• Pengaturcaraan
    • Laravel
    • UI/UX
    • SEO
  • Teknologi
    • Mata Wang Kripto
  • Filem & Siri
  • Motivasi
    • Agama
    • Kata Inspirasi
    • Viral
  • How to?
Mencari
Facebook Twitter Instagram
Azmir Shah
  • Pengaturcaraan
    1. Laravel
    2. UI/UX
    3. SEO
    4. View All

    Apa itu Laravel? Adakah ia lebih baik berbanding Core PHP?

    24/04/2019

    4 laman web yang memberi inspirasi UIUX

    28/02/2021

    4 aplikasi rekaan UI/UX yang menjadi kegemaran saya

    25/06/2019

    Perbezaan wireframe, mockup dan prototaip untuk UI/UX

    18/06/2019

    Panduan On-page SEO yang semua orang wajib tahu!

    08/02/2021

    Apa itu SEO? Kenapa ia penting kepada laman web?

    10/10/2020

    LT Browser: Menguji reka bentuk responsif laman web anda secara offline

    22/02/2022

    Bagaimana cara debug ghost CSS secara manual

    15/02/2022

    Beza camel, snake, kebab dan pascal case dalam penulisan kod

    12/02/2020
  • Teknologi
    1. Mata Wang Kripto
    2. View All

    Cara beli token di Pancakeswap

    08/01/2022

    11 tip trade kripto untuk golongan pemula

    05/10/2021

    Panduan menjual mata wang kripto di Binance P2P Malaysia?

    10/06/2021

    5 platform jual beli Bitcoin di Malaysia untuk pemula

    21/02/2021

    Tiktok memintas Google sebagai laman web paling popular

    02/01/2022

    Keburukan ekonomi gig kepada gigger

    18/01/2021

    Apa itu ekonomi gig? Adakah Malaysia terkesan?

    09/12/2019

    Pemuda Ini Meramalkan Teknologi Dan Masa Hadapan

    24/08/2016
  • Filem & Siri

    Idiocracy (2006): Filem bodoh yang buat anda berfikir sejenak

    7.0 01/01/2022

    Ulasan Love Destiny (2018), Drama Thai yang anda patut tonton

    7.3 24/09/2021

    7 Drama Korea terbaik lakonan Lee Jong-Suk

    06/02/2021

    Tonton movie online secara percuma dengan Streamio

    17/01/2021

    7 filem manusia genius terbaik sepanjang zaman

    16/12/2019
  • Motivasi
    1. Agama
    2. Kata Inspirasi
    3. Viral
    4. View All

    Panduan melaksanakan solat jenazah dengan sempurna

    22/01/2017

    Peranan Yang Dimainkan Si Ayah Mempengaruhi Tingkah Laku Anak-Anak

    22/12/2015

    Pengisian Kuliah Ustaz Azhar Idrus Di Surau Al-Iman

    13/11/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 3

    12/11/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 2

    29/10/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 1

    22/10/2015

    Kisah Katak : Apa Beza Diri Anda Dan Katak Ini?

    20/12/2015

    Kisah Penjual Tempe Yang Penuh Dengan Pengajaran

    27/11/2015

    Cerita Rakyat Daripada Jepun Ini Sarat Dengan Pengajaran

    23/10/2015

    Mesej Seorang Bapa Kepada Anaknya Ini Pasti Membuatkan Anda Tersentuh

    15/10/2015

    Matlamat: Jangan Fokus Padanya, Jangan Berkongsi Pada Sesiapa

    28/03/2019

    Pakar Psikologi Berpendapat Kita Perlu Menerima Diri Kita Yang Seadanya Sebelum Bersedia Untuk Berubah

    17/01/2016

    7 Perbezaan Golongan Menengah dan Orang Kaya Yang Anda Kena Tahu

    16/01/2016

    7 Tabiat Yang Mampu Meningkatkan Produktiviti Kerja Anda

    14/01/2016
  • How to?

