• Pengaturcaraan
    • Laravel
    • UI/UX
    • SEO
  • Teknologi
    • Mata Wang Kripto
  • Filem & Siri
  • Motivasi
    • Agama
    • Kata Inspirasi
    • Viral
  • How to?
Mencari
Facebook Twitter Instagram
Azmir Shah
  • Pengaturcaraan
    1. Laravel
    2. UI/UX
    3. SEO
    4. View All

    Apa itu Laravel? Adakah ia lebih baik berbanding Core PHP?

    24/04/2019

    4 laman web yang memberi inspirasi UIUX

    28/02/2021

    4 aplikasi rekaan UI/UX yang menjadi kegemaran saya

    25/06/2019

    Perbezaan wireframe, mockup dan prototaip untuk UI/UX

    18/06/2019

    Panduan On-page SEO yang semua orang wajib tahu!

    08/02/2021

    Apa itu SEO? Kenapa ia penting kepada laman web?

    10/10/2020

    LT Browser: Menguji reka bentuk responsif laman web anda secara offline

    22/02/2022

    Bagaimana cara debug ghost CSS secara manual

    15/02/2022

    Beza camel, snake, kebab dan pascal case dalam penulisan kod

    12/02/2020
  • Teknologi
    1. Mata Wang Kripto
    2. View All

    Cara beli token di Pancakeswap

    08/01/2022

    11 tip trade kripto untuk golongan pemula

    05/10/2021

    Panduan menjual mata wang kripto di Binance P2P Malaysia?

    10/06/2021

    5 platform jual beli Bitcoin di Malaysia untuk pemula

    21/02/2021

    Tiktok memintas Google sebagai laman web paling popular

    02/01/2022

    Keburukan ekonomi gig kepada gigger

    18/01/2021

    Apa itu ekonomi gig? Adakah Malaysia terkesan?

    09/12/2019

    Pemuda Ini Meramalkan Teknologi Dan Masa Hadapan

    24/08/2016
  • Filem & Siri

    Idiocracy (2006): Filem bodoh yang buat anda berfikir sejenak

    7.0 01/01/2022

    Ulasan Love Destiny (2018), Drama Thai yang anda patut tonton

    24/09/2021

    7 Drama Korea terbaik lakonan Lee Jong-Suk

    06/02/2021

    Tonton movie online secara percuma dengan Streamio

    17/01/2021

    7 filem manusia genius terbaik sepanjang zaman

    16/12/2019
  • Motivasi
    1. Agama
    2. Kata Inspirasi
    3. Viral
    4. View All

    Panduan melaksanakan solat jenazah dengan sempurna

    22/01/2017

    Peranan Yang Dimainkan Si Ayah Mempengaruhi Tingkah Laku Anak-Anak

    22/12/2015

    Pengisian Kuliah Ustaz Azhar Idrus Di Surau Al-Iman

    13/11/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 3

    12/11/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 2

    29/10/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 1

    22/10/2015

    Kisah Katak : Apa Beza Diri Anda Dan Katak Ini?

    20/12/2015

    Kisah Penjual Tempe Yang Penuh Dengan Pengajaran

    27/11/2015

    Cerita Rakyat Daripada Jepun Ini Sarat Dengan Pengajaran

    23/10/2015

    Mesej Seorang Bapa Kepada Anaknya Ini Pasti Membuatkan Anda Tersentuh

    15/10/2015

    Matlamat: Jangan Fokus Padanya, Jangan Berkongsi Pada Sesiapa

    28/03/2019

    Pakar Psikologi Berpendapat Kita Perlu Menerima Diri Kita Yang Seadanya Sebelum Bersedia Untuk Berubah

    17/01/2016

    7 Perbezaan Golongan Menengah dan Orang Kaya Yang Anda Kena Tahu

    16/01/2016

    7 Tabiat Yang Mampu Meningkatkan Produktiviti Kerja Anda

    14/01/2016
  • How to?

