• Pengaturcaraan
    • Laravel
    • UI/UX
    • SEO
  • Teknologi
    • Mata Wang Kripto
  • Filem & Siri
  • Motivasi
    • Agama
    • Kata Inspirasi
    • Viral
  • How to?
Mencari
Facebook Twitter Instagram
Azmir Shah
  • Pengaturcaraan
    1. Laravel
    2. UI/UX
    3. SEO
    4. View All

    Apa itu Laravel? Adakah ia lebih baik berbanding Core PHP?

    24/04/2019

    4 laman web yang memberi inspirasi UIUX

    28/02/2021

    4 aplikasi rekaan UI/UX yang menjadi kegemaran saya

    25/06/2019

    Perbezaan wireframe, mockup dan prototaip untuk UI/UX

    18/06/2019

    Panduan On-page SEO yang semua orang wajib tahu!

    08/02/2021

    Apa itu SEO? Kenapa ia penting kepada laman web?

    10/10/2020

    LT Browser: Menguji reka bentuk responsif laman web anda secara offline

    22/02/2022

    Bagaimana cara debug ghost CSS secara manual

    15/02/2022

    Beza camel, snake, kebab dan pascal case dalam penulisan kod

    12/02/2020
  • Teknologi
    1. Mata Wang Kripto
    2. View All

    Cara beli token di Pancakeswap

    08/01/2022

    11 tip trade kripto untuk golongan pemula

    05/10/2021

    Panduan menjual mata wang kripto di Binance P2P Malaysia?

    10/06/2021

    5 platform jual beli Bitcoin di Malaysia untuk pemula

    21/02/2021

    Tiktok memintas Google sebagai laman web paling popular

    02/01/2022

    Keburukan ekonomi gig kepada gigger

    18/01/2021

    Apa itu ekonomi gig? Adakah Malaysia terkesan?

    09/12/2019

    Pemuda Ini Meramalkan Teknologi Dan Masa Hadapan

    24/08/2016
  • Filem & Siri

    Idiocracy (2006): Filem bodoh yang buat anda berfikir sejenak

    7.0 01/01/2022

    Ulasan Love Destiny (2018), Drama Thai yang anda patut tonton

    7.3 24/09/2021

    7 Drama Korea terbaik lakonan Lee Jong-Suk

    06/02/2021

    Tonton movie online secara percuma dengan Streamio

    17/01/2021

    7 filem manusia genius terbaik sepanjang zaman

    16/12/2019
  • Motivasi
    1. Agama
    2. Kata Inspirasi
    3. Viral
    4. View All

    Panduan melaksanakan solat jenazah dengan sempurna

    22/01/2017

    Peranan Yang Dimainkan Si Ayah Mempengaruhi Tingkah Laku Anak-Anak

    22/12/2015

    Pengisian Kuliah Ustaz Azhar Idrus Di Surau Al-Iman

    13/11/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 3

    12/11/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 2

    29/10/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 1

    22/10/2015

    Kisah Katak : Apa Beza Diri Anda Dan Katak Ini?

    20/12/2015

    Kisah Penjual Tempe Yang Penuh Dengan Pengajaran

    27/11/2015

    Cerita Rakyat Daripada Jepun Ini Sarat Dengan Pengajaran

    23/10/2015

    Mesej Seorang Bapa Kepada Anaknya Ini Pasti Membuatkan Anda Tersentuh

    15/10/2015

    Matlamat: Jangan Fokus Padanya, Jangan Berkongsi Pada Sesiapa

    28/03/2019

    Pakar Psikologi Berpendapat Kita Perlu Menerima Diri Kita Yang Seadanya Sebelum Bersedia Untuk Berubah

    17/01/2016

    7 Perbezaan Golongan Menengah dan Orang Kaya Yang Anda Kena Tahu

    16/01/2016

    7 Tabiat Yang Mampu Meningkatkan Produktiviti Kerja Anda

    14/01/2016
  • How to?

