Pernahkah anda ingin mencari lagu yang sedap didengar tetapi terlupa judul lagunya? Lebih parah bukan setakat judul, liriknya juga turut terlupa. Jika anda pernah menghadapi masalah sedemikian, maka saya ingin kongsikan bagaimana cara untuk cari lagu dengan bersenandung (humming) menggunakan fungsi terbaru “Hum to search” pada aplikasi Google Assistant.
Apa itu Hum to search?
Google menerusi aplikasi Google Assistant telah mengemaskini gajet tetapan lalai (default) di telefon bimbit anda dengan memasukkan fungsi yang dikenali sebagai “Hum to search“. Menerusi fungsi ini, anda tidak perlu lagi bersusah payah mengingati lirik untuk mencari lagu yang diinginkan. Cukup dengan bersenandung (humming), bersiul (whistle) atau menyanyi secara terus di telefon bimbit, menggunakan suara sahaja mampu memudahkan anda untuk mencari lagu kegemaran.
Kelebihannya jika anda merakamkan suara, Google menerusi algoritma kecerdasan buatan akan cuba mengenalpasti senarai lagu yang dicari anda. Anda tidak perlu mempunyai suara seperti Dato Siti Nurhaliza atau Zaiton Sameon semata-mata ingin mendapatkan nada (pitch) lagu yang tepat. Sebaliknya suara sumbang tidak punyai masalah. Asalkan nada suara anda jelas, itu sudah cukup.
Kenapa?
Ini kerana setiap lagu yang berada di pasaran mempunyai melodi yang mempunyai identitinya yang tersendiri. Menerusi identiti tersebut, senandung anda itu akan dimodelkan dan ditukar kepada urutan nombor yang mewakili melodi. Jika anda tidak bersenandung sebaliknya menghalakan telefon bimbit anda pada radio sekalipun, AI yang dibangunkan Google ini akan mengenalpasti persamaan daripada pelbagai sumber dan ia akan membuang semua bunyi yang tidak perlu seperti bunyi bising dan bunyi peralatan (instrument) dan mula memproses carian.
Bagaimana cara menggunakannya?
Apa yang anda perlu buat adalah dengan membuka aplikasi Google Assistant anda. Pastikan ia dikemaskini dengan versi terbaru. Tekan butang mikrofon di bahagian kotak carian atau anda boleh aktifkan pencarian automatik dengan arahan “Hey Google“.
Kemudian berikan arahan dengan berkata “what’s this song?” pada aplikasi Google Assistant. Selepas itu satu antaramuka rakaman suara akan terpapar di telefon bimbit anda. Anda boleh mula merakamkan suara dengan bersenandung (humming) lagu kegemaran anda itu dalam tempoh 10-15 saat.
Lagu melayu atau lagu inggeris pun tidak ada masalah asalkan nada anda kena dengan lagunya. Ketika artikel ini ditulis, fungsi ini menyokong hampir lebih 20 jenis bahasa. Namun sayangnya fungsi itu termaktub pada pengguna android sahaja. Bagi pengguna iOS, fungsi “hum to search” hanya mampu menyokong carian bahasa inggeris sahaja (noob).
Selepas selesai bersenandung, Google akan mengenalpasti keputusan carian. Mereka akan memaparkan senarai lagu yang dicari anda berserta judul lagu, artis dan peratusan ketepatan suara.
Kami membuat percubaan fungsi ini
Kami turut cuba untuk cari lagu dengan suara merdu kami. Tetapi versi senandung sahaja la. Ternyata ketepatannya ditahap yang memuaskan. Saya dapat mencari lagu-lagu yang saya inginkan dalam niche yang berbeza. Bahasa juga berbeza. Saya mencuba carian tajuk lagu dari pelbagai bahasa.
Terdapat 5 carian yang saya buat pada video ini. Antaranya lagu melayu (pada syurga diwajahmu), lagu inggeris (bed of roses), lagu indo (Denn assalam), lagu EDM (Animals) dan lagu korea (Just right). Nampaknya carian saya itu berakhir tanpa sebarang masalah dan hasil cariannya memuaskan.
Reaksi kami tentang fungsi ini?
Masalah mencari lagu ini adalah masalah global, bukan setakat orang Malaysia, orang US pun mempunyai masalah yang sama. Tau lagu “du du du du”, tapi tajuk lagu tidak tahu, lirik pun tidak tahu. Jadi apabila Google menyelesaikan masalah ini, saya rasa kagum dengan teknologi yang dipelopori Google.
Maklumlah di zaman ini kebanyakan daripada kita melayan lagu-lagu yang berbentuk instrumen dan Electronic dance music (EDM), jadi ada sesetengah daripada lagu tersebut tidak mempunyai lirik untuk diingati. Jadi agak sukar untuk pendengar mencari judul lagu tersebut untuk disimpan di senarai lagu personal seperti Spotify atau Youtube Music.
Baca juga: 7 Fakta Mengenai Google Yang Anda Mungkin Tidak Tahu
Baca juga: 20 Fakta Menarik Mengenai Apple Yang Anda Tidak Tahu
Mujurla ada Google Assistant yang dikemaskini dengan fungsi “Hum to search” ini, jadi kesulitan itu tiada lagi. Kita juga tidak perlu mengambil langkah tambahan dengan memuat turun aplikasi lain yang kita jarang guna seperti Shazam untuk mengenalpasti lagu. Tak kan dah dengar dan dapat lagu yang diinginkan kita nak buang balik aplikasi itu bukan?
Jadi apa pandangan anda tentang fungsi ini? Adakah anda mempunyai masalah yang sama? Sukakan fungsi cari lagu dengan bersenandung daripada Google ini? Kongsikan diruangan komen.
2 Comments
I think just saying “thank you” is a humiliating so i thought of leaving you a comment for being a BIG HELPER for me a because i have been wasting my time for searching for a song where i dont know the lyrics except “Respect” and then i started singing in humming voice, the good thing was they suggested me the song and it was the lost & found childhood song. I’ve been searching for years for this song, Thank you.
Hi Haifa,
Thank you for leaving a comment on this blog and I am glad this article was able to help you. Finally, one problem solved. Haha