Close Menu
  • Pengaturcaraan
    • Laravel
    • UI/UX
    • SEO
  • Teknologi
    • Mata Wang Kripto
  • Filem & Siri
  • Motivasi
    • Agama
    • Kata Inspirasi
    • Viral
  • How to?
Mencari
Facebook X (Twitter) Instagram
Azmir Shah
  • Pengaturcaraan
    1. Laravel
    2. UI/UX
    3. SEO
    4. View All

    Apa itu Laravel? Adakah ia lebih baik berbanding Core PHP?

    24/04/2019

    4 laman web yang memberi inspirasi UIUX

    28/02/2021

    4 aplikasi rekaan UI/UX yang menjadi kegemaran saya

    25/06/2019

    Perbezaan wireframe, mockup dan prototaip untuk UI/UX

    18/06/2019

    Panduan On-page SEO yang semua orang wajib tahu!

    08/02/2021

    Apa itu SEO? Kenapa ia penting kepada laman web?

    10/10/2020

    LT Browser: Menguji reka bentuk responsif laman web anda secara offline

    22/02/2022

    Bagaimana cara debug ghost CSS secara manual

    15/02/2022

    Beza camel, snake, kebab dan pascal case dalam penulisan kod

    12/02/2020
  • Teknologi
    1. Mata Wang Kripto
    2. View All

    Cara beli token di Pancakeswap

    08/01/2022

    11 tip trade kripto untuk golongan pemula

    05/10/2021

    Panduan menjual mata wang kripto di Binance P2P Malaysia?

    10/06/2021

    5 platform jual beli Bitcoin di Malaysia untuk pemula

    21/02/2021

    Apa itu digital nomad? Adakah ia bakal menjadi trend di Malaysia?

    02/05/2023

    Tiktok memintas Google sebagai laman web paling popular

    02/01/2022

    Keburukan ekonomi gig kepada gigger

    18/01/2021

    Apa itu ekonomi gig? Adakah Malaysia terkesan?

    09/12/2019
  • Filem & Siri

    Idiocracy (2006): Filem bodoh yang buat anda berfikir sejenak

    7.0 01/01/2022

    Ulasan Love Destiny (2018), Drama Thai yang anda patut tonton

    7.3 24/09/2021

    7 Drama Korea terbaik lakonan Lee Jong-Suk

    06/02/2021

    Tonton movie online secara percuma dengan Streamio

    17/01/2021

    7 filem manusia genius terbaik sepanjang zaman

    16/12/2019
  • Motivasi
    1. Agama
    2. Kata Inspirasi
    3. Viral
    4. View All

    Panduan melaksanakan solat jenazah dengan sempurna

    22/01/2017

    Peranan Yang Dimainkan Si Ayah Mempengaruhi Tingkah Laku Anak-Anak

    22/12/2015

    Pengisian Kuliah Ustaz Azhar Idrus Di Surau Al-Iman

    13/11/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 3

    12/11/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 2

    29/10/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 1

    22/10/2015

    Kisah Katak : Apa Beza Diri Anda Dan Katak Ini?

    20/12/2015

    Kisah Penjual Tempe Yang Penuh Dengan Pengajaran

    27/11/2015

    Cerita Rakyat Daripada Jepun Ini Sarat Dengan Pengajaran

    23/10/2015

    Mesej Seorang Bapa Kepada Anaknya Ini Pasti Membuatkan Anda Tersentuh

    15/10/2015

    Jangan fokus kepada matlamat dan kongsikannya dengan sesiapa

    28/03/2019

    Kenapa perlu terima diri kita seadanya sebelum berubah?

    17/01/2016

    7 Perbezaan M40 dan T20 Yang Anda perlu Tahu

    16/01/2016

    7 Tabiat Yang Mampu Meningkatkan Produktiviti Kerja Anda

    14/01/2016
  • How to?

    Cara tukar kad Maybank expired secara online

    21/04/2023

    Cara hantar Whatsapp tanpa save nombor seseorang

    17/10/2022

    Cara install aplikasi Disney+ Hotstar di Samsung TV Malaysia

    08/02/2022

    Cara menyelesaikan masalah “card information is invalid” di Samsung Pay

    12/06/2021

    Terlupa judul lagu? Ini cara cari lagu dengan bersenandung

    23/02/2021
Azmir Shah
akaun perniagaan maybank, buka akaun maybank online, online maybank account, akaun maybank online, buka akaun maybank, buka akaun bank enterprise
Tutorial

Buka akaun perniagaan Maybank online tanpa introducer

Azmir ShahBy Azmir Shah74 Comments7 Mins ReadUpdated:05/01/2022
Share
Facebook Twitter Telegram WhatsApp

Baru-baru ini saya buka akaun perniagaan Maybank bagi projek terbaru saya. Seperti mana anda, sebenarnya saya berteka-teki hendak buka akaun di bank mana? Maklumlah banyak faktor yang difikirkan sebelum membuat pilihan.