    Cara hantar Whatsapp tanpa save nombor seseorang

    17/10/2022

    Cara install aplikasi Disney+ Hotstar di Samsung TV Malaysia

    08/02/2022

    Cara menyelesaikan masalah “card information is invalid” di Samsung Pay

    12/06/2021

    Terlupa judul lagu? Ini cara cari lagu dengan bersenandung

    23/02/2021

    Buka akaun perniagaan Maybank online tanpa introducer

    02/02/2021
Azmir Shah
camel case, snake case, pascal case, kebab case, asas pengaturcaraan,
Pengaturcaraan

Beza camel, snake, kebab dan pascal case dalam penulisan kod

Azmir ShahBy Azmir Shah2 Comments5 Mins Read
Share
Facebook Twitter Telegram WhatsApp

Apabila anda bergelar pengaturcara (programmer), sudah menjadi kebiasaan  dalam kehidupan seharian untuk menulis string, variable dan function name dalam penulisan kod. Ada pelbagai cara yang terdapat diluar sana untuk menulis string anda. Cumanya perlu kenal pasti anda menulis gaya mana. Adakah camel case, snake case, kebab case atau pascal case. Tapi sebelum itu korang tau tak apa yang saya maksudkan ini?

Apa itu naming convention?

Naming convention atau konvensyen penamaan adalah satu set peraturan urutan aksara yang telah dijadikan amalan untuk digunakan sebagai pengenal (identifier) yang  menanda dan mengenal variable, type, function dan segala jenis entiti didalam pengaturcaraan komputer. Terdapat beberapa hal yang membantu para pengaturcara (programmer) menguruskan sumber kod (source code) dan dokumentasi.

Antaranya ia mengurangkan daya atau usaha yang diperlukan untuk membaca dan memahami sumber kod. Kita pun sedia maklum karangan bahasa melayu juga perlukan pembacaan yang teliti untuk memahami isi kandungan, begitu juga dengan pengaturcaraan.

Jadi ia sedikit sebanyak membantuk para pengaturcara untuk fokus pada isu yang penting dalam pengaturcaraan dan tidak tertumpu kepada syntax dan standard nama sahaja. Kerja-kerja penelitian kod secara automatik juga dapat dilakukan dengan menggunakan alatan tersedia jika kita mengikuti standard yang telah ditetapkan. Perkara ini sangat penting terutama apabila kita berkerja secara berkumpulan.

Baca lebih lanjut disini: A Brief Guide to Clean Code: Naming Conventions

Apa kena mengena dengan case style?

Dalam pengaturcaraan juga apabila memberi nama, kita tidak boleh menulis space atau ” ”  bagi membentangkan idea atau konsep yang mengekspresikan bahasa manusia menerusi 2 perkataan atau lebih. Jadi nak tak nak kita perlukan mengantikan dengan underscore atau “_” atau dengan cara lain.

Jadi disitulah case style atau gaya penulisan kes memainkan peranan. Kejayaan dalam menamakan adalah mengetahui jenis kes yang anda ingin gunakan supaya anda boleh mempunyai konvensyen yang konsisten bagi setiap projek / ruang kerja. Contoh yang paling mudah adalah seperti berikut:

var totalPerson = 32;

kita tak pernah tulis pula macam ni.

var total Person = 32;

Itu antara contoh paling mudah tentang apa itu case style. Kita akan menulis totalPersondidalam variable (dirapatkan) berbanding total person(dijarakkan). Gaya penulisan yang kosisten ini sangat penting dalam kerja-kerja pengaturcaraan dalam pasukan.

Persoalan yang timbul pula bagaimana camel case, snake case, kebab case dan pascal case ditulis ketika mengaturcara program komputer?

1. Camel Case

coding style, gaya penamaan, penamaan pengaturcaraan,asas pengaturcaraan, camel case, kes unta,

Camel case mesti dimulakan dengan lowercase letter untuk permulaan huruf pertama dan capital letter untuk permulaan perkataan kedua dan seterusnya. Jangan lupa juga dibuang space diantara perkataan tersebut. Berikut adalah contoh camel case.

