Ubasuteyama atau dikenali sebagai Gunung Pembuangan Nenek adalah cerita rakyat daripada Jepun yang sangat terkenal . Menurut lagenda, orang Jepun suatu masa dahulu mempunyai tradisi membuang ahli keluarga mereka yang sudah tua di gunung-gunung berdekatan. Ini bagi mengurangkan bebanan keluarga disampingkan mengurangkan tanggungan untuk diberikan makan.
Baru-baru ini, kisah ini dikongsikan menerusi whatsapp agar dapat dijadikan pengajaran kepada mereka yang lain. Oleh itu kami inginkan kongsikan cerita rakyat ini sekali lagi kepada anda supaya anda sendiri mendapat pengajaran daripadanya.
Cerita Rakyat Daripada Jepun
Gunung pembuangan Nenek ( Ubasuteyama )
– – – – –
Suatu masa dahulu di Jepun, pernah ada satu tradisi membuang orang yang sudah tua ke hutan. Ada juga organ mereka diambil untuk kegunaan perubatan .Mereka yang dibuang adalah orang tua yang sudah tidak berdaya, agar tidak membebankan kehidupan anak – anaknya.
Pada suatu hari, ada seorang pemuda yang berniat membuang ibunya ke hutan. Oleh kerana si Ibu telah lumpuh dan agak nyanyuk, si pemuda ini bergegas menyusuri hutan sambil menggendong ibunya. Si Ibu yang kelihatan tak berdaya, berusaha mencapai setiap ranting pohon yang mampu diraihnya lalu mematahkannya dan menaburkannya di sepanjang jalan yang mereka lalui. Sesampai di dalam hutan yang tebal , si anak menurunkan Ibu tersebut dan mengucapkan kata perpisahan sambil berusaha menahan sedih kerana ternyata dia tidak menyangka terpaksa melakukan perbuatan ini terhadap ibunya. Si ibu yang tak terdaya tadi masih tenang.
Dalam senyumnya, dia berkata,
“Anakku, ibu sangat menyayangimu. Sejak kau kecil sampai dewasa, ibu selalu merawatmu dengan segenap cintaku. Bahkan sampai hari ini, rasa sayangku tidak berkurang sedikitpun. Tadi ibu sudah menanda sepanjang jalan yang kita lalui dengan ranting-ranting kayu. Ibu takut kau tersesat. Ikutilah tanda itu agar kau selamat sampai di rumah”.
Setelah mendengar kata-kata tersebut, si anak menangis dengan sangat sebak dan sayu. Kemudian terus memeluk ibunya dan kembali menggendongnya untuk membawa si Ibu pulang ke rumah. Pemuda tersebut akhirnya merawat Ibu yang sangat mengasihinya sampai Ibunya meninggal.
Sahabatku semua.. Renung-renungkanlah.
– – – – –
“Orang tua” bukannya barangan lusuh yang boleh dibuang atau diabaikan setelah terlihat tidak berdaya. Pada saat kita berjaya atau saat kita dalam kesusahan, hanya “orang tua” sahaja yang mengerti kita dan batinnya akan menderita jika melihat anak yang mereka kasihi ini menderita.
Mereka tidak pernah meninggalkan kita walaupun kita pernah melawan atau meninggi suara kepada mereka, namun ibu dan ayah kita akan tetap mengasihi kita.
Kasihi dan sayangi mereka selagi mereka masih hidup.
Sebarkan kepada mereka yang menyayangi ibu dan ayah mereka. Biar jadi pengajaran kepada mereka yang lain.
5 Comments
Boleh x nk share cerita ni kat orang lain?
Silakan
pernah bertemu dengan keluarga yang pernah melakukannya tidak?
itu yang menurut cerita kalo ibunya sudah tua dibuang di gunung itu ya?
Iya benar.