Mempunyai pakej data seperti YES 4G dan Umobile tanpa had (unlimited) sememangnya menjadi kegemaran ramai. Lebih-lebih lagi trend pengguna kini yang lebih gemar menonton video secara atas talian. Namun limitasi untuk hotspot kepada komputer riba benar-benar menjengkelkan. Jadi saya sediakan cara bagaimana untuk bypass tethering hotspot untuk pelan unlimited data supaya anda lebih selesa.
Mengapa perlu Bypass tethering hotspot?
Jika anda pengguna internet yang menggunakan pelan data tanpa had (unlimited plan data) untuk kegunaan seharian akan tetapi tidak boleh menggunakan desktop untuk urusan harian, maka cara bypass tethering hotspot ini untuk anda.
Saya antara pengguna tegar yang menggunakan internet hampir 16 jam sehari dan 150GB sebulan. Kerjaya sebagai pengaturcara benar-benar memerlukan saya untuk sentiasa berhubung dengan dunia maya sebagai tempat rujukan dan hiburan. Pelan data apakah yang boleh memenuhi keperluan saya ini?
Tiada…
Yang ada di pasaran pun setakat versi geli-geli dengan harga yahudi. Siapa lagi nak pakai 20GB sebulan? Mengarut. Jadi saya terpaksa menghabiskan sekitar RM150-RM200 untuk pakej data sahaja (sebelum saya pakai unifi). Nampak macam tak ada apa, tapi setiap kali habis data topup, kemudian topup lagi dan lagi menyebabkan saya ambil langkah drastik sebagai alternatif.
Jadi saya bypass tethering supaya saya boleh menggunakan pakej data tanpa had dengan menggunakan desktop. Selepas daripada itu kos saya cuma RM30 sahaja sebulan. Banyak gila jimatnya.
Bypass tenthering dengan PdaNet+
Anda boleh gunakan aplikasi yang bernama PdaNet+ dimana anda boleh menggunakan data unlimited tanpa had dan ianya tidak hanya pada telefon bimbit anda sahaja, sebaliknya turut pada dekstop anda. Tethering juga boleh dilakukan menerusi wifi hotspot atau menerusi usb tethering. Bagaimanakah caranya?
Cara-cara menggunakan PdaNet+
1. Muat turun aplikasi PdaNet+
PdaNet+ di Google Playstore
Pertama sekali anda perlu muatturun PdaNet+ di telefon bimbit anda. Tidak perlu risau, PdaNet+ ini boleh dimuat turun di Google Play Store sahaja tanpa memerlukan anda untuk memuat turun apk luar. Saya ada lampirkan sekali pautan untuk anda.
Muat turun PdaNet+ : Muat turun
Pasangkan aplikasi ini di telefon bimbit anda dan pastikan ia tersedia untuk digunakan.
Buat pengetahuan anda, jika anda muat turun PdaNet+ sahaja di telefon bimbit, kemungkinan besar masa penggunaan akan terhad. Sambungan tether hotspot anda akan disconnect setiap 1 jam sekali. Disebabkan kita memerlukan PdaNet+ full version, jadi anda perlu ikuti langkah kedua.
2. Muat turun aplikasi Foxfi Key
Seterusnya anda perlu muat turun pasangan kepada pdaNet+ iaitu Foxfi Key. Menerusi aplikasi ini, ia membenarkan anda untuk menerusi PdaNet+ full version secara percuma. Saya sediakan sekali laman web untuk muat turun aplikasi ini.
Muat turun Foxfi Key: Muat turun
Apa yang anda perlu buat hanyalah dengan muat turun aplikasi ini sahaja. Selepas muat turun, cuba buka kembali PdaNet+. Aplikasi anda akan menjadi full version secara automatik. Selesai dibahagian telefon bimbit, seterusnya dibahagian PC pula.
3. Muat turun aplikasi PdaNet+ versi PC
Muat turun perisian untuk windows
Langkah terakhir adalah dengan mempersiapkan PC anda dengan PdaNet+ client. Caranya ialah anda perlu ke laman web rasmi penyedia perkhidmatan tersebut dan muat turun aplikasi versi desktop di PC anda. Pautan ada disediakan di bawah
Muat turun PdaNet+ versi Desktop: Muat turun
Proses pemasangan adalah seperti biasa. Selesai pemasangan di PC anda, maka anda boleh mulakan sambungan internet anda dengan aplikasi telefon bimbit anda.
Anda boleh menyambut dengan fungsi WiFi direct hotspot atau menerusi USB Tether. Tapi saya sangat menggalakkan anda untuk membuat sambungan menerusi USB Tether untuk prestasi yang maksima.