//perkataan
price rate

//penulisan variable
var priceRate = "RM900";

Nampak tak perkataan tersebut dirapatkan dan huruf besar digunakan untuk perkataan seterusnya. Variable price rateditulis sebagai priceRate. Ini antara cara yang popular untuk mengabungkan perkataan. Kebiasaannya  camel case ini dijadikan konvensyen untuk declare variable di kebanyakan bahasa pengaturcaraan.

2. Snake Case

asas pengaturcaraan, snake case, case style, gaya penulisan pengaturcaraan, pengaturcaraan, programming

Snake case ini tersangatlah mudah, hanya gantikan space kepada underscore atau “_” dengan kesemua perkataan ditulis dengan huruf kecil. Jika anda ingin menulis dengan huruf besar pula, semua perkataan perlu ditulis dengan huruf besar walaupun perkataan pertama.

Contoh adalah seperti berikut:

//contoh perkataan
total user

//contoh snake case lowercase
$total_user = mysql_query("SELECT total_user FROM user");

//contoh snake case upper case
const TOTAL_USER = 100;

Gaya penulisan ini menjadi asas penulisan kod kebanyakan pengaturcara (programmer) diluar sana. Jika anda ingin menulis dalam bentuk capitalcase letter seperti TOTAL_USER, kebiasaannya ia dijadikan konvensyen untuk declare constants untuk kebanyakan bahasa pengaturcaraan. Jika anda menulis dalam lowercase letter pula seperti total_user, kebiasaannya ia dijadikan gaya penulisan untuk declare database field name.

3. Kebab Case

kebab case, kes kebab, asas pengaturcaraan, penulisan, gaya penulisan pengaturcaraan, programmingKebab case ini adalah gabungan perkataan yang dihubungkan antara satu sama lain dengan dash atau “-” dan kebiasaannya ianya ditulis dalam lowercase letter. Contohnya adalah seperti berikut:

https://azmirshah.com/apa-itu-ekonomi-gig/

Gaya ini sangat biasa digunakan didalam penulisan URL. Contoh diatas adalah contoh bagaimana menerusi Kebab case ini, URL dapat dihasilkan dengan kemas, cantik dan boleh dibaca walaupun perkataannya digabungkan. Selain daripada itu, Kebab case juga digunakan untuk kelas dan ID di HTML dan CSS.

4. Pascal Case

pascal case, kes pascal, asas pengaturcaraan, gaya penulisan pengaturcaraanPascal case ini adalah sesuatu agak mudah untuk diingat. Ianya hampir sama seperti Camel case akan tetapi ada sedikit berbeza dimana jika setiap perkataan digabungkan, ianya harus dimulakan dengan huruf besar.

Contohnya adalah seperti berikut:

//contoh perkataan
rectangle shape

//contoh pascal case
class RectangleShape {
  constructor(height, width) {
    this.height = height;
    this.width = width;
}

Ianya akan ditulis RectangleShapeuntuk perkataan rectangle shape. Penulisan gaya ini sangat popular untuk membentuk satu konsep tunggal dalam pengaturcaraan. Ianya sering digunakan sebagai konvensyen dalam mengisytiharkan kelas dalam banyak bahasa pengaturcaraan.

Gaya penulisan mana yang terbaik?

Dukacita dimaklumkan tidak ada pun gaya penulisan terbaik. Hahaha. Anda boleh gunakan konvensyen mana yang anda suka. Namun ada beberapa perkara perlu dititik beratkan.

Baca juga: Apa itu Laravel? Adakah ia lebih baik berbanding Core PHP?

Baca juga: 4 aplikasi rekaan UI/UX yang menjadi kegemaran saya

Pertama pastikan anda konsisten dalam penggunakan gaya penulisan dalam mengaturcara program anda. Jangan sekejap pakai camel case, sekejap pakai snake case untuk satu-satu class name atau sebagainya. Kalau kerja seorang pun pening, kerja beramai-ramai lagi pening.