    Cara hantar Whatsapp tanpa save nombor seseorang

    17/10/2022

    Cara install aplikasi Disney+ Hotstar di Samsung TV Malaysia

    08/02/2022

    Cara menyelesaikan masalah “card information is invalid” di Samsung Pay

    12/06/2021

    Terlupa judul lagu? Ini cara cari lagu dengan bersenandung

    23/02/2021

    Buka akaun perniagaan Maybank online tanpa introducer

    02/02/2021
Azmir Shah
cara jual bitcoin, localbitcoins, jual bitcoin, jual btc, btc sell, jual bitcoin malaysia, platform p2p, bitcoin localbitcoins
Mata Wang Kripto

Cara jual Bitcoin di LocalBitcoins, sebuah platform P2P

Azmir ShahBy Azmir Shah4 Comments6 Mins ReadUpdated:02/02/2021
Share
Facebook Twitter Telegram WhatsApp

Diketika ini, mata wang kripto mula popular dikalangan rakyat Malaysia sebagai salah satu alternatif simpanan dan pelaburan. Permintaan dalam urusan transaksi jual beli mata wang tersebut kian meningkat dari hari ke hari. Apabila milikan mata wang kripto kian bertambah, maka ada dikalangan kita mula menghadapi masalah untuk menjual balik mata wang kripto. Apakah platform yang terbaik. Jadi memandangkan saya ada pengalaman tentang hal ini, maka saya kongsikan bagaimana cara jual Bitcoin di LocalBitcoins, sebuah platform P2P.

Apa itu LocalBitcoin?

LocalBitcoins adalah pasaran bitcoin Peer to Peer(P2P) yang berpusat di Helsinki, Finland. Platform ini memudahkan anda untuk berdagang mata wang kripto dengan cepat, selamat dan bebas menggunakan mata wang tempatan termasuklah Ringgit Malaysia (RM).

Menerusi laman web itu, pengguna akan menyiarkan iklan di laman web tentang jualan/pembelian mereka dengan kadar tukaran (rate exchange) dan kaedah pembayaran sama ada menggunakan e-wallet mahupun bank tempatan untuk pembelian atau penjualan Bitcoin. Pengguna lain yang berminat pula akan membalas iklan itu jika mereka setuju dengan kaedah pembayaran dan harga yang ditetapkan.

Memandangkan LocalBitcoins mempunyai reputasi dan mekanisma maklum balas untuk pengguna, semakin hari mereka semakin menjadi pilihan pengguna daripada seluruh dunia. Malahan pada tahun 2019 menurut CEO LocalBitcoins Sebastian Sonntag, mereka mempunyai hampir 913,000 pengguna aktif di platform tersebut dengan peningkatan pendaftaran hampir 6000 orang pengguna baru setiap hari. Jumlah dagangan pula melebihi  1,400–3,000 bitcoin setiap hari.

Mengapa saya pilih Localbitcoins untuk menjual BTC?

Antara salah satu sebab mengapa saya menjual BTC di platform LocalBitcoins adalah kerana kepantasannya dalam menjalani urusan. Memandangkan platform ini mempunyai sistem rating dan dipercayai, kebanyakan penjual/pembeli cuba menjalankan urusniaga dengan menawarkan perkhidmatan yang pantas dan lebih baik.

Saya pula kebiasaannya melihat kepada rate yang ditawarkan disamping medium pembayaran. Kebiasaannya saya pakai Maybank dan saya akan memilih rate tertinggi yang ditawarkan ditawarkan oleh pembeli. Memandangkan kebanyakan pengguna Localbitcoins sangat efisyen, tempoh masa saya menjalani urusan kebiasaannya kurang dari satu jam. Adakalanya 10 minit sahaja.

Selain daripada itu, benda yang saya paling suka dengan Localbitcoins ini adalah fungsi escrow yang sangat membantu saya dalam menjalankan urusan. Kemudiannya platform ini menyediakan fungsi ulasan buat pengguna yang lain. Ini sedikit sebanyak membantu daripada segi mencari seseorang yang berkredibiliti dalam menjalankan urusan.

