Pernahkah anda menghadapi situasi dimana anda perlu menghantar pesanan Whatsapp kepada orang yang tidak dikenali (stranger) tetapi malas nak simpan nombor telefon mereka. Jadi didalam artikel ini ini saya kan mengajarkan bagaimana cara untuk hantar whatsapp tanpa save nombor seseorang.

Kenapa anda perlu tahu dengan cara ini?

Sudah semestinya apabila ia melibatkan keperluan dalam kehidupan seharian kita. Sebagai contohnya bagaimana anda ingin membeli barangan di atas talian tetapi penjual tersebut hanya menyediakan nombor telefon tanpa pautan.

Begitu juga apabila berurusan dengan peserta kursus  kemahiran yang perlu dihubungi sebanyak sekali sahaja. Tak kan la kita nak simpan nombor telefon mereka dahulu baru boleh dihubungi menerusi Whatsapp.

Jadi bagaimana cara Whatsapp tanpa save nombor?

1. Buka aplikasi Google Chrome

Mudah sahaja. Pertama sekali anda perlu membuka aplikasi Google chrome di telefon bimbit anda. Ini hanya satu daripada senarai pelayar di luar sana. Anda nak pakai browser lain pun boleh.

2. Masukkan alamat wa.me/no telefon

Hanya tulis seperti ini di browser anda

Seterusnya anda perlu masukkan alamat web berserta nombor telefon yang ingin dihubungi. Sebagai contohnya wa.me/60123456789. Jangan lupa masukkan kod negara tanpa + . Selepas mencatatkan nombor telefon, sila tekan “Enter”.

3. Terhubung ke aplikasi Whatsapp

Sebaik sahaja anda menekan butang “Enter”, anda akan dibawa ke laman web Whatsapp. Sila klik butang “Continue to chat” untuk menghubungkan terus diri anda kepada empunya nombor di aplikasi Whatsapp. 

Solat Lazim

Adakah cara ini memerlukan saya untuk memasang sebarang aplikasi?

Tidak perlu. Malahan melalui kaedah ini, anda hanya memerlukan aplikasi sedia ada sahaja seperti pelayar web (browser) untuk menghubungkan anda dengan individu yang dikehendaki terus ke aplikasi Whatsapp.

Bagaimana cara untuk membuat link whatsapp?

Artikel ini hanya mengajar anda tentang cara-cara untuk berhubung dengan individu asing (asing) secara pantas tanpa perlu memasang sebarang aplikasi. Namun jika anda ingin membuat link whatsapp, anda boleh ke wasap.my.

Kesimpulan

Jika kepantasan yang anda cari tanpa memerlukan sebarang usaha untuk mendaftar dan memuat turun aplikasi yang berada di pasaran, maka artikel ini menyediakan jawapannya. Saya kongsikan kepada anda bagaimana cara untuk menghantar mesej whatsapp tanpe save nombor telefon individu tersebut di telefon bimbit anda.

Baca juga: Cara cari lagu dengan bersenandung

Selepas ini pasti lebih mudah untuk menguruskan nombor telefon stranger di telefon bimbit anda. Tidak perlu save nombor orang lagi.

Share.

Seorang programmer yang mempunyai pengalaman yang tidak seberapa. Memiliki kelulusan daripada universiti terkemuka di Malaysia dan secara jujurnya beliau meminati Elon Mask lebih daripada Bill Gate.Seorang yang bercita-cita tinggi, kini bekerja sebagai Front-End developer di salah sebuah syarikat di Shah Alam.

1 Comment

Leave A Reply

Exit mobile version