Saya percaya jika anda pemilik Samsung TV untuk model sebelum tahun 2016, anda pasti musykil bagaimanakah agaknya cara untuk memasang aplikasi Disney + Hotstar di Samsung TV. Ini kerana secara default aplikasi Disney + Hotstar tidak ada di Samsung TV.

Lebih-lebih lagi Samsung TV yang berada di pasaran Malaysia bukanlah menggunakan android TV yang boleh memuat turun aplikasi sesuka hati, sebaliknya OS Tizen. Jadi ini mungkin sedikit sukar untuk memuat aplikasi yang tidak tersedia. Takkan kita nak beli TV baru kan?

Penyelesaian masalah?

Jika anda salah seorang daripada mereka yang bingung kerana tidak memiliki aplikasi Disney+ Hotstar di Samsung TV anda, ini adalah penyelesaiannya. Saya akan tunjukkan satu persatu cara untuk memasang aplikasi ini.

Lagipun, saya pun menggunakan Samsung TV model 2013 dan sudah hampir 2 bulan menggunakan Disney+ Hotstar yang menjadi aplikasi alternatif selain daripada Netflix. Buat masa ini saya tidak mempunyai masalah yang ketara.

Tutorial install Disney+ Hotstar di Samsung TV Malaysia

1. Pergi ke bahagian tetapan (Setting)

Apa yang anda perlu buat adalah pergi ke bahagian tetapan dan cari Reset Smart Hub. Urutannya adalah seperti berikut:

Setting >> Support >> Device Care >> Self Diagnosis >> Reset Smart Hub

Urutan ini adalah mengikut model anda. Tidak kisahlah model yang mana sekaligus, pastikan anda menjumpai Reset Smart Hub itu untuk memulakan semula tetapan asal.

Saya cuma ingin maklumkan kepada anda semua yang menerusi reset ini segala tetapan sedia ada anda akan dipadamkan. Jadi kalau anda ada login Netflix, Amazon Prime atau akaun Samsung sendiri nanti anda kena login balik la.

2. Masukkan password untuk Reset Smart Hub

Diketika ini anda perlu memasukkan kata laluan untuk televisyen anda. Kata laluan default adalah “0000” (4 kali kosong). 

Selepas anda memasukkan kata laluan tersebut, Samsung TV akan buat tetapan semula televisyen anda dan ia akan memaklumkan “Reset is complete”.

3. Kemudian pergi ke General

Selepas selesai reset, anda perlu tekan butang “Home” (Gambar rumah tu), pilih tetapan berikut:

Home >> Setting >> General >> StartSetup > Password

Jika ia memerlukan anda memasuki kata laluan, masukkan kembali kata laluan “0000”. Maka tetapan semula akan dimulakan.

4. Mulakan tetapan baru anda

  1. Language > Pilih English/BM
  2. Connection Guide > Tekan Next
  3. Term & Conditions & Privacy Policy > Pilih negara dan tekan “I agree to all”
    – Dibahagian ini anda perlu menekan butang berikut di remote TV anda.
    Tekan butang “Fast forward (»)”, kemudian tekan butang “289”, kemudian butang “fast backword («)”. 
  4. Internet Service Location Setup > Pilih India
  5. Sign In Samsung Account > Masukkan username dan password anda.
  6. TV Setup Summary > Tekan Next
  7. Selesai.

Kini tetapan televisyen anda adalah mengikut tetapan yang ditetapkan di India. Jadi bolehlah mula proses pemasangan Disney+ Hotstar.

5. Tambah Disney+ Hotstar

Seterusnya apa yang anda perlu buat adalah pergi ke bahagian “Home” menggunakan remote TV dan klik pada pilihan “Apps”. Di apps store ini sila cari aplikasi Hotstar di ruangan mencari. 

Cuma nak bagitau, jangan tulis Disney+. Memang tidak akan jumpa. Kena tulis Hotstar juga.

Baca juga: Samsung Pay membenarkan pembayaran menggunakan jam tangan
Baca juga: Selesaikan masalah “card information is invalid” di Samsung Pay

Selesai.

Tutorial dalam bentuk video

Jika masih kurang memahami tentang tutorial ini, ini saya lampirkan sekali tutorial dalam bentuk video. Saya juga menjadikan video ini sebagai rujukan semasa saya saya memasang Disney+ Hotstar di televisyen saya.

Diharapkan penerangan ini jelas dan membantu anda. Mungkin ada perbezaan sedikit dari segi interface. Akan tetapi flownya masih tetap sama. Jika ada sebarang persoalan, jangan lupa ajukan diruangan komen dibawah. Terima kasih kerana sudi membaca.

Share.

Seorang programmer yang mempunyai pengalaman yang tidak seberapa. Memiliki kelulusan daripada universiti terkemuka di Malaysia dan secara jujurnya beliau meminati Elon Mask lebih daripada Bill Gate.Seorang yang bercita-cita tinggi, kini bekerja sebagai Front-End developer di salah sebuah syarikat di Shah Alam.

9 Comments

  1. Sy da cuba setting ikut tutorial tuan,sehingga part tukar “INDIA” tu,utk tekan ‘fast fwd button’ & ‘289’ di remote,remote sy tiada semua button tu kerana remote sy model smart remote…bole tuan bantu sy utk langkah seterusnya?

  2. Saya dah buat but It didn’t work. Visited hotstar.com/my/activate and it redirected me to the page with a form that ask me to “Enter your mobile number” instead. Any workarounds or tricks to bypass this? Should I use VPN?

    • Tak perlu trick. Suruh masukkan mobile number tu sebab itu login page, minta login dulu. Kalau dah login siap-siap boleh la masukkan kod yang ada di TV tu.

  3. Hi! Thank you for this tutorial and it works.

    I am able to download the Hotstar App but HBOGoasia is not available in India region. Besides that, I noticed the Hotstar App is crashing and only certain movies and shows can be watched. My main reason to have the app on my Samsung Tizen is because of Modern Family but it keeps crashing.

    Any idea how to resolve this issue? Thank you in advance.

    • Hello, Shawi. I’m glad you found this tutorial useful. I’m unsure about the crashing app issue because it involves hardware and software. I recommend you uninstall Hostar first, then update your Tizen OS to the latest version before reinstalling Hotstar. Let’s see if it works.

  4. Tak function, dah try. Boleh install, tapi tak boleh nak login pun. Sangkut kat loading screen. Reset balik ke region Malaysia. So sad.

    • Sebab setahu pengetahuan saya Samsung ada 2 interface. Tapi dua-dua interface lebih kurang je guna cara yang sama. Mungkin kena double check balik compatibility dengan model tv.

  5. hambaallah on

    setting utk tv tempatan(live tv terrestrial) lari terus,sebab dia scan ikut range setting india,mcm mana nak set balik ya?tahu ka?

Leave A Reply

Exit mobile version