Jika anda mencari cara install wordpress di localhost dengan menggunakan XAMPP, artikel ini bakal membantu anda untuk melakukannya. Mengapa ramai yang memilih WordPress sebagai CMS pilihan?
Tidak dapat disangkal lagi, WordPress merupakan salah satu Content Management System (CMS) yang cukup popular diseantero dunia dengan jumlah penggunanya mencecah jutaan orang.
Mana tidaknya, WordPress ini menjadi pilihan diatas faktor mesra pengguna, mudah dan mesra seo. Malahan ia disokong oleh pembangunan theme dan plugin daripada pihak ketiga. Ini sedikit sebanyak memeriahkan lagi laman web yang dibangunkan menggunakan WordPress.
Bercerita tentang saya, sebagai seorang pembangun laman web dan blogger yang menggunakan WordPress, tugasan menguji themes dan plugin terbaru dengan akses yang pantas menjadi keperluan yang wajib untuk dipenuhi. Maka atas dasar itu akses web dari localhost menjadi pilihan saya.
Mengapa perlu install WordPress di localhost?
Install secara localhost merujuk kepada bagaimana seseorang itu memasang WordPress secara offline didalam komputernya sendiri. Anda tidak perlu internet, hosting dan domain untuk mengakses laman web yang dihasilkan.
Perkara ini sudah menjadi kebiasaan dikalangan pembangun laman web dan blogger didalam fasa percubaan (testing) bagi menguji themes dan plugin yang bersesuaian tanpa sedikitpun mengganggu laman web yang sedia ada. Selain daripada itu, ia juga boleh dijadikan platform pembelajaran bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan wordpress.
Amaran: Laman web yang anda bangunkan dengan cara ini hanya boleh dilihat secara offline sahaja. Meletakkan laman web secara atas talian masih lagi memerlukan anda untuk membeli hosting dan domain.
Cara install WordPress di localhost
Bagi memastikan kelancaran proses pemasangan WordPress di PC anda, anda perlu:
1. Anda perlu install XAMPP
Pastikan XAMPP sudah siap terpasang di PC anda. Ini kerana anda memerlukan perisian server web seperti Apache disamping penggunaan PHP dan MySQL bagi menjalankan WordPress secara local tanpa talian internet di PC anda.
Sila rujuk entri lepas mengenai cara untuk install XAMPP.
Tutorial cara install XAMPP: Klik Sini
Selepas selesai pemasangan perisian XAMPP di PC anda, sila buka control panel XAMPP dan aktifkan Apache dan MySQL dengan menekan butang START seperti mana yang ditunjukkan di dalam gambar. Pastikan modul Apache dan MySQL bertukar menjadi hijau selepas ia diaktifkan.
Ok selesai bahagian XAMPP. Seterusnya…
2. Muat turun WordPress
Memandangkan kita ingin memasang WordPress di PC secara offline, sumber kod (source code) WordPress perlulah dimuat turun terlebih dahulu. Pastikan anda memuat turun WordPress daripada laman web rasminya mengikut kesesuaian versi yang diinginkan. Dinasihatkan kepada anda untuk sentiasa memuat turun versi terkini WordPress yang dilengkapi dengan kawalan keselamatan yang lebih baik.
Muat turun WordPress: Klik Sini
Didalam gambar ini, saya memuat turun wordpress 4.8.1 yang hanya bersaiz 8.5mb. Ianya merupakan WordPress versi terkini (ketika entri ini ditulis) yang menyediakan pilihan kepada pengguna sama ada ingin muat turun fail berformatkan .zip atau .tar.gz.
Bagaimana Cara install wordpress di localhost menggunakan XAMPP?
Sekarang ini anda mempunyai XAMPP dan sumber kod WordPress. Apa yang anda perlu buat adalah:
Anda perlu ekstrak fail yang telah dimuat turun. Fail perlu diekstrak supaya ianya dapat dipindahkan kedalam subfolder XAMPP dan digunakan ketika proses penghasilan laman web.
Selesai ekstrak, anda akan dapat lihat folder yang berjaya diekstrak secara default bernama “wordpress”. Boleh la cut folder tersebut dan pastekan pada folder XAMPP. Jika anda tidak mengubah sebarang tetapan asal, direktori folder anda adalah seperti berikut.
C:/Program Files/XAMPP/htdocs
atau
C:\Xampp\htdocs
Letakkan folder “wordpress” itu didalam subfolder XAMPP yang bernama htdocs.
Bila dah letak folder tu dalam fail htdocs, digalakkan anda untuk menukar nama folder “wordpress” itu tadi dengan nama lain. Sebagai contohnya saya menukar nama folder terbabit dengan nama saya sendiri iaitu “azmirshah”.
Seterusnya kita perlu buat database dahulu.
