Close Menu
  • Pengaturcaraan
    • Laravel
    • UI/UX
    • SEO
  • Teknologi
    • Mata Wang Kripto
  • Filem & Siri
  • Motivasi
    • Agama
    • Kata Inspirasi
    • Viral
  • How to?
Mencari
Facebook X (Twitter) Instagram
Azmir Shah
  • Pengaturcaraan
    1. Laravel
    2. UI/UX
    3. SEO
    4. View All

    Apa itu Laravel? Adakah ia lebih baik berbanding Core PHP?

    24/04/2019

    4 laman web yang memberi inspirasi UIUX

    28/02/2021

    4 aplikasi rekaan UI/UX yang menjadi kegemaran saya

    25/06/2019

    Perbezaan wireframe, mockup dan prototaip untuk UI/UX

    18/06/2019

    Panduan On-page SEO yang semua orang wajib tahu!

    08/02/2021

    Apa itu SEO? Kenapa ia penting kepada laman web?

    10/10/2020

    LT Browser: Menguji reka bentuk responsif laman web anda secara offline

    22/02/2022

    Bagaimana cara debug ghost CSS secara manual

    15/02/2022

    Beza camel, snake, kebab dan pascal case dalam penulisan kod

    12/02/2020
  • Teknologi
    1. Mata Wang Kripto
    2. View All

    Cara beli token di Pancakeswap

    08/01/2022

    11 tip trade kripto untuk golongan pemula

    05/10/2021

    Panduan menjual mata wang kripto di Binance P2P Malaysia?

    10/06/2021

    5 platform jual beli Bitcoin di Malaysia untuk pemula

    21/02/2021

    Apa itu digital nomad? Adakah ia bakal menjadi trend di Malaysia?

    02/05/2023

    Tiktok memintas Google sebagai laman web paling popular

    02/01/2022

    Keburukan ekonomi gig kepada gigger

    18/01/2021

    Apa itu ekonomi gig? Adakah Malaysia terkesan?

    09/12/2019
  • Filem & Siri

    Idiocracy (2006): Filem bodoh yang buat anda berfikir sejenak

    7.0 01/01/2022

    Ulasan Love Destiny (2018), Drama Thai yang anda patut tonton

    7.3 24/09/2021

    7 Drama Korea terbaik lakonan Lee Jong-Suk

    06/02/2021

    Tonton movie online secara percuma dengan Streamio

    17/01/2021

    7 filem manusia genius terbaik sepanjang zaman

    16/12/2019
  • Motivasi
    1. Agama
    2. Kata Inspirasi
    3. Viral
    4. View All

    Panduan melaksanakan solat jenazah dengan sempurna

    22/01/2017

    Peranan Yang Dimainkan Si Ayah Mempengaruhi Tingkah Laku Anak-Anak

    22/12/2015

    Pengisian Kuliah Ustaz Azhar Idrus Di Surau Al-Iman

    13/11/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 3

    12/11/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 2

    29/10/2015

    Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 1

    22/10/2015

    Kisah Katak : Apa Beza Diri Anda Dan Katak Ini?

    20/12/2015

    Kisah Penjual Tempe Yang Penuh Dengan Pengajaran

    27/11/2015

    Cerita Rakyat Daripada Jepun Ini Sarat Dengan Pengajaran

    23/10/2015

    Mesej Seorang Bapa Kepada Anaknya Ini Pasti Membuatkan Anda Tersentuh

    15/10/2015

    Jangan fokus kepada matlamat dan kongsikannya dengan sesiapa

    28/03/2019

    Kenapa perlu terima diri kita seadanya sebelum berubah?

    17/01/2016

    7 Perbezaan M40 dan T20 Yang Anda perlu Tahu

    16/01/2016

    7 Tabiat Yang Mampu Meningkatkan Produktiviti Kerja Anda

    14/01/2016
  • How to?

    Cara tukar kad Maybank expired secara online

    21/04/2023

    Cara hantar Whatsapp tanpa save nombor seseorang

    17/10/2022

    Cara install aplikasi Disney+ Hotstar di Samsung TV Malaysia

    08/02/2022

    Cara menyelesaikan masalah “card information is invalid” di Samsung Pay

    12/06/2021

    Terlupa judul lagu? Ini cara cari lagu dengan bersenandung

    23/02/2021
Azmir Shah
solat jenazah, niat solat jenazah, panduan solat jenazah, cara solat jenazah
Agama

Panduan melaksanakan solat jenazah dengan sempurna

Azmir ShahBy Azmir Shah11 Comments6 Mins ReadUpdated:19/12/2021
Share
Facebook Twitter Telegram WhatsApp

Pada beberapa hari lepas, saya ada menziarahi rumah jiran tetangga yang baru sahaja kehilangan ayahanda mereka akibat sakit tua. Pemergiannya itu sangat mengejutkan dan disedari sendiri oleh isterinya. Suka atau tidak ahli keluarga perlu berlapang dada untuk meredhai pemergian seorang ketua keluarga. Maka solat jenazah harus dikerjakan.