Antaranya kemudahan untuk kita berurusan, populariti dikalangan pelanggan dan keperluan introducer. Kalau boleh saya nak kurangkan masa berurusan di bank. Lebih-lebih lagi di musim Covid-19 yang memerlukan saya untuk mengambil langkah berjaga-jaga.

Berapakah deposit yang diperlukan untuk membuka akaun semasa di bank?

Saya pasti persoalan ini akan bermain di benak fikiran anda. Berapakah agaknya jumlah deposit yang diperlukan untuk membuka akaun akaun? Baiklah, saya akan terangkan.

Buat pengetahuan anda, deposit yang diperlukan bagi membuka akaun semasa adalah berbeza mengikut bank yang dimohon. Ada sesetengah daripadanya memerlukan bakal pelanggan mereka untuk mendapatkan introducer bagi membuka akaun semasa. Ada diantaranya pula tidak.

Berapa jumlah deposit yang perlu disediakan dan bank mana yang memerlukan pelanggannya untuk menyediakan introducer?

kadar deposit akaun semasa, akaun semasa bank, buka akaun bank enterprise online, buka akaun bank perniagaan, kadar deposit akaun semasa

Ini adalah senarai 11 bank tempatan berserta jumlah deposit dan keperluan sama ada memerlukan introducer atau tidak bagi membuka akaun semasa di bank mereka. Pastikan sebelum memohon, anda telah mendaftarkan perniagaan anda dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi melancarkan urusan.

Siapa itu Introducer?

Introducer adalah pencadang yang mencadangkan anda untuk membuka akaun di bank berkenaan. Kebiasaannya anda memerlukan cop perniagaan yang menunjukkan nama perniagaan dan nombor pendaftaran SSM introducer. Syarat-syarat introducer bagi setiap bank adalah berbeza. Walau bagaimanapun bagi Maybank, seorang introducer wajib ada akaun perniagaan Maybank yang aktif dan berusia sekurangnya 2 tahun.

Ada cara lebih baik untuk mendaftar dengan Maybank?

Sudah semestinya ada. Seperti mana yang saya janjikan, saya akan ajarkan kepada anda cara untuk buka akaun semasa di Maybank tanpa perlu bayar deposit yang tinggi dan tanpa perlu introducer. Saya pun faham keperluan perniagaan terutama kepada peniaga kecil-kecilan, syarat itu sesuatu yang menyusahkan. Jadi berikut disediakan cara untuk membuka akaun semasa di Maybank.

Bagaimana cara buka akaun perniagaan Maybank tanpa introducer?

Apa yang anda perlu buat adalah mendaftar terlebih dahulu secara atas talian (online) dengan Maybank2u. Terdapat 2 pilihan akaun untuk dipilih sama ada akaun konvensional ataupun akaun patuh syariah. Maklumat adalah seperti berikut:

  1. SME First Account

    – Akaun konvensional
    – Menawarkan fleksibiliti terunggul
    – Minimum deposit: RM1000
    – Dilindungi PIDM sehingga RM250,000

  2. SME First Account-i

    – Akaun patuh syariah
    – Berdasarkan prinsip Qard (Pinjaman)
    – Bank akan buat pembayaran Hibah kepada pendeposit
    – Minimum deposit: RM1000
    – Dilindungi PIDM sehingga RM250,000.

 Jadi sudahkah anda bersedia untuk membuka akaun perniagaan anda?

1. Daftar perniagaan di Maybank2u

Pertama sekali anda perlu melawat antaramuka Deposit account for business di Maybank2u terlebih dahulu. Menerusi paparan yang disediakan, anda dapat lihat senarai produk yang ditawarkan oleh Maybank termasuklah dua jenis akaun yang dicadangkan oleh saya. Paparan tersebut boleh dilayari menerusi pautan dibawah ini.

Daftar akaun Maybank for business: Klik sini

Pop-up cadangan akan keluar bagi meminta anda untuk mengisikan maklumat asas cadangan seperti jumlah jualan, jumlah pekerja, jenis akaun yang dimahukan, jenis perniagaan dan kawasan pendaftaran. Jika anda mengisi pop-up tersebut, saya fikir lebih mudah untuk anda memilih akaun yang bertepatan dengan kehendak anda. Dalam kes saya, saya memilih akaun SME First Account-i.

Jadi anda boleh terus mengisi maklumat syarikat seperti yang dimahukan.

sme first account-1, maybank, buka akaun maybank, akaun maybank online, buka akaun semasa maybank
Saya memohon SME First Account-i di Maybank2u
cara register maybank online, sme first-i account, sme first account application
Sila masukkan butiran seperti nama syarikat, no pendaftaran syarikat, status bumiputera dan no kad pengenalan.
maklumat perniagaan maybank2u, maybank2u for business
Masukkan maklumat perniagaan anda
maklumat pemilik perniagaan maybank, maybank2u, cara buka akaun maybank online, akaun semasa maybank
Masukkan maklumat pemilik perniagaan
cawangan maybank, berurusan dengan cawangan maybank pilihan, buka akaun semasa
Masukan cawangan Maybank yang anda ingin berurusan
Pengesahan dan pengisytiharan maklumat
maybank registration, maybank buka akaun
Pengesahan maklumat yang dimasukkan

Bagi pendaftaran nombor perniagaan, SSM menyediakan 2 jenis format nombor iaitu nombor baru 12 digit dan nombor perniagaan versi lama (campuran huruf dan nombor dalam kurungan). Pastikan anda memasukkan nombor perniagaan versi lama ketika menghantar permohonan ini.