    Cara install aplikasi Disney+ Hotstar di Samsung TV Malaysia

    08/02/2022

    Cara menyelesaikan masalah “card information is invalid” di Samsung Pay

    12/06/2021

    Terlupa judul lagu? Ini cara cari lagu dengan bersenandung

    23/02/2021

    Buka akaun perniagaan Maybank online tanpa introducer

    02/02/2021

    Cara daftar SSM online untuk perniagaan Enterprise

    22/01/2021
Azmir Shah
cara daftar ssm secara atas talian, cara daftar ssm online, register ssm online, daftar enterprise,
Tutorial

Cara daftar SSM online untuk perniagaan Enterprise

Azmir ShahBy Azmir Shah2 Comments7 Mins ReadUpdated:13/01/2022
Share
Facebook Twitter Telegram WhatsApp

Semenjak dua menjak ini saya menyedari banyak pihak mula berkecimpung dalam dunia perniagaan. Ada yang secara kecil kecilan dan ada juga yang sepenuh masa berniaga di atas talian(online).

Itu satu perkembangan yang bagus. Apabila kita serius, saya pasti anda diantara anda mula memikirkan jalan tentang bagaimana cara daftar ssm online untuk perniagaan.

Maklumlah, kini daftar perniagaan dengan Suruhjaya Syarikat Malaysia (SSM) sudah menjadi satu kewajipan. Elok kiranya kita mendaftar sekurangnya perniagaan enterprise dahulu.

Lagipun apabila sudah berdaftar, perniagaan kita dikira sebagai satu entiti  sah yang punyai kredibilitinya dalam menjalankan urusan jual beli.

Tahukah anda Kelebihan lain jika anda mendaftar perniagaan anda?

Baca artikel ini untuk tahu lebih banyak tentang kelebihan syarikat Sdn Bhd : Mengenali 10 kelebihan syarikat Sdn Bhd – MalaysiaBiz.Net

Kelebihan daftar perniagaan

  1. Pembukaan akaun semasa di Bank

    Mengasingkan akaun peribadi dan akaun perniagaan adalah tindakan yang perlu bagi pemilik perniagaan. Transaksi yang ada dapat direkodkan dengan baik dan lebih terurus apabila pengasingan dilakukan.

    Baca juga: Cara buka akaun semasa di Maybank secara atas talian

    Kelebihan ini dapat dimanfaatkan terutama buat mereka yang menjalankan perniagaan secara atas talian. Jika kita pakai payment gateway untuk menerima pembayaran atas talian mungkin tidak ada masalah.

    Akan tetapi jika kita menerima banyak transaksi untuk akaun peribadi, silap-silap boleh kena block dengan pihak Bank.

  2. Lebih profesional dan diyakini

    Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengikat anda dengan undang-undang Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (jika tinggal di barat Malaysia).

    Selain daripada meningkatkan keyakinan pelanggan kepada anda, ia juga melindungi pelanggan anda daripada aktiviti perniagaan yang melibatkan penipuan dan aktiviti tidak bermoral.

  3. Bantuan daripada pihak kerajaan

    Perniagaan yang berdaftar dengan SSM berpeluang untuk mendapat bantuan daripada agensi yang berkaitan (jika layak). Ini termasuklah perniagaan yang melibatkan pembangunan komuniti ataupun aktiviti yang bertepatan dengan prospek perniagaan.

    Anda berpeluang untuk mendapat bantuan geran daripada kerajaan bagi mengembangkan perniagaan anda.

Syarat pendaftaran Enterprise

Perniagaan yang didaftarkan adalah meliputi 2 jenis perniagaan iaitu Perniagaan Milik Tunggal yang merujuk kepada seorang pemilik dan Perniagaan perkongsian yang merujuk kepada  perniagaan yang dimiliki oleh 2 orang atau tidak melebihi 20 orang rakan kongsi.

Antara syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh pemilik perniagaan adalah:

  1. Pemilik perniagaan mesti Warganegara Malaysia atau penduduk tetap.
  2. Pemilik perniagaan mesti berumur 18 tahun dan ke atas.
  3. Pemilik/rakan kongsi sahaja dibenarkan untuk membuat permohonan.

Selain daripada itu, syarat penamaan perniagaan turut ditetapkan oleh SSM dan perlu dipatuhi oleh pemilik perniagaan. Antara syarat yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Setiap nama yang didaftarkan perlu menggunaan bahasa dan ejaan yang betul.
  2. Nama juga mestilah tidak terlalu umum.
  3. Tidak menyerupai nama perniagaan yang telah didaftarkan atau dalam simpanan.