Panduan Solat Jenazah

Oleh itu, pada entri kali ini, saya akan menyediakan kepada anda semua lafaz niat dan tertib solat jenazah yang betul supaya ianya dapat membantu para pembaca untuk melakukannya kerana ianya tersangat mudah untuk dilakukan.

Tatacara yang saya berikan ini disertakan dengan panduan mengerjakan solat jenazah dengan doa yang ringkas dan doa yang lebih panjang beserta panduan bacaan didalam tulisan jawi, rumi beserta dengan makna setiap bacaan.

Mudah-mudahan panduan ini sedikit sebanyak membantu anda semua untuk mengerjakan solat jenazah untuk orang tua anda mahupun saudara islam anda yang lain.

Tuntutan Solat Jenazah

Apabila membincangkan dengan lebih mendalam tentang solat jenazah, perkara pertama yang perlu kita fahami adalah mengenai solat itu sendiri. Secara umumnya ia berbeza dengan solat yang lain kerana tidak terdapat ruku dan sujud.

Solat jenazah dilakukan dengan berdiri bersama dengan 4 kali takbir dan ianya boleh dikerjakan pada bila-bila masa dan tidak makruh mengerjakan pada waktu-waktu yang ditegahkan melakukan solat.

Ini kerana solat jenazah merupakan solat yang mempunyai sebab. Namun hukumnya adalah makruh sekira kita melambat-lambatkan solat tersebut sehingga sampai pada waktu-waktu yang ditegah.

Rukun dan hukum solat jenazah

Apakah rukun Solat Jenazah?

1. Niat pada takbiratul ihram
2. Berdiri ketika melakukan solat bagi yang berkemampuan
3. Mengangkat 4 kali Takbir termasuk takbiratulihram
4. Membaca Surah Al- Fatihah selepas takbir pertama
5. Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w selepas takbir kedua
6. Membaca doa untuk jenazah selepas takbir ketiga
7. Memberi Salam Yang Pertama sesudah takbir keempat

Apakah hukum solat jenazah?

Hukum solat jenazah adalah fardu kifayah iaitu kewajipan sebahagian anggota masyarakat Islam di sesuatu kawasan. Jika terdapat seorang wakil yang melakukan solat jenazah, maka gugurlah kewajipan pada yang lain.

Kedudukan Jenazah dan Imam

Sebelum melakukan solat jenazah, jenazah perlu diletakkan diletakkan didepan iman melintang ke kiblat. Jika jenazah ramai, kedudukannya adalah seperti berikut:

  1. Jenazah Lelaki Dewasa
  2. Jenazah kanak-kanak lelaki
  3. Jenazah perempuan dewasa
  4. Jenazah kanak-kanak perempuan.

Itu merupakan turutan kedudukan jenazah jika jenazah yang hendak disolatkan ramai dan kedudukan jenazah ini boleh diletakkan secara berbaris atau beberapa baris.

Mengikut kepada kesepakatan Imam-imam mazhab adalah sunat hukumnya untuk solat jenazah yang ramai secara serentak dan lebih afdhal sekiranya disolatkan secara berasingan dan didahulukan dengan jenazah yang paling dimulia sewaktu hidup.

Bagi kedudukan imam pula:

Jenazah Lelaki

  1. Kepala jenazah lelaki terletak di sebelah kiri imam.
  2. Imam berdiri disebelah kepala atau dada jenazah.

Jenazah perempuan

  1. Kepala jenazah perempuan terletak di sebelah kanan imam.
  2. Imam berdiri dibahagian pinggang jenazah.

Kedudukan ini bertepatan seperti mana yang telah disebutkan oleh Imam Ibnu Hajar Rahimahullahu Ta‘ala dalam kitab Tuhfah al-Muhtaj.

Mengenai saf solatnya pula, disunatkan membentuk 3 saf yang mempunyai sekurangnya 2 orang untuk setiap saf.