Daftar dan masukkan BTC ke Localbitcoins

Perkara pertama yang anda perlu lakukan untuk melakukan urusniaga di Localbitcoins adalah dengan mendaftar dahulu di platform ini. Pastikan anda menyiapkan tetapan keselamatan dan pengesahan identiti sekurangnya Tier 1. Kemudian, masukkan Bitcoin (BTC) di dalam e-wallet yang disediakan.

Daftar di Localbitcoins: Klik sini

jumlah bitcoin di localbitcoins, btc on localbitcoins, cara jual bitcoin
Jumlah BTC saya yang dipindahkan ke Localbitcoins

Saya pindahkan BTC daripada Ballet Crypto sebanyak 0.00247303btc (RM336.53) ke dalam akaun Localbitcoins. Walaupun tertera jumlah BTC yang ada di Localbitcoins saya, jumlah itu bukanlah jumlah sebenar yang boleh dijual. Ini kerana semasa proses memindahkan wang itu kepada pemilik lain (pembeli BTC anda), akan ada caj transaksi yang akan dikenakan kepada anda.

Bagaimana hendak tahu jumlah BTC yang boleh dijual?

Anda boleh lihat jumlah yang boleh dijual dengan klik pada pautan wallet anda di sebelah kanan atas. Di antaramuka wallet anda, anda akan dapat lihat submenu Send Bitcoins, receive Bitcoins dan transaksi. Pilih menu “send Bitcoin”.

hantar bitcoin, localbitcoins
Jumlah maksimum BTC yang boleh dijual

Jumlah yang dihighlight pada gambar diatas menunjukkan jumlah maksimum yang boleh dijual iaitu 0.00243309 (RM329.71) sahaja. Caj yang dikenakan sekitar RM5-RM7 sahaja. Jika anda faham tentang bab ini, maka seterusnya kita akan fokus tentang bagaimana cara untuk menjual BTC di Localbitcoins.

Bagaimana cara jual Bitcoin di Localbitcoins?

Cara jual Bitcoin adalah semudah ABC. Apa yang anda perlu buat adalah dengan pergi ke paparan halaman utama laman web Localbitcoins dan pilih Quick Sell. Masukkan jumlah harga BTC yang anda ingin jual dalam Ringgit Malaysia (RM) dan mulakan pencarian.

senarai pembeli bitcoin
Senarai pembeli Bitcoin akan keluar

Sebagai contohnya didalam gambar ini, saya memasukkan jumlah RM273 merujuk kepada harga BTC yang saya ingin jual pada ketika ini. Sebaik sahaja anda menekan butang “Search”, maka senarai pembeli BTC akan keluar. Anda boleh pilih daripada senarai diatas berdasarkan kepada kaedah pembayaran, harga semasa dan jumlah minimum dan maksimum pembelian. Pilih salah seorang daripada mereka dan mula membuat transaksi dan masukkan jumlah anda.

jumlah jualan btc
Saya hantar permintaan untuk berdagang

Setelah memilih individu yang diinginkan, saya akan memasukkan jumlah BTC yang ingin dijual kepada pembeli bersama dengan mesej penting. Pastikan dalam mesej tersebut, anda memberi penerangan sedikit tentang jumlah BTC yang ingin dijual, berapa jumlah RM yang anda inginkan, berserta maklumat seperti nama penuh, jenis bank dan nombor akaun. Ini bagi memastikan urusan pemindahan wang dapat dilakukan dengan kadar yang segera.

Contoh ayat

Hello, Mr. xxxx. I would like to sell my BTC in the amount of 0.00xxxx (RMxxx.xx). This is my account details:

Bank: Maybank
Acount No: 1564374344
Name: Ahmad Albab

Selepas menekan butang “Accept terms and send trade request”, jumlah BTC yang anda ingin jual tadi akan dipegang oleh Localbitcoins (escrow) sementara menunggu transaksi berjaya. Jadi anda perlu menunggu maklumbalas daripada pembeli untuk memasukkan duit ke dalam akaun anda.