Selamat mencuba
Baiklah itu sahaja artikel berkaitan cara sambungan VPN ke PC menerusi cara tether WiFi atau USB. Terima kasih kerana sudi membaca. Diharapkan menerusi perkongsian ini, ianya dapat membantu anda untuk melakukan penjimatan pelan internet anda.
Suka untuk saya ingatkan, tutorial ni adalah penjimatan menggunakan peranti sedia ada anda iaitu menggunakan telefon bimbit. Jika anda tidak kisah untuk berbelanja lebih dalam RM150-RM200, saya sangat galakkan untuk anda menggunakan modem wifi yang menggunakan simcard.
Dibawah ini saya ada sediakan pautan untuk anda membaca ulasan saya menggunakan salah satu model yang ada di pasaran.
Baca juga: Ulasan modem wifi guna kad sim dengan internet unlimited
Jika terdapat sebarang persoalan, anda boleh ajukan diruangan komen ini. Selamat mencuba.
73 Comments
Salam tuan,
Boleh guna lagi ke cara ini?
Wsalam. Boleh2, tapi kad sim terpilih je la. Buat masa ini, yang saya dah test adalah Tunetalk. Boleh guna. Yang Celcom dan YES dah tak boleh guna dah.
Serius yes x boleh ? Bru nk cuba
Ye betul. Yes dah tak boleh guna dah. Saya pakai Tunetalk buat masa sekarang.
salam bang, kalo kuota hotpots da abis still bole pkai ke pdanet ni?
Wsalam. pdanet ni tak pakai quota hotspot.
boleh guna utk umobile unlimited data prepaid ke? atau hanya utk postpaid?
Saya hanya cadangkan untuk prepaid dengan unlimited plan. Buat masa ni umobile tak pernah cuba.Saya sekarang bertukar ke tunetalk.
Salam. Saya pakai sim kad yes 4g untuk router modem tp link mr6400. Sblm ni setiap data yg saya gunakan adalah hasil redeem data yes dari shopee.. so bila quota dah habis.. jadi pishang la.. huhu. xpenah pun topup reload. So andai saya topup yes plan kasi up unlimited 30.. walaupun tertulis situ hotspot 9gb.. adakah saya boleh terus surt internet.. biasa saya guna utk connect ke android tv..
Saya agak mushkil, sim yes 4g akan guna internet sim ke atau hotspot pada modem ?
Wsalam Azrul.
Buat masa ini saya masih lagi gunakan YES 4G dan masih lagi ok untuk Smart TV saya tanpa perlu topup selain daripada RM30 tu. Menjawab persoalan itu, YES guna kuota internet sim, bukan kuota hotspot. Sebab tu kita semua terikat dengan FUP (Fair Usage Policy).
thank you bang, sangat sangat membantu saya sebagai student yang sangat sangat perlukan data ni. semoga urusan abang dipermudahkan allah…huhuhu, kita ni nak berjimat sebab kos kat u banyak nak pakai duit …hehehhe btw saya umk student first intake.ehhehhheh now nak masuk sem 2 dah..now berperang study week, tu nak pakai banyak internet tu… terima kasih banyak banyak abang
Sama-sama Nurul, gembira dapat membantu.
Salam tuan, alhamdullillah saya tengok usage hotspot saya pun memang tak terganggu. Lepas ni tak beli modem dah. Bila terdesak baru beli hehehehe
Wsalam. Terbaik. Sebenarnya saya ada beli modem juga dan buat review guna modem. Nanti saya update dalam minggu ni.
Salam tuan, telefon saya support pdanet ni, tapi saya x pasti adakah dia bypass hotspot saya. Saya guna Celcom, macam mana nak tahu bypass ni fungsi ye?
Wsalam. Kalau Tuan berjaya guna hotspot untuk kad sim unlimited yang tak boleh hotspot, maknanya berjayalah tu.
Salam bang pda net dah tak efektif nak pakai, semalam telco saya dapat detect and dia terminate internet quota saya. 12 hari baki unlimited internet burn.. So kalau nak guna kat modem pun dah tak selamat skrg..
Pakai telco apa tu? Saya pakai Yes 4G di modem masih ok lagi.
Salam bang!…
Saya pakai Yes 4G utk router.
Camane nk setting utk router eh?
Wsalam. Yang itu saya kurang pasti. Sebab tak pernah cuba lagi.
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ. Sekadar berkongsi tuan. Sy bknlh pkar tp sy ney jenis yg suka explore bnda yg baru. Selain PDAnet ada 1 lg app yg boley kita gunakan iaitu Netshare. Boley juga connect di ipad/mac dan seumpamanya.. App tu pun mudah untuk digunakan. Sahabat ² suma boley mncuba
W’salam Farhan. Terima kasih kongsikan alternatif lain untuk pengguna produk apple. Saya harap pembaca lain boleh gunakan Netshare untuk peranti anda.