Cara mengerjakan solat Jenazah

Cara mengerjakan solat jenazah cukup mudah. Ianya dimulai dengan berdiri tegak bertentangan dengan jenazah. Kemudiannya mulakan solat anda dengan:

1. Lafaz Niat dan takbir pertama

Setiap daripada jemaah yang mengikuti solat jenazah WAJIB berniat untuk melakukannya kerana Allah Taala. Lafaz niat solat jenazah lelaki dan perempuan adalah seperti berikut.

niat sembahyang jenazah lelaki, niat sembahyang jenazah perempuan,niat sholat jenazah, niat solat jenazah lelaki, niat solat jenazah perempuan, niat solat jenazah, niat sembahyang mayat, Dalam lafaz niat tersebut, dibacakan haadzal mayyiti bagi jenazah lelaki dan haadzihil mayyitati bagi jenazah perempuan. Perbezaan ada ditunjukkan didalam gambar ini seperti mana yang tertulis didalam kurungan () dan penggunaannya bergantung kepada jantina jenazah yang hendak disolatkan.

Setiap solat yang dilakukan tanpa niat adalah tidak sah solatnya termasuk ketika melakukan solat jenazah. Ini bertepatan dengan hadis Rasulullah s.a.w.

Daripada Amirul Mukminin Abi Hafs, Umar bin al-Khattab RA katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya setiap amal itu tergantung niatnya. Setiap orang mendapatkan sesuai niatnya.” (Sumber). 

Selepas lafaz niat, kemudian bertakbirlah dengan takbiratul ihram yang pertama disertai dengan niat di hati.

Takbiratul Ihram yang pertama.

allahu akhbar, allah, allah maha besar, maha besar

2. Membaca Surah Al Fatihah

Selepas takbiratul ihram yang pertama, hendaklah dibaca surah Al-Fatihah dari awal sehingga selesai.

Walaupun surah Al Fatihah merupakan surah lazim dan saya pasti para pembaca blog ini sudah menghafalnya, saya tetap sertakan sekali untuk rujukan pihak Tuan/Puan beserta dengan bacaan didalam tulisan rumi. Makna surah Al-Fatihah turut disertakan sekali.

maksud fatihah, maksud fatihah dalam bahasa melayu, terjemahan surah alfatihah, surah al fatihah dalam jawi rumi dan maksudnya, maksud surah al fatihah dalam rumi, fatihah rumi, maksud fatihah, maksud surah fatihah, al-fatihah, surah alfatihah, surah al-fatihah, maksud

Bacaan surah Al fatihah didalam solat jenazah tidak perlu diawali dengan bacaan iftitah dan bacaan surah pendek selepas fatihah seperti kebiasaannya.

Selepas selesai membaca Surah Al-Fatihah, angkat takbiratul ihram yang kedua “Allahu Akhbar”.

allahu akhbar, allah, allah maha besar, maha besar

3. Membaca Selawat

Selepas takbiratul ihram yang kedua, anda dikehendaki untuk berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. Anda boleh membaca selawat ringkas atau selawat ibrahimiyah.

Selawat adalah seperti berikut.

selawat, solat jenazah, cara solat jenazah, Bacaan Selawat Nabi dalam Rumi, selawat ibrahimiah rumi, selawat ibrahimiyah, selawat ibrahimiah, selawat ke atas nabi, nabi muhammad saw,

Didalam gambar ini, saya ada melabelkan dengan warna. Anda boleh membaca selawat ringkas dengan membaca ayat yang berwarna pink / merah jambu itu sahaja.

Lebih afdhal kalau anda membaca keseluruhan selawat yang dikenali sebagai selawat ibrahimiyah, bacaan yang dibaca ketika tahiyat akhir.

Selepas selesai membaca selawat, angkat takbiratul ihram yang ketiga “Allahu Akhbar”

allahu akhbar, allah, allah maha besar, maha besar

4. Membaca doa untuk jenazah

Selepas mengangkat takbiratul ihram yang ketiga, anda dikehendaki untuk membacakan doa untuk jenazah. Ini merupakan bahagian yang paling penting kerana inilah tujuan mengapakan kita solatkan jenazah iaitu kita ingin mendoakan jenazah.

Doa ringkas adalah seperti berikut.

solat jenazah, doa solat jenazah, Do'a Dalam Shalat Jenazah,Bacaan Niat, Doa dan Tata Cara Sholat Jenazah Lengkap, Bacaan Sholat Jenazah dan Artinya, doa ringkas solat jenazah, doa solat jenazah, doa sembahyang jenazah, doa jenazah lelaki, doa jenazah perempuan,

Didalam doa ringkas ini, saya ada melabelkan 2 warna iaitu warna ungu yang merujuk kepada jenazah lelaki dan warna jingga merujuk kepada jenazah perempuan (dalam kurungan).