Contohnya:

Nama: Ahmad Albab Enterprise
Nombor pendaftaran: 202001014456 (MA024256-W)

Sistem Maybank tidak dapat mengesan maklumat syarikat anda jika anda mendaftar dengan nombor perniagaan versi baru 12 digit itu. Permohonan anda juga tidak akan dihantar kerana anda menerima maklumbalas error. Antara contohnya adalah:

 “We are sorry, we are unable to proceed with your application. Reject code [0c09]”

atau

“System error. Reject code [0c99]”.

Jadi tukarkan dulu nombor perniagaan ke nombor versi lama untuk menghantar permohonan bagi mengelakkan reject code [0c99] dan [0c09] keluar.

2. Notifikasi daripada pihak Maybank

Selepas anda selesai mendaftar, anda akan mendapat sms dan email daripada pihak Maybank. Pastikan anda menyimpan sms yang mengandungi kod akses yang akan digunakan untuk perbankan atas talian (online banking) dan emel yang mengandungi no akaun dan nombor rujukan. Seterusnya anda perlu pergi ke Maybank pilihan anda untuk melengkapkan pendaftaran.

3. Pergi ke cawangan Maybank pilihan anda

Gambar ketika berurusan di maybank Muar

Seterusnya anda pergi ke Maybank pilihan anda untuk melengkapkan pendaftaran. Pastikan sebelum ke sana, anda menyediakan beberapa dokumen sokongan untuk diserah kepada pihak Bank. Antaranya adalah seperti berikut:

  • Kad pengenalan anda
  • Perakuan pendaftaran (Sijil SSM)
  • SSM Form A
  • SSM Business Info
  • Deposit RM1,000 (jangan tunai)

Anda juga perlu pergi ke Bank dalam tempoh masa 10 hari daripada hari pendaftaran secara atas talian dibuat. Cawangan Maybank yang anda pergi pula adalah cawangan yang dipilih oleh anda sendiri semasa proses pendaftaran atas talian dibuat. Pastikan anda membuat janji temu.

Perlukah anda membuat janji temu ketika PKP?

Ya perlu. Anda perlu membuat janji temu dengan pihak Maybank jika ingin datang ketika PKP dikuatkuasakan. Ini kerana Maybank menyediakan SOP yang sangat ketat ketika tempoh operasi seperti pengurangan kakitangan bertugas dalam satu masa, jumlah pelawat di bank dihadkan disamping masa berurusan dipendekkan. Jadi anda perlu membuat janji temu terlebih dahulu.

Bagaimanakah cara untuk menetapkan janji temu?

Caranya adalah anda perlu ke laman web Maybank2u dan klik pada butang burger di sebelah kanan atas. Disitu, sila pilih “Make an EZYQ Appointment” daripada menu yang terpapar. Jika anda tidak jumpa, boleh klik di pautan dibawah:

Janji temu menerusi Maybank2u: Klik sini

Janji temu hanya boleh dibuat lewat sehari. Jadi anda perlu bijak untuk merancang janji temu dan saya sangat galakkan melakukan janji temu pada waktu pagi.

Tip lain yang anda mungkin terlepas?

Ada beberapa tip yang boleh dijadikan panduan untuk anda membuka akaun di Maybank. Sedikit sebanyak, ia membantu anda untuk menjalankan urusan dengan lebih pantas kerana percayalah nak buka akaun memang lama. Kita tidak mahu buang masa sesiapa termasuk diri sendiri. Jadi persediaan harus dibuat.

Berikut merupakan tip yang mungkin anda boleh ikut.