Kedua pula jika anda kerja dalam pasukan (sudah semestinya), pastikan konvensyen yang dipilih mendapat persetujuan bersama. Ini bagi memastikan kerja anda ini dapat mengurangkan usaha yang diperlukan untuk membaca dan memahamkan kod. Jadi lebih mudah bagi pasukan untuk fokus kepada penilaian kod dan isu yang penting berbanding membebel dengan syntax dan naming standard yang tidak sama.

Ketiga, rujuk kembali konvensyen penulisan mengikut bahasa pengaturcaraan yang anda tulis. Setiap bahasa mempunyai amalan dan konvensyen yang berbeza. Sebagai contohnya untuk javascript, Camel case digunakan untuk variable dan method, pascal case untuk type dan class dan Snake case untuk constants. Saya juga seperti artikel ini, saya menulis bagi memperkenalkan case style kepada anda, jadi penulisan lebih kepada berbentuk umum.

amalan pengaturcaraan yang baik asas pengaturcaraan asas pengaturcaraan komputer camel case camel case adalah camel case example camel case notation camel case numbers camel case vs pascal case cara tulis coding contoh camel case contoh pengaturcaraan contoh snake case gaya penulisan kebab case panduan penulisan kod pascal case pengaturcaraan pengaturcaraan asas pengaturcaraan itu apa pengaturcaraan komputer pengaturcaraan translate malay penulisan coding penulisan kod programming snake cake vs camel case snake case snake case adalah snake case camel case snake case example snake case javascript snake case laravel snake case vs camel case teknik pengaturcaraan what is camel case in programming
Share. Facebook Twitter Telegram WhatsApp
Previous ArticleDrama Band berdrama di pentas AJL ke 34
Next Article Mesej disebalik 7 Nasihat, karya terbaru Siti Nurhaliza, Kmy Kimo & Luca Sickta
Azmir Shah
  • Website
  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

Seorang programmer yang mempunyai pengalaman yang tidak seberapa. Memiliki kelulusan daripada universiti terkemuka di Malaysia dan secara jujurnya beliau meminati Elon Mask lebih daripada Bill Gate.Seorang yang bercita-cita tinggi, kini bekerja sebagai Front-End developer di salah sebuah syarikat di Shah Alam.

Artikel Berkaitan

LT Browser: Menguji reka bentuk responsif laman web anda secara offline

Bagaimana cara debug ghost CSS secara manual

2 Comments

  1. Amin Ledang on 21/02/2023 8:05 AM

    kita guna standard PSR 4.0 katanya

    Reply
    • Azmir Shah on 21/02/2023 11:47 PM

      Bergantung kepada programming language, kalau PHP pakailah standard PSR.

      Reply

Leave A Reply Cancel Reply

Cari Sesuatu?
Sosial Media
  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • Telegram
Artikel Terbaru
Review

Cara beli kad NFC Touch N Go dengan mudah dan pantas

By Azmir Shah11/02/2023
Review

Ulasan projektor murah Q3 Pro dan pengalaman menggunakannya

By Azmir Shah26/10/2022
Tutorial

Cara hantar Whatsapp tanpa save nombor seseorang

By Azmir Shah17/10/2022
Review

Pengalaman tukar skrin samsung s20+ secara percuma

By Azmir Shah10/10/2022
Makanan

5 Sarapan tidak sihat menurut Pakar Perunding Kardiologi

By Azmir Shah01/03/2022
Kategori
Mengenai Kami
Mengenai Kami

Platform penulisan untuk kami kongsikan segala informasi yang bersarang di minda. Berkongsi pengetahuan untuk anda para pembaca yang budiman.

Pautan Berkaitan
  • Dasar Privasi
  • Hubungi
  • Tentang
Artikel Terbaru

Cara beli kad NFC Touch N Go dengan mudah dan pantas

11/02/2023

Ulasan projektor murah Q3 Pro dan pengalaman menggunakannya

26/10/2022

Cara hantar Whatsapp tanpa save nombor seseorang

17/10/2022

Pengalaman tukar skrin samsung s20+ secara percuma

10/10/2022
© 2023 Hak Cipta Terpelihara. Direka untuk Azmir Shah.

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

Go to mobile version