Status pembelian Bitcoin

Pastikan anda kekal aktif menunggu maklumbalas daripada pembeli di laman Localbitcoins. Ini kerana kebiasaannya pembeli BTC di Localbitcoins sangat aktif (bergantung kepada reputasi) dan mereka mengambil masa sekitar 5 minit – 30 minit sahaja untuk membalasnya. Kebiasaannya balasan itu adalah maklumbalas resit pembayaran ke akaun bank anda.

Bukti pembayaran oleh pembeli

Pembeli perlu memaklumkan Localbitcoins yang mereka telah pun membuat pembayaran. Selepas mesej telah diberikan dan pembayaran telah dibuat, kini tiba masanya untuk anda pula untuk melepaskan BTC yang telah diescrow tadi.

Lepaskan Bitcoin anda
Masukkan kod 2 faktor Authentication (Jika ada)

Selepas anda melepaskan BTC anda untuk diberikan kepada pembeli, urusniaga akan dianggap selesai. Resit transaksi akan diberikan kepada kedua-dua belah pihak.

cara jual bitcoin, jual bitcoin di localbitcoins
Reset urusniaga

Maka selesaikan urusan transaksi anda. Urusniaga diakhiri dengan sejumlah wang telah dimasukkan ke dalam akaun bank anda dan dimasa yang sama pembeli tadi mendapat sejumlah BTC yang dijanjikan. Mudah bukan?

Laman web rasmi Localbitcoins: Klik sini

Kesimpulan

Terdapat banyak sebenarnya platform yang ada dipasaran yang membenarkan anda untuk menjual BTC yang dimiliki anda. Sebagai contohnya Luno, Sinergy dan Tokenize yang merupakan platform tukaran mata wang kripto yang mendapat kebenaran Bank Negara Malaysia.

Namun seperti biasa, setiap orang punyai keperluan yang berbeza. Ada orang yang tidak boleh tunggu 3 hari waktu bekerja, ada sesetengah orang mahu mendapatkan kadar tukaran yang berbaloi. Semuanya bergantung kepada keperluan individu. Jika saya? Saya mahukan platform yang pantas dalam menukar BTC-MYR terus masuk ke akaun bank tempatan. Disebabkan oleh itulah saya menggunakan Localbitcoins.

Baca juga: Ballet Crypto membenarkan anda menyimpan Bitcoin secara offline
Baca juga: Apa Itu Mata Wang Kripto dan Bagaimana Ia Berfungsi

Diharapkan artikel ini membantu anda tentang cara jual Bitcoin di platform yang pernah digunakan oleh saya. Mungkin ini alternatif kepada diri anda jika ingin menjual Bitcoin dalam jumlah yang sedikit atau jumlah yang besar tetapi tidak melalui proses polisi Know your customer (KYC) yang terlampau menyulitkan.

Baik jadi itu sahaja. Terima kasih kerana sudi membaca. Selamat mencuba.

bitcoin malaysia btc localbitcoins btc malaysia cara jual beli bitcoin cara jual bitcoin cara jual bitcoin di blockchain cara jual bitcoin di localbitcoin cara jual bitcoin di malaysia cara jual bitcoin untuk pemula cara jual btc cara jual crypto cara main bitcoin tanpa modal cara trade bitcoin cara trading bitcoin how to sell bitcoin is localbitcoin legal is localbitcoins a wallet is localbitcoins legit jual bitcoin malaysia localbitcoins localbitcoins account localbitcoins fees localbitcoins login localbitcoins malaysia localbitcoins review localbitcoins sign up localbitcoins wallet localbitcoins.com malaysia mencairkan bitcoin sell bitcoin malaysia
Share. Facebook Twitter Telegram WhatsApp
Previous ArticleCara daftar SSM online untuk perniagaan Enterprise
Next Article Buka akaun perniagaan Maybank online tanpa introducer
Azmir Shah
  • Website
  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

Seorang programmer yang mempunyai pengalaman yang tidak seberapa. Memiliki kelulusan daripada universiti terkemuka di Malaysia dan secara jujurnya beliau meminati Elon Mask lebih daripada Bill Gate.Seorang yang bercita-cita tinggi, kini bekerja sebagai Front-End developer di salah sebuah syarikat di Shah Alam.