  1. Pastikan pemilihan cawangan bank adalah berdasarkan alamat SSM anda. Jika alamat perniagaan beroperasi anda sangat jauh daripada pemilihan cawangan bank, risiko untuk permohonan anda ditolak agak tinggi. Sebagai contohnya alamat SSM terletak di Kuala Lumpur, bank yang didaftarkan terletak di Melaka.
  2. Pastikan juga selepas mendaftar menerusi Maybank2u, anda menghadirkan diri dalam tempoh 10 hari tempoh pengaktifan akaun. Jika gagal untuk datang ke cawangan yang dipilih, anda tidak boleh lagi mendaftar secara atas talian dan perlu daftar di bank. (kata khidmat pelanggan Maybank).
  3. Anda tidak perlu menyediakan deposit RM1,000 secara tunai. Pastikan duit itu ada dalam akaun bank anda.
  4. Sangat digalakkan untuk anda memiliki akaun Maybank dan berkemampuan untuk transfer duit secara QRPay. Jika anda tidak punyai akaun Maybank tetapi akaun bank lain, pastikan bank tersebut mempunyai kemampuan untuk memindahkan wang secara atas talian menggunakan QRCode duitNow (QRCode berwarna merah).
  5. Sila pastikan anda meninggalkan sedikit ruangan dalam telefon bimbit anda untuk muat turun  aplikasi “QRPayBiz”. Deposit RM1,000 akan dimasukkan menerusi aplikasi tersebut dihadapan pegawai perkhidmatan ketika di bank nanti. Jangan jadi seperti saya, “storage penuh”.

Bolehlah buka akaun perniagaan Maybank sekarang

Diharapkan artikel ini membantu anda untuk buka akaun perniagaan Maybank. Maklumlah bukan semua orang tau tentang cara mudah berurusan dengan mereka. Kebetulan pula saya punyai pengalaman, maka saya kongsikan kepada anda dengan harapan artikel ini membantu anda untuk membuka akaun semasa di Maybank.

Baca juga: Cara daftar SSM online untuk perniagaan Enterprise

Selepas ini, bolehlah anda mendaftar dengan segera tanpa perlu risaukan introducer untuk membuka akaun semasa. Saya sertakan sekali pautan diatas jika anda masih belum mendaftar SSM lagi. Selamat mencuba.

Soalan lazim

Apakah dokumen yang diperlukan untuk buka akaun semasa Maybank?

Apa yang anda perlu sediakan adalah kad pengenalan, perakuan perniagaan (sijil SSM), SSM borang A, SSM maklumat perniagaan dan deposit.

Berapakah jumlah deposit yang diperlu?

Bagi membuka akaun semasa untuk perniagaan anda, anda perlu menyediakan deposit sebanyak RM1,000. Deposit tidak perlu tunai, pindahan wang menerusi QR Pay juga boleh.

buka akaun bank perniagaan buka akaun bank syarikat enterprise Buka akaun enterprise buka akaun maybank semasa pkp buka akaun perniagaan di maybank buka akaun perniagaan maybank buka akaun perniagaan maybank online buka akaun perniagaan maybank tanpa introducer buka akaun semasa buka akaun untuk perniagaan cara buka akaun bank enterprise cara buka akaun enterprise maybank2u register maybank online sme first account-i maybank sme first-i syarat buka akaun semasa maybank cara nak buka akaun semasa maybank syarat buka akaun syarikat enterprise maybank
Share. Facebook Twitter Telegram WhatsApp
Previous ArticleCara jual Bitcoin di LocalBitcoins, sebuah platform P2P
Next Article 7 Drama Korea terbaik lakonan Lee Jong-Suk
Azmir Shah
  • Website
  • Facebook
  • X (Twitter)
  • Instagram

Seorang programmer yang mempunyai pengalaman yang tidak seberapa. Memiliki kelulusan daripada universiti terkemuka di Malaysia dan secara jujurnya beliau meminati Elon Mask lebih daripada Bill Gate.Seorang yang bercita-cita tinggi, kini bekerja sebagai Front-End developer di salah sebuah syarikat di Shah Alam.

Artikel Berkaitan

Cara tukar kad Maybank expired secara online

Cara hantar Whatsapp tanpa save nombor seseorang

Cara install aplikasi Disney+ Hotstar di Samsung TV Malaysia

Cara menyelesaikan masalah “card information is invalid” di Samsung Pay

Terlupa judul lagu? Ini cara cari lagu dengan bersenandung

Cara daftar SSM online untuk perniagaan Enterprise

74 Comments

  1. Syed Mohd Azhar on 06/12/2023 3:44 PM

    tuan. nak tanya. adakah jumlah deposit itu nanti boleh di keluarkan balik?

    Reply
    • Azmir Shah on 09/12/2023 10:21 PM

      Ye betul, boleh dikeluarkan balik.

      Reply
  2. Ady on 22/08/2023 1:36 PM

    Saya ada baca boleh buka akaun semasa maybank tanpa introducer dan tanpa SSM. Soalan saya jika saya tiada SSM bolehkah nama akaun semasa saya menjadi seperti contoh : AB edar, zan enterprise, dan lain2 lagi

    Reply
    • Azmir Shah on 22/08/2023 1:57 PM

      Dalam artikel ini saya ajar buka akaun Maybank tanpa introducer dengan SSM. Jadi kurang pasti tentang jawapan kepada soalan en Ady tu.Boleh rujuk khidmat pelanggan Maybank untuk maklumat lanjut.