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ. Sekadar berkongsi tuan. Sy bknlh pkar tp sy ney jenis yg suka explore bnda yg baru. Selain PDAnet ada 1 lg app yg boley kita gunakan iaitu Netshare. App tu pun mudah untuk digunakan. Boley juga connect di ipad/iphone, mac dan suma. Sahabat² suma boley mncuba.
Salam tuan nk tanya..cara diatas hanya untuk android mobile sahaja ke..boleh x kajikan cara bypass guna iphone pulak..sy pengguna iphone
macam mana nak hotspot dari phone ke phone ?? saya boleh buat dari phone ke laptop shj
nak tanya untuk data boleh ke ? atau untuk hotspot sahaja?
Artikel ni untuk mereka yang dah ada pakej unlimited di hp tetapi mempunyai limitasi hotspot.
Yes 4g Unlimited data,tapi kuota hotspot dh hbis…boleh buat ikut cara ni kee??nk bagi hotspot ke tv,ada cara tak??sbbkan kena pasang aplikasi 2 tu…
Terima kasih saya ucapkan kepada tuan kerana sudi membantu mengurangkan beban saya untuk menjalani pdpr.
Sama-sama.
Mengapakah Hanya boleh pakai 1 jam sahaja? Lepas itu auto disconnected
Kena install foxfi key dulu untuk dapatkan full version app.
Kalau melalui ruangan comment ni saya faham..sambungan dari 1 device ke device memerlukan applikasi pdanet di kedua2 device..
Kalau tengok pdanet ni hanya ade untuk android..bermakna any apple products tak boleh menggunakan kaedah ini..betul tak??
Sambungan wifi dari android phone ke ioad pun mustahil ye?
1. Ya, sambungan perlu jika menggunakan USB Tethering. Contohnya menggunakan laptop dan handphone dijadikan hotspot. Jadi kedua2 peranti perlu ada PdaNet. USB Tethering sentiasa menjadi pilihan terbaik jika mahukan sambungan internet yang laju.
2. Bagi penggunaan produk Apple, saya kurang pasti nak jawab bagaimana (minta maaf). Saya dimaklumkan developer PDANet ada support untuk MacOS. Cuma saya dah cuba gunakan dengan MacOS, memang tak boleh.
3. Sambungan wifi daripada android ke ios saya tak pernah cuba.
Salam..hai..saya nak tanya untuk guna cara ni kalau celcom unlimited boleh ka?
Wsalam. Kena tengok peranti, sebab ada yang boleh, ada yang tulis connected tapi no internet. Boleh cuba.
salam encik. saya nak tanya lepas install foxfi tu ada kena buat apa2 ke untuk dapatkan full version pdanet ? sebab saya gunakan secara wifi direct hotspot dan still terputus connection setiap 1 jam.
w’salam. Kena tengok dlu adakah pdanet net sudah full version. Kalau dah full version tapi masih terputus selepas 1 jam, mungkin itu masalah teknikal.
Assalamualaikum, subhanallah terima kasih en azmir dengan perkongsian ini. Alhamdulillah saya dah dapat buat sambungan drpd unifi mobile kepd laptop sy. Cuma isunya adalah model smartphone yg tak boleh digunakan adalah xiomi redmi 5 plus, rsnya model lain ok kot.
Waalaikumsalam. Oh saya kurang pasti tentang hal itu. Apapun terima kasih kerana sudi membaca.
Tuan, klau saya ,connect data unlimited yes ke tv mcm mana ye.. adakah saya perlu install apps tu ke tv utk unlimited hotspot dan lepastu tekan apa ye.. sya dh cuba tapi ada limit masa???
Saya tak pernah cuba untuk connectkan dengan TV. Kalau ikut logik, rasanya tak perlu. Boleh guna connection guna Wifi sahaja. Limit masa itu mungkin sebab tak full version. Dah pakai foxfi ke?
Tuan, saya guna Umobile gx50 dan Pdanet, tetapi ini bahaya x? Sbb saya dengar benda ni illegal dan boleh kena tangkap, betul ke? Terima Kasih
kenapa pdanet yang saya guna boleh connect tetapi tertera no internet. sedangkan di phone lain lancar je
Salam min, kalau buat main fps lepas ke, sbb saya pernah guna jugak kaedah ni, tpi ping jump terlalu kerap (not stable). Cuma sebelum ni saya guna digi. Sekarang dah ada yes, so saya nk tau mcm mana performance untuk main fps di dekstop. Terima kasih min.
salam tuan. kalau iphone connect ke android boleh ke? sebab iphone takde pdanet
Mmg dh lama guna mnde tu, tpi ada cara untuk bypass speed tak? Sbb saya perasan speed dia depend kat plan yg kita guna mcm gx30 speed cap kat 3mbps gitu.
kalau yes4G konfem unlimited tu kena fup tak kalau guna cara pdanet ni?