Syarat nama lebih lanjut, anda boleh klik pada pautan ini: Klik sini

Bagaimana cara daftar SSM online dengan ezBiz?

Baiklah, berikut ditunjukkan kaedah bagaimana anda boleh register SSM online dengan menggunakan ezBiz SSM.

1. Daftar akaun kali pertama

ssm homepage, daftar ssm online, daftar enterprise, cara daftar perniagaan, daftar enterprise
Muka hadapan ezBiz

Jika anda pertama kali menggunakan  ezBiz, anda perlu mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna bagi penggunaan kali pertama. Jika anda sudah punyai akaun, sila langkau ke bahagian kedua.

  • Layari laman web https://ezbiz.ssm.com.my/
  • Klik pada butang “sign up”.
  • Pilih “NRIC” untuk ID Type.
  • Masukkan IC dan nama penuh anda.
  • Kemudian klik “Register”.
  • Anda akan dibawa ke paparan baru.
  • Isikan bahagian “Registration Information”.
  • Isikan bahagian “User Information”.
  • Akhir sekali isikan bahagian “Residential Address Information”.
  • Tandakan bahagian declarations dan klik butang “Save”.

Selesai pendaftaran atas talian. Seterusnya anda perlu melakukan pengesahan akaun dengan mengunjungi cawangan SSM terdekat dalam tempoh 14 hari daripada hari pendaftaran. Pengesahan yang diperlukan adalah  pengesahan kad pengenalan dan cap jari sahaja.

Sejujurnya saya agak kurang berpuas hati dengan proses pendaftaran kali pertama ini. Kita ada banyak prosedur seperti polisi Know your customer (KYC) yang membantu entiti terlibat untuk membuat pengesahan akaun pelanggan.

Entah kenapa SSM masih lagi buat langkah ke belakang dengan meminta pihak pemilik perniagaan datang untuk buat pengesahan IC dan cap jari. Kalau begitu, baik kita daftar perniagaan di SSM je kan. Tak payah acah kata pendaftaran online.

Akan tetapi tidak mengapalah, angap sahajalah kesusahan ini hanya untuk pengesahan kali pertama. Selepas ini jika anda ingin mendaftar syarikat, tidak perlulah anda menghadirkan diri ke cawangan SSM berhampiran.

2. Mula daftar perniagaan anda

Selepas anda melakukan pengesahan akaun di cawangan SSM berhampiran, anda kini boleh mendaftar perniagaan secara atas talian. Pendaftaran terbahagi kepada 5 bahagian iaitu main information, branches, business code, owners dan fees & declaration.

Mengenai nama pula, semuanya bergantung kepada keperluan anda sama ada menggunakan nama sendiri seperti nama IC atau nama tred. Bagaimana cara menyemak kekosongan nama perniagaan sedia ada?

Anda boleh mendaftarkan diri di https://www.ssm-einfo.my/. Selepas mendaftar, anda boleh cari nama perniagaan yang diinginkan menggunakan kata kunci perniagaan. Jika masih ada, maknanya nama yang diinginkan itu masih boleh didaftarkan.

Baiklah sambung  cara daftar SSM online itu tadi. Pastikan maklumat di semua bahagian yang bertanda astrik merah diisi. Jika tidak anda tidak akan dapat menghantar borang yang disediakan.

nama perniagaan ssm, daftar ssm online, cara daftar ssm, isi borang a, borang a ssm
Mula mengisi borang A dengan memasukkan nama perniagaan
cawangan ssm, branch ssm, daftar ssm
Isikan maklumat cawangan (Jika ada)
maklumat perniagaan, kod perniagaan
Masukkan juga maklumat perniagaan dan kod perniagaan
Masukkan maklumat pemilik perniagaan
Pengesahan maklumat dan kadar bayaran
Proses sebelum lakukan pembayaran     

3. Lakukan pembayaran

Selepas anda memuktamatkan dokumen, anda boleh hantar borang dan mula membuat pembayaran. Pembayaran boleh dilakukan menggunakan kad debit/kad kredit atau menggunakan perbankan atas talian. Caj pembayaran juga berbeza mengikut jenis nama yang didaftarkan.