      Reply
  3. ASH on 20/07/2023 8:37 PM

    SALAM

    KENAPE SAYA STUCK DKT MASUKAN ALAMAT PERNIAGAAN ? BILA TEKAN NEXT DIA TAK PERGI NEXT PAGE

    Reply
    • Azmir Shah on 21/07/2023 8:53 PM

      Mungkin ada maklumat yang tidak diisi tetapi tidak keluar error message atau web maybank bermasalah, mungkin boleh cuba sekali lagi.

      Reply
  4. Miza on 29/12/2022 8:43 AM

    1k deposit tu boleh keluarkan ke?

    Reply
    • Azmir Shah on 29/12/2022 8:45 AM

      Takde la keluar 100%. Tapi ye boleh keluarkan.

      Reply
  5. Sha on 27/10/2022 8:28 PM

    Jika akaun syarikat Maybank. Adakah perlu menghantar SSM yg baru setiap kali renew bagi memastikan akaun syarikat aktif tuan?

    Reply
    • Azmir Shah on 27/10/2022 8:33 PM

      Tidak perlu. Cuma pastikan akaun bank dan SSM kekal aktif sahaja.

      Reply
  6. putra on 19/09/2022 1:25 PM

    Hi, saya punya keluar reject code 008, ssm not done. try call customer service tak boleh so apa yg ptut saya buat

    Reply
    • Azmir Shah on 19/09/2022 1:30 PM

      Hi Putra. Call sampai boleh. Ini nombor telefon untuk Maybank SME Careline
      1-300-80-8668

      Reply
  7. Whoma on 29/06/2022 7:03 PM

    Sekiranya dh lulus masa daftar online.ada kemungkunan ke akaun ditolak semasa temujanji di bank

    Reply
    • Azmir Shah on 14/07/2022 9:19 PM

      Kalau mengikut pengalaman saya, pihak bank sendiri minta saya depositkan menerusi QRpay. Tiada penolakan secara automatik menerusi potongan dalam akaun.

      Reply
  8. Ann on 31/05/2022 7:27 PM

    Asalamualaikum tuan nak tanya klu kita dah buka akaun semasa tu adakah pihak maybank akan buat charges setiap bulan daripada akaun kita?

    Reply
    • Azmir Shah on 19/06/2022 11:47 PM

      Waalaikumsalam. Tidak, bank tidak akan kenakan caj bulanan.

      Reply
  9. Airaa on 28/05/2022 1:23 AM

    Salam tuan.

    Saya baru nak daftar acc sme ni. Tapi saya nak tanya kalau saya punya SSM alamat kajang, agaknya boleh ke saya pergi ke cawangan bank di Cyberjaya sebab saya tinggal di Cyberjaya dan SSM tu saya baru update ke alamat baru di kajang. Mohon tolong saya sebab baru First time nak buka acc untuk company.

    Reply
    • Azmir Shah on 19/06/2022 11:53 PM

      Wsalam Airaa,

      Boleh cuba. Tetapi kebiasaannya pihak bank memang akan minta anda buka akaun pada cawangan bank terdekat merujuk kepada alamat di SSM anda.

      Reply
  10. An on 11/05/2022 7:54 AM

    Salam tuan. Saya daftar ssm menggunakan personal name bukan trade name. Boleh ke daftar account semasa maybank sme?

    Mohon pencerahan.

    Reply
    • Azmir Shah on 11/05/2022 7:56 AM

      Wsalam Tuan. Nama perniagaan itu yang penting. Jika Tuan menggunakan nama personal untuk perniagaa n Tuan, nama itu juga akan digunakan untuk akaun bank.

      Reply
  11. ASH on 25/04/2022 10:15 AM

    CAM NE NK BUAT DIA MINTA DIRECTOR/PARTNER 1 DAN DIRECTOR/PARTNER 2 BUSINESS BUAT SORANG-SORANG BUKAN ADA PARTNER BUSINESS

    Reply
  12. Azhar on 24/04/2022 3:26 AM

    tuan nak tanya, saya dah buka akaun sme ni. cuma baru perasan takde kad bank diberikan. Jadi agak susah sikit utk buat pembelian overseas spt domain dan hosting kerana diorang minta butiran kad utk pembayaran.

    Jika transfer kedalam kad bank akaun personal, kemudian buat payment, tak boleh juga kan..susah nk buat rekod nnti..

    Apa cadangan tuan?

    Reply
    • Azmir Shah on 24/04/2022 12:01 PM

      Salam Tuan Azhar,

      Memang dari dulu tak ada kad. Kalau ada pun bagi buku cheque. Itu pun kena minta. Saya cadangkan kalau nak memudahkan urusan, boleh apply kad kredit untuk perniagaan tuan. Tapi kalau tuan tak nak komitmen, boleh cuba MAE, Bigpay atau Wise. Saya secara personal menggunakan Bigpay untuk perniagaan, Bigpay pun boleh import statement dalam bentuk pdf. Cuma itu atas nama saya la, bukan daftar perniagaan. Bagi saya tak ada isu, tapi bagi tuan mungkin kena twist sikit.

      Reply
  13. Noraini on 19/03/2022 11:35 AM

    Apa pula maksud 0C07 ya tuan Amir ?