Bagi memastikan wordpress kita cukup sifat dimana ia mampu untuk menyimpan segala data yang akan kita masukkan kedalam laman web, pangkalan data (database) itu perlu ada. Anda pergi ke browser, sila taipkan “localhost” dibahagian addressbar dan klik pada phpMyAdmin.
Nak cara lagi mudah? Anda boleh terus masukkan url “localhost/phpmyadmin” di bahagian address bar untuk terus akses ke page phpMyAdmin.
Maka proses membuat database bermula.
Langkah pertama untuk membuat database adalah anda perlu akses ke page phpMyAdmin dan klik pada butang “database” . Dah klik butang tersebut, maka paparan seperti dibawah ini akan muncul.
Terlihat satu ruangan kosong untuk create database. Isikan ruangan kosong tersebut dengan nama database yang diinginkan. Saya tuliskan “dbAzmirShah” untuk nama database. Selepas itu, klik CREATE.
Selesai klik butang CREATE, satu paparan mesej akan muncul yang mengatakan database telah berjaya dibuat. Tahniah la saya ucapkan ye. hahaha. Nak double check database tersebut, anda boleh lihat senarai database di sebelah kiri skrin.
Baiklah, kita sambung semula pemasangan WordPress. Sila buka tab yang lain dan taipkan url seperti dibawah ini.
Sila taipkan “localhost/NAMA_FOLDER_ANDA” diruangan address bar browser. Cuba lihat pada gambar ini, saya taipkan “localhost/azmirshah” pada address bar sempena nama folder yang saya telah rename di dalam fail htdocs itu tadi.
Sebaik sahaja anda taipkan url tersebut, paparan seperti gambar diatas akan keluar yang meminta user untuk memasukkan pilihan bahasa yang diinginkan. Sila pilih bahasa anda dan klik CONTINUE.
Sebaik sahaja anda klik CONTINUE, inilah paparan yang akan keluar yang memberi panduan kepada pengguna tentang pemasangan WordPress. Dibahagian page ini, WordPress meminta pengguna untuk menyediakan database untuk laman web yang anda bakal buat. Sila klik “LET’S GO!“.
Lepas klik LET’S GO, bolehlah isi tempat kosong yang disediakan ini. Ruangan untuk database name itu, anda masukkanlah nama database anda. Saya masukkan “dbAzmirShah” merujuk kepada nama yang telah saya setkan. Masukkan default username “root“, database host “localhost” dan table prefix “wp_“. Selepas itu, klik SUBMIT.
Kelihatannya tanda-tanda kejayaan itu semakin menghampiri kita. Sekarang masanya untuk kita mula mengisi data asas laman web untuk dimasukkan kedalam database yang baru dibuat sebentar tadi. Klik sahaja “RUN THE INSTALL“.
Isikan segala maklumat yang diinginkan daripada title, username, password, email, visibility. Kemudiannya klik INSTALL WORDPRESS. Pastikan anda menyediakan password yang kuat untuk wordpress ini atau butang “INSTALL WORDPRESS” tidak akan boleh ditekan.
Berjaya. Nampaknya akaun WordPress anda telah berjaya dibuat. Seterusnya apa yang anda perlu buat adalah dengan klik butang “LOG IN” dan mula log masuk untuk kali pertama. Silakan…
Ini adalah paparan untuk anda log masuk. Dimasa akan datang jika anda ingin log masuk semula, guna sahaja url “localhost/NAMAFOLDER/wp-admin” atau untuk saya “localhost/azmirshah/wp-admin“.
Sila masukkan username yang anda telah daftar tadi bersama dengan password. Kemudian klik LOG IN.
Akhirnya siap juga. Tahniah, anda telah berjaya log masuk ke homepage WordPress. Di dalam ini anda boleh mencuba themes, plugin dan macam-macam lagi. Kebiasaannya proses penyuntingan kod akan berlangsung disini secara localhost sebelum dimuat naik ke laman web sebenar.
—
Saya percaya ada diantara anda yang nampak perkara ini sungguh susah dan banyak kerja. Tapi ringkasannya yang ingin disampaikan oleh saya didalam entri ini bagi bagaimana cara untuk install wordpress secara localhost adalah seperti berikut:
- Install XAMPPS
- Download WordPress Source Code.
- Install database.
- Install WordPress.
- Done. LOL
Fuhh mudah sungguh. Hahaha
Jadi bolehlah anda mulakan proses penyunting… atau pembelajaran… mungkin.
7 Comments
Toturial terbaik
Thanks bro.
Terbaik…
thanks, sangat bermanfaat tutorialnya 🙂
Harap tutorial ini dapat membantu anda dengan localhost.
terimakasih infromasinya sangat membantu
Sama-sama. Semoga berjaya install wordpress secara offline. =)