Maklumat adalah seperti berikut:

Perniagaan pemilikan tunggal menggunakan nama sendiri: RM30
Perniagaan pemilikan tunggal atau perkongsian menggunakan nama tred: RM60
Pendaftaran cawangan: RM5 bagi setiap cawangan
Info perniagaan: RM10

invoice ssm, pembayaran di ssm, ssm online
Invoice diterima selepas pembayaran dibuat

Resit pembayaran akan diberikan kepada anda selepas pembayaran dibuat untuk tujuan rujukan.

4. Tunggu maklumbalas SSM

Jika permohonan anda berjaya, anda akan dimaklumkan menerusi SMS dan email. 3 hari waktu bekerja diperlukan untuk memperolehi perakuan pendaftaran perniagaan buat mereka yang memohon menerusi ezBiz.

email ssm, ssm email approved,
Permohonan diluluskan

Ketika saya memohon daftar perniagaan ini, saya mendapat kelulusan dalam tempoh masa 1 hari sahaja daripada pihak SSM. Pantas dan mudah. Sijil yang anda dapat pula boleh dimuat turun dan dicetak.

Jika anda masih tidak memahami tentang bagaimana cara untuk mendaftar, berikut disediakan video untuk anda lebih mudah faham bagaimana cara untuk mendaftar perniagaan.

Dapatkan tawaran hebat daftar Sdn Bhd RM1498. Klik artikel ini: Daftar syarikat Sdn Bhd dengan 4 langkah mudah – MalaysiaBiz.Net

Kesimpulan

Saya sebenarnya masih lagi tidak berpuas hati dengan proses pendaftaran kali pertama SSM ini. SOP pengguna kali pertama perlu datang ke cawangan SSM terdekat untuk pengesahan biometrik harap boleh ditambah baik.

Bagi saya kalau dah datang SSM tu, baik daftar terus. Buat apa buat perkara sia-sia untuk mendaftar di PC sendiri. Lagipun kebanyakan pihak di luar sana dah lama amalkan polisi Know Your Customer (KYC) untuk perniagaan masing-masing.

Saya ambil contoh cukup mudah adalah Bigpay. Bagaimana mereka mengambil maklumat IC, paparan muka 3D, suara dan cap jari pelanggan tanpa menyusahkan pelanggan menggunakan kad debit Bigpay.

Tapi saya puji dengan kepantasan urusan transaksi disamping navigasi mesra pengguna untuk proses yang berlaku diatas talian. Buat pengetahuan Tuan Puan, saya hanya mendapat kelulusan permohonan selama 1 hari sahaja.

Bagi saya itu sangat pantas dan baik. Beberapa hari kemudian, saya juga melakukan pindaan maklumat menerusi ezBiz, juga diluluskan dengan segera. Jadi selain daripada SOP kali pertama, laman web ezBiz sangat bagus dan benar-benar memudahkan pengguna.

Baca juga: Buka akaun perniagaan Maybank online tanpa Introducer

Diharapkan artikel kali ini benar-benar membantu anda untuk mendaftar perniagaan anda terutama buat mereka yang ingin tahu cara daftar SSM online buat kali pertama. Ada sebarang komen? Jangan lupa utarakannya diruangan bawah. Terima kasih.

Soalan Lazim

Berapakah bayaran yang dikenakan bagi mendaftar SSM?

Bayaran yang dikenakan bagi mendaftar Enterprise adalah serendah RM30 jika menggunakan nama sendiri dan RM60 jika menggunakan nama tred.

Adakah sijil SSM selamanya boleh diakses di ezBiz?

Selesai sahaja anda mendaftar SSM untuk perniagaan anda di ezBiz, anda akan mendapat 3 jenis dokumen iaitu maklumat perniagaan, borang A dan sijil perniagaan. sila muat turun dokumen tersebut dalam tempoh 14 dari tarikh daftar atau anda akan kehilangan akses buat selamanya.

Adakah saya diberi nombor SSM berformat baru sahaja?