    Reply
  14. Saiful on 14/03/2022 4:26 PM

    Dh isi online….error sama macam pengguna lain yang dekat atas….dah tukar browser…dah guna registration format lama….akhirnya bank suruh bawak introducer……sangat remeh…..bukan senang nak mintak tolong orang tambah-tambahan kita biasa-biasa je…….tak taula kalau maybank cawangan lain, lain cadangan dieorang…….jom sama-sama kongsi….

    Reply
  15. eskay on 01/03/2022 3:52 PM

    Assalamualaikum tuan Azmir, terima kasih perkongsian yang sangat jelas dan membantu ni. Besar nilainya untuk orang2 yang baru nak cuba buka akaun perniagaan macam saya. Semoga tuan sentiasa diluaskan rezeki.

    Reply
    • Azmir Shah on 02/03/2022 12:01 AM

      Waalaikumsalam Tuan,

      Alhamdulillah, syukur penulisan saya yang tak seberapa ini mampu memberi gambaran kepada Tuan tentang bagaimana cara untuk membuka akaun perniagaan. Semoga segala urusan perniagaan Tuan dipermudahkan. Amin.

      Reply
  16. Moose on 14/02/2022 6:33 PM

    Assalamualaikum tuan. Lepas buka akaun bisnes Maybank tu deposit boleh bawa keluar balik tak? Terima kasih.

    Reply
    • Azmir Shah on 14/02/2022 6:37 PM

      Waalaikumsalam. Boleh. Tapi tinggallah sikit dalam akaun.

      Reply
  17. waty on 13/02/2022 11:18 AM

    saya pun asyik keluar reject code MDM003. Banyak kali cuba tapi tak berjaya. Contact call center & mereka suruh check poskod lah , tukar browser lain lah..tapi masih x berjaya.

    Reply
    • syazwan samsi on 30/06/2022 10:00 AM

      Assalamualaikum tuan, saya nak tanya jika biz kita secara perkongsian, adakah partner turut kena hadir ke bank juga semasa proses akaun dibuka? tidak boleh wakil seorang saja ke?

      Reply
      • Azmir Shah on 14/07/2022 9:21 PM

        Waalaikumsalam Tuan. Setahu pengetahuan saya betul. Tapi saya rasa elok Tuan hubungi khidmat pelanggan terlebih dahulu untuk pengesahan.

        Reply
  18. LAH on 09/02/2022 8:49 PM

    salam tuan, saya nak bukak akuan company mengikut langkah-langkah yang tuan beri. tapi sangkut dekat
    business owner detail. saya tekan button save/next tapi die tak pegi ke next page. apa masalah dia ye tuan. mohon bantu.

    Reply
    • Azmir Shah on 11/02/2022 8:40 AM

      Wsalam. Kena double check semua informasi yang dimasukkan adakah mengikut format yang betul. Kalau tidak boleh juga refresh.

      Reply
  19. Syafiqah on 09/02/2022 1:12 AM

    Assalam tuan, klau introducer, orng tu kena datang ke bank dgn kita ke? Ke cop sahaja perlu

    Reply
    • Azmir Shah on 09/02/2022 1:17 AM

      Waalaikumsalam Syafiqah. Betul tu. Kena datang sekali. Pastikan kena ada juga akaun dengan Maybank sekurangnya dua tahun, tiada sejarah cek tendang dan bawa bersama cop perniagaan yang punyai no pendaftaran ssm.

      Reply
  20. NUR HUSNA BINTI MOHAMAD on 06/02/2022 7:00 PM

    Salam Tuan,

    Saya ingin tahu bagaimana untuk dapatkan dokument ssm business info? pada saya hanya ada borang a dan borang d

    Reply
    • Azmir Shah on 06/02/2022 7:25 PM

      Wsalam Husna,

      Buka ezBiz, Kemaskini secara online di bahagian My Business Services >> New Business Changes untuk permohonan perubahan maklumat perniagaan, nanti pilih untuk pembayaran business info sekali.

      Reply
  21. Ik on 06/02/2022 2:11 PM

    Assalam tuan. Makna memang tak perlu pencadang Dan boleh dapatkan terus tak akaun perniagaan tu

    Reply
    • Azmir Shah on 06/02/2022 2:18 PM

      Waalaikumsalam Tuan. Betul, tak perlu pencadang.

      Reply
      • NUERRUL SEM on 06/02/2022 2:44 PM

        Saya dah buat. Tadi last sekali dia minta PIN. Saya masuk pin kad. Pastu salah. Trus tak boleh buat. Pin kod tu ape ye

        Reply
        • Azmir Shah on 06/02/2022 3:03 PM

          No pin itu akan dihantar menerusi sms di telefon bimbit anda.