Artikel Berkaitan

Cara beli token di Pancakeswap

11 tip trade kripto untuk golongan pemula

Panduan menjual mata wang kripto di Binance P2P Malaysia?

5 platform jual beli Bitcoin di Malaysia untuk pemula

Ballet Crypto membenarkan anda menyimpan Bitcoin secara offline

Libra: Facebook bakal lancarkan mata wang kriptonya sendiri

4 Comments

  1. nurul on 29/12/2021 3:08 PM

    saya nak join

    Reply
    • Azmir Shah on 30/12/2021 9:04 PM

      Jika Nurul nak belajar tentang kripto, saya ada tulis tentang 11 tip trade kripto untuk golongan pemula. Mungkin ini boleh jadi permulaan untuk berkecimpung dalam dunia blockchain.

      Reply
  2. Ghazali on 06/05/2021 2:21 PM

    Terima kasih atas penerangan yg mantap tuan. Sy yg masih newbie pun boleh memahami dengan jelas apa yg ingin disampaikan. Persoalan saya apakah perbezaan transaksi p2p ini dengan transaksi yang berlaku di platform luno. Apakah kebaikan dan keburukan antara kedua2 nya?

    Reply
    • Azmir Shah on 06/05/2021 3:51 PM

      Terima kasih Ghazali kerana sudi membaca. Insyaallah dimasa akan datang saya share cara jual di P2P Binance pula. 🙂

      Transaksi di Luno adalah diantara anda dan pihak Luno. P2P pula transaksi diantara anda dan pengguna lain. Platform yang digunakan hanya sekadar perantara je.

      Kebaikannya transaksi dapat dilakukan dengan lebih pantas sebab user lain atau anda akan bank in direct pada akaun bank penerima. Jadi tak perlulah menunggu tempoh masa perpindahan yang kadang kala memakan 3 hari waktu bekerja. Satu transaksi boleh selesai dalam tempoh masa sesingkat 5 minit sahaja.

      Keburukannya, ada berisiko terdedah dengan scam/penipuan akibat daripada kecuaian sendiri.

      Reply

Leave A Reply Cancel Reply

Cari Sesuatu?
Sosial Media
  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • Telegram
Artikel Terbaru
Review

Cara beli kad NFC Touch N Go dengan mudah dan pantas

By Azmir Shah11/02/2023
Review

Ulasan projektor murah Q3 Pro dan pengalaman menggunakannya

By Azmir Shah26/10/2022
Tutorial

Cara hantar Whatsapp tanpa save nombor seseorang

By Azmir Shah17/10/2022
Review

Pengalaman tukar skrin samsung s20+ secara percuma

By Azmir Shah10/10/2022
Makanan

5 Sarapan tidak sihat menurut Pakar Perunding Kardiologi

By Azmir Shah01/03/2022
Kategori
Mengenai Kami
Mengenai Kami

Platform penulisan untuk kami kongsikan segala informasi yang bersarang di minda. Berkongsi pengetahuan untuk anda para pembaca yang budiman.

Pautan Berkaitan
  • Dasar Privasi
  • Hubungi
  • Tentang
Artikel Terbaru

Cara beli kad NFC Touch N Go dengan mudah dan pantas

11/02/2023

Ulasan projektor murah Q3 Pro dan pengalaman menggunakannya

26/10/2022

Cara hantar Whatsapp tanpa save nombor seseorang

17/10/2022

Pengalaman tukar skrin samsung s20+ secara percuma

10/10/2022
© 2023 Hak Cipta Terpelihara. Direka untuk Azmir Shah.

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

Go to mobile version