Bacalah ikut kesesuaian jantina jenazah. Ini adalah doa versi ringkas, jika anda mahukan doa yang lebih panjang, sila rujuk gambar di bawah ini.

Do'a Dalam Shalat Jenazah,Bacaan Niat, Doa dan Tata Cara Sholat Jenazah Lengkap, Bacaan Sholat Jenazah dan Artinya, doa ringkas solat jenazah, doa solat jenazah, doa sembahyang jenazah, doa jenazah lelaki, doa jenazah perempuan,

Doa ini merupakan doa yang sama dengan doa ringkas yang diberikan kepada anda. Cuma ini merupakan doa yang lebih panjang dan lengkap.

Saya masih lagi menggunakan tanda warna yang sama untuk membezakan diantara jenazah lelaki dan perempuan iaitu warna ungu dan jingga.

Selepas selesai membaca doa ini, seterusnya angkat takhbiratul ihram yang keempat “Allahu Akhbar”.

allahu akhbar, allah, allah maha besar, maha besar

5. Tambahan Doa untuk Jenazah

Selepas takbir keempat, anda dibolehkan untuk diam sejenak dan terus memberi salam.

Tetapi perlu kita ingat, tujuan kita solat ini adalah untuk mendoakan si mati, maka adalah lebih elok untuk lanjutkan berdoa untuk si mati selepas takbir keempat ini.

Saya ada menyediakan doa ringkas dan doa penuh. Doanya adalah seperti berikut.

Do'a Dalam Shalat Jenazah,Bacaan Niat, Doa dan Tata Cara Sholat Jenazah Lengkap, Bacaan Sholat Jenazah dan Artinya, doa ringkas solat jenazah, doa solat jenazah, doa sembahyang jenazah, doa jenazah lelaki, doa jenazah perempuan,

Bacaan doa boleh diringkaskan dengan bacaan doa untuk ayat yang berwarna merah jambu sahaja dan ianya memadai. Walau bagaimanapun untuk lebih afdhal, anda boleh baca keseluruhan doa dari awal sehingga akhir.

6. Memberi Salam

assalamualaikum, assalamualaikum warahmatullah, beri salam, salam, salam ketika solat, makna salam,

7. Bacaan selepas salam

Sesudah salam, anda boleh membaca surah-surah lazim atau mendoakan si mati.

Kesimpulannya

Itu merupakan serba sedikit ilmu yang mampu dikongsikan mengenai tatacara atau panduan yang lengkap untuk solat jenazah. Penjelasan telah diberikan dari segi tuntutan, kedudukan jenazah dan imam, rukun solat dan cara melaksanakannya.

Setiap bacaan juga telah diberikan dengan bantuan dari segi tulisan rumi dan maknanya sekali. Mudah-mudahan perkongsian ini mendatangkan manfaat kepada diri saya dan anda semua.

bacaaan sholat jenazah dan artinya bacaan bahasa arab sembahyang jenazah bacaan shalat jenazah latin bacaan sholat jenazah dalam bahasa arab bacaan sholat jenazah lengkap bacaan sholat jenazah muhammadiyah bacaan solat jenazah bacaan solat jenazah rumi Cara Mengerjakan Shalat Jenazah Terlengkap cara sembahyang jenazah cara sholat jenazah cara solat jenazah cara solat jenazah lelaki cara solat jenazah lelaki dewasa chara solat jenazah doa lengkap solat jenazah doa sembahyang jenazah Cara cara sembahyang jenazah doa setelah sholat jenazah doa sholat jenazah doa sholat jenazah latin doa sholat jenazah takbir ke 4 doa solat jenazah doa solat jenazah ringkas Fikih Pengurusan Jenazah jenazah pria kedudukan solat jenazah modul solat jenazah Niat Sholat (Salat) Jenazah niat solat jenazah niat solat jenazah lelaki niat solat jenazah perempuan niat solat jenazah solat jenazah lelaki panduan mengurus jenazah panduan praktikal solat jenazah panduan sembahyang jenazah panduan solat jenazah pembaca solat jenazah pengertian solat jenazah rukun solat jenazah rukun solat jenazah dan bacaannya sembahyang jenazah sembahyang jenazah rumi shalat jenazah sholat jenazah muhammadiyah sholat mayit solat jenazah solat jenazah dewasa solat jenazah mudah solat jenazah ringkas solat jenazah rumi tata cara shalat jenazah menurut sunnah tata cara sholat jenazah tata cara sholat jenazah dan bacaanya
Share. Facebook Twitter Telegram WhatsApp
Previous ArticleSetelah lama menyepi, Semangat baru kini datang dengan lebih garang
Next Article Pengalaman Membeli Dan Refund Di Lazada Malaysia
Azmir Shah
  • Website
  • Facebook
  • X (Twitter)
  • Instagram

Seorang programmer yang mempunyai pengalaman yang tidak seberapa. Memiliki kelulusan daripada universiti terkemuka di Malaysia dan secara jujurnya beliau meminati Elon Mask lebih daripada Bill Gate.Seorang yang bercita-cita tinggi, kini bekerja sebagai Front-End developer di salah sebuah syarikat di Shah Alam.