          Reply
  22. ABDULLAH on 27/01/2022 8:07 PM

    SALAM TUAN .SAYA SUDAH DAFTAR SEMUA LENGKAP BILA NAK COMFOMKAN DIA NAIK
    SYSTEM UNAVAILABLE OUR SERVICE IS CURRENTLY .PLEASE TRY AGAIN LATER .DAH BERAPA KALI SYA BUAT NAIK BENDA YG SAMA

    Reply
    • Azmir Shah on 27/01/2022 11:37 PM

      W’salam Tuan. Kena cuba waktu yang lain. Itu memang isu sistem.

      Reply
  23. Hafiz on 09/01/2022 1:06 AM

    Tuan Azmir, macamana cara nak buka akaun semasa untuk NGO?

    Reply
    • Azmir Shah on 09/01/2022 10:43 PM

      Ini saya kurang pasti Tuan kerana saya ajar cara buat akaun untuk perniagaan berdasarkan pengalaman saya. NGO tu kena buat carian lain.

      Reply
  24. Aqa on 05/01/2022 1:17 PM

    salam en Azmir, mana nak dapatkan Borang A SSM?

    Reply
    • Azmir Shah on 05/01/2022 8:09 PM

      Semasa Aqa mendaftar SSM, Aqa akan mendapat 3 dokumen yang perlu disimpan dan boleh dimuat turun secara atas talian dalam tempoh masa seminggu (jika mendaftar menggunakan ezBiz). Ianya ialah:

      1. Maklumat perniagaan
      2. Borang A
      3. Sijil perniagaan (Borang D)

      Jadi Aqa kena check balik dokumen yang dapat masa daftar SSM.

      Reply
  25. LAVINRAO A/L APARAU on 04/01/2022 12:14 AM

    Salam sejahtera, perlu ke saya kena bawa sebarang invoice/resit perniagaan saya semasa pendaftaran. Sebab pihak bank minta resit jual beli barang perniagaan saya sebagai bukti. Perlukah saya bawa?

    Reply
    • Azmir Shah on 04/01/2022 1:41 AM

      Salam sejahtera Lavinrao. Sepatutnya tidak perlu sebab kita nak buka akaun semasa sahaja, dokumen berkaitan perniagaan seperti perakuan pendaftaran, Form A dengan Business Info, kemudian IC dan duit deposit. Dokumen2 ini semua dah diberitahu untuk dibawa jika encik mendaftar online. Tiada pula suruh bawa resit perniagaan.

      Reply
  26. Zarina on 29/09/2021 11:11 AM

    Salam Tuan,
    Macam mana nak tukar no SSM ke format lama?

    Reply
    • Azmir Shah on 04/10/2021 4:19 PM

      Tak perlu tukar pun sebab setiap pendaftaran ssm akan dapat 2 jenis nombor pendaftaran. Nombor yang diberi dalam sijil adalah nombor pendaftaran baru, dalam bracket (kurungan) tu ada nombor pendaftaran format lama.

      Reply
      • Nurrul irdina Firzanah Roslan on 04/01/2022 7:44 AM

        Assalamualaikum en azmir,saya ada buka akaun bank syarikat..kalau tarikh ssm dah mati..ada efect ke pada akaun bank syarikat kita tu yea ?

        Reply
        • Azmir Shah on 05/01/2022 8:03 PM

          Waalaikumsalam. Akaun bank hanya akan nyahaktif apabila Irdina tidak login dalam tempoh 6 bulan. Selagi ia kekal aktif, tak ada kesan pada akaun walaupun SSM expired. Cumanya daripada segi perundangan, Irdina akan berisiko besar jika ada isu yang melibatkan perniagaan. Jadi seeloknya renew sahaja SSM. Anda ada masa 12 bulan selepas tarikh expired untuk renew.

          Reply
  27. ZURA on 05/09/2021 2:04 PM

    SALAM TUAN
    SAYA MENGALAMI SEDIKIT KESULITAN ONLINE RESGISTER ACCNT COMPNY
    SAYA SANGKUT DIA BAHAGIAN BUSINESS CATEGORY
    SAYA PERNIAGA ONLINE
    SSM DAFTAR JUALAN RUNCIT/PAKAIAN MELALUI ONLINE

    MOHON BANTUAN TUAN

    Reply
    • Azmir Shah on 05/09/2021 2:05 PM

      Waalaikumsalam. Apa masalahnya?

      Reply
  28. Mohd Hafizul on 02/09/2021 10:27 AM

    Assalamualaikum Tuan Azmir.

    Terima kasih atas perkongsian di atas.
    Mengikut perkongsian di atas, antara dokumen sokongan yang perlu dibawa adalah sijil SSM.
    Boleh ke guna sijil SSM yang download dari web SSM Ezbiz? Sebab saya daftar SSM pun secara online saja.

    Terima kasih.

    Reply
    • Azmir Shah on 02/09/2021 11:23 AM

      Waalaikumsalam.

      Terima kasih juga Tuan kerana sudi membaca penulisan saya ini.

      Boleh sahaja. Saya pun daftar online. Asalkan Tuan daftar dan cetak sijil SSM tu dah cukup memadai.

