Kini anda tidak perlu bersusah payah untuk tukar kad Maybank yang tamat tempoh kerana semuanya berada di hujung jari sahaja. Kad ATM anda boleh ditukar secara online. Lebih menarik, pelbagai rekaan kad boleh dipilih dalam tempoh kurang 5 minit.

Tapi bagaimanakah caranya?

Tukar kad debit anda menerusi Maybank2u

Peringatan renew kad debit

Pertama sekali, anda perlu log masuk terlebih dahulu di www.maybank2u.com.my untuk pergi ke halaman utama. Jika kad anda hampir tamat tempoh, kebiasaanya diruangan di tab home>cards anda diberi peringatan untuk tukar kad debit anda kad debit yang baru.

Akan tetapi jika anda tidak diberi peringatan, anda boleh terus ke bahagian settings di hujung kanan sebelah atas laman web Maybank.

Aturan di bahagian manage debit cards
Tekan butang “Replace/Renew Card”
Sila pilih jenis kad yang anda inginkan
Kemaskini maklumat penerimaan kad sebelum tekan “Submit”

Bagi memudahkan pemahaman anda, saya telah sediakan langkah-langkah yang anda boleh ikuti untuk membuat permohonan kad debit Maybank yang baru.

Langkah-langkah untuk tukar kad ATM anda

  1. Di Maybank2u anda, sila butang Settings di bahagian atas kanan Maybank2u anda.
  2. Pergi ke tab Cards dan pilih Debit Card – Replace, Renew, Activate & Block.
  3. Tekan butang 3 titik itu dan pilih Replace/Renew Card.
  4. Sila pilih jenis rekaan kad yang anda inginkan. Klik Next.
  5. Sahkan alamat penghantaran.
  6. Masukkan Secure Verification dan tekan Request.

Anda akan kad baru anda dalam tempoh masa 9 hari bekerja. Kebiasaannya tempoh penerimaan adalah kurang daripada itu.

Pengalaman saya mendapatkan Kad Maybank Barcelona

Saya ambil kesempatan ini untuk untuk menukar rekaan kad lama yang membosankan. Biasalah kad gambar ceri yang berwarna merah tu. Pada kali ini saya tukarkan dengan kad debit Maybank versi Barcelona tu.

Ingat nak tukar yang Machester United tu. Memandangkan saya bimbang kena bahan dengan casher ketika membeli belah, jadi baik saya pakai kad kelab yang mempunyai rekod yang lebih baik sahaja. Haha.

Kad Maybank Barcelona
Rekaan kad yang lebih menarik (Pasukannya juga)
Kaedah yang diajar untuk pengaktifan kad

Baca juga: Buka akaun perniagaan Maybank online

Baiklah. Itu sahaja perkongsian saya mengenai cara bagaimana untuk tukar kad Maybank anda secara atas talian. Diharapkan penulisan ini membantu anda untuk mendapatkan rekaan kad pilihan anda secara atas talian.

Jika ada sebarang pertanyaan, jangan lupa ajukan di ruangan komen.

Share.

Seorang programmer yang mempunyai pengalaman yang tidak seberapa. Memiliki kelulusan daripada universiti terkemuka di Malaysia dan secara jujurnya beliau meminati Elon Mask lebih daripada Bill Gate.Seorang yang bercita-cita tinggi, kini bekerja sebagai Front-End developer di salah sebuah syarikat di Shah Alam.

Leave A Reply

Exit mobile version