Artikel Berkaitan

Peranan Yang Dimainkan Si Ayah Mempengaruhi Tingkah Laku Anak-Anak

Pengisian Kuliah Ustaz Azhar Idrus Di Surau Al-Iman

11 Comments

  1. Sariza shahadan on 10/11/2019 1:04 AM

    Masya Allah. Amat bermanfaat coretan ini. Tabarakallah

    Reply
  2. Ahmad on 15/09/2019 7:04 AM

    Assalamualaikum tuan.. Mohon dapatkan tambahan ilmu lagi dengan memasukkan proses seterusnya sehingga talkin habis. Semoga bermanfaat buat kita semua. Amiiin.

    Reply
    • Azmir Shah on 20/09/2019 12:02 PM

      Waalaikumsalam. Insyallah saya akan cuba masukkan.

      Reply
  3. Muhammad Farhan Bin Bong Julita on 06/09/2019 6:53 PM

    Jazakallahu Khairan Kathira

    Reply
  4. Mohd shofian on 12/04/2019 2:24 PM

    Alhamdulillah..sangat bermanfaat..senang dan mudah nak belajar..
    TERIMA KASIH..

    Reply
    • Azmir Shah on 12/04/2019 3:28 PM

      Alhamdulillah, saya rasa lega entri ini dapat memudahkan Tuan. Insyallah jika saya berkelapangan saya akan berkongsi panduan solat sunat yang lain pula.

      Reply
  5. Ainul Mardhiah on 19/02/2019 12:02 AM

    Terima Kasih..Moga Allah merahmati anda..

    Reply
  6. Bakhtiar on 28/08/2018 10:44 AM

    trima kasih , banyak membantu, semoga Allah melimpahkan berkat dan kebaikkan yang berpanjangan buat saudara, amin.

    Reply
  7. Hans on 05/03/2018 1:24 AM

    Panduan solat Jenazah ini sangat bermanfaat bagi semua yang ingin membuat persediaan bagi mempelajari cara untuk melaksanakan solat Jenazah. Terima kasih kepada penulis di atas Usaha
    yang sangat mulia ini. Semoga Allah s. w. t memberikan ganjaran pahala kepada penulis. Insha’allah.. Aamiin..

    Reply
  8. noriadah on 02/03/2018 8:04 AM

    nice piece azmir… keep it up… look forward to reading more reminders like this.

    Reply
  9. zik on 05/02/2017 11:23 AM

    terima kasih diatas panduan solat jenazah ini.. boleh refresh balik.. ilmu dah lama tinggal.

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

Cari Sesuatu?
Media Sosial
  • Facebook
  • Twitter
Artikel Terbaru
Percutian

Pengalaman bercuti di Kuantan edisi food hunt

By Azmir Shah24/09/2023
Teknologi

Apa itu digital nomad? Adakah ia bakal menjadi trend di Malaysia?

By Azmir Shah02/05/2023
Tutorial

Cara tukar kad Maybank expired secara online

By Azmir Shah21/04/2023
Hiburan

Lagu raya moden yang berpotensi menjadi malar segar

By Azmir Shah19/04/2023
Percutian

Bercuti di Universal Studio Singapore (USS) – Bahagian 3

By Azmir Shah07/04/2023
Kategori
Mengenai Kami
Mengenai Kami

Platform penulisan untuk kami kongsikan segala informasi yang bersarang di minda. Berkongsi pengetahuan untuk anda para pembaca yang budiman.

Pautan Berkaitan
  • Dasar Privasi
  • Hubungi
  • Tentang
Artikel Terbaru

Pengalaman bercuti di Kuantan edisi food hunt

24/09/2023

Apa itu digital nomad? Adakah ia bakal menjadi trend di Malaysia?

02/05/2023

Lirik Tak ingin usai – Keisya Levronka

01/05/2023

Cara tukar kad Maybank expired secara online

21/04/2023
© 2025 Hak Cipta Terpelihara. Direka untuk Azmir Shah.

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

Go to mobile version