Kalau guna sim maxis atau Digi,boleh bypass Tak?
salam en azmir u xde buat tutorial video or any video ytube utk buat nie…. sbb kurg jelas.. klau ditunjuk ajar dlm video mungkin lebih baik dan jelas… tq klau sudi buat vid tutorial
Saya guna yes 4g postpaid unlimited tapi plan ni memang tak boleh tathering. Saya guna di fon.Kalau saya guna kaedah tuan ni bolehkah saya tathering di laptop saya?
Boleh. Saya pun dulu pengguna YES 4G satu ketika dahulu (sebelum pasang unifi). Saya buat seperti mana dalam artikel ni menggunakan pakej unlimited.
Salam tuan..
Kalau guna device mifi tu apa yg perlu setting ye?
Kurang pasti. Saya tidak guna mifi.
Hi, ni memang untuk data yes unlimited tu kan, yang tak boleh guna untuk hotspot. Sebab nak guna untuk online study. Tq
Ya betul.
Lepas download PdaNnet ok,Sya cuba download Foxfi key tapi kena bayar 32.99 kenapa ye?
Saya dah sediakan Foxfi key free dah di atas tu. Tinggal download sahaja.
Bila tekan link FoxFi key, dia buka page Request access, dan click send untuk request dari page owner.
Tiada apa untuk download dan saya dah request beberapa kali.
Apapun terima kasih. Saya dah cuba cara ni dan boleh connect internet di Windows laptop, cuma pdanet bukan full version. Saya guna hotlink unlimited 3mbps no hotspot.
Lepas ni nak cuba dengan MacBook air pula.
Dua dua hp kena ada pda net. Satu hotspot satu lg terima hotspot guna pda net , tekan butang wps. Terus bersambung
Terima kasih ats maklumat yg dikongsi
Saya nk tnye..klo saya nk connect ngn android box mcm mne ye
Sama. Owh saya kurang pasti tentang Android box.
Terima kasih ats pengkongsian..tuan, untuk install foxfi key tu kena install yang brbayar ke baru dapat unlimited masa. atau memadai instll foxfi key yang percuma saja? sblm ni sy dh instll yg prcuma masalahnya tiada perubahan, still cut selepas 1 jam
Foxfi key percuma pun dah memadai. Sepatutnya dengan key tu Tuan dah dapat appa full version. Cuba double check balik betul ke cara install tu.
maaf sy nie bkn pakar sgt dlm it nie,sy dah download pdanet utk hp,masalahnye ape yg su perlu select dekat situ,dan sy dah download juga foxfi key,ape yg perlu sy select dan tick dekat situ ye
Boleh je sambungkan handphone dengan laptop guna usb wire, kemudian klik pada USB tethering. Di laptop pula, tinggal on kan sahaja PDANet.
Asalamualaikum tuan ,pdanet ni boleh digunakan di mac?
Waalaikumsalam. Kata dari developer boleh. Tapi saya cuba guna di mac saya tak boleh.
Asalamualaikum tuan , pdanet boleh guna untuk mac?
Hai admin, thanks sebab share kan pasal bypass nih, sangat membantu saya sebagai seorang student yang belajar online sekarang.. Btw, saya nak tanya.. Boleh ke tak guna pdanet nih untuk phone ke phone, means kalau guna hotspot?
Sepatutny boleh. Sebab ada fungsi hotspot dalam pdanet.
Terima kasih En. Amir Shah kerana sudi share cara penjimatan ini. Saya memang gila bertanya sana sini macam mana kurangkan perbelanjaan bil internet, terutama pada saat2 ini dalam darurat Covid 19 dan budak kena belajar online dengan menggunakan MS Teams. Banyak makan hotspot dan pokkai saya ni nsk top up selalu. Fixed fiber line katt taman i ni pot pun habis digunapakai. So H/p je yang membolehkan anak saya belajat online.
Ribuan terima kasih kerana sudi berkongsi cara pwnjimatan ini, khasnya orang tua cam saya ni yang langsung tak bisik dengan aplikasi2 canggih ni.
Kalau sangkut nanti boleh saya daoat bantuan dan tunjuk ajar dari anda?
Sekian disertai ribuan terima kasih.
Boleh Tuan tak ada masalah. Terima kasih kerana sudi membaca.