Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai rakyat yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Kita juga meraikan pelbagai perayaan dan salah satu daripada perayaan tersebut adalah Tahun Baru Cina yang sering dikaitkan dengan limau mandarin.

Apabila kita menyebut tentang limau mandarin, bukanlah satu tugas yang sukar buat rakyat Malaysia di musim perayaan untuk memastikan buah limau tersebut dikupas dengan sempurna dan dimasukkan ke dalam mulut satu persatu. Tetapi yang menjadi masalah kepada rakyat Malaysia dan kemungkinan besar masyarakat dunia adalah bagaimana cara untuk mengupas buah yang sebangsa dengan buah limau mandarin iaitu buah oren.

Oren—secara terperinci, oren manis—ialah sitrus Citrus × ​sinensis (syn. Citrus aurantium L. var. dulcis L., atau Citrus aurantium Risso). Oren ialah hibrid asal tanaman purba , kemungkinan antara limau bali (Citrus maxima) dan limau mandarin (Citrus reticulata). – Wikipedia

Setiap individu mempunyai cara yang tersendiri untuk mengupas buah oren. Ada yang lebih gemar untuk mengupas kulitnya terlebih dahulu sebelum dipotong, ada yang gemar memotong dahulu sebelum dikupas kulitnya, dan ada juga yang sekadar memotong terus limau tersebut dan membiarkan si pemakan untuk membuat keputusan sendiri sama ada memakan isinya sahaja atau makan bersama kulitnya sekali.

Walau apapun cara yang digunakan oleh masyarakat diluar sana, kami di azmirshah.com akan menunjukkan kepada anda bagamanakah mengupas buah oren dengan cara paling mudah dan ringkas. Kemungkinan besar cara ini juga lebih bergaya. Anda boleh mengaplikasikan cara ini di rumah ketika berlangsungnya keraian atau ketika makan saje-saje.

Cara kupas buah oren adalah seperti gambar dibawah ini.

Cara Mudah Mengupas Buah Oren

Buah limau sendiri mempunyai sumber vitamin C yang sangat baik untuk kesihatan anda. Vitamin C yang terkandung di dalam buah oren bukan hanya bermanfaat kepada kesihatan, tetapi juga untuk kecantikan kulit. Ini kerana vitamin C dikenalpasti sebagai agen antioksidan yang sangat kuat dan mampu melawan radikal bebas. Sebagai antioksidan, selain melindungi kulit dari pengaruh buruk radikal bebas, vitamin C juga memperkuatkan sel-sel kulit, sehingga ia lebih cepat memperbaiki jaringan yang rosak.

Selain daripada vitamin C, ia juga mengandungi karbohidrat, postasium, folat, kalsium, thiamin, niasin, vitamin B6, fosforus, magnesium, iron, riboflavin dan asid pantotenik. Malahan ia sangat rendah kalori dan boleh dinikmati oleh mereka yang sedang didalam usaha untuk menurunkan berat badan.

Sudah tahu bagaimana cara kupas buah oren dengan mudah dan bergaya? Pergi ke pasar raya yang terdekat dengan anda dan mula mengupas sekarang.

Share.

Seorang programmer yang mempunyai pengalaman yang tidak seberapa. Memiliki kelulusan daripada universiti terkemuka di Malaysia dan secara jujurnya beliau meminati Elon Mask lebih daripada Bill Gate.Seorang yang bercita-cita tinggi, kini bekerja sebagai Front-End developer di salah sebuah syarikat di Shah Alam.

1 Comment

Leave A Reply

Exit mobile version