      Reply
  29. Raa on 19/08/2021 5:00 PM

    Salam, sy daftar SSM guna trade name. Untuk buka akaun SME perlukan cop syarikat tak? Kalau perlu, cop syarikat mcm mana yg Maybank minta? Terima kasih atas perkongsian tuan.

    Reply
    • Azmir Shah on 19/08/2021 8:10 PM

      Wsalam. Ketika saya mendaftar, saya tak perlu sediakn cop syarikat. Cuma perlu tanda tangan sahaja.

      Reply
  30. AMIRUL BIN RAMLI on 17/08/2021 6:53 PM

    Terima kasih atas penerangan. Saya baru isi secara online. Tuan ada mohon Pembiyaan Digital PKS Maybank?

    Reply
    • Azmir Shah on 19/08/2021 8:17 PM

      Sama2. Terima kasih juga kerana sudi membaca perkongsian saya ini.

      Tidak, saya tidak memohon pembiyaan digital PKS Maybank.

      Reply
  31. FARIS on 22/07/2021 4:42 PM

    REJECT CODE KELUAR MDM0003 KENAPA YA?

    Reply
    • Azmir Shah on 23/07/2021 8:03 PM

      Faris kena cuba lihat balik nombor SSM itu guna format baru atau lama. Jika masih bermasalah, boleh hubungi Maybank Careline SME Biz di talian 1-300-80-8668.

      Reply
  32. masizzati on 23/06/2021 8:15 AM

    saya tak dapat submit walaupun dah masukkan no 12digit versi lama..mcm mana nk buatttt

    Reply
    • Azmir Shah on 23/06/2021 8:25 AM

      Hi Masizzati,

      Ambil masa untuk teliti balik setiap maklumat yang diisi sama. Sepatutnya tidak punyai masalah kalau masuk 12 digit lama.

      Jika masih bermasalah, catitnya error message yang anda dapat dan hubungi khidmat pelanggan Maybank di talian 1300808668. Nanti mereka akan bagitahu status semasa permohonan.

      Reply
  33. Faudli on 27/05/2021 2:28 PM

    Apa beza Akaun SME vs Akaun Semasa dari segi kelebihan dan kekurangan ?

    Reply
    • Azmir Shah on 02/06/2021 4:52 PM

      Hi Faudli.

      Saya kurang pasti dengan soalan ini kerana artikel yang saya kongsikan adalah akaun semasa yang khas untuk SME. Antara kelebihannya ianya dilindungi PIDM.

      Reply
  34. ML on 09/05/2021 6:54 AM

    Kalau keluar error [MDM0003] tu apa maksud nya?

    Reply
    • Azmir Shah on 09/05/2021 12:56 PM

      Kebiasaannya isu tentang no pendaftaran perniagaan kena pakai format no lama. Jika masih tidak berjaya, boleh cuba hubungi khidmat pelanggan Maybank.

      Reply
      • syamsul on 27/05/2024 7:54 PM

        apa beza format lama dengan baru ya?

        Reply
        • Azmir Shah on 13/08/2024 9:43 AM

          No SSM ke? Kalau nombor SSM lama ada aksara, kalau nombor SSM yang baru adalah 12 angka.

          Reply
  35. elo on 16/04/2021 11:34 AM

    sangat membantu terima kasih.

    Reply
    • Azmir Shah on 25/04/2021 7:03 AM

      Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya. =)

      Reply
Leave A Reply Cancel Reply

Cari Sesuatu?
Media Sosial
  • Facebook
  • Twitter
Artikel Terbaru
Personal

2 tahun tak nampak bayang, akhirnya muncul semula di penghujung tahun 2025

By Azmir Shah14/11/2025
Percutian

Pengalaman bercuti di Kuantan edisi food hunt

By Azmir Shah24/09/2023
Teknologi

Apa itu digital nomad? Adakah ia bakal menjadi trend di Malaysia?

By Azmir Shah02/05/2023
Tutorial

Cara tukar kad Maybank expired secara online

By Azmir Shah21/04/2023
Hiburan

Lagu raya moden yang berpotensi menjadi malar segar

By Azmir Shah19/04/2023
Kategori
Mengenai Kami
Mengenai Kami

Platform penulisan untuk kami kongsikan segala informasi yang bersarang di minda. Berkongsi pengetahuan untuk anda para pembaca yang budiman.

Pautan Berkaitan
  • Dasar Privasi
  • Hubungi
  • Tentang
Artikel Terbaru

2 tahun tak nampak bayang, akhirnya muncul semula di penghujung tahun 2025

14/11/2025

Pengalaman bercuti di Kuantan edisi food hunt

24/09/2023

Apa itu digital nomad? Adakah ia bakal menjadi trend di Malaysia?

02/05/2023

Lirik Tak ingin usai – Keisya Levronka

01/05/2023
© 2026 Hak Cipta Terpelihara. Direka untuk Azmir Shah.

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

Go to mobile version