Jangan risau, anda akan diberikan dua jenis nombor SSM iaitu nombor SSM format lama (dalam kurungan) dan format baru (terdiri daripada digit). Sila rujuk sijil perniagaan anda.

cara cara daftar ssm cara daftar niaga ssm cara daftar perniagaan cara daftar perniagaan di sarawak cara daftar ssm cara daftar ssm 2021 cara daftar ssm baru cara daftar ssm berniaga online cara daftar ssm di ezbizm cara daftar lesen perniagaan cara daftar ssm di kaunter cara daftar ssm enterprise cara daftar ssm ezbiz cara daftar ssm online cara daftar ssm online ezbiz cara daftar ssm perkongsian cara daftar ssm perniagaan online cara daftar ssm secara online cara daftar ssm semasa pkp cara daftar ssm untuk business cara daftar ssm untuk business online cara daftar ssm untuk enterprise cara daftar syarikat enterprise di ssm cara daftar syarikat ssm cara membuat bayaran ssm cara nak daftar ssm cara nak daftar ssm online cara untuk daftar ssm register ssm online
Share. Facebook Twitter Telegram WhatsApp
Previous ArticleKeburukan ekonomi gig kepada gigger
Next Article Cara jual Bitcoin di LocalBitcoins, sebuah platform P2P
Azmir Shah
  • Website
  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

Seorang programmer yang mempunyai pengalaman yang tidak seberapa. Memiliki kelulusan daripada universiti terkemuka di Malaysia dan secara jujurnya beliau meminati Elon Mask lebih daripada Bill Gate.Seorang yang bercita-cita tinggi, kini bekerja sebagai Front-End developer di salah sebuah syarikat di Shah Alam.

Artikel Berkaitan

Cara install aplikasi Disney+ Hotstar di Samsung TV Malaysia

Cara menyelesaikan masalah “card information is invalid” di Samsung Pay

Terlupa judul lagu? Ini cara cari lagu dengan bersenandung

Buka akaun perniagaan Maybank online tanpa introducer

Cara bypass tethering hotspot unlimited data untuk YES 4G dan Umobile

Adakah ads.txt mampu meningkatan pendapatan Google Adsense anda?

2 Comments

  1. zarina on 10/08/2021 5:33 PM

    bagaimana cara sekiranya kita telah buat pembayaran tetapi terlupa klik YA pada BUSINESS INFO, sebab saya baca, sekiranya nak buka akaun perniagaan document Business Info ini diperlukan.

    Reply
    • Azmir Shah on 30/08/2021 12:42 AM

      Anda memang tidak akan boleh download business info sebab tidak pilih YA. Tapi ada trick. Boleh sahaja kemaskini secara online di bahagian My Business Services >> New Business Changes untuk permohonan perubahan maklumat perniagaan, nanti pilih untuk pembayaran business info sekali.

      Reply

Leave A Reply Cancel Reply

Cari Sesuatu?
Sosial Media
  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • Telegram
Artikel Terbaru
Makanan

5 Sarapan tidak sihat menurut Pakar Perunding Kardiologi

By Azmir Shah01/03/2022
Pengaturcaraan

LT Browser: Menguji reka bentuk responsif laman web anda secara offline

By Azmir Shah22/02/2022
Pengaturcaraan

Bagaimana cara debug ghost CSS secara manual

By Azmir Shah15/02/2022
Tutorial

Cara install aplikasi Disney+ Hotstar di Samsung TV Malaysia

By Azmir Shah08/02/2022
Makanan

Asal usul Bintang Michelin yang menjadi idaman restoran

By Azmir Shah01/02/2022
Kategori
Mengenai Kami
Mengenai Kami

Platform penulisan untuk kami kongsikan segala informasi yang bersarang di minda. Berkongsi pengetahuan untuk anda para pembaca yang budiman.

Pautan Berkaitan
  • Dasar Privasi
  • Hubungi
  • Tentang
Artikel Terbaru

5 Sarapan tidak sihat menurut Pakar Perunding Kardiologi

01/03/2022

LT Browser: Menguji reka bentuk responsif laman web anda secara offline

22/02/2022

Bagaimana cara debug ghost CSS secara manual

15/02/2022

Cara install aplikasi Disney+ Hotstar di Samsung TV Malaysia

08/02/2022
© 2022 Hak Cipta Terpelihara. Direka untuk Azmir Shah.

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

Go to mobile version