. Anda kini tidak perlu menunggu lama untuk membaca kandungan yang disediakan oleh saya. Dengan sekelip mata, kandungan akan segera terpapar di skrin desktop atau skrin telefon mudah alih anda.
2. Dark Mode / Light Mode
Kini pembaca laman web saya boleh memilih untuk melayari laman web saya dengan tetapan dark mode atau light mode. Semuanya bergantung kepada keselesaan pembaca untuk membaca penulisan saya dalam mode yang mana. Jika dahulu anda hanya boleh membaca dalam satu mode sahaja, kini tidak lagi.
3. Peningkatan pendapatan adsense
Alhamdulillah sejak saya bertukar ke theme terbaru ini, saya berjaya menurunkan bounce rate daripada 86% kepada 17% sahaja. Kesannya adsense memberi kerjasama yang lebih baik kepada saya dari segi pembahagian iklan sehingga meningkatkan pendapatan saya sehingga 36%.
4. Memperkemaskan AMP
Walaupun Google mengeluarkan sokongan AMP pada keputusan hasil carian, saya akan terus meneruskan penggunaan AMP pada laman web saya. Laman web versi mobil akan dioptimiskan disamping kosistensi rekaan akan diteruskan bagi membantu meningkatkan hasil carian yang lebih baik.
5. Pemfokusan kepada onpage SEO
Selepas percubaan untuk merajinkan diri menulis artikel berkaitan fakta menarik gagal, saya telah pivot penulisan saya pada tahun 2017 dan mula berfokuskan kepada penulisan berkaitan tutorial dan teknologi. Paling penting kesemuanya perlu mesra SEO. Selepas 4 tahun berusaha, alhamdulillah dapat juga hasilnya walaupun dengan artikel yang sedikit sekitar 94 artikel sahaja. Matlamat kali ini saya akan cuba fokuskan kepada onpage SEO.
Akhir kata
Saya jarang sekali berkongsikan penulisan yang menceritakan keluh kesah saya dalam berblog. Kali terakhir saya menulis penulisan peribadi adalah pada tahun 2017 yang menceritakan tentang artikel saya kena rembat.
Tapi kali ini terlebih bersemangat pula saya nak ke tahun 2022. Jadi saya persiapkan laman web saya dengan teknologi moden agar lebih kalis masa depan. Diharapkan ia mampu memberi manfaat kepada saya dan anda dimasa akan datang.
Apa komen anda tentang wajah baru kami? Kongsikan di